Showing posts with label Fuh Live Streaming. Show all posts
Showing posts with label Fuh Live Streaming. Show all posts

Friday, April 5, 2013

Johor Darul Takzim Vs Selangor 6 April 2013 Live Streaming Piala FA

Johor Darul Takzim Vs Selangor 6 April 2013 Live Streaming Suku Akhir Piala FA.

Johor Darul Takzim Vs Selangor 6 April 2013 Live Streaming Piala FA | Selain daripada perlawanan Kelantan menentang Sarawak, satu lagi pertembungan Suku Akhir Piala FA 2013 akan berlangsung diantara pasukan Johor Darul Takzim menentang Selangor FA.

Perlawanan yang akan diadakan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos itu akan bermula pada jam 8:45 malam.

JDT yang tewas di tangan Selangor pada perlawanan Liga Super 9 Mac 2013 yang lepas dengan jaringan 1-4 sudah semestinya akan menurunkan kesebelasan terbaik bagi menebus kekalahan memalukan di Stadium Shah Alam yang lepas.

Berikutan itu, pasukan dari selangor iaitu di bawah bimbinagn Irfan Bakti sudah semestinya akan menukar corak permainan mereka supaya pasukan JDT tidak dapat membaca permainan mereka dari awal untuk mengatasi JDT. Selangor yang telah tewas 1-2 di tangan pasukan Xuan Thanh Sai Gon baru baru ini pasti akan bermain bersungguh-sungguh untuk mengembalikan rentak kemenangan mereka.

Apa-apa pon sama-sama kita nantikan keputusan di akhir perlawanan nanti. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena 801 dan pihak kami akan menyediakan link live streaming di bawah ini. Selamat menonton. Sebarang masalah kami memohon maaf kerana live streaming yang kami gunakan adalah perkongsian dari laman lain. Terima kasih.

Tuesday, April 2, 2013

Live Streaming Ucapan Perdana Menteri Sempena Pembubaran Parlimen 2013


Live Streaming Ucapan Perdana Menteri Sempena Pembubaran Parlimen 2013 | Sebentar lagi iaitu jam 11.30 pagi (3 April 2013) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan akan berucap secara langsung di televisyen RTM TV 2 dari pejabatnya di sini.

Ucapan tersebut dipercayai bagi mengumumkan pembubaran Parlimen sekali gus membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari. - UTUSAN

Monday, April 1, 2013

Kelantan Vs SHB Da Nang FC 2 April 2013 AFC Cup (Live Streaming)


Live Streaming Kelantan Vs SHB Da Nang FC 2 April 2013 AFC Cup  | Pada malam ini akan berlangsungnya satu perlawanan AFC Cup di antara pasukan Kelantan FA selaku wakil dari Malaysia menentang pasukan SHB Da Nang FC wakil dari Vietnam. Perlawanan ini akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan pada jam 8.45 malam.

The Red Warriors dijangkakan akan menghadapi perlawanan dengan baik kerana mereka baru-baru ini menewaskan peneraju Liga Super 2013 iaitu ATM Vs Kelantan dengan jaringan gol 3-2 di Stadium Paroi.

Bojan Hodak telah memaklumkan kepada orang ramai bahawa kedua-dua pemain import mereka iaitu Dimitri Petratos dan Nwakaemi Dickson akan bermain dalam perlawanan ini kerana khidmat mereka dalam Liga Juara-Juara V telah dihentikan. Kelantan sekali lagi akan bergantung kepada kapten berpengaruh mereka iaitu Radzi Badhri bagi mengucar kacirkan pihak lawan.

Khairul Fahmi Che Mat bersedia untuk meneruskan matlamat, beliau adalah salah satu pemain terbaik pada separuh pertama terhadap ATM, manakala jasa Norfarhan juga boleh dibalas dengan diturukan sebagai kesebelasan utama selepas menjaringkan gol yang memenangi terhadap ATM.

Untuk SHB Da Nang FC, ​​dua pemain penting mereka Huynh Quoc Anh dan Pham Nguyen tidak akan pergi ke Malaysia kerana kedua-dua mereka akan berehat berikutan kepenatan kerana jadual perlawanan yang padat.

Selain daripada itu, semua pemain senior mereka yang lain akan melancong ke Malaysia. Pasukan mereka terdiri daripada beberapa pemain antarabangsa Vietnam dan mereka akan bermain bersungguh-sungguh untuk mengekalkan tempat mereka di kedudukan teratas kumpulan dengan dua kemenangan daripada dua perlawanan.

Barisan Kebarangkalian Kelantan 

Fahmi 
Daudsu - Nik Shahrul - Obinna - Zairul
Farhan - Badhri - Nwakaiemi - Faiz
Indra - Petratos

Barisan Kebarangkalian SHB Da Nang FC
Thanh Binh
Duy Lam - Hai Lam - Goia - Tan Dien
Anh Khoa - Minh Phuong - Thanh Hung - Quach Tan
Merlo - Mrwand

Live Streaming Kelantan Vs SHB Da Nang FC

Scroll kebawah pada kotak bawah dan tekan fullscreen ini untuk menonton


Friday, March 29, 2013

Johor Darul Takzim Vs Terengganu 30 Mac 2013 (Live Streaming)

Live Streaming Johor Darul Takzim JDT Vs Terengganu 30 Mac 2013 Keputusan.

Live Streaming Johor Darul Takzim JDT Vs Terengganu 30 Mac 2013 | Selain perlawanan T-Team menentang Pahang 30 Mac 2013 ini, satu lagi perlawanan Liga Super 2013 akan berlangsung iaitu di antara paskukan Johor Darul Takzim menentang pasukan Terengganu FA.

Perlawanan ini akan berlangsung pada jam 8.45 Malam iaitu bertempat di Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos. Perlawanan ini merupakan perlawanan tumpuan untuk gameweek ke 11 Liga Super 2013.

Mengikut statistik perlawanan, Terengganu dilihat lebih konsisten kebelakangan ini dimana mereka telah memenangi 4 perlawanan terakhir mereka biarpun di tempat sendiri mahupun di tempat lawan. Ini akan membangkitkan lagi semangat mereka untuk mengekalkan momentum kemenangan untuk bersaing 3 tempat teratas Liga Super.

Namun demikian, pasukan JDT bukanlah pasukan yang mudah untuk dijinakkan tambahan pula perlawanan berlangsung di kubu kuat mereka sendiri. Dengan mempunyai barisan pemain yang majoritinya bertaraf bintang, sudah cukup untuk membuat pasukan lawan rasa tak senang duduk sekiranya bertemu pasukan Harimau Selatan ini.

Diharapkan persembahan menarik dapat ditunjukkan supaya menghiburkan para penonton kerana perlawanan ini akan disiarkan secara langsung melalui siaran Astro Arena 801. Sehubungan dengan itu, kami sedaya upaya menyediakan link live streaming bagi memudahkan mereka yang tidak dapat menonton melalui kaca televisyen.

T-Team Vs Pahang 30 Mac 2013 Liga Super


T-Team Vs Pahang 30 Mac 2013 Liga Super | Pada petang nanti bakal berlangsungnya perlawanan di antara 2 pasukan Liga Super 2013 iaitu pasukan PBKT T-Team Titans menentang pasukan Pahang.

Perlawanan ini akan di adakan di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu. Sepak mula dijangkakan pada jam 4.45 petang dimana pasukan T-Team selaku tuan rumah menerima kunjungan dari pasukan Pahang.

Dari atas kertas, melihat pada kedudukan tangga Liga Super 2013, Pahang memiliki kelebihan dari segi psikologi dimana pasukan Pahang kini menghuni tangga ke-7 berbanding pasukan T-Team yang berada di kedudukan 2 tercorot dalam carta liga.

Namun demikian, selaku tuan rumah T-Team sudah semestinya akan bermain dengan lebih baik kerana bakal mendapat sokongan padu dari peminat-peminat mereka di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah Nanti.

Apakah keputusannya sama-sama kita nantikan perlawanan pada petang nanti. Dr Fuh menjangkakan perlawanan akan berakhir dengan seri 1-1.

Keputusan Perlawanan

0"   T-Team [0] - [0] Pahang

Thursday, March 28, 2013

Siaran Langsung ATM Vs Kelantan 29 Mac 2013 (Live Streaming Liga Super)



Siaran Langsung ATM Vs Kelantan 29 Mac 2013 (Live Streaming Liga Super) | Malam ini satu lagi perlawanan Liga Super 2013 bakal berlangsung di mana pasukan Kelantan akan turun menentang pasukan ATM bagi membawa pulang 3 mata penuh.

Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi Negeri Sembilan bermula jam 8:45 Malam. Setelah berehat pajang dalam Liga Super, perlawanan minggu ke sebelas ini pastinya memberikan persembahan menarik untuk tontonan penyokong kedua-dua belah pasukan.

Di atas kertas, ATM dilihat memiliki peluang cerah untuk menjinakkan pasukan The Red Warriors kerana mereka bermain di tempat sendiri tambahan pula prestasi mereka dalam Liga Super dilihat sangat memberansangkan apabila mereka menerajui Liga Super ketika ini.

Namun begitu, Dr Fuh berpendapat kedua-dua pasukan dilihat seimbang kerana pasukan Kelantan juga memiliki kelebihan tersendiri dan semangat juang yang tinggi. Pastinya tentangan sengit akan diberikan oleh kelantan untuk merapatkan jurang perbezaan mata dengan 3 pasukan teratas liga.

Perlawanan ini akan disisarkan secara langsung di saluran Astro Arena 801 kerana perlawanan ini adalah perlawanan tumpuan.

Bagi yang tidak dapat menonton secara langsung di saluran Astro, anda bolehlah menonton siaran langsung secara live streaming pada link yang kami pautkan di bawah ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah, pihak admin memohon kemaafan kerana link ini merupakan perkongsian dari website live streaming lain.

Tuesday, March 26, 2013

Live Streaming Malaysia Vs Palestine 26 Mac 2013



Live Streaming Malaysia Vs Palestine 26 Mac 2013  | Pada malam ini satu perlawanan persahabatan antarabangsa 2013 antara pasukan Malaysia dengan pasukan Palestine akan berlangsung. Perlawanan bola sepak ini juga merupakan perlawanan amal dalam misi mengutip dana untuk Tabung Bantuan Rakyat Palestin dan Tabung Wira Negara Lahad Datu.

Perlawanan ini akan di adakan di Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang iaitu pada jam 8:45 malam. Tiket boleh didapati dengan 3 harga berbeza mengikut kategori iaitu bagi tiket grand stand RM150, tiket biasa bagi dewasa RM20 dan bagi kanak-kanak pula hanya RM10.

Di atas kertas, Palestine memiliki kelebihan kerana mereka berada di tangga ke 150 ranking terbaru FIFA Mac 2013 berbanding Malaysia yang berada di kedudukan ke 164 dunia. Namun Malaysia juga dilihat memiliki peluang untuk menangkerana bermain di tempat sendiri.

Walau bagaimana pun, kemenangan atau kekalahan bukanlah kayu ukur bagi perlawanan ini kerana matlamat utama perlawanan ini adalah untuk mengumpul dana kepada rakyat Palestine dan juga kepada wira-wira negara di Lahad Datu serta penduduk Sabah yang terkena tempias pencerobohan di Lahad Datu.

Di khabarkan perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di TV1, TV9 dan juga di Astro Arena 801. Kepada sesiapa yang tidak dapat menonton melalui kaca televisyen bolehlah menonton melalui link yang kami sediakan di bawah ini.


Monday, March 25, 2013

Malaysia Vs Palestine 26 Mac 2013 (Live Streaming Dan Keputusan)


Malaysia Vs Palestin 26 Mac 2013 (Live Streaming Dan Keputusan) | Pada malam ini satu perlawanan persahabatan antarabangsa 2013 antara pasukan Malaysia dengan pasukan Palestine akan berlangsung. Perlawanan bola sepak ini juga merupakan perlawanan amal dalam misi mengutip dana untuk Tabung Bantuan Rakyat Palestin dan Tabung Wira Negara Lahad Datu.

Perlawanan ini akan di adakan di Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang iaitu pada jam 8:45 malam. Tiket boleh didapati dengan 3 harga berbeza mengikut kategori iaitu bagi tiket grand stand RM150, tiket biasa bagi dewasa RM20 dan bagi kanak-kanak pula hanya RM10.

Di atas kertas, Palestine memiliki kelebihan kerana mereka berada di tangga ke 150 ranking terbaru FIFA Mac 2013 berbanding Malaysia yang berada di kedudukan ke 164 dunia. Namun Malaysia juga dilihat memiliki peluang untuk menangkerana bermain di tempat sendiri.

Walau bagaimana pun, kemenangan atau kekalahan bukanlah kayu ukur bagi perlawanan ini kerana matlamat utama perlawanan ini adalah untuk mengumpul dana kepada rakyat Palestine dan juga kepada wira-wira negara di Lahad Datu serta penduduk Sabah yang terkena tempias pencerobohan di Lahad Datu.

Di khabarkan perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di TV1, TV9 dan juga di Astro Arena 801. Kepada sesiapa yang tidak dapat menonton melalui kaca televisyen bolehlah menonton melalui link yang kami sediakan di bawah ini.


Wednesday, March 20, 2013

Malaysia Vs Yemen 22 Mac 2013 (Live Streaming Kelayakan Piala Asia)

Live Streaming Malaysia Vs Yemen 22 Mac 2013 Kelayakan Piala Asia 2015.

Live Streaming Malaysia Vs Yemen 22 March 2013 Kelayakan Piala Asia 2015 | Esok bertempat di Stadium Shah Alam Selangor akan berlangsungnya satu pertembungan Kelayakan Piala Asia 2015 antara 2 pasukan dari benua Asia iaitu pasukan Malaysia menentang pasukan Yemen FA pada jam 8:45 malam.

Merujuk Ranking FIFA terkini, Malaysia sekarang berada di kedudukan ke 164 terburuk dalam sejarah bola sepak Malaysia setakat ini. Manakala, Yemen pula sekarang berada di kedudukan ke 170, 6 tangga di bawah kedudukan Malaysia.

Jadi, atas kertas dilihat malaysia mempunyai peluang cerah untuk memenangi perlawanan ini meskipun skuad Kebangsaan ketika ini dirundung berbagai krisis dari segi pengurusan mahupun kejurulatihan. K. Rajagopal selaku Ketua Jurulatih Skuad Malaysia haruslah memastikan kemenagan dikecapi bagi mengembalikan kepercayaan FAM dan rakyat Malaysia terhadap beliau dan skuad kebangsaan ketika ini.

Para penyokong dijempt hadir ke stadium Shah Alam bagi menyokong pasukan kebangsaan untuk menyuntik semangat mereka. Tiket boleh dibeli dengan harga RM30 bagi orang dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.

Seperti biasa kami akan menyediakan link live streaming kepada anda untuk meyaksikan pertembungan di antara pasukan Malaysia menentang pasukan Yemen ini.

Tuesday, March 12, 2013

Selangor Vs Tampines Rovers 13 Mac 2013 AFC Cup Live Streaming

live streaming

Live Streaming Selangor Vs Tampines Rovers AFC Cup 13 March 2013 2013 | Pada malam ini akan berlangsungnya perlawanan Asian Football Confederation (AFC) Cup di antara pasukan dari Malaysia, Selangor FA menentang Pasukan dari Singapura iaitu Tempines Rovers FC.

Perlawanan akan diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor dan dijangkakan sepak mula pada jam 8.45 malam ini bersamaan 13 March 2013 (Rabu). Selangor yang tewas mengejut di tangan kelab dari India, East Bengal FC 0-1 pada perlawanan pertama peringkat kumpulan pastinya mahu bangkit dan terus memberi persaingan.

Pada perlawanan ini, dilihat Selangor memiliki kelebihan bermain di tempat sendiri dengan bakal dibanjiri penyokong tempatan bagi memberi sorakan buat pasukan Red Giants

Walaupun ramai penganalisa bola sepak meramalkan Selangor bakal memenangi pada perlawanan malam ini, Tampines Rovers sudah semestinya akan memberikan tentangan sengit dengan membariskan kesebelasan utama terbaik mereka yang rata-ratanya pemain import dari luar negara Singapura.

Bagi mencerahkan peluang untuk ke pusingan seterusnua, kedua-dua pasukan iaitu Selangor FA dan juga Tempines Rovers akan berkerja keras mendapatkan 3 mata penuh malam ni. Sudah semestinya permainan pada malam ini akan lebih menarik dan lebih rancak.

Perlawanan ini akan di siarkan secara langsung di saluran TV9 dan kami akan menyediakan video live streaming untuk peminat bola sepak semua.

Scroll kebawah pada kotak bawah dan tekan fullscreen ini untuk menonton


Sekiranya berlaku sebarang masalah tekan "Refresh TV"

Sunday, March 10, 2013

Final Badminton All England 2013 (Live Streaming Dan Keputusan)

all england 2013 final, all england 2013 final

Final Badminton All England 2013 (Live Streaming Dan Keputusan) | Seperti yang kita ketahui, pertandingan Badminton All England 2013 sudah sampai ke kemuncaknya apabila malam ini akan berlangsungnya perlawanan akhir bagi semua kategori pertandingan.

Seperti biasa, negara China mendominasi pertandingan Final All England ini apabila 5 dari 10 yang bakal berentap di final All England ini adalah dari negara China. Malaysia yang mempertaruhkan beberapa tonggak untuk membawa saingan All England ke peringkat akhir namun tidak tercapai apabila hanya Datuk Lee Chong Wei seorang sahaja wakil dari Malaysia yang layak mara ke pertandingan akhir ini.

Datuk Lee Chong Wei iaitu pilihan pertama pertandingan dan seperti yang kita ketahui beliau juga penyandang ranking pertama badminton dunia akan berentap wakil dari negara China iaitu Chen Long pemain nombor 2 dunia.

all england 2013 final, all england 2013 final

Sekiranya memenangi pertandingan akhir ini, Datuk Lee Chong Wei bakal membawa piala All England ini buat kali ke-3 selepas memenanginya pada tahun 2010 dan 2011 yang lalu.

Pada perlawanan separuh akhir semalam, Chong Wei hanya memerlukan 33 minit untuk menundukkan lawan tidak ternama itu meskipun Tanongsak cuba untuk memberikan saingan pada set pertama.

Bagaimanapun, pada set kedua, Tanongsak akhirnya terpaksa akur dengan ketangkasan Chong Wei yang tidak memberikan ruang untuk pemain Thailand itu menambah mata hingga tamat perlawanan. Kata Chong Wei kemenangan tersebut menaikan semangatnya untuk mendapatkan gelaran pada All England kali ini.

Kami cuba menyediakan link live streaming, namun ianya bergantung kepada pemilik stream tersebut kerana channel dikawal oleh beliau. Kalau dia tengok Final Badminton malam ni merasa la kita join tengok sama live streaming. Siaran Langsung akan di tayangkan di saluran Astro Supersport 811 pada jam 8:00 malam waktu tempatan.

Keputusan penuh. Datuk Lee Chong Wei tewas straight set 17-21, 18-21

Friday, March 8, 2013

Selangor Vs Johor Darul Takzim 9 Mac 2013 (Live Streaming Liga Super)

live straming selangor jdt 9 mac 2013

Selangor Vs Johor Darul Takzim 9 Mac 2013 (Live Streaming Liga Super Astro Arena) | Pada malam ini, satu perlawanan Liga Super 2013 akan belangsung diantara dua kelab gergasi bola sepak Malaysia iaitu antara Selangor FA menentang Johor Darul Takzim FC.

Pertembungan ini akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor dan sepak mula dijangkakan pada jam 8:45 malam. Perlawanan ini merupakan perlawanan tumpuan untuk minggu ini kerana kedua-dua pasukan ini memiliki ramai pemain berstatus bintang dan juga dikatakan sebagai "anak kesayangan" FAM.

Dalam perlawanan ini, Selangor dilihat memiliki kelebihan walaupun berada di bawah kedudukan JDT dalam carta Liga Super kerana mereka bermain di laman sendiri. Sudah pasti penyokong The Red Giants tidak akan melepaskan peluang untuk menonton secara langsung perlawanan hebat ini.

Walau bagaimana pon, dengan memiliki ramai pemain berstatus bintang seperti Daniel Güiza, Syafiq Rahim dan juga Mat Yo, pasukan JDT di lihat akan memberikan tenteangan sengit dan akan bermain dengan bersungguh-sungguh bagi mengekalkan mereka di takhta liga.

Di antara pemain yang menjadi tumpuan pada perlawanan ini adalah Daniel Güiza  Syafiq Rahim dan juga Ahmad Muslim dari JDT manakala bagi pasukan Selangor pula, watak penting pada malam ini untuk menyusun strategi dan mengekang pihak lawan adalah Norazlan Razali iaitu penjaga gol pasukan Selangor, Syukor Jusoh yang bermain sebagai "wing back" dan juga penyerang berbisa Amri Yahyah.

Bagi sesiapa yang tidak dapat menonton siaran secara langsung di Stadium Shah Alam, bolehlah menonton di link yang kami sediakan di bawah ini. Semoga kedua-dua pasukan menunjukkan kualiti permainan yang baik dan tidak menghampakan para penyokong.