Showing posts with label Fuh Menakjubkan. Show all posts
Showing posts with label Fuh Menakjubkan. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

Fuh Menakjubkan! Pantai Yang Tidak Pernah Didehkan Di Dunia Ditemui


Fuh Menakjubkan! Pantai Yang Tidak Pernah Didehkan Di Dunia Ditemui | Pantai sememangnya terkenal sebagai tempat riadah berpasir dan kawasannya adalah bebas terbuka. Namun, ianya berbeza di Pulau Marieta dimana pantainya adalah tersembunyi di dalam sebuah gua.

Pulau ini terletak di luar perairan Puerto Vallarta, Mexico. Ianya menjadi tumpuan para pelancong bukan sahaja kerana keunikan pantainya, malah lautan yang mengelilingi pulau ini bebas pencemaran dan sesuai untuk aktiviti riadah. Sekaligus, pantai ini dikatakan antara tempat paling cantik di dunia. Namun pantai tersebut tidak pernah didedahkan kepada dunia luar . Penemuan tersebut merupakan satu diantara keanehan dan keindahan semulajadi yang menakjubkan ...

Tuesday, April 2, 2013

Inilah Kehebatan Pembinaan Perkampungan Di Monsanto, Portugal.


Inilah Kehebatan Pembinaan Perkampungan Di Monsanto, Portugal | Perkampungan Monsanto iaitu satu penempatan kuno yang terletak di sebelah gunung di kawasan luar bandar Portugal, menawarkan beberapa pemandangan yang menakjubkan. Memiliki jalan-jalan kecil yang diukir daripada batu dan rumah granit yang dihimpit antara batu tongkol/bongkah batu gergasi, ia kelihatan seperti batuan asas kehidupan yang sebenar. 

Pada tahun 1938, Monsanto dinamakan sebagai 'bandar paling Portugis di Portugal' yang kelihatan aneh dan pelik, memandangkan kebanyakan bangunan di Portugal tidak diapit antara dua batu tongkol, atau mempunyai batu-batu besar tergantung di atas mereka. Kedudukannya seperti muzium terbuka itu telah membenarkannya untuk memelihara penampilan zahirnya itu sejak bertahun lamanya. 

Disebabkan terdapatnya sekatan untuk pembangunan di kawasan itu, maka wajah Monsanto tidak banyak berubah setelah berabad lama dan telah berjaya mengekalkan daya tarikan yang asal. Kedudukannya yang terletak hanya 12 kilometer dari perbandaran Idaha-a-Nova dan 160 kilometer dari bandar Salamanca di Sepanyol untuk sampai ke Monsanto melalui pengangkutan awam adalah sebenarnya agak sukar. Tetapi demi mengingati pemandangan unik yang telah ditawarkan oleh pekan kecil ini, adalah berbaloi walaupun mengalami kesukaran untuk pergi ke

Sunday, March 31, 2013

Fuh Ajaib! Benarkah Budak Ini Dibesarkan Oleh Anjing Sehingga Umur 3 Tahun?


Fuh Ajaib! Benarkah Budak Ini Dibesarkan Oleh Anjing Sehingga Umur 3 Tahun? | Kisah tragis Madina bermula apabila dia ditinggalkan kedua ibubapanya sehinggalah ditemui semasa berusia 3 tahun.

Yang menariknya, dia telah dipelihara oleh seekor anjing sebelum itu.

Semasa ditemui, beliau hanya dapat mengucapkan dua perkataan, ya dan tidak serta lebih suka berkelakuan seperti anjing.

Madina sihat secara mental dan fizikal selepas dirawat oleh pasukan perubatan tidak lama selepas ditemui.

Walaupun perkembangannya terhalang akibat ditinggalkan, dia beruntung kerana masih kecil.

Seorang pengasuh percaya bahawa Madina akan kembali normal apabila dewasa kelak.

Fuh Awesome!! Kucing Comel Berbulu Kening Ditemui


Fuh Awesome!! Kucing Comel Berbulu Kening Ditemui | Seekor kucing menjadi popular selepas menarik perhatian para pengguna internet di seluruh dunia. Ini kerana kucing comel bernama Sam ini memiliki 'kening' di atas matanya. Bentuk lucu kening hitam dibahagian mukanya yang putih itu membuat Sam jadi selebriti di dunia maya.

Sebuah akaun instagram milik tuannya itu, menyiarkan wajah kucing comel tersebut dengan bulu di atas matanya bewarna hitam sehingga kelihatan seperti kening.

Wajah kucing yang comel tersebut menyababkan dia menjadi sangat popular hingga ramai yang mengakui menyukai wajah Sam yang kelihatan seperti sedih dan seperti kelihatan terpinga-pinga gara-gara 'kening' yang dimilikinya itu.

Kucing jantan ini dilaporkan tinggal di New York bersama tuannya dan telah memiliki 11 ribu follower di Instagram kerana wajahnya yang kelihatan lucu itu.

Setiap foto yang dimuatnaik ke instagram telah pun berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya seribu Like bagi setiap gambar kucing comel tersebut. Hingga kini sudah ada 48 gambar foto yang di 'upload' ke internet dan mendapat pelbagai pujian dari seluruh dunia.

Wednesday, March 27, 2013

Kisah Jutawan Yang Buta Huruf Sebagai Peransang Semangat Buat Kita


Kisah Jutawan Yang Buta Huruf Sebagai Peransang Semangat Buat Kita | Andreas Panayiotou, 45, memiliki harta bernilai £400 juta (RM2 bilion) dan menduduki tempat yang ke 200 dalam senarai orang paling kaya di Britain. Siapa sangka jutawan itu sebenarnya seorang yang tidak tahu membaca @ buta huruf.

Anak pendatang yang berketurunan Greek-Cypriot itu dibesarkan di London's East End dan di sekolah dia merupakan seorang yang berbakat dalam tinju.

Dia tidak takut apabila bertinju, tetapi dia cukup malu apabila disuruh membaca kuat dalam kelas. Itu adalah antara memorinya waktu kecil yang masih segar.

Panayiotou belajar menghafal perkataan tetapi tidak pernah belajar membaca dalam pengertian konvensional, meninggalkan sekolah pada usia 14 tahun tanpa ada satu O-level pun.

Jutawan itu tidak pandai untuk mengisi borang untuk membuat pasport pun. Dia juga terpaksa menghafal tanda-tanda di jalanraya untuk memandu.

Ayah kepada 5 orang anak itu mengaku, "Semasa kanak-kanak, saya cuba yang terbaik untuk membaca."

"Perkataan-perkataan akan menjadi kelam-kabut dalam otak saya." Dia kemudiannya belajar untuk mengalahkan penyakit 'disleksia' nya setelah dia membina hartabenda dan hotel.

Bekas ahli tinju itu, meluahkan hasratnya untuk membantu pesakit disleksia, berkata: "Saya benci membaca ketika masih kanak-kanak."

"Setelah dewasa saya telah mengatur hidup saya untuk menghindarinya (membaca) sebaik mungkin."

Saturday, March 23, 2013

Subhanallah - Bayang Bayi Kelihatan Di Udara Dibentuk Oleh Sekumpulan Burung


Subhanallah - Bayang Bayi Kelihatan Di Udara Dibentuk Oleh Sekumpulan Burung | Menarik : Kumpulan burung perling ini berterbangan di langit lalu membentuk seakan-akan imej seorang bayi merangkak di awan.

Gambar ini diambil oleh jurugambar amatur Mike Acreman juga menunjukkan beribu-ribu unggas ini turut berterbangan membentuk beberapa imej lain seperti anjing laut

Tujuan burung2 tersebut untuk melindungi diri mereka dari pemangsa . Dan pada satu peringkat mereka juga kelihatan membentuk imej seekor burung perling yang besar membuka sayap untuk terbang , kejadian sebegini kerap berlaku di Taunton, Somerset.

Friday, March 22, 2013

10 Gambar Orang Mempertaruhkan Nyawa Demi Sesuap Nasi. Adakah Kita Mampu?


10 Gambar Orang Mempertaruhkan Nyawa Demi Sesuap Nasi. Adakah Kita Mampu? | Bila aku tengok gambar-gambar pekerja atau buruh Indonesia yang mempunyai semangat luar biasa menyabung nyawa untuk sesuap nasi ni, sebagai seorang warga Malaysia yang amat menitikberatkan tentang pengamalan keselamatan, kita kena ingat diri kita sendiri tentang betapa penting nya keselamatan di tempat kerja ini.

Tetapi hakikatnya, untuk pekerja dari luar Malaysia seperti Indonesia, Bangladesh, India dan etc, kebanyakkan mereka dilayan dengan layanan yang teruk. Di tempat kerja, depa tak dibekalkan dengan tali keselamatan. Cuai sedikit, terus mati. Insaflah diri. Mereka pun manusia juga kan. Aku tak rasa perkara macam ni berlaku di Malaysia (mungkin juga ya, sebab al maklum la orang Indonesia semua berbangga yang bangunan Kuala Lumpur City Centre KLCC tu depa yang buat kekeke). 

Apa-apa pun, kita sebagai bos atau mandur di tempat kerja perlu ingat, keselamatan pekerja jagaan kita adalah tanggungjawab kita. Bukan sebagai bos sahaja, tapi sebagai khalifah Allah di muka bumi, yang memberi kemudahan dan kesejahteraan kepada semua makhluk hidup di dunia ini, orang Indonesia pun termasuk juga. Tak gitu?










Tuesday, March 19, 2013

Fuh Menakjubkan! 10 Budak Ajaib Yang Menggemparkan Dunia

1. KIM UNG-YONG


10 Budak Ajaib Yang Menggemparkan Dunia | Manusia ber IQ tertinggi di dunia lahir pada tahun 1962. anak dari korea ini dinobatkan sebagai manusia genius di seluruh dunia. Pada usia 4 tahun beliau sudah boleh membaca hurf jepun,Korea,Jerman dan Inggeris.Pada umur 5 tahun belia mampu memecahkan masalah soalan kalkulus. Beliau telah mencatatkan namanya dalam Guinness Book of World Records dengan Highest IQ 210.

2. Gregory Smith


Mendapatkan penghargaan nobel pada usia 12 tahun.lahit pada tahun 1990, beliau mencatatkan namanya pada nobel perdamaian berkat usahanyya dalam mendirikan International Youth Advocates yang meruapakan perhimpunan anak muda seluruh dunia. beliau pernah bertemu secara langsung dengan presiden bush dan Mivhael Gorbacev.

3. AKRIT JASWAL


Doktor bedah diusia 7 tahun mendapat julukan ‘kanak-kanak terpintar di dunia’ telah melekat pada beliau, seorang kanak-kanak dari India. dia mengejutkan orang awal apabila pada umur 7 tahun telah melakukan pembedahan pada seorang gadis tempatan di tempatnya. gadis itu menderita luka terbakar di tangan hingga tanganya tidak dapat dibuka dan jaswal pun melakukan pembedahan itu hingga jemari gadis itu boleh terbuka seperti sedia kala. ketika ini, dia tercatat sebagai doktor paling muda di dunia dan diterima di universiti pada usia 11 tahun.


**Menghadapi masalah buat bisnes online tak pernah menjadi? PERCUMA cara penyelesaiannya di http://goo.gl/471o6


4. CLEOPATRA STRATAN


Penyanyi kanak-kanak berusia 3 tahun dengan gaji 1000 per lagu. lahir pada 6 oktober 2002 di Chisinau. dia adalah pencatat sejarah dalam industri muzik sebagai seorang penyanyi. dengan albumnya pada tahun 2005 La V,rsta De Trei Ani (pada usia 3 tahun). dia mencatar rekot sebagai artis cilik yang tampul di atas panggung dengan ribuan peminatnya. dia juga menerima pernghargaa MTV Award sebagai artis termuda yang mencetek #1 Hit.

5. AELITA ANDRE.


Pelukis di usia 3 tahun. anak kelahiran Australia ini ketika baru berumur 2 tahun sudah menunjukkan kualitinya sebagai genius. dia memiliki sebuah gedung pertunjukan untuk karya-karya abstraknya. pada mulanya Mark Jamieson, direktor dari Brunswick Street galeery di Melbourneis Filzroy tertaruk emlihat sebuah gambar lukisan dari aelita Andre dan dia meninginkan Aelita bergabung dalam kumpulanya kerana bakat lukisannya itu. ketika undangan telah dibuat, ia terus saja menyedari bawahwa Aelita adalah kanak-kanak yang baru berumur 22 bilan. namun ia tetap meneruskan pertunjukkanya itu. 


6: MICHAEL KEVIN KEAULUS



Kuliah pada umur 10 tahun Keaerny, lahir pada tahun 1984 telah menyelesaikan kuliah pada umur 10 tahun. dan tercatat sebgai sarjana termuda. beliau mengajar di universiti pada usia 17 tahun. namanya semakin melonjak ketika memenangi sebuah kuiz online. pada tahun 2006, dia mencapai peringkat final di tanda burnet/aol perebutal Gold Rush, permainan menguji/teka-teki dan menjadi pemenang pertama 1 juta di dalam permainan realiti online.

7. FABIANO LUIGI CARUANA


Grandmaster pada usia 14 tahun. seorang anak berwarga negara Amerika dan itali ini sungguh genius. pada tahun 2007 ia memperoleh Grandsmaster, 11 bulan 20 hari. sejarah telah mencatat namanya sebgai grandsmaster termuda. pada april 2009 dia memperolehi Elo rating 2649 dalam usianya yang di bawah 18 tahun, menjadikanya sebagai pemoleh ranking terbanyak dan menakjubkan, perkara itu dikaukanya sebelum usianya genap 18 tahun.

8. ELAINA SMITH



Penyiar berusia 7 tahun. dalam usia 7 tahun Elaina telah menjadi penyiar radio dengan pendengar yang melebihi usianya. Elaina banyak memberikan solusi atau penyelesaian tentang percintaan kepada para pendengarnya. bagaimana caranya memutuskan hubungan, bagaimana caranya untuk membina hubungan yang harmoni dan sebagainya.


9. WILLIE MOSOCONI.



Permain biliard profesional pada usia 6 tahun dan mendapat julukan ‘Tuan Poket Biliard’. berasal dari philadelphia, Pennsylvania, ayahnya seorang pemilik tempat biliard, namun ayahnya tidak mengizinkannya bermain maka dia sering berimprovisasi dengan batang penyapu milik ibunya. ayahnya melihat bakat anaknya yang sering mengalahkan orang-orang yang lebih tua darinya. antara tahun 1941 dan 1957, dia memenangi BCA World Championship selamnya 15 kali tampa pernah kalah sekalipun. dia emncipta pelbagai macam trick dan tipu muslihat, emncipta banyak rekod dan menjadikan biliard sukan yang terkenal..


10. ADI PUTRA




siapa tak kenal dengan kanak-kanak cilik ini..lahir pada 27 Januari 1999 meruapakan seorang kanak-kanak pintar dalam matematik.beliau pernah mengikuti program A-level Kolej Matrikulasi UIA maalysia.berasal dari pekan kecil Bagan Serai, perak (kampung aku tu..haha) merupakan kanak-kanak pintar di Malaysia. Pada Ogos 2008, Berita Harian melaporkan kehebatan Adi putra dengan mudah mengalahkan 19 guru serta 230 pelajar tahun satu hingga enam dalam ujian kepintaran minda di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau Baru dekat bagan serai…





Thursday, March 14, 2013

Fuh Menakjubkan! Fenomena Indah Pembekuan Garam Di Laut Mati


Fuh Menakjubkan! Fenomena Indah Pembekuan Garam Di Laut Mati | Gambar pemandangan dari udara ini menunjukkan fenomena menakjubkan pembentukan garam di bahagian selatan Laut Mati berhampiran Ein Boqek, Israel.

Tasik air masin ini kaya dengan mineral dan menjadi kawasan titik paling rendah di daratan bumi.
Ia tersenarai sebagai 28 finalis dalam kempen global dan jika terpilih melalui sistem undian, Laut Mati akan diisytiharkan sebagai Tujuh Keajaiban Alam Semula jadi yang baru, pada bulan ini

Saturday, March 9, 2013

Fuh Awesome! Hotel Tertinggi Di Dunia Dikesan


Fuh Awesome! Hotel Tertinggi Di Dunia Dikesan | HONG KONG - Hotel Ritz-Carlton Hong Kong menjadi hotel paling tinggi dan bangunan keempat tertinggi di dunia selepas dibuka kepada orang awam kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Hotel yang berada di tingkat 102 ke-118 di Pusat Perdagangan Antarabangsa (ICC) itu mempunyai 312 buah bilik. Ia menawarkan pemandangan bandar dan pelabuhan, selain menyediakan kemudahan seperti pusat beli-belah seluas 93,000 meter persegi, enam buah restoran, spa dan kolam renang.

Menurut Presiden rangkaian hotel mewah itu, Herve Humler, Hotel Ritz-Carlton Hong Kong menjadi sebuah mercu tanda kepada kemuncak kejayaan selepas kerja keras selama bertahun-tahun.

"Kami mampu merealisasi sebuah hotel yang betul-betul hebat. Jadi kami mengalu-alukan tetamu bukan sahaja ke hotel yang tertinggi di dunia, malah hotel yang terbaik," katanya.

Selain itu, Ritz-Carlton telah meletakkan rasa mewah ke tahap yang baru dalam semua aspek. Menara hotel itu juga kelihatan jauh lebih tinggi daripada bangunan sekelilingnya. - Agensi