Showing posts with label AFC Cup 2013. Show all posts
Showing posts with label AFC Cup 2013. Show all posts

Tuesday, April 2, 2013

Video Jaringan Gol Kelantan Vs Da Nang Piala AFC 2013 Dan Keputusan Penuh


Video Jaringan Gol Kelantan [5] Vs [0] Da Nang Piala AFC 2013 | Kelantan menerajui Kumpulan G selepas berpesta gol ketika membenam SHB Da Nang dari Vietnam 5-0 dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam tadi.

Kemenangan itu juga menyaksikan The Red Warriors mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri sejak musim lalu selain meleburkan SHB Da Nang yang tidak pernah tewas selepas tiga perlawanan sejak saingan AFC bermula.

Seawal minit pertama, pertahanan tuan rumah sudah diuji menerusi rembatan penyerang import SHB Da Nang, Merlo Sebastian Gaston selepas menerima lorongan Giang Tran Quach Tan namun ketangkasan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat berjaya menyelamat keadaan.

Tersentak asakan awal pelawat, anak didik skuad kendalian Bojan Hodak mula mengatur gerakan pada minit kedua menerusi penyerang import bertubuh sasa, Dickson Nwakaeme yang melakukan hantaran lintang sebelum pemain veteran, Indraputra Mahayuddin melakukan rembatan namun melepasi palang gol.

Dua minit berselang, Nwakaeme membuka tirai jaringan menerusi percubaan luar kotak penalti selepas menerima hantaran pemain sayap, Mohd Faiz Subri yang mempamer kelincahan melepasi tiga pemain lawan.


Minit keenam, Indraputra terus menjarakkan kedudukan apabila menghasilkan jaringan kedua selepas menerima umpanan cantik bintang muda dari Australia, Dimitri Petratos sekali gus menewaskan penjaga gol, Nguyen Thanh Binh.

Ketinggalan dua gol menyaksikan pasukan pelawat yang dikendalikan Le Huynh Duc buntu melakukan gerakan sebaliknya Kelantan terus menguasai perlawanan. Minit ke-15 Nwakaeme sekali lagi melakukan percubaan namun ditepis penjaga gol.

Kelincahan Mohd Faiz terus menjadi perhatian kira-kira 10,000 penyokong, malah usahanya berjaya menghasilkan jaringan ketiga pada minit ke-23 selepas menerima umpanan Nwakaeme sekali gus terus mengukuhkan kedudukan.

Pelawat yang ketinggalan 0-3 memaksa melakukan perubahan apabila menukar tiga pemainnya meskipun belum berakhir babak pertama.

Peluang terbaik SHB Da Nang hadir pada minit ke-44 namun percubaan Vo Hoang Quang sedikit tersasar meskipun Khairul Fahmi sudah tertewas. Keputusan 3-0 itu kekal sehingga tamat babak pertama.

Bermula babak kedua, Kelantan terus garang malah Nwakaeme terus mempamer kehebatan dengan merembat kencang dari kotak penalti pada minit ke-47 namun sekadar melepasi palang gol.

SHB Da Nang terus derita apabila Petratos menghadiahkan jaringan keempat Kelantan pada minit ke-58 selepas menerima hantaran lintang Mohd Faiz.

Kelantan berpeluang menghasilkan gol kelima menerusi sepakan penalti selepas Nwakaeme dikasari penjaga gawang pada minit ke 69. Namun sepakan penalti Mohd Shahir Shaari tersasar ke kanan gawang meskipun penjaga gol sudah tidak dapat membaca arah sepakan berkenaan.

Minit ke-83 penyerang berbahaya, Nwakaeme digantikan dengan Zairo Anuar Zailani. Penyokong Kelantan terus berpesta apabila kapten, Mohd Badri Radzi menjaringkan gol kelima pada minit ke-85 dengan melakukan percubaan dari luar kotak penalti selepas penjaga gawang lawan keluar dari kawasannya untuk menyelamatkan serangan Petratos.

Dua minit masa tambahan tidak cukup untuk SBH Da nang mencari gol sagu hati yang menyaksikan keputusan 5-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Monday, April 1, 2013

Kelantan Vs SHB Da Nang FC 2 April 2013 AFC Cup (Live Streaming)


Live Streaming Kelantan Vs SHB Da Nang FC 2 April 2013 AFC Cup  | Pada malam ini akan berlangsungnya satu perlawanan AFC Cup di antara pasukan Kelantan FA selaku wakil dari Malaysia menentang pasukan SHB Da Nang FC wakil dari Vietnam. Perlawanan ini akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan pada jam 8.45 malam.

The Red Warriors dijangkakan akan menghadapi perlawanan dengan baik kerana mereka baru-baru ini menewaskan peneraju Liga Super 2013 iaitu ATM Vs Kelantan dengan jaringan gol 3-2 di Stadium Paroi.

Bojan Hodak telah memaklumkan kepada orang ramai bahawa kedua-dua pemain import mereka iaitu Dimitri Petratos dan Nwakaemi Dickson akan bermain dalam perlawanan ini kerana khidmat mereka dalam Liga Juara-Juara V telah dihentikan. Kelantan sekali lagi akan bergantung kepada kapten berpengaruh mereka iaitu Radzi Badhri bagi mengucar kacirkan pihak lawan.

Khairul Fahmi Che Mat bersedia untuk meneruskan matlamat, beliau adalah salah satu pemain terbaik pada separuh pertama terhadap ATM, manakala jasa Norfarhan juga boleh dibalas dengan diturukan sebagai kesebelasan utama selepas menjaringkan gol yang memenangi terhadap ATM.

Untuk SHB Da Nang FC, ​​dua pemain penting mereka Huynh Quoc Anh dan Pham Nguyen tidak akan pergi ke Malaysia kerana kedua-dua mereka akan berehat berikutan kepenatan kerana jadual perlawanan yang padat.

Selain daripada itu, semua pemain senior mereka yang lain akan melancong ke Malaysia. Pasukan mereka terdiri daripada beberapa pemain antarabangsa Vietnam dan mereka akan bermain bersungguh-sungguh untuk mengekalkan tempat mereka di kedudukan teratas kumpulan dengan dua kemenangan daripada dua perlawanan.

Barisan Kebarangkalian Kelantan 

Fahmi 
Daudsu - Nik Shahrul - Obinna - Zairul
Farhan - Badhri - Nwakaiemi - Faiz
Indra - Petratos

Barisan Kebarangkalian SHB Da Nang FC
Thanh Binh
Duy Lam - Hai Lam - Goia - Tan Dien
Anh Khoa - Minh Phuong - Thanh Hung - Quach Tan
Merlo - Mrwand

Live Streaming Kelantan Vs SHB Da Nang FC

Scroll kebawah pada kotak bawah dan tekan fullscreen ini untuk menonton


Tuesday, March 12, 2013

Selangor Vs Tempines Rovers AFC Cup 13 Mac 2013 (Keputusan Penuh)

keputusan penuh AFC Cup 2013 selangor vs tempines rovers

Selangor Vs Tempines Rovers AFC Cup 13 Mac 2013 | Pada malam ini akan berlangsungnya perlawanan Asian Football Confederation (AFC) Cup di antara pasukan dari Malaysia, Selangor FA menentang Pasukan dari Singapura iaitu Tempines Rovers FC.

Perlawanan akan diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor dan dijangkakan sepak mula pada jam 8.45 malam ini bersamaan 13 March 2013 (Rabu). Selangor yang tewas mengejut di tangan kelab dari India, East Bengal FC 0-1 pada perlawanan pertama peringkat kumpulan pastinya mahu bangkit dan terus memberi persaingan.

Pada perlawanan ini, dilihat Selangor FA memiliki kelebihan bermain di tempat sendiri dengan bakal dibanjiri penyokong tempatan bagi memberi sorakan buat pasukan Red Giants. 

Walaupun ramai penganalisa bola sepak meramalkan Selangor bakal memenangi pada perlawanan malam ini, Tampines Rovers sudah semestinya akan memberikan tentangan sengit dengan membariskan kesebelasan utama terbaik mereka yang rata-ratanya pemain import dari luar negara Singapura.

Bagi mencerahkan peluang untuk ke pusingan seterusnya, kedua-dua pasukan iaitu Selangor FA dan juga Tempines Rovers FC akan berkerja keras untuk mendapatkan 3 mata penuh malam ni. Sudah semestinya permainan pada malam ini akan lebih menarik dan lebih rancak.

Kami akan update keputusan terkini perlawanan dari masa ke semasa..

Perlawanan ini juga akan di siarkan secara langsung di saluran TV9 dan kami sedah menyediakan video Live Streaming Selangor Vs Tampines Rovers AFC Cup 13 March 2013 2013 <--(click) untuk peminat bola sepak semua.

Keputusan Selangor Vs Tempines Rovers AFC Cup 2013

0"    Selangor FA [0] - [0] Tempines Rovers

Selangor Vs Tampines Rovers 13 Mac 2013 AFC Cup Live Streaming

live streaming

Live Streaming Selangor Vs Tampines Rovers AFC Cup 13 March 2013 2013 | Pada malam ini akan berlangsungnya perlawanan Asian Football Confederation (AFC) Cup di antara pasukan dari Malaysia, Selangor FA menentang Pasukan dari Singapura iaitu Tempines Rovers FC.

Perlawanan akan diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor dan dijangkakan sepak mula pada jam 8.45 malam ini bersamaan 13 March 2013 (Rabu). Selangor yang tewas mengejut di tangan kelab dari India, East Bengal FC 0-1 pada perlawanan pertama peringkat kumpulan pastinya mahu bangkit dan terus memberi persaingan.

Pada perlawanan ini, dilihat Selangor memiliki kelebihan bermain di tempat sendiri dengan bakal dibanjiri penyokong tempatan bagi memberi sorakan buat pasukan Red Giants. 

Walaupun ramai penganalisa bola sepak meramalkan Selangor bakal memenangi pada perlawanan malam ini, Tampines Rovers sudah semestinya akan memberikan tentangan sengit dengan membariskan kesebelasan utama terbaik mereka yang rata-ratanya pemain import dari luar negara Singapura.

Bagi mencerahkan peluang untuk ke pusingan seterusnua, kedua-dua pasukan iaitu Selangor FA dan juga Tempines Rovers akan berkerja keras mendapatkan 3 mata penuh malam ni. Sudah semestinya permainan pada malam ini akan lebih menarik dan lebih rancak.

Perlawanan ini akan di siarkan secara langsung di saluran TV9 dan kami akan menyediakan video live streaming untuk peminat bola sepak semua.

Scroll kebawah pada kotak bawah dan tekan fullscreen ini untuk menonton


Sekiranya berlaku sebarang masalah tekan "Refresh TV"