Showing posts with label Piala FA. Show all posts
Showing posts with label Piala FA. Show all posts

Friday, April 5, 2013

Negeri Sembilan Vs Terengganu 6 April 2013 Suku Akhir Piala FA


Negeri Sembilan Vs Terengganu 6 April 2013 Suku Akhir Piala FA  | Pada malam ini akan berlangsung satu lagi perlawanan Suku Akhir Pertama Piala FA melibatkan pasukan Negeri Sembilan dan Terengganu.

Terengganu yang bertandang ke tempat lawan iaitu di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi Negeri Sembilan pastinya membawa semangat yang berkobar-kobar untuk berhadapan dengan pasukan tuan rumah. Perlawanan akan berlangsung pada jam 8.45 Malam dan tiada siaran langsung yang akan disiarkan.

Mengikut statistik 5 perlawanan terakhir, Terengganu sudah semestinya mempunyai harapan cerah untuk menang kerana mereka telah memenagi 4 perlawanan daripada 5 manakala pasukan Negeri Sembilan pula hanya memenangi 1 perlawanan daripada 5 perlawanan terakhir.

Walau bagaimana pun, itu bukanlah kayu ukur sebenar untuk kedua-dua pasukan, namun starategi dan juga semangat kesukanan dan semangat berpasukan bakal menentukan menang kalah sesebuah pasukan itu. Pasukan Negeri sembilan yang bermain di tempat sendiri sudah semestinya tidak mahu menghampakan peminatnya di gelanggang keramat mereka.

Semoga kedua-dua pasukan menunjukkan persembahan yang menarik pada perlawanan malam ini dan para penyokong juga menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi semasa perlawanan diadakan.

Johor Darul Takzim Vs Selangor 6 April 2013 Live Streaming Piala FA

Johor Darul Takzim Vs Selangor 6 April 2013 Live Streaming Suku Akhir Piala FA.

Johor Darul Takzim Vs Selangor 6 April 2013 Live Streaming Piala FA | Selain daripada perlawanan Kelantan menentang Sarawak, satu lagi pertembungan Suku Akhir Piala FA 2013 akan berlangsung diantara pasukan Johor Darul Takzim menentang Selangor FA.

Perlawanan yang akan diadakan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos itu akan bermula pada jam 8:45 malam.

JDT yang tewas di tangan Selangor pada perlawanan Liga Super 9 Mac 2013 yang lepas dengan jaringan 1-4 sudah semestinya akan menurunkan kesebelasan terbaik bagi menebus kekalahan memalukan di Stadium Shah Alam yang lepas.

Berikutan itu, pasukan dari selangor iaitu di bawah bimbinagn Irfan Bakti sudah semestinya akan menukar corak permainan mereka supaya pasukan JDT tidak dapat membaca permainan mereka dari awal untuk mengatasi JDT. Selangor yang telah tewas 1-2 di tangan pasukan Xuan Thanh Sai Gon baru baru ini pasti akan bermain bersungguh-sungguh untuk mengembalikan rentak kemenangan mereka.

Apa-apa pon sama-sama kita nantikan keputusan di akhir perlawanan nanti. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena 801 dan pihak kami akan menyediakan link live streaming di bawah ini. Selamat menonton. Sebarang masalah kami memohon maaf kerana live streaming yang kami gunakan adalah perkongsian dari laman lain. Terima kasih.

Kelantan Vs Sarawak 6 April 2013 Suku Akhir Piala FA

Live Streaming Kelantan Vs Sarawak 6 April 2013 Suku Akhir Piala FA.

Kelantan Vs Sarawak 6 April 2013 Suku Akhir Piala FA | Hari sabtu ini bakal berlangsungnya pertembungan di antara dua pasukan bola sepak Malaysia iaitu pasukan Kelantan FA menentang pasukan Sarawak FA dalam perlawanan Suku Akhir Piala FA 2013.

Perlawanan yang dijangkakan sengit ini bakal berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu Kelantan dan sepak mula dijangkakan pada jam 8.45 Malam.

Kelantan yang baru baru ini telah menewaskan pasukan dari Vietnam iaitu dalam pertembungan Piala AFC Kelantan Vs SHB Da Nang dengan kemenangan besar 5-0 sudah semestinya menjadi pasukan pilihan pada perlawanan ini nanti. Kelantan bakal menurukan kesebelasan terbaik mereka bagi mengekalkan kemenangan di laman sendiri.

Namun demikian, pasukan Sarawak tidak seharusnya dipandang rendah walaupon mereka bermain di Liga Perdana kerana mereka mampu membuat kejutan dengan corak permainan yang sukar dijangka tidak mustahil Sarawak akan menumpaskan pasukan pilihan Kelantan.

Perlawanan ini akan disiarkan secara rasmi melalui siaran Astro 802 bagi membolehkan peminat kedua-dua pasukan dapat menonton secara langsung. Link live streaming tidak dapat dikesan.