Showing posts with label Fuh Ajaib. Show all posts
Showing posts with label Fuh Ajaib. Show all posts

Saturday, April 6, 2013

Allahu Rabbi! Anak Ini Lahir Bersama Sebuah Al-Quran Kecil


Allahu Rabbi! Anak Ini Lahir Bersama Sebuah Al-Quran Kecil | Seorang bayi dilahirkan bersama sebuah Al-Quran kecil.. bayi yang diberi nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo oleh sorang ulamak itu dilahirkan pada 7 mei 2012.

Dalam pemberian nama tersebut, ulamak terkenal tersebut Ustaz Abdul Rahman, menasihati ibu bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi walaupun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran.

Beliau juga menambah bahawa hal tersebut merupakan kehendak Allah, untuk mengirim bayi tersebut ke dunia dengan cara yang menakjubkan, iaitu lahir dengan membawa Quran dari rahimnya.

Ulama lain yang ikut serta dalam acara menamakan bayi tersebut antara lain Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba, Ketua dari Komuniti Nasrulifathi,Ustad Alhaji Abdullahi Akinbode, dan Dr Ramoni Tijani dari Komuniti Islam Alifathiquareeb.

Ahad (13/5), ibu bayi ini memeluk Islam setelah melihat bayinya lahir dengan membawa Quran dari rahimnya. Kini,ibu berusia 32 tahun yang dulu bernama Kikelomo Ilori ini kemudian menukar nama menjadi Sherifat

Friday, April 5, 2013

Subhanallah - Kisah Benar Air Liur Bayi Mampu Bertukar Menjadi Kristal


Subhanallah - Kisah Benar Air Liur Bayi Mampu Bertukar Menjadi Kristal | Seorang bayi yang dari luar fizikalnya ternyata normal mengejutkan ramai pihak apabila dirinya mampu mengeluarkan air liur kristal. Penduduk di Tumpang Permai, kampung Jeru, mukim Tumpang, daerah Malang, Jawa Timur sibuk memperkatakan berita mengenai air liur seorang bayi yang berubah menjadi kristal.

Kejadian itu berlaku bukan sekali tetapi setiap kali bayi itu mengeluarkan air liurnya dan sejurus selepas itu juga ia akan bertukar menjadi kristal.

Bayi yang diberi nama Rafael berumur setahun itu dilaporkan telah mengeluarkan 102 biji kristal seperti mutiara.Menurut ibu bayi itu, Leni Marliani, 35, kejadian aneh yang berlaku ke atas bayi itu dikesan mula berlaku pada 14 Februari lalu.

“Ketika itu saya sedang menggendongnya dan melihat dia mengeluarkan air liur dan terperanjat apabila ia mengeras seperti kristal,” katanya kepada Kompas.com.

Melihat keanehan yang berlaku ke atas anaknya itu, Leni bersama suaminya membawa anak mereka itu ke klinik tetapi pihak klinik tidak dapat memutuskan jenis penyakit yang dihidapi bayi tersebut.

“Kalau kristal itu diambil, dia akan menangis. Saya terpaksa memantaunya selalu kerana takut kristal itu ditelannya. Namun, setakat ini dia tidak pernah mahu menelannya dan hanya dibuat main,” ujar Leni.

Kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Selepas berita ini tersebar sudah semestinya bayi ini sering menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihatnya secara dekat. Mungkin tidak hairan jika ada yang sanggup membeli bayi ini sedangkan penemuan pelik yang lain turut ramai yang menawarkan harga.

Thursday, April 4, 2013

Allahuakhbar! Bayi Selamat Lahir Selepas 2 Hari Ibunya Mati


Allahuakhbar! Bayi Selamat Lahir Selepas 2 Hari Ibunya Mati | Mahmoud Soliman (29), ayah dari bayi ajaib ini tidak pernah membayangkan akan merasakan kesedihan yang bercampur aduk dengan kebahagiaan yang luar biasa. Isterinya, Jayne Soliman (41) meninggal dunia akibat dysfunction otak memberikannya seorang bayi kecil yang cantik setelah Jayne divonis meninggal 2 hari sebelumnya dengan bantuan pembedahan cesar.

Dalam masa kehamilannya, Jayne tidak merasakan apa jua masalah. Namun ketika usia kehamilannya 25 minggu, ia merasakan sakit kepala dan sempat jatuh pengsan. Kemudian Jayne dilarikan ke Hospital John Radcliffe Hospital Oxford. Setelah 2 jam berada di hospital, pasukan doktor mengesahkan bahawa nyawa Jayne Solaiman tidak dapat diselamatkan lagi.

Pasukan doktor mencuba sedaya upaya dengan pelbagai cara dan dengan berbagai alat agar jantung Jayne tetap boleh berdenyut. Walaupun usaha itu tidak dapat membantu nyawa Jayne, tapi usaha itu dilakukan bagi si bayi yang ada di dalam rahimnya agar dapat diselamatkan. Doktor juga memberikan 2 dos besar steroid sehingga jantung bayinya boleh berkembang dan selepas dua hari pasukan doktor bekerja keras akhirnya Aya si bayi ajaib itu boleh diangkat keluar melalui pembedahan cesar.

Setelah pasukan doktor berjaya mengangkat bayi dari rahim Jayne, si bayi kecil itu di letakkan di bahu ibunya untuk memberi mereka masa bersama sejenak kemudian Aya dibawa ke unit rawatan intensif.Nama Aya yang diberikan si ayah diambil dari bahasa arab yang bererti keajaiban. itulah nama yang ingin diberikan si ibu, Jayne, ketika dia masih hidup.

Allahurabbi! Wajah Osama Di Badan Ketam. Takdir Atau Kebetulan?


Fuh Ajaib! Wajah Osama Di Badan Ketam. Takdir Atau Kebetulan? | Satu penemuan pelik ditemui di Amerika Syarikat di Hat Island. Sebuah keluarga menemui ketam yang badannya ada wajah Osama bin Laden. Berita ini masih hangat di perkatakan masyarakat di sana, kisahnya bermula ketika keluarga Canfield sedang berlayar di perairan Hat Island, mengumpulkan ketam laut. 

Setelah penangkapan selesai, mereka mengasingkan dan melepaskan kembali ketam-ketam betina - di wilayah ini terdapat peraturan melarang menangkap ketam betina kerana ketam betina diperlukan untuk pembiakan yang seterusnya.

Sambil memilih ketam, salah seorang anggota keluarga memegang handy cam dan memfilemkan aktiviti tersebut.Masa pengasingan ketam keluarga Canfield terus berlalu dan kembali pulang ke rumah. Ketika inilah, mereka memainkan kembali filem yang dibuat selama pengasingan ketam. 

Betapa terkejutnya ketika menyedari ada yang pelik pada salah satu gambar video.Berita ini disebarkan oleh Chris Sullivan, Seorang pemberita Radio Kiro FM 97,3. Ia bersumpah kisah ini bukan pembohongan, Sayangnya kita tidak dapat melihat video ini di internet atas sebab-sebab tertentu.

Wednesday, April 3, 2013

Fuh Ajaib! Siput Babi Ini Separa Binatang Separa Tumbuhan. Percayakah Anda?


Fuh Ajaib! Siput Babi Ini Separa Binatang Separa Tumbuhan. Percayakah Anda? | Para saintis telah menemui siput laut Elysia chlorotica yang dapat mensintesis klorofil seperti tanaman sebagai haiwan pertama dengan karakteristik herba. Ianya adalah makhluk pertama yang ditemui dapat menghasilkan pigmen klorofil tumbuhan.

Haiwan ini mempunyai gen-gen yang memungkinkan untuk menjadi haiwan pertama dikenalpasti menunjukkan ciri-ciri tumbuhan. Gen-gen tersebut membantu siput laut ini membuat klorofil, berbanding dengan kemampuan seperti itu, warnanya yang hijau tidak lagi dilihat sebagai aneh.

Para saintis dari University of South Florida telah mengenalpasti siput laut hijau ini sebagai haiwan pertama yang diketahui mampu melakukan ciri-ciri itu.

"Ianya mungkin gabungan dari tumbuhan dan binatang - ianya sangat menarik," kata John Sardis zoologi invertebrata dari Citadel di Charleston.

Siput laut Elysia chlorotica menyimpan kloroplas dari mangsa alganya dan akan dilihat sama seperti daun hijau gelap. Mangsa kepada siput laut itu, Vaucheria litorea, memerangkap kloroplas dalam sel-sel lapisan dalam saluran pencernaan.

Siput-siput laut ini hidup di paya-paya garam di New England dan Kanada. Sebagai tambahan setelah mencuri gen yang diperlukan untuk membuat klorofil pigmen hijau, siput-siput ini juga mencuri bahagian sel kecil yang disebut kloroplas, yang mereka gunakan untuk melakukan fotosintesis.

Kloroplas menggunakan klorofil untuk menukarkan cahaya matahari menjadi tenaga, sama seperti yang dilakukan oleh tumbuhan, menghilangkan keperluan untuk makan makanan untuk mendapatkan tenaga.

"Mereka boleh membuat molekul yang mengandungi tenaga tanpa harus makan apa-apa," kata Sidney Pierce, ahli biologi di University of South Florida di Tampa.

Tuesday, April 2, 2013

Subhanallah! Khinzir Kudung Ini Masih Mampu Berjalan Walaupun Dengan 2 Kaki


Subhanallah! Khinzir Kudung Ini Masih Mampu Berjalan Walaupun Dengan 2 Kaki | Seorang petani yang berdedikasi telah mengajar babi kesayangannya, yang dilahirkan tanpa kaki belakang, berjalan dan berdiri tegak di atas kaki depannya.

Ge Xinping, dari Mengcheng di wilayah Anhui timur China berkata, beliau fikir babi cacat itu akan mati selepas dia dilahirkan pada bulan Julai.

Walau bagaimanapun, selepas banyak masa dan ketaatan, babi telah belajar bagaimana untuk berjalan dengan kaki depannya dan kini menjadi bualan di bandar. "Penduduk kampung semua suka kerana ia berjalan seperti ahli gimnastik yang berjalan terbalik." kata Ge.

Monday, April 1, 2013

Fuh Ajaib! Bayi Berusia 3 Bulan Miliki Payudara, Bulu Kemaluan, Haid Mula Teratur


Fuh Ajaib! Bayi Berusia 3 Bulan Miliki Payudara, Bulu Kemaluan, Haid Mula Teratur | Para doktor di Russia bingung dengan apa yang terjadi pada seorang bayi perempuan. Bayi itu sudah menunjukkan tanda-tanda akil baligh pada usia baru 3 bulan!

Milana, sekarang berusia 7 bulan, mempunyai kitar haid teratur, payu daranya sudah mulai membentuk dan dia telah mengembangkan bulu di kemaluan.

Sebuah sumber di Hospital Klinikal Kanak-kanak Rusia mengatakan, "Ini adalah kes pertama dalam pengalaman kami bahawa bayi mencapai akil baligh."

"Setakat ini, pendaftaran paling awal kes sebegini di dunia adalah untuk seorang budak perempuan berusia lima tahun." Budak itu dari selatan Rusia, dimana doktor tempatan mengatakan bayi itu lahir dalam keadaan normal sepenuhnya.

Mereka awalnya menduga tumor yang bertanggung jawab ke atas keadaan medikal misteri yang pertama kali terjadi selepas tiga bulan kelahiran.

Mereka mengesyorkan kemoterapi, tetapi ditolak oleh ibubapa bayi itu, Anna dan Yevgeniy Gaspirovich, keduanya berumur 30 tahun.

Diagnosis tumor masih tidak disahkan dan Olga Bogdanova, Naib Ketua Doktor Hospital Klinikal Novokubanskaya Tengah, mengatakan: "Kami tidak dapat memahami sebab terhadap baligh awal yang luar biasa itu. Kami masih bingung. Mungkin ianya diwarisi secara abnormal (tidak normal). "

Setelah bayi dipindahkan ke Moscow untuk rawatan, dia dijumpai memiliki hormon wanita lima kali lebih dari seorang wanita dewasa biasa.

Doktor sekarang berniat untuk merawatnya dengan terapi yang akan berlangsung belasan tahun dengan suntikan tahunan terutamanya terhadap aktiviti hormon bayi itu.

Namun, ayah Milana, seorang pemandu, khuatir mereka tidak akan mampu dengan kos £32,000. Orang pertama yang sedar dengan gejala itu ialah nenek Milana, Valentina, yang mengatakan, "Saya beritahu anak saya bahawa tidak ada yang normal pada bayi yang mempunyai bulu di kemaluan '

Sunday, March 31, 2013

Fuh Ajaib! Benarkah Budak Ini Dibesarkan Oleh Anjing Sehingga Umur 3 Tahun?


Fuh Ajaib! Benarkah Budak Ini Dibesarkan Oleh Anjing Sehingga Umur 3 Tahun? | Kisah tragis Madina bermula apabila dia ditinggalkan kedua ibubapanya sehinggalah ditemui semasa berusia 3 tahun.

Yang menariknya, dia telah dipelihara oleh seekor anjing sebelum itu.

Semasa ditemui, beliau hanya dapat mengucapkan dua perkataan, ya dan tidak serta lebih suka berkelakuan seperti anjing.

Madina sihat secara mental dan fizikal selepas dirawat oleh pasukan perubatan tidak lama selepas ditemui.

Walaupun perkembangannya terhalang akibat ditinggalkan, dia beruntung kerana masih kecil.

Seorang pengasuh percaya bahawa Madina akan kembali normal apabila dewasa kelak.

Friday, March 29, 2013

Subahanallah - Video Pergerakan Ketara Bayi Dalam Kandungan Yang Pernah Menjadi Trending Suatu Ketika Dahulu


Subahanallah - Video Pergerakan Ketara Bayi Dalam Kandungan Yang Pernah Menjadi Trending Suatu Ketika Dahulu | Bayi bergerak dalam kandungan adalah hal biasa. Namun, bayi yang bergerak seperti memukul perut ibunya seperti alien, kini menjadi sensasi internet.

Bayi itu tampak mendorong perut ibunya seakan melakukan kekerasan. Video yang tersebar di internet ini menampilkan seorang ibu yang sedang berbaring telentang dan nampak bayi dalam kandungan itu menggerakkan kaki dan tangan dalam rahim seperti upaya untuk keluar dari perut.

Perempuan ini dan suaminya terlihat tertawa dengan gugup saat anak itu membentangkan kulit ibunya sehingga membentuk sebuah garis di perut. Biasanya, pada 3 bulan bayi dalam kandungan bayi ini dapat bergerak 360 darjah serta berputar. Video itu telah menarik minat pengguna internet.


Thursday, March 28, 2013

Inilah Guru Paling Kecil Di Dunia


Inilah Guru Paling Kecil Di Dunia | SEWAKTU berumur 18 tahun, beliau pernah dilabelkan sebagai peserta sarkas pelik, namun lelaki kenit Azad Singh yang berketinggian hanya 91 sentimeter (sm) berjaya menutup mulut masyarakat setempat apabila menjadi guru paling kecil di dunia. 

Azad, 22, disahkan menghidap sejenis penyakit gangguan genetik luar biasa yang menghentikan tumbesarannya ketika berumur lima tahun, sekali gus kekal sehingga ke hari ini. 

Anak muda yang amat kecil itu, bertanggungjawab mengajar mata pelajaran kemahiran komputer di sebuah sekolah rendah perempuan dalam Haryana, India. 

"Kesemua pelajar saya lebih tinggi daripada saya," katanya sambil ketawa. 

Bagaimanapun, Azad mempunyai sedikit masalah untuk mengajar, beliau terpaksa berdiri di atas meja guru untuk membolehkannya menulis di papan putih. 

Pelajar turut menggelar Azad sebagai 'Chotu' atau 'Cikgu kecil' berikutan memiliki ketinggian 91 sm serta berat 18 kilogram (kg). 

"Sejak bekerja sebagai guru, saya memiliki pendapatan sendiri iaitu setiap bulan saya menerima 10,000 rupees (RM563.70)," katanya. 

Azad terpaksa akur dengan fizikalnya di mana beliau terpaksa memakai pakaian kanak-kanak walaupun usianya telah mencecah golongan dewasa. 

Beliau berkata, walaupun tubuh badannya kenit dan tidak akan membesar seperti lelaki normal, beliau amat berbangga kerana mampu mencapai impian yang diidamkan iaitu menjadi seorang guru. 

"Masyarakat sememangnya melayan saya sebagai lelaki normal kerana kini saya sudah bekerja dan pekerjaan saya ini amat dihormati orang ramai. 

"Pernah sekali ketika saya berusia 18 tahun, saya telah disalah tafsir sebagai bayi oleh seorang pengawal kereta api. 

"Sewaktu di sekolah pula saya juga pernah dibuli kerana masalah saiz badan saya dan berasa amat takut dengan ancaman yang saya berkemungkinan akan diculik oleh pengurus sarkas," katanya. 

Bagaimanapun, Azad berkata cemuhan yang dilemparkan kepadanya sewaktu di zaman kanak-kanak menjadi pemangkin kepada beliau untuk membina karakter, sekali gus mematangkannya sehari demi sehari. 

"Si pembuli itu berjaya membuatkan saya berusaha keras mencapai matlamat dan mereka tidak akan dapat berkata apa-apa lagi sekarang ini," katanya.

Monday, March 25, 2013

Subhanallah - Allah Hantar Seekor Anjing Untuk Lindungi Bayi Yang Di Buang Ini


Subhanallah - Allah Hantar Seekor Anjing Untuk Lindungi Bayi Yang Di Buang Ini | BOLGATANGA - Pihak berkuasa baru-baru ini melaporkan seekor anjing di Ghana digelar sebagai wira kerana melindungi bayi baru dilahirkan yang dibuang di bawah jambatan di Winkongo berhampiran ladang tuannya untuk sepanjang malam.

Tujuan asal pemilik anjing itu untuk mencari haiwan peliharaannya membawa kepada penemuan bayi tersebut.

Penduduk kampung terkejut melihat anjing itu memeluk bayi yang masih bertali pusat tersebut seperti anaknya sendiri.

Pengarah Kesihatan Daerah Talensi- Nabdam, Rosemary Azure berkata, bayi malang itu semakin pulih daripada jangkitan dan dia kini ditempatkan di pusat jagaan kesihatan.

Difahamkan, pihak berkuasa masih menyiasat untuk mengesan identiti ibu bapa bayi tersebut yang dipercayai adalah pasangan remaja di kawasan itu.

Subhanallah - Budak Ini Dilahirkan Tanpa Bebola Mata. Ikuti Kisah Hidup Beliau!


Subhanallah - Budak Ini Dilahirkan Tanpa Bebola Mata. Ikuti Kisah Hidup Beliau! | URUMQI (Xinjiang): Marwanijun dilahirkan tanpa mata, tetapi kelihatan gembira apabila lampu picit diacukan ke mukanya.

Sejak berusia lapan bulan, lampu picit sering diacukan ke arah rongga Marwanijun di mana mata kirinya sepatut berada.

Kini doktor di China mendapati dia mempunyai mata di bawah lapisan kulit itu, tetapi ia terlalu sensitif untuk didedahkan. Ibu bapa kanak-kanak terbabit kecewa apabila anak lelaki mereka dilahirkan hanya dengan lapisan kulit yang licin menutupi rongga mata.

Namun apabila bapa, Madamihan dan ibunya, Salamu, masing-masing berusia 26 tahun membawa anak mereka dari desa terpencil ke sebuah hospital di Urumqi yang juga ibu negeri Xinjiang, mereka diberikan sinar harapan. Doktor memberitahu anak mereka sukakan lampu picit kerana dia sebenarnya mempunyai mata kiri, tetapi ia dilitupi lapisan kulit.

“Dia teruja untuk melihat cahaya dan kami berdoa setiap hari supaya dia dapat melihat cahaya,” kata Madamihan.

Malangnya pakar di Hospital Tentera 474 berkata, kanak-kanak itu tidak sesuai untuk menjalani pembedahan kerana matanya tidak mempunyai kanta.Walaupun jika pembedahan dapat mendedahkan bola mata kirinya, dia mungkin tidak dapat melihat apa-apa. Doktor mencadangkan kanak-kanak itu mungkin sesuai untuk diberikan mata palsu apabila dia mencecah usia 16 tahun.

Terdapat pelbagai sebab mengapa kanak-kanak dilahirkan tanpa mata.

Sunday, March 24, 2013

Fuh Pelik! Rupanya Ada Ikan LAin Selain Belacak Yang Boleh Berjalan


Fuh Pelik! Rupanya Ada Ikan LAin Selain Belacak Yang Boleh Berjalan | HANOI - Beberapa saintis mengenal pasti sebanyak 129 spesies baharu di kawasan Mekong Besar termasuk ikan air tawar seperti keli yang boleh 'berjalan' di darat, kata Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) semalam. Maklumat tersebut terdapat di dalam laporan baharu WWF yang memperincikan penemuan pada 2011 itu. Kawasan Mekong Besar merangkumi sebahagian Thailand, Kemboja, Myanmar, Vietnam, Laos dan wilayah Yunnan di selatan China.

Ikan air tawar itu hidup di beberapa batang sungai di Pulau Phu Quoc, dekat Delta Mekong, dalam wilayah Kien Giang di Vietnam. Dikenali dengan nama saintifik, Clarias gracilentus, spesies itu mempunyai kebolehan menggunakan sirip-siripnya untuk berdiri tegak dengan haiwan tersebut menggoyang-goyangkan badannya untuk bergerak ke hadapan seperti seekor ular. Antara spesies baharu yang unik di kawasan berkenaan termasuk ikan terkecil baharu yang berukuran antara 15 milimeter (mm) hingga 20mm panjang dan katak yang boleh 'menyanyi' di utara Vietnam. 

Ikan kecil itu ditemui di Surat Thani, selatan Thailand. - Agensi

Saturday, March 23, 2013

Fuh Ajaib! Sotong Boleh Melompat Lebih 30 KM Ditemui


Fuh Ajaib! Sotong Boleh Melompat Lebih 30 KM Ditemui | TOKYO - Satu spesies sotong laut boleh terbang lebih 30 meter (m) melalui permukaan air dengan kelajuan lebih pantas daripada pelari pecut, Usain Bolt (gambar kecil) jika ia mahu mengelak ditangkap haiwan lain, kata seorang penyelidik Jepun semalam.

Menurut seorang penyelidik dari Universiti Hokkaido, Jun Yamamoto, sotong spesies Neon itu boleh bergerak keluar dari permukaan laut dengan menggunakan tembakan air pada tekanan tinggi.

Ia boleh bergerak pada kelajuan sehingga 11.2m setiap saat. Bolt dari Jamaica memenangi pingat emas acara 100m pada Sukan Olimpik London pada tahun lalu dengan kelajuan purata 10.31m untuk satu saat. - AFP

Subhanallah! Kanak-Kanak Ini Lahir Tanpa Tulang Kaki


Subhanallah! Kanak-Kanak Ini Lahir Tanpa Tulang Kaki | Melbourne: Seorang kanak-kanak lelaki yang dilahirkan tanpa tulang kering, lutut atau buku lali akhirnya mampu memiliki sepasang kasut selepas dipasangkan kaki palsu.

Kaki baru Ted Johnson, 3, mempunyai jari tidak seperti beberapa kaki palsunya yang lain. Minggu ini, dia cuba memakai kaki palsu kaca gentian baru berwarna biru buat kali pertama di gelanggang bola keranjang di Hospital Kanak-Kanak Diraja di Melbourne. Mesin pengimbas gagal mendedahkan Ted mengalami keadaan yang jarang berlaku tibial hemimelia ketika dalam kandungan ibunya, Abbie. 


Di sinilah tibia tulang kering sama ada hilang sebahagian atau sepenuhnya ketika dilahirkan. Kakinya mungkin cacat atau mempunyai jari berlebihan. Keadaan Ted itu bermakna ibu bapanya, Abbie dan Peter terpaksa mengambil keputusan genting agar kakinya dipotong ketika dia berusia setahun.

Kanak-kanak itu sebelum ini dilengkapi dengan dua lagi jenis kaki palsu tetapi ini adalah set kaki palsu pertama lengkap dengan jari kaki. Dan sebaik saja kaki kaca gentian baru berwarna biru itu dipasang pada Velkro, Ted sudah boleh bergerak. Ibunya berkata: “Dia sangat hebat - tiada apa yang boleh menghalangnya.“Kami menyangka dia mungkin tidak memerlukannya untuk bergerak, jadi saya tidak percaya betapa hebatnya dia. 

Buat pertama kali kami akan membeli kasut untuknya esok.” Pakar protestik, Jim Lavranos yang membuat dan memperbaiki tiga pasang kaki palsu Ted berkata, biasanya kanak-kanak mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk bergerak seiring dengan perkembangan pemanjangan kaki. “Ted mendapatnya lebih awal daripada yang biasa kami alami kerana dia sangat yakin dan cepat. Dia akan terbang dengan kaki palsu ini.” - Agensi

Friday, March 22, 2013

Allahhu Akhbar!! Masjid Di Jepun Masih Kukuh Berdiri Tatkala Semua Bangunan Hancur Dibedil Atom


Allahhu Akhbar!! Masjid Di Jepun Masih Kukuh Berdiri Tatkala Semua Bangunan Hancur Dibedil Atom | Ketika bangunan di sekitarnya hampir rata dengan tanah, Masjid Muslim Kobe tetap berdiri tegak. Masjid ini hanya mengalami keretakan pada dinding luar dan semua kaca tingkapnya pecah. Bahagian luar masjid menjadi agak hitam kerana asap serangan bom. Tentera Jepun yang berlindung di bawah masjid selamat dari ancaman bom, begitu juga dengan senjata-senjata yang disembunyikannya. Masjid ini kemudian menjadi tempat pelarian mangsa perang.

Pemerintah Arab Saudi dan Kuwait menyumbang dana pengubahsuaian dalam jumlah yang besar. Kaca-kaca tingkap yang pecah diganti dengan kaca-kaca jendela baru yang didatangkan secara langsung dari Jerman. Sebuah lampu hiasan baru digantungkan di tengah ruangan solat utama. Sistem pengatur suhu bilik lalu dipasang di masjid ini.

Sekolah yang hancur akibat perang kembali diubahsuai dan beberapa bangunan tambahan pun mula dibina. Umat Islam kembali menikmati kegiatan-kegiatan keagamaan mereka di Masjid Muslim Kobe.

Krisis kewangan sering menghampiri kas jawatankuasa masjid. Cukai bangunan yang tinggi membuat jawatankuasa masjid perlu mengeluarkan cukup banyak bayaran dari simpanannya.Ramai penderma yang bersedia memberikan bantuan untuk menyelesaikan masalah kewangan pembangunan dan pengubahsuaian masjid ini. Sumbangan tetap boleh membuat Masjid Muslim Kobe menjadi semakin berkembang.

Kekukuhan Masjid Kobe diuji lagi dengan Gempa Bumi paling dahsyat tahun 1995. Tepat pada pukul 05.46 Selasa, 17 Januari 1995. Gempa ini sebenarnya bukan hanya menimpa Kobe saja, tapi juga kawasan sekitarnya seperti South Hyogo, Hyogo-ken Nanbu dan lainnya.

Para ilmuan menyatakan bahawa gempa itu disebabkan oleh tiga buah plat yang saling bertembung, iaitu plat Filipina, plat Pasifik, dan plat Eurasia. Meskipun hanya berlaku 20 saat, namun gempa ini memakan nyawa sebanyak 6433 orang, yang sebahagian besar merupakan penduduk bandar Kobe. Selain itu gempa Kobe juga mengakibatkan kerosakan besar bandar seluas 20 km dari pusat gempa.

Gempa bumi besar Hanshin-Awaji merupakan gempa bumi terburuk di Jepun sejak gempa bumi besar Kanto 1923 yang menelan mangsa 140,000 orang. Namun hingga kini masjid Kobe tetap berdiri kukuh dan tegak, seakan tidak tergoyah walaupun dilanda pelbagai bencana.

Thursday, March 21, 2013

Fuh Ajaib! Lelaki Ini Masih Hidup Walaupun Besi Besar Menembusi Kepalanya


Fuh Ajaib! Lelaki Ini Masih Hidup Walaupun Besi Besar Menembusi Kepalanya | RIO DE JANEIRO - Beberapa doktor menyatakan seorang pekerja binaan berusia 24 tahun terselamat walaupun selepas sebuah pancang besi berukuran 1.8 meter menimpa dan menembusi kepalanya.

Seorang pegawai Hospital Miguel Couto di sini memberitahu rangkaian televisyen tempatan Globo, sepasukan doktor mengeluarkan besi itu daripada tengkorak mangsa, Eduardo Leite dalam satu pembedahan yang mengambil masa selama lima jam.

"Satu keajaiban telah berlaku kerana Leite selamat dalam insiden tersebut," katanya.

Batang besi itu, katanya, jatuh dari tingkat lima sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di sini.Pancang tersebut menembusi belakang tengkorak. Kemalangan dan pembedahan itu dilakukan pada Rabu lalu. - Agensi

Subhanallah - Video Seekor Babi Dilahirkan Berwajah Seakan-Akan Manusia


Subhanallah - Video Seekor Babi Dilahirkan Berwajah Seakan-Akan Manusia | Seekor anak babi yang ganjil telah lahir di luar bandar Santa Cruz El Chol, Guatemala, Amerika Selatan.

Penduduk kampung di Guatemala itu telah memutuskan bahawa kepala babi yang berbentuk seakan kepala manusia dilakukan oleh pelawat dari angkasa lepas, selepas lampu-lampu yang terang aneh dilihat berlegar di langit pada malam kelahirannya.

Walau bagaimanapun, pegawai-pegawai kesihatan tempatan telah mencadangkan bahawa sebab-sebab penampilan babi itu lebih berbentuk duniawi (bukan buatan makhluk dari angkasalepas).

Di tempat lain pula, ahli patologi sedang menyiasat satu siri mutilasi haiwan di Wales, dengan makhluk asing sekali lagi sebagai pesalah-pesalah yang disyaki.

Ianya difikirkan bahawa kecederaan pada gaya pembedahan itu terlalu canggih bagi haiwan lain untuk terjadi dan sekali lagi cahaya terang telah dilihat berhampiran tempat kejadian.

Wednesday, March 20, 2013

Subhanallah - Manusia Lahir Tanpa Mata Dan Hidung

Cassidy Hooper
Subhanallah - Manusia Lahir Tanpa Mata Dan Hidung | Kecacatan fizikal tidak dapat menghalang cita-cita Seorang remaja di New York, yang berjaya menjadi seorang penyampai radio walaupun dirinya lahir dengan cacat fizikal, iaitu tidak mempunyai mata dan hidung.

Cassidy Hooper kini berusia 16 tahun dan berjaya menjadikan cita-citanya sebagai penyampai radiodalam keadaan fizikalnya yang serba terbatas. Sejak usia 11 tahun, Cassidy telah menjalani beberapa siri prosedur pembinaan semula wajah di Levine Children 's Hospital di Charlotte.

Kini Cassidy masih perlu menjalani 3 pembedahan terakhir yang akan dilakukan selama 2 hingga 3 minggu, di mana doktor meregangkan kulit di atas tulang pipi dan melakukan cangkok tulang rawan dari bahagian tubuh yang lain.


Cassidy sangat gembira menjalani pembedahan tersebut kerana dirinya akan mempunyai hidung yang nyata dan mampu berbafas dan mencium bau dari hidung barunya. Selama ini dirinya bernafas melalui bantuan alat yang disambungkan ke mulut.

Doktor tidak tahu mengapa Cassidy lahir tanpa mata dan hidung, pekara ini merupakan kecacatan lahir yang jarang yang mungkin berlaku dalam 2 minggu pertama kehamilan.
"Jantung dan otak Cassidy normal sejak lahir, hanya wajahnya yang tidak mempunyai mata dan hidung" ungkap Susan Hooper (42), ibu dari Cassidy yang bekerja sebagai guru TK, seperti ditulis ABC News, Rabu (6/3/2013).
Dr. David Matthews, doktor bedah rekonstruktif yang menangani kes Cassidy menyatakan bahawa pembedahan perlu dilakukan ketika Cassidy telah berhenti tumbesaran. Prosedur tersebut dilakukan dengan meregangkan kulit di atas mulut, melebarkan wajah dan kemudian membuat celah pada tulang untuk saluran nafas.

Setelah pembedahan hidung Cassidy lengkap, Dr. David akan melakukan pembedahan mata prostetik. pembedahan pembentukan hidung tidak semudah yang dibayangkan, kerana tidak semudah menarik kulit wajah dan membentuknya agar kelihatan seperti hidung.
"Bahagian dalam hidung harus dibentuk dari rangkaian perisian dan selaput lendir agar hidung dapat berfungsi sebagai indra penciuman," terang Dr. Sherard A. Tatum III, ahli bedah dan pembinaan semula wajah di Upstate Golisano Children 's Hospital di Syracuse, New York.
Jadi doktor mengambil langkah demi langkah pendekatan seperti meletakkan membran yang menggunakan kombinasi tulang dan tulang rawan dari tengkorak atau bahagian lain dari tubuh dan menutupinya dengan kulit.

Meskipun dilahirkan dengan keadaan fizikal yang tidak sempurna, pekara tersebut tidak membuat Cassidy membatalkan cita-citanya sebagai seorang wartawan. Casdidy berjaya lulus kuliah jalur khusus di bidang kewartawanan kursus penyiaran, dengan keadaannya yang serba terhad tersebut.
"Baru-baru ini, seorang penyampai radio tempatan menawarkan kepada saya untuk melakukan siaran selama satu jam. Kesempatan itu saya ambil dan hari itu adalah hari pertama saya bekerja sebagai penyampai radio," kata Cassidy penuh dengan rasa haru, kerana dirinya berjaya mewujudkan cita -cita walaupun keadaan fizikalnya tidak sempurna.

Subhanallah - Bayi Lahir Selepas 10 Minggu Ibunya Mati

gambar sekadar hiasan
Subhanallah - Bayi Lahir Selepas 10 Minggu Ibunya Mati | Dalam pembedahan yang jarang berlaku, pasukan doktor di Hospital Tawam, UAE berjaya untuk mengeluarkan kanak-kanak dari rahim ibunya sepuluh minggu selepas kematian klinikal si ibu.

Kanak-kanak berusia 28 minggu itu di bawah penyeliaan perubatan khas, seorang pegawai di hospital itu memberitahu.

Kata pegawai itu, ibu telah mati secara klinikal tetapi pasukan perubatan telah mengambil keputusan untuk memeliharanya dengan sistem sokongan hayat kerana janin di dalam rahim masih hidup.

"Pasukan perubatan memutuskan untuk menjaga ibu untuk hidup dan dipam darah dan oksigen untuk menjaga janin agar hidup. Proses ini dipanggil kehidupan tiruan," kata seorang pegawai.

Pegawai itu berkata ia adalah kes pertama berlaku di UAE. Ia juga mencerminkan kemajuan teknologi perubatan yang sedang digunakan di hospital itu, katanya.

Wanita UAE, yang mengandung kira-kira tujuh bulan, meninggal dunia akibat pendarahan otak. Walau bagaimanapun, pasukan perubatan mendapati bahawa janinnya masih hidup dan apabila ia mencapai 28 minggu, mereka melakukan pembedahan untuk membawa keluar.

Ia adalah salah satu dari kes-kes yang jarang ditemui di dunia. Bayi itu kini disimpan dalam inkubator khas di bawah pengawasan pasukan perubatan yang mahir.

Gulf News cuba untuk menghubungi ahli keluarga yang terlibat tetapi tiada seorang pun yang boleh didapati. Ibu bayi dikebumikan minggu lalu.