Showing posts with label PRU 13. Show all posts
Showing posts with label PRU 13. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

Menjelang PRU13 - Tinggal Dua DUN Belum Bubar Dijangka Bubar Hari Ini


Tinggal Dua DUN Belum Bubar Dijangka Bubar Hari Ini | KUALA LUMPUR: Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Semua Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dibubarkan setakat hari ini kecuali dua saja lagi iaitu Pulau Pinang dan Kedah yang dijangka akan siap segala urusan proses pembubarannya pada Jumaat. 

Selangor jadi negeri Pakatan Rakyat pertama membubarkan Dewan Undangan Negeri nya. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menandatangani watikah pembubaran tersebut pada pukul 2.30 petang dalam satu upacara ringkas di Istana Alam Shah, Klang.

Watikah tersebut ditandatangani di hadapan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli-Ahli Dewan Diraja yang hadir. Ia turut disaksikan oleh Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Watikah itu kemudian diserahkan kepada Speaker DUN Selangor bagi membolehkan pembubaran DUN dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan kemudian, Khalid memaklumkan bahawa beliau telah memutuskan supaya semua bekas ADUN dan Exco hanya boleh menggunakan separuh daripada peruntukan masing-masing.

"Ini bagi memastikan peruntukan mencukupi selepas pilihan raya selesai diadakan untuk membolehkan kerajaan baharu melaksanakan tugas dengan berkesan agar kebajikan rakyat tidak terabai," katanya.

Sementara itu di Kuala Terengganu, Speaker DUN Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang menyerahkan notis pembubaran DUN kepada pengarah SPR negeri, Fakhrul Razi Ab Wahab di pejabat Yang Dipertua di Wisma Darul Iman.

Di Pahang pula, pejabat SPR Pahang menerima watikah pembubaran DUN yang ditandatangani Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Watikah disampaikan Setiausaha DUN Pahang, Syed Ahmad Khirulanwar Al-Yahya Syed Abd Rahmad kepada pengarah SPR negeri, Othman Noh.

Di Pulau Pinang, Ketua Menterinya, Lim Guan Eng sudah menghadap Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas di kediaman rasminya di Seri Mutiara bagi memohon perkenan pembubaran.

"Saya juga telah mencadangkan kepada TYT Yang Dipertua Negeri untuk mempertimbangkan (Jumaat) sebagai tarikh pembubaran," kata Guan Eng dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan kemudian.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengesahkan DUN negeri itu akan dibubarkan selewat-lewatnya pada Jumaat. Pembubaran DUN Kedah akan diumum selepas beliau memaklumkan perintah tersebut kepada Jawatankuasa Pemangku Sultan untuk diperkenan.Beliau hadir di perjumpaan majlis pimpinan Pakatan Rakyat di Petaling Jaya.

Bagi Kelantan, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mendapat perkenan Sultan Muhammad Kelima untuk membubarkan DUN dan lewat malam tadi DUN Kelantan secara rasminya telah terbubar.

Kesemua DUN sudah dibubarkan sama ada pada Khamis atau Rabu dan lebih awal Negeri Sembilan yang terbubar secara automatik pada 28 Mac lepas.

PRU13 - Tok Mun Sah Kembali Bertanding Sebagai Calon Bebas [Calon Tertua]


PRU13 - Tok Mun Sah Kembali Bertanding Sebagai Calon Bebas | KUALA TERENGGANU: Maimun Yusof atau lebih dikenali sebagai Tok Mun bakal menjadi calon pilihan raya tertua pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila mengesahkan akan sekali lagi bertanding untuk kerusi parlimen Kuala Terengganu.

Beliau yang berumur 94 tahun hadir ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri kira-kira jam 10 pagi untuk mendapatkan borang pendaftaran calon. Dengan umur itu menjadikan beliau calon tertua bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 kali ini.

Penolong Pengarah SPR Negeri, Nurul Ajleaa Azmi kemudiannya menyerahkan borang kepadanya

Ini adalah cubaan kedua beliau yang tewas pada pilihan raya 2008 lalu kepada dua lagi calon Allahyarham Datuk Razali Ismail (BN) dan Mohamad Sabu (Pas) .

Tok Mun yang bertanding sebagai calon Bebas dengan menggunakan simbol kunci hanya berjaya meraih 685 undi manakala Allahyarham Datuk Razali Ismail (BN) memperoleh 32,562 undi dan Mohamad Sabu (Pas) yang mendapat sebanyak 31,934 undi.

11 Perkara Yang Perlu Dipatuhi Kerajaan Sementara Sebelum Menjelang PRU13


11 Perkara Yang Perlu Dipatuhi Kerajaan Sementara Sebelum Menjelang PRU13 | Setelah rasminya Parlimen dan DUN di seluruh Malaysia dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13), tampuk pimpinan negara sekarang dipegang oleh Kerajaan Sementara yang hanya perlu melaksanakan tanggungjawab wajib melibatkan urusan day to day sesebuah kerajaan.

Sebungan dengan itu, Kerajaan Sementara haruslah mematuhi beberapa perkara dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebelum menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi. Berikut adalah 11 perkara yang perlu dipatuhi oleh Kerajaan Sementara :

i) Memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar bagi Kerajaan Sementara adalah hanya untuk menjalankan tanggungjawab wajib selaku kerajaan yang memerintah yang berkaitan dengan urusan day to day sesebuah kerajaan;

ii) Turun berkempen dalam Pilihanraya kapasiti atau jawatan politik di dalam parti dan bukan sebagai Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar

iii) Tidak menyalahgunakan jentera, peruntukan, kenderaan, kemudahan dan kakitangan kerajaan dengan tujuan untuk berkempen dan meraih undi

iv) Tidak membuat sebarang pengumuman atau pelancaran sebarang projek atau inisiatif kerajaan;

v) Tidak memasuki atau menandantangi sebarang perjanjian baru terutamanya yang melibatkan projek-projek besar serta implikasi kewangan kepada kerajaan.

vi) Tidak membuat sebarang pengumuman atau pemberian apa jua bentuk bantuan atau peruntukan wang kerajaan samada dalam bentuk wang tunai, geran, bonus atau pemberian barangan;

vii) Tidak membuat sebarang pelantikan, pertukaran atau rombakan dalam apa jua organisasi yang kerajaan berkuasa ke atasnya;

viii) Tidak menganjurkan apa jua bentuk himpunan, aktiviti atau apa jua program yang melibatkan kakitangan kerajaan dan orang ramai melalui kementerian, jabatan atau mana-mana agensi-agensi kerajaan yang dilihat sebagai cubaan untuk berkempen dan menanamkan dakyah politik;

ix) Tidak menggunakan jawatan untuk menggugut atau mengindoktrinasi rakyat, khususnya kakitangan kerajaan atau pelajar-pelajarjar IPT bagi mendapatkan undi mereka;

x) Tidak menjadikan premis, pejabat atau bangunan milik kerajaan sebagai markas parti.

xi) Memastikan media massa milik kerajaan memberikan liputan yang seimbang dan adil kepada semua parti-parti yang bertanding.


Semak Tempat Mengundi Secara Online Dan SMS

Wednesday, April 3, 2013

Bilangan Kerusi Parlimen Dan DUN Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)

Bilangan Kerusi Parlimen Dan DUN Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)

Bilangan Kerusi Parlimen Dan DUN Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) | Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menunggu surat rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Undangan Negeri sebelum mengadakan mesyuarat bagi penetapan tarikh penamaan calon dan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bilangan Kerusi Parlimen Dan DUN Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya selewat-lewatnya petang Rabu atau awal pagi Khamis.


Tersenarai di bawah adalah bilangan kerusi Parlimen (P) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di setiap negeri:
  • Perlis, 3 (P) 15 (DUN)
  • Kedah, 15 (P) 36 (DUN)
  • Pulau Pinang, 13 (P) 40 (DUN)
  • Perak, 24 (P) 59 (DUN)
  • Selangor, 22 (P) 56 (DUN)
  • Kuala Lumpur, 11 (P) -
  • Putrajaya, 1 (P) -
  • Labuan, 1 (P) -
  • Negeri Sembilan, 8 (P) 36 (DUN)
  • Melaka, 6 (P) 28 (DUN)
  • Johor, 26 (P) 56 (DUN)
  • Pahang, 14 (P) 42 (DUN)
  • Terengganu, 8 (P) 32 (DUN)
  • Kelantan, 14 (P) 45 (DUN)
  • Sarawak, 31 (P) 71 (DUN)
  • Sabah, 25 (P) 60 (DUN)
  • Jumlah: 222 kerusi Parlimen, 576 DUN

Update Terkini Pilihan Raya Umum 2013 (PRU 13)

Update Terkini Dan Berita Pilihan Raya Umum 2013 PRU 13.

Update Terkini Pilihan Raya Umum 2013 (PRU 13) | Seperti yang kita ketahui, Parlimen telah dibubarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia DS Najib Tun Razak setelah mendapat perkenan dari Yang Dipertua Agong pada 3 April 2013 yang lepas bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13)

Sehubungan dengan itu, pihak fuh.my akan membuat liputan secara tidak rasmi mengenai Pilihan Raya Umum ke 13 ini berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai.

=========================================


5 April 2013 - Tinggal Dua Dun Masih Belum Di Bubar | KUALA LUMPUR: Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Semua Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dibubarkan setakat hari ini kecuali dua saja lagi iaitu Pulau Pinang dan Kedah yang dijangka akan siap segala urusan proses pembubarannya pada Jumaat.

Selangor jadi negeri Pakatan Rakyat pertama membubarkan Dewan Undangan Negeri nya. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menandatangani watikah pembubaran tersebut pada pukul 2.30 petang dalam satu upacara ringkas di Istana Alam Shah, Klang...baca selanjutnya...

4 April 2013 - Bilangan Kerusi Parlimen Dan DUN Pilihan Raya Umum Ke-13Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menunggu surat rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Undangan Negeri sebelum mengadakan mesyuarat bagi penetapan tarikh penamaan calon dan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya selewat-lewatnya petang Rabu atau awal pagi Khamis...Baca selanjutnya...



3 April 2013 - Parlimen Sah Dibubarkan Secara RasminyaParlimen dibubar berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) yang dinanti oleh seluruh negara sejak dua tahun lalu.

Pembubaran diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet....teruskan membaca dan menonton video pengumuman pembubaran....

2 April 2013 - Ura-ura Pembubaran Parlimen Akan Berlaku 3 April 2013KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat dan  Parlimen dijangka akan dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi memberikan laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurut laporan Berita Harian hari ini, jangkaan itu berikutan edaran surat dari Jabatan Perdana Menteri yang meminta semua Ahli Jemaah Menteri mengenakan lounge suit berwarna gelap serta bertali leher merah untuk sesi bergambar pada mesyuarat Kabinet ....Teruskan membaca....

28 Mac 2013 - DUN Negeri Sembilan Catat Sejarah Terbubar Secara AutomatikDewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan terbubar secara automatik hari ini apabila tempoh mandat lima tahunnya berakhir tengah malam tadi, sekali gus mencatat sejarah pembubaran DUN pertama secara automatik di negara ini.

Pembubaran itu berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah Fasal 56(3) yang menyatakan Dewan Negeri berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama dan kemudiannya dibubarkan kecuali dibubarkan terlebih dahulu.

Mesyuarat pertama DUN Negeri Sembilan berlangsung pada 27 Mac 2008 dengan agenda utama melantik Speaker dan upacara mengangkat sumpah anggota DUN.

Selama ini, DUN Negeri Sembilan dibubarkan lebih awal sebelum tamat tempohnya dengan tarikh pembubarannya dibuat mengikut tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum bagi kawasan DUN dan Parlimen di negeri ini diadakan serentak.

Memandangkan Parlimen belum dibubarkan lagi setakat ini, maka DUN negeri ini terbubar secara automatik tengah malam tadi berdasarkan fakta ia merupakan yang pertama bersidang berbanding DUN lain serta Parlimen.

Tuesday, April 2, 2013

Video Ucapan Pengisytiharan Pembubaran Parlimen Oleh Perdana Menteri


Video Ucapan Pengisytiharan Pembubaran Parlimen Oleh Perdana Menteri | Parlimen dibubar berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) yang dinanti oleh seluruh negara sejak dua tahun lalu.

Pembubaran diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
"Pembubaran ini membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sejak negara merdeka," kata beliau dalam pengumuman khas yang dibuat dari Pejabat Perdana Menteri dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen jam 11.30 pagi.

Pengumuman ini dibuat ketika Najib genap empat tahun menjadi perdana menteri.

Mandat kerajaan pusat akan berakhir pada 28 April ini. PRU12 diadakan pada 8 Mac 2008.

Ini kali pertama pilihan raya umum diadakan selepas genap lima tahun selepas satu-satu pilihan raya umum

Video Pembubaran Parlimen 3 April 2013 Pilihan Raya Umum 13

Live Streaming Ucapan Perdana Menteri Sempena Pembubaran Parlimen 2013


Live Streaming Ucapan Perdana Menteri Sempena Pembubaran Parlimen 2013 | Sebentar lagi iaitu jam 11.30 pagi (3 April 2013) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan akan berucap secara langsung di televisyen RTM TV 2 dari pejabatnya di sini.

Ucapan tersebut dipercayai bagi mengumumkan pembubaran Parlimen sekali gus membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari. - UTUSAN

Pembubaran Parlimen 2013 PRU 13 Berlaku Hari Ini

Pembubaran Parlimen Dan Dewan Rakyat 2013 Pilihan Raya Umum 13.

Pembubaran Parlimen 2013 PRU 13 Berlaku Hari Ini? | Semalam desas desus mengatakan Pembubaran Parlimen akan berlaku hari ini mungkin betul apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Istana Negara untuk mengadap Yang DiPertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, jam 8.25 pagi.

Hari ini 3 April genaplah empat tahun kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri keenam.

Najib yang memegang tampuk pentadbiran Negara mulai 3 April 2009 yang memperkenalkan Gagasan 1Malaysia.

Sekumpulan wartawan dari jam 7pagi lagi telah menunggu ketibaan Perdana Menteri.

Pembubaran Parlimen pada hari ini bermakna penamaan calon akan diadakan pada hujung minggu hadapan sementara hari membuang undi juga akan diadakan selewat-lewatnya 27 April ini.

Dr Fuh - Kalau bubar hari ni elok sangat lah tu, kami pon dah tak sabar nak 'tukar'..hehe!

Monday, April 1, 2013

Pembubaran Parlimen 2013 Pilihan Raya Umum 13


Pembubaran Parlimen 2013 Pilihanraya Umum 13 | KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat dan  Parlimen dijangka akan dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi memberikan laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurut laporan Berita Harian hari ini, jangkaan itu berikutan edaran surat dari Jabatan Perdana Menteri yang meminta semua Ahli Jemaah Menteri mengenakan lounge suit berwarna gelap serta bertali leher merah untuk sesi bergambar pada mesyuarat Kabinet.

Mesyuarat tersebut merupakan mesyuarat yang terakhir untuk penggal ini.

“Jika Parlimen dibubar esok, SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi,” kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Mengikut amalan tradisi, Ahli Jemaah Menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum mesyuarat terakhir Kabinet itu.

Setelah mesyuarat, pembubaran Parlimen akan diumumkan oleh Perdana Menteri dalam satu sidang media.

Perdana Menteri juga akan menghadap Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum mesyuarat bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen.

Menurut laporan Berita Harian lagi, beberapa Menteri yang telah dihubungi mengesahkan menerima surat itu.

Mereka juga dilaporkan tidak menolak kemungkinan Najib akan mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat tersebut seperti yang dilakukan sebelum ini.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memperjelaskan bahawa tarikh sebenar pembubaran Parlimen secara automatik ialah pada 30 April dan bukan 28 April seperti yang banyak dilaporkan sebelum ini.

Pembubaran automatic bererti ia akan terbubar secara sendiri jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu.

Setelah pembubaran, SPR mempunyai tempoh 60 hari untuk mengadakan PRU-13 bagi membentuk kerajaan baru.

Pembubaran Parlimen pada esok juga bermakna penamaan calon akan diadakan pada hujung minggu hadapan sementara hari membuang undi juga akan diadakan selewat-lewatnya 27 April ini.

Live Streaming Ucapan Najib 11.30AM (3 April 2013)

UPDATE

Wednesday, March 20, 2013

Tarikh Pembubaran Parlimen 2013 Menjelang Pilihan Raya Umum 13

pembubaran parlimen 2013

Tarikh Pembubaran Parlimen 2013 Menjelang Pilihan Raya Umum 13 | Seperti yang kita ketahui, semalam (20 Mac 2013) tiba-tiba gempar mengatakan Parlimen telah dibubarkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Namun malangnya, khabar angin itu cuma berita palsu semata-mata. Berikut adalah petikan dari Sinar Harian.

Pejabat Perdana Menteri menafikan khabar angin kononnya Dewan Rakyat dibubarkan hari ini (20 Mac 2013), bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan.

Menurut laman Twitter pejabat media perdana menteri, khabar angin itu tidak benar sama sekali

"Kenyataan yang tersebar mengenai pembubaran parlimen hari ini, kononnya daripada Pejabat Perdana Menteri, adalah palsu," demikian menurut laman Twitter itu pada 1.23 tengah hari.

Perkara itu turut disahkan seorang pegawai media perdana menteri ketika dihubungi Bernama.

"Tiada pembubaran hari ini," tegasnya.

Berita palsu yang memetik kononnya kenyataan itu dikeluarkan oleh perdana menteri, tersebar di laman-laman sosial kira-kira 12.30 tengah hari, selepas perdana menteri dilihat keluar daripada Istana Negara pagi tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat memasuki pekarangan Istana Negara pada pukul 7.55 pagi dan keluar kira-kira sejam kemudian.

Menjadi kebiasaan bagi perdana menteri untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet setiap Rabu. - Bernama

Namun demikian, sepatutnya hari ini Parlimen dan Dun Negeri Johor akan terbubar secara automatik kerana hari ini genap tempoh yang sepatutnya dibubarkan. Berikut merupakan TARIKH PEMBUBARAN PARLIMEN DAN DUN secara automatik bagi setiap negeri dalam Malaysia.

pembubaran parlimen secara automatik PRU 13

Kepada yang masih belum membuat semakan semula, anda boleh menyemak semula tempat mengundi secara online dan sms di pautan yang kami sediakan ini.


Semak Tempat Mengundi Secara Online Dan SMS

Semak Tempat Mengundi Secara Online Dan SMS, Pilihan Raya Umum PRU 13 2013.

Semak Tempat Mengundi Secara Online Dan SMS | Nampak gayanya desas-desus mengatakan Pilihan Raya Umum 13 akan diadakan bulan Mac ini semakin kabur dan seperti ianya akan berlaku setelah pembubaran parlimen secara automatik pada bulan April nanti. 

Hal ini boleh dikaitkan dengan beberapa faktor yang rasanya tak perlu diulas oleh Dr Fuh kerana umum sedia maklum kan. Kes Pencerobohan Puak Sulu Di Lahad Datu merupakan salah satu "alasan" yang boleh diguna pakai untuk melewatkan pilihan raya umum.

Namun walau bawagimana pon, kita sebagai rakyat jelata yang inginkan kemajuan hendaklah menunaikan tanggungjawab kita dengan baik berdasarkan corak kepimpinan yang kita fikirkan baik untuk seluruh rakyat.


  • Jawatan kosong kerja dari rumah diperlukan segera. Cuma buat kerja depan komputer. Kalau anda inginkan pendapatan sambilan at least rm1000 sebulan sertai kami di >>JOBDIRUMAH<<. Tahniah, anda membuat pilihan bijak!

Sehubungan dengan itu, bagi langkah awal, para pengundi boleh membuat semakan semula kawasan mengundi masing-masing secara online mahupun secara SMS.

Untuk menyemak seacra online, anda boleh pergi terus ke laman SPR ini dan cuma perlu masukkan nombor kad pengenalan anda sahaja.

Semak Tempat Mengundi Secara Online Dan SMS, Pilihan Raya Umum PRU 13 2013.

Untuk membuat semakan secara SMS pula anda cuma perlu menaip - SPR <jarak> SEMAK <jarak> NO Kad Pengenalan dan hantar ke 15888

Sebagai contoh: SPR SEMAK 880912015858 dan hantar ke 15888

Selamat mengundi semua, tunaikan tanggungjawab anda dengan sebaik mungkin. Pilihan di tangan anda. Undi adalah rahsia?hmmm