Showing posts with label Liga Super 2013. Show all posts
Showing posts with label Liga Super 2013. Show all posts

Friday, March 29, 2013

Johor Darul Takzim Vs Terengganu 30 Mac 2013 (Live Streaming)

Live Streaming Johor Darul Takzim JDT Vs Terengganu 30 Mac 2013 Keputusan.

Live Streaming Johor Darul Takzim JDT Vs Terengganu 30 Mac 2013 | Selain perlawanan T-Team menentang Pahang 30 Mac 2013 ini, satu lagi perlawanan Liga Super 2013 akan berlangsung iaitu di antara paskukan Johor Darul Takzim menentang pasukan Terengganu FA.

Perlawanan ini akan berlangsung pada jam 8.45 Malam iaitu bertempat di Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos. Perlawanan ini merupakan perlawanan tumpuan untuk gameweek ke 11 Liga Super 2013.

Mengikut statistik perlawanan, Terengganu dilihat lebih konsisten kebelakangan ini dimana mereka telah memenangi 4 perlawanan terakhir mereka biarpun di tempat sendiri mahupun di tempat lawan. Ini akan membangkitkan lagi semangat mereka untuk mengekalkan momentum kemenangan untuk bersaing 3 tempat teratas Liga Super.

Namun demikian, pasukan JDT bukanlah pasukan yang mudah untuk dijinakkan tambahan pula perlawanan berlangsung di kubu kuat mereka sendiri. Dengan mempunyai barisan pemain yang majoritinya bertaraf bintang, sudah cukup untuk membuat pasukan lawan rasa tak senang duduk sekiranya bertemu pasukan Harimau Selatan ini.

Diharapkan persembahan menarik dapat ditunjukkan supaya menghiburkan para penonton kerana perlawanan ini akan disiarkan secara langsung melalui siaran Astro Arena 801. Sehubungan dengan itu, kami sedaya upaya menyediakan link live streaming bagi memudahkan mereka yang tidak dapat menonton melalui kaca televisyen.

T-Team Vs Pahang 30 Mac 2013 Liga Super


T-Team Vs Pahang 30 Mac 2013 Liga Super | Pada petang nanti bakal berlangsungnya perlawanan di antara 2 pasukan Liga Super 2013 iaitu pasukan PBKT T-Team Titans menentang pasukan Pahang.

Perlawanan ini akan di adakan di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu. Sepak mula dijangkakan pada jam 4.45 petang dimana pasukan T-Team selaku tuan rumah menerima kunjungan dari pasukan Pahang.

Dari atas kertas, melihat pada kedudukan tangga Liga Super 2013, Pahang memiliki kelebihan dari segi psikologi dimana pasukan Pahang kini menghuni tangga ke-7 berbanding pasukan T-Team yang berada di kedudukan 2 tercorot dalam carta liga.

Namun demikian, selaku tuan rumah T-Team sudah semestinya akan bermain dengan lebih baik kerana bakal mendapat sokongan padu dari peminat-peminat mereka di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah Nanti.

Apakah keputusannya sama-sama kita nantikan perlawanan pada petang nanti. Dr Fuh menjangkakan perlawanan akan berakhir dengan seri 1-1.

Keputusan Perlawanan

0"   T-Team [0] - [0] Pahang

Thursday, March 28, 2013

Siaran Langsung ATM Vs Kelantan 29 Mac 2013 (Live Streaming Liga Super)



Siaran Langsung ATM Vs Kelantan 29 Mac 2013 (Live Streaming Liga Super) | Malam ini satu lagi perlawanan Liga Super 2013 bakal berlangsung di mana pasukan Kelantan akan turun menentang pasukan ATM bagi membawa pulang 3 mata penuh.

Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi Negeri Sembilan bermula jam 8:45 Malam. Setelah berehat pajang dalam Liga Super, perlawanan minggu ke sebelas ini pastinya memberikan persembahan menarik untuk tontonan penyokong kedua-dua belah pasukan.

Di atas kertas, ATM dilihat memiliki peluang cerah untuk menjinakkan pasukan The Red Warriors kerana mereka bermain di tempat sendiri tambahan pula prestasi mereka dalam Liga Super dilihat sangat memberansangkan apabila mereka menerajui Liga Super ketika ini.

Namun begitu, Dr Fuh berpendapat kedua-dua pasukan dilihat seimbang kerana pasukan Kelantan juga memiliki kelebihan tersendiri dan semangat juang yang tinggi. Pastinya tentangan sengit akan diberikan oleh kelantan untuk merapatkan jurang perbezaan mata dengan 3 pasukan teratas liga.

Perlawanan ini akan disisarkan secara langsung di saluran Astro Arena 801 kerana perlawanan ini adalah perlawanan tumpuan.

Bagi yang tidak dapat menonton secara langsung di saluran Astro, anda bolehlah menonton siaran langsung secara live streaming pada link yang kami pautkan di bawah ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah, pihak admin memohon kemaafan kerana link ini merupakan perkongsian dari website live streaming lain.

Felda United Vs Selangor FA 29 Mac 2013 (Live Streaming Dan Keputusan Penuh)


Live Streaming Dan Keputusan Penuh Perlawanan Felda United Vs Selangor 29 Mac 2013 | Pada petang ini, satu perlawanan Liga Super 2013 akan berlangsung melibatkan pasukan Felda United dan pasukan Selangor FA setelah Liga Super berehat panjang.

Perlawanan ini akan diadakan di Stadium MBPJ Petaling Jaya, Selangor. Sepak mula dijangkakan pada jam 4.45 petang dimana siaran langsung akan disiarkan di RTM TV 1 pada jam 4:45 petang ini.

Menurut pengkritik-pengkritik bola sepak Malaysia, Selangor merupakan pasukan pilihan untuk membawa pulang 3 mata penuh berdasarkan prestasi yang ditunjukkan sebelum ini. Namun demikian, pasukan Felda United juga memiliki kelebihan bermain di tempat sendiri dimana sudah semestinya para penyoikong Felda United akan hadir memberi sokongan kepada pasukan kegemaran mereka.

Kami akan update keputusan penuh dari masa ke semasa pada perlawanan petang nanti. Live streaming akan disiarkan di TV 1.
Keputusan Penuh

0"    Felda United [0] - [0] Selangor FA

Friday, March 8, 2013

Lions XII Vs Kelantan 9 Mac 2013 (Siaran Tertunda Dan Keputusan)

siaran trtunda dan keputusan lions xii vs kelantan

Lions XII Vs Klantan 9 Mac 2013 (Siaran Tertunda Dan Keputusan) | Selain perlawanan Liga Super 2013 di antara pasukan Selangor Vs Johor Darul Takzim, satu lagi perlawanan tumpuan dijangkan berlangsung di antara pasukan Lions XII dari Singapura menentang Kelantan FA.

Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapore di mana sepak mula dijangkakan pada jam 7:45 malam waktu tempatan. 

Singapore yang menghuni tangga ke-4 Liga dengan berbaki 1 perlawanan berbanding Kelantan yang berada di tempat ke 7 setelah mengharungi 10 perlawanan dilihat memiliki banyak kelebihan dari segi psikologi apabila mereka bermain di tempat sendiri tambahan pula mereka sudah biasa bermain di padang buatan sintetik berbanding Kelantan.

Walau bagaimana pun, pasukan The Red Warriors pastinya tidak mahu toleh ke belakang dan mengimpikan kemenangan bagi bersaing di tempat "top 3" Liga Super 2013 bagi mencerahkan lagi peluan kepada mereka unuk bermain pada perlawanan AFC musim hadapan.

Siaran langsung tidak dapat ditayangkan kerana pihak Astro menayangkan perlawanan di antara pasukan Selangor menentang pasukan JDT. Namun demikian, siaran tertunda akan ditayangkan di saluran Astro Arena 801 pada jam 11:00 malam.

Jadi kami menyediakan link live streaming astro arena untuk anda menonton siaran tertunda yang akan diadakan pada jam 11 malam. Kami juga akan meng update keputusan semasa perlawanan ini sehingga ke wisel penamat.


Keputusan Terkini Perlawanan

0"   Lions XII [0] - [0] Kelantan FA

Selangor Vs Johor Darul Takzim 9 Mac 2013 (Live Streaming Liga Super)

live straming selangor jdt 9 mac 2013

Selangor Vs Johor Darul Takzim 9 Mac 2013 (Live Streaming Liga Super Astro Arena) | Pada malam ini, satu perlawanan Liga Super 2013 akan belangsung diantara dua kelab gergasi bola sepak Malaysia iaitu antara Selangor FA menentang Johor Darul Takzim FC.

Pertembungan ini akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor dan sepak mula dijangkakan pada jam 8:45 malam. Perlawanan ini merupakan perlawanan tumpuan untuk minggu ini kerana kedua-dua pasukan ini memiliki ramai pemain berstatus bintang dan juga dikatakan sebagai "anak kesayangan" FAM.

Dalam perlawanan ini, Selangor dilihat memiliki kelebihan walaupun berada di bawah kedudukan JDT dalam carta Liga Super kerana mereka bermain di laman sendiri. Sudah pasti penyokong The Red Giants tidak akan melepaskan peluang untuk menonton secara langsung perlawanan hebat ini.

Walau bagaimana pon, dengan memiliki ramai pemain berstatus bintang seperti Daniel Güiza, Syafiq Rahim dan juga Mat Yo, pasukan JDT di lihat akan memberikan tenteangan sengit dan akan bermain dengan bersungguh-sungguh bagi mengekalkan mereka di takhta liga.

Di antara pemain yang menjadi tumpuan pada perlawanan ini adalah Daniel Güiza  Syafiq Rahim dan juga Ahmad Muslim dari JDT manakala bagi pasukan Selangor pula, watak penting pada malam ini untuk menyusun strategi dan mengekang pihak lawan adalah Norazlan Razali iaitu penjaga gol pasukan Selangor, Syukor Jusoh yang bermain sebagai "wing back" dan juga penyerang berbisa Amri Yahyah.

Bagi sesiapa yang tidak dapat menonton siaran secara langsung di Stadium Shah Alam, bolehlah menonton di link yang kami sediakan di bawah ini. Semoga kedua-dua pasukan menunjukkan kualiti permainan yang baik dan tidak menghampakan para penyokong.

Thursday, March 7, 2013

Terengganu Vs T-Team 8 Mac 2013 (Keputusan Penuh)


Keputusan Perlawanan Terengganu Vs T-Team 8 Mac 2013 | Pada petang ini akan berlangsungnya perlawanan Liga Super 2013 di antara pasukan Terengganu FA menentang T-Team FC bertempat di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (Kuala Terengganu) iaitu pada jam 4:45 Petang.

Pertemuan di antara 2 pasukan dari negeri yang sama ini pastinya akan memberikan persembahan yang menarik. Di atas kertas, pasukan Terengganu memiliki kelebihan kerana prestasinya yang sedang meningkat kebelakangan ini.

Namun, pasukan T-Team Titans tidak boleh dipandang rendah kerana pasukan itu mampu mengejutkan pihak lawan pada bila-bila masa sahaja. Diharapkan kedua-dua pasukan menunjukkan persembahan menarik.

Kami dari fuh.my akan meng update keputusan terkini perlawanan di antara pasukan Terengganu Vs T-Team Titans secepat mungkin.

Keputusan Terkini Terengganu Vs T-Team Titans

FT  Terengganu FA [1] - [0] T0Team Titans FC
90+" Farderin Kadir