Showing posts with label Fuh Hebat. Show all posts
Showing posts with label Fuh Hebat. Show all posts

Friday, April 5, 2013

Sanggupkah Anda Menjaga Ibu Anda, Mendukung Ibu Anda Seperti Ini?


Sanggupkah Anda Menjaga Ibu Anda, Mendukung Ibu Anda Seperti Ini? | Anak anugerah Tuhan kepada si Ibu ,anak yang dilahirkan akan di pelihara serta dijaga sesempurna yang mungkin dengan harapan menjadi insan yang berguna apabila dewasa kelak.Tapi berapa ramai pula si Anak yang mampu menjaga si Ibu sesempurna dia menjaga si anak sehingga dewasa?

Ada pula yang sanggup tidak mengaku ibu apabila sudah mencapai kejayaan dan kekayaan.Lihat gambar di atas betapa hebatnya lelaki ini yang sanggup bersusah payah menjaga si Ibu... 

Berapa orangkah antara kita akan mengendong ibu sendiri bila ibu sakit , seperti ibu kita mengendong kita masa kecil ketika kita demam . Wahai anak2 derhaka sekelian , ketahuilah kasih sayang ibu akan membawa kesyurga ... Insaf2 lah anak2 derhaka kepada ibu bapa mereka .......

Saturday, March 30, 2013

Fuh Hebat! Budak Ini Di Iktiraf Budak Paling Kuat Di Dunia [Video]


Fuh Hebat! Budak Ini Di Iktiraf Budak Paling Kuat Di Dunia | Ceritanya bermula apabila sebuah video di Youtube telah memaparkan tentang seorang kanak-kanak melakukan tekan tubi di atas botol kaca.

Ia telah menarik perhatian ramai orang.

Apa yang menakjubkan, Giuliano dapat mengimbangi badan dengan menggunkan empat botol kaca yang menyerupai botol arak tanpa mengalami sebarang kecederaan mahu pun terjatuh.

Memang menakjubkan!

Difahamkan, ini bukan kali pertama Giuliano Stroe melakukan sesuatu yang luar biasa.

Tahun 2009, budak terkuat di dunia itu pernah mencatat satu rekod ‘Guinness Book of World Records’ kerana berjalan sejauh 10 meter menggunakan tangan dengan kakinya.

Manakala pada umur 5 tahun (2010), dia melakukan aksi ‘Human Flag’ dengan kedua tangan memegang satu besi sambil badan ditegakkan seakan bendera!

Bapanya Iulian Stroe, 36, sebelum ini berkata: “Dia telah berlatih di gimnasium dengan saya sejak dia dilahirkan. Saya selalu membawanya bersama saya apabila saya ke sana”.

Kini, Stroe bersama dua anaknya, Giuliano dan Claudiu tinggal di rumah mereka yang terletak di Romania.

Saksikan video di bawah ini

Wednesday, March 27, 2013

Teka Teki Permasalahan Dari Sir Isaac Newton Akhirnya Diselesaikan Rmaja 16 Tahun. Bagaimanakah?


Teka Teki Permasalahan Dari Sir Isaac Newton Akhirnya Diselesaikan Rmaja 16 Tahun | Teka-teki dibuat oleh Sir Isaac Newton sehingga merunsingkan dunia matematik sejak lebih 350 tahun lalu, akhirnya dirungkaikan oleh seorang remaja berumur 16 tahun di Dresden, Jerman.

Shouryya Ray, berjaya menyelesaikan dua teori dinamik zarah asas yang sebelum ini hanya dapat dihitung dengan menggunakan komputer berkuasa tinggi oleh ahli fizik.

Hasil penyelesaian Shouryya membuka peluang kepada saintis untuk menghitung laluan balingan bola dan kemudian meramal bagaimana ia akan menghentam serta melantun dari dinding ke dinding.


Anak kelahiran Kolkata, India, menyelesaikan permasalahan rumit itu, ketika menyertai lawatan sekolah di Universiti Dresden yang mana gagal dirungkaikan oleh profesor di situ.

Kebijaksanaan Shouryya dikesan sejak dia mula memasuki persekolahan di Dresden empat tahun lalu selepas berpindah dari Kolkata.

Tuesday, March 26, 2013

Inilah Pelumba Drag Termuda Pernah Di Catatkan. Berapakah Umurnya?


Inilah Pelumba Drag Termuda Pernah Di Catatkan. Berapakah Umurnya? | Seorang budak perempuan sekolah British telah menjadi pelumba 'drag' termuda di dunia - hanya satu hari selepas hari lahirnya yang kelapan.

Belle Wheeler lulus ujian memandu perlumbaan drag (seretan) sehari selepas dia masuk umur lapan tahun - umur minimum undang-undang untuk anak-anak muda memandu.

Dragster yang dinaikinya itu kemudian pergi bersaing dengan anak-anak muda lebih daripada dua kali umurnya dan layak ke Peringkat Akhir Kebangsaan UK - kurang daripada 24 jam selepas mengambil ujian itu.

Dragster 15 kaki beliau, yang telah dibuat di Amerika Syarikat, telah khusus disesuaikan untuk kerangka 4 kaki 4 inci dan boleh memecut hingga 50mph dalam masa hanya 12 saat.

Bahaya, kecik-kecik dah didedahkan pada perlumbaan kereta. Apa manfaat berlumba kereta selain dari kepuasan?

Fuh Berani! Wanita Ini Selamber Tumbuk Beruang Untuk Selamatkan Anjingnya


Fuh Berani! Wanita Ini Selamber Tumbuk Beruang Untuk Selamatkan Anjingnya | Seorang wanita Alaska berusia 22 tahun berkata pada hari Rabu, dia menumbuk beruang hitam di muka untuk menyelamatkan anjing kecilnya daripada dibawa dan mungkin dimakan.

Pemastautin di Juneau, Brooke Collins berkata dia memukul beruang pada Ahad malam untuk menyelamatkan nyawa anjingnya, Fudge. Dia berkata dia mendapati beruang menunduk ke bawah, memegang Fudge di dalam cengkamannya dan menggigit belakang leher anjing.

"Ianya seperti apabila mereka makan salmon," kata Collins. "Saya menjerit-jerit. Anjing saya menjerit. Saya berlari kepadanya ... saya hanya menumbuk ia betul-betul di muncung dan ia melepaskan."

Collins berkata, teman lelakinya kemudian menakutkan beruang itu hingga lari. "Saya fikir ia lebih terkejut daripada segala-galanya," katanya.

Collins, seorang pendandan rambut yang telah tinggal di Juneau sepanjang hidupnya, berkata dia biasa dengan beruang dan tahu bagaimana untuk mengambil langkah berjaga-jaga di sekeliling mereka.

Jangan Tak Percaya! Penumbuk Tae Kwon Do Selamatkan Wanita Ini Dari Dibaham Jerung


Jangan Tak Percaya! Penumbuk Tae Kwon Do Selamatkan Wanita Ini Dari Dibaham Jerung | HAWAII: Seorang penyelam wanita terselamat daripada serangan jerung sepanjang empat meter di sini selepas menggunakan gerakan seni mempertahankan diri. Pemegang tali pinggang hitam taekwondo, Mariko Haugen sedang berenang bersama suaminya di pantai Maui apabila mendapati dirinya berdepan dengan seekor jerung harimau.

Apabila diserang, Mariko menggunakan kemahirannya dan menumbuk hidung haiwan pemakan manusia itu.“Keadaan tiba-tiba menjadi seperti filem Hollywood. Anda melihat rahang besar ikan itu menerkam anda. Saya tidak dapat menceritakan bagaimana takutnya saya ketika itu.

“Taekwondo yang saya pelajar membolehkan saya bersedia untuk menumbuk,” kata Mariko. Menyedari ia berdepan dengan orang yang setanding dengannya, jerung berkenaan meninggalkan tempat itu, sekali gus membolehkan Mariko dan suami, Don berenang ke pantai.

Mariko yang berasal dari Folsom, California, tidak dibaham, tetapi memerlukan 60 hingga 70 jahitan pada tangan kirinya yang cedera kerana terkena gigi ikan itu ketika menumbuknya. Sementara itu, Don berkata, mereka sungguh bernasib baik.

Friday, March 22, 2013

10 Gambar Orang Mempertaruhkan Nyawa Demi Sesuap Nasi. Adakah Kita Mampu?


10 Gambar Orang Mempertaruhkan Nyawa Demi Sesuap Nasi. Adakah Kita Mampu? | Bila aku tengok gambar-gambar pekerja atau buruh Indonesia yang mempunyai semangat luar biasa menyabung nyawa untuk sesuap nasi ni, sebagai seorang warga Malaysia yang amat menitikberatkan tentang pengamalan keselamatan, kita kena ingat diri kita sendiri tentang betapa penting nya keselamatan di tempat kerja ini.

Tetapi hakikatnya, untuk pekerja dari luar Malaysia seperti Indonesia, Bangladesh, India dan etc, kebanyakkan mereka dilayan dengan layanan yang teruk. Di tempat kerja, depa tak dibekalkan dengan tali keselamatan. Cuai sedikit, terus mati. Insaflah diri. Mereka pun manusia juga kan. Aku tak rasa perkara macam ni berlaku di Malaysia (mungkin juga ya, sebab al maklum la orang Indonesia semua berbangga yang bangunan Kuala Lumpur City Centre KLCC tu depa yang buat kekeke). 

Apa-apa pun, kita sebagai bos atau mandur di tempat kerja perlu ingat, keselamatan pekerja jagaan kita adalah tanggungjawab kita. Bukan sebagai bos sahaja, tapi sebagai khalifah Allah di muka bumi, yang memberi kemudahan dan kesejahteraan kepada semua makhluk hidup di dunia ini, orang Indonesia pun termasuk juga. Tak gitu?










Monday, March 18, 2013

Fuh Hebat! Remaja 18 Tahun Bongkar Rahsia Apple



Fuh Hebat! Remaja 18 Tahun Bongkar Rahsia Apple | Seorang remaja 18 tahun menimbulkan kecurigaan, selepas ramalan mengenai pengeluaran produk Apple dalam masa terdekat adalah sahih.

Pelajar Sekolah Tinggi Los Angeles, Mark Gurman(gambar), meramalkan beberapa aplikasi baru bakal diperkenalkan oleh syarikat teknologi gergasi itu di dalam blognya.

Mac lalu, beliau mencatat, Apple mungkin memperkenalkan sistem iOS6 yang terdapat pada peta Google yang boleh diubah sendiri oleh pengguna kepada versi tiga dimensi (3D) dan sistem iCloud bakal diaplikasikan di dalam versi Apple Notes dan aplikasi peringatan.

Pada Mei pula, beliau meramalkan firma Culvertino mungkin memperkenalkan MacBook Pro 15 dengan reka bentuk lebih nipis, lengkap dengan paparan retina serta lebih pantas.


Ramalannya itu terus menjadi kontroversi, apabila dalam tempoh empat minggu remaja itu berjaya meramal tujuh daripada lapan pengumuman yang dibuat Apple ketika Persidangan Pemaju Peranti Dunia di San Francisco yang berlangsung Isnin lalu.

Lapan hari sebelum persidangan itu, beliau meramalkan Apple akan memperkenalkan aplikasi sistem suara yang boleh diaktifkan dengan sistem kawalan yang terdapat pada iPad dan Facebook, manakala dua hari berikutnya, beliau mendakwa Apple akan mengemas kini Mac Pro selepas dua tahun tanpa sebarang perubahan.

Seorang wartawan mendakwa, kesemua ramalan remaja itu sejak Mac lalu adalah tepat, apabila pengumuman yang sama dibuat oleh eksekutif syarikat itu ketika pembentangan kertas kerja pada persidangan tersebut.

“Terbaru Apple sedang berusaha menyiapkan program MacBook Airs dan iMacs dengan paparan retina, walaupun program masih dalam pembikinan, namun ramalan mengenai kemunculan aplikasi itu masih dianggap betul,” katanya.

Tuesday, March 12, 2013

Fuh Serius Hebat! Budak 2 Tahun Mahir Kendali Jentolak


Fuh Serius Hebat! Budak 2 Tahun Mahir Kendali Jentolak | Mengendalikan jentolak memang perkara biasa, tetapi amat mustahil sekiranya ia dikendalikan seorang kanak-kanak yang baru berusia dua tahun.

Namun, dengan kuasa ALLAH Ahmad Adam Haziq, 2, boleh mengendalikan jentolak itu sejak dua minggu lalu kerana sering mengikuti ayahnya ke tapak kuari pasir di Sungai Ketil Becah Sawa.

Ayahnya, Amran Ahmad, 43, dari Kampung Becah Sawa berkata, anak kedua keduanya itu boleh menghidupkan jentolak, menggerakkan malah mengorek pasir seperti biasa.

Kelebihan Adam disedari setelah dia menangis hanya kerana ingin mengendalikan jentolak tersebut.

Amran berkata, pada mulanya dia tidak membenarkannya kerana tidak mempercayai anaknya itu mampu mengendalikan jentolak itu.

“Dia (Adam) terus menangis, dan mendesak mahu mengendalikan jentolak itu, jadi saya membenarkannya dengan pemantauan saya.

“Saya betul-betul terkejut kerana Adam memang boleh mengendalikan jentolak itu dengan baik seperti mereka yang telah berpengalaman,” katanya kepada Sinar Harian.

Ditanya bagaimana anaknya itu mampu mengendalikan jentera berat itu, Amran berkata, anaknya itu sering berada di kawasan kuari itu selain turut diajar oleh salah seorang pekerjanya.

“Pekerja saya sering mengajarnya, saya pun tidak pernah ajar Adam bawa jentolak ini. Disebabkan itu, saya terkejut setelah melihat kemahirannya itu,” katanya.

Menurutnya, Adam seorang yang cenderung kepada aktiviti menukang malah pernah meleraikan beberapa komponen motosikalnya.

“Adam pantang tengak kayu, kalau ada, pasti dia nak paku. Memang itu hobinya. Tetapi, saya sama sekali tidak menyangka dia mampu bawa jentolak.

“Kini, setiap hari saya perlu membawa Adam ke sini agar dia dapat mengendalikan jentolak ini. Sekiranya tidak, dia akan menangis,” katanya.

Amran berkata, walaupun Adam mampu mengawal jentera itu dengan baik, dia tetap mengawasi anaknya itu agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak dingini.

“Di sini kawasan sungai, sebarang kejadian boleh berlaku. Adam hanya mengendalikan jentolak ini sekiranya ada pemantauan dari saya mahupun pekerja lain di sini,” katanya.

Friday, March 8, 2013

Fuh Hebat! 29 Robot Jadi Guru Bahasa Inggeris Di Korea


Fuh Hebat! 29 Robot Jadi Guru Bahasa Inggeris Di Korea | SEOUL - Hampir 30 robot mula mengajar bahasa Inggeris kepada murid-murid sekolah rendah di bandar Daegu, Korea Selatan, kata beberapa pegawai semalam.

Robot yang diberi nama Engkey itu dicipta oleh Institut Teknologi Sains mula mengajar kelmarin di 21 buah sekolah di bandar Daegu.

Sebanyak 29 buah robot setinggi satu meter yang mempunyai panel televisyen di muka bergerak di sekitar bilik darjah semasa mengajar murid-murid.

Robot itu membaca buku untuk murid-murid dan menari dengan menggoyangkan kepala dan tangannya.

Ia turut dikawal dengan menggunakan alat kawalan oleh guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris dari Filipina.

Guru-guru itu boleh melihat dan mendengar suara murid-murid melalui sistem alat kawalan jauh.

"Gaji guru-guru yang berpendidikan tinggi dari Filipina adalah lebih murah daripada rakan-rakan sejawatan mereka dari negara lain," kata seorang saintis kanan institut tersebut, Sagong Seong-dae yang menjelaskan kenapa guru dari negara itu digunakan. - AFP

Thursday, March 7, 2013

Fuh Hebat! Pecahkan Konkrit Sambil Pegang "Telur"


Fuh Hebat! Pecahkan Konkrit Sambil Pegang Telur | Pernah tengok pecahkan konkrit? Kalau pernah, baguslah. Kalau pecahkan konkrit sambil pegang telur? Apa yang hebatnya. Sila baca.

Joe Alexander dari Jerman memecahkan 24 batu konkrit yang disusun berlapis dengan memegang sebiji telur ayam tanpa mmecahkan telur ayam tersebut.

Rekod sebelum dalam kategori yang sama adalah sebanyak 14 batu konkrit.

SUMBER