Wednesday, March 20, 2013

Tarikh Pembubaran Parlimen 2013 Menjelang Pilihan Raya Umum 13

pembubaran parlimen 2013

Tarikh Pembubaran Parlimen 2013 Menjelang Pilihan Raya Umum 13 | Seperti yang kita ketahui, semalam (20 Mac 2013) tiba-tiba gempar mengatakan Parlimen telah dibubarkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Namun malangnya, khabar angin itu cuma berita palsu semata-mata. Berikut adalah petikan dari Sinar Harian.

Pejabat Perdana Menteri menafikan khabar angin kononnya Dewan Rakyat dibubarkan hari ini (20 Mac 2013), bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan.

Menurut laman Twitter pejabat media perdana menteri, khabar angin itu tidak benar sama sekali

"Kenyataan yang tersebar mengenai pembubaran parlimen hari ini, kononnya daripada Pejabat Perdana Menteri, adalah palsu," demikian menurut laman Twitter itu pada 1.23 tengah hari.

Perkara itu turut disahkan seorang pegawai media perdana menteri ketika dihubungi Bernama.

"Tiada pembubaran hari ini," tegasnya.

Berita palsu yang memetik kononnya kenyataan itu dikeluarkan oleh perdana menteri, tersebar di laman-laman sosial kira-kira 12.30 tengah hari, selepas perdana menteri dilihat keluar daripada Istana Negara pagi tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat memasuki pekarangan Istana Negara pada pukul 7.55 pagi dan keluar kira-kira sejam kemudian.

Menjadi kebiasaan bagi perdana menteri untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet setiap Rabu. - Bernama

Namun demikian, sepatutnya hari ini Parlimen dan Dun Negeri Johor akan terbubar secara automatik kerana hari ini genap tempoh yang sepatutnya dibubarkan. Berikut merupakan TARIKH PEMBUBARAN PARLIMEN DAN DUN secara automatik bagi setiap negeri dalam Malaysia.

pembubaran parlimen secara automatik PRU 13

Kepada yang masih belum membuat semakan semula, anda boleh menyemak semula tempat mengundi secara online dan sms di pautan yang kami sediakan ini.


No comments:

Post a Comment