Showing posts with label Keputusan Penuh. Show all posts
Showing posts with label Keputusan Penuh. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

Selangor Vs Tempines Rovers AFC Cup 13 Mac 2013 (Keputusan Penuh)

keputusan penuh AFC Cup 2013 selangor vs tempines rovers

Selangor Vs Tempines Rovers AFC Cup 13 Mac 2013 | Pada malam ini akan berlangsungnya perlawanan Asian Football Confederation (AFC) Cup di antara pasukan dari Malaysia, Selangor FA menentang Pasukan dari Singapura iaitu Tempines Rovers FC.

Perlawanan akan diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor dan dijangkakan sepak mula pada jam 8.45 malam ini bersamaan 13 March 2013 (Rabu). Selangor yang tewas mengejut di tangan kelab dari India, East Bengal FC 0-1 pada perlawanan pertama peringkat kumpulan pastinya mahu bangkit dan terus memberi persaingan.

Pada perlawanan ini, dilihat Selangor FA memiliki kelebihan bermain di tempat sendiri dengan bakal dibanjiri penyokong tempatan bagi memberi sorakan buat pasukan Red Giants

Walaupun ramai penganalisa bola sepak meramalkan Selangor bakal memenangi pada perlawanan malam ini, Tampines Rovers sudah semestinya akan memberikan tentangan sengit dengan membariskan kesebelasan utama terbaik mereka yang rata-ratanya pemain import dari luar negara Singapura.

Bagi mencerahkan peluang untuk ke pusingan seterusnya, kedua-dua pasukan iaitu Selangor FA dan juga Tempines Rovers FC akan berkerja keras untuk mendapatkan 3 mata penuh malam ni. Sudah semestinya permainan pada malam ini akan lebih menarik dan lebih rancak.

Kami akan update keputusan terkini perlawanan dari masa ke semasa..

Perlawanan ini juga akan di siarkan secara langsung di saluran TV9 dan kami sedah menyediakan video Live Streaming Selangor Vs Tampines Rovers AFC Cup 13 March 2013 2013 <--(click) untuk peminat bola sepak semua.

Keputusan Selangor Vs Tempines Rovers AFC Cup 2013

0"    Selangor FA [0] - [0] Tempines Rovers

Friday, March 8, 2013

Lions XII Vs Kelantan 9 Mac 2013 (Siaran Tertunda Dan Keputusan)

siaran trtunda dan keputusan lions xii vs kelantan

Lions XII Vs Klantan 9 Mac 2013 (Siaran Tertunda Dan Keputusan) | Selain perlawanan Liga Super 2013 di antara pasukan Selangor Vs Johor Darul Takzim, satu lagi perlawanan tumpuan dijangkan berlangsung di antara pasukan Lions XII dari Singapura menentang Kelantan FA.

Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapore di mana sepak mula dijangkakan pada jam 7:45 malam waktu tempatan. 

Singapore yang menghuni tangga ke-4 Liga dengan berbaki 1 perlawanan berbanding Kelantan yang berada di tempat ke 7 setelah mengharungi 10 perlawanan dilihat memiliki banyak kelebihan dari segi psikologi apabila mereka bermain di tempat sendiri tambahan pula mereka sudah biasa bermain di padang buatan sintetik berbanding Kelantan.

Walau bagaimana pun, pasukan The Red Warriors pastinya tidak mahu toleh ke belakang dan mengimpikan kemenangan bagi bersaing di tempat "top 3" Liga Super 2013 bagi mencerahkan lagi peluan kepada mereka unuk bermain pada perlawanan AFC musim hadapan.

Siaran langsung tidak dapat ditayangkan kerana pihak Astro menayangkan perlawanan di antara pasukan Selangor menentang pasukan JDT. Namun demikian, siaran tertunda akan ditayangkan di saluran Astro Arena 801 pada jam 11:00 malam.

Jadi kami menyediakan link live streaming astro arena untuk anda menonton siaran tertunda yang akan diadakan pada jam 11 malam. Kami juga akan meng update keputusan semasa perlawanan ini sehingga ke wisel penamat.


Keputusan Terkini Perlawanan

0"   Lions XII [0] - [0] Kelantan FA