Showing posts with label Fuh Berita. Show all posts
Showing posts with label Fuh Berita. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

Kisah Benar Ribuan Rakyat Israel Bunuh Diri Selepas Perang. Kenapakah?


Kisah Benar Ribuan Rakyat Israel Bunuh Diri Selepas Perang. Kenapakah? | TRAUMA akibat perang yang sudah tercetus lebih enam dekad ini sebenarnya tidak dialami oleh penduduk Palestin sahaja. Sebaliknya, tentera bersekutu terutamanya tentera Zionis turut mengalami tekanan psikologi yang serius hinggakan ada yang terdorong untuk membunuh diri.

Dalam satu penyelidikan yang dijalankan sekumpulan profesor Israel dari Pusat Trauma Israel bagi Mangsa Keganasan dan Perang, Universiti Tel Aviv dan Universiti Haifa yang diketuai Dr. Avi Bleich mendapati tentera Israel mengalami tekanan emosi, gangguan psikologi dan trauma selepas berperang dengan penduduk Palestin.

"Dalam kajian kami, askar Israel yang terlibat dalam operasi ketenteraan terhadap penduduk Palestin mengalami gangguan rasa bersalah, tidak senang hati, bencikan diri sendiri dan menyesal kerana tidak pasti apakah mereka berada pada pihak yang benar.

"Walaupun kajian ini memberikan tumpuan kepada veteran perang yang terlibat ketika Intifada kedua dan meninggalkan perkhidmatan sejak 10 tahun lalu, namun hasil temu bual yang dijalankan saya yakin tidak jauh bezanya dengan trauma yang dihadapi tentera hari ini.

"Selepas menemu bual hampir 230 anggota tentera lelaki dan wanita, kebanyakannya berasa berbelah bagi mengenai kebenaran moral tugas mereka.

"Dianggarkan separuh daripada tentera di sempadan menyesal kerana bersikap ganas terhadap orang awam, satu per tiga daripadanya mengaku melakukan jenayah manakala 17.4 peratus menyedari tingkah laku mereka memalukan.

"Paling mereka kesalkan, mereka terpaksa menyerang dan membunuh orang awam tanpa alasan yang kukuh.

"Pernah seorang bekas tentera menangis sambil memberitahu saya, dia diarah menangkap kanak-kanak kerana mahukan maklumat tentang keluarganya yang terlibat dengan Al-Qassam.

"Semasa dalam tahanan, kanak-kanak yang baru mencecah umur lapan tahun ini merayu supaya mengasihaninya, jangan meliwatnya dan jangan membunuhnya," kata Bleich.

Tambahnya lagi, walaupun telah lama meninggalkan Palestin, kebanyakan tentera masih trauma dan tidak mendapatkan bantuan psikologi.

"Tidak hairanlah mengapa sejak tahun 1980 hingga hari ini ribuan tentera Israel memilih untuk membunuh diri," katanya.

Tuesday, April 2, 2013

Pembubaran Parlimen 2013 PRU 13 Berlaku Hari Ini

Pembubaran Parlimen Dan Dewan Rakyat 2013 Pilihan Raya Umum 13.

Pembubaran Parlimen 2013 PRU 13 Berlaku Hari Ini? | Semalam desas desus mengatakan Pembubaran Parlimen akan berlaku hari ini mungkin betul apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Istana Negara untuk mengadap Yang DiPertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, jam 8.25 pagi.

Hari ini 3 April genaplah empat tahun kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri keenam.

Najib yang memegang tampuk pentadbiran Negara mulai 3 April 2009 yang memperkenalkan Gagasan 1Malaysia.

Sekumpulan wartawan dari jam 7pagi lagi telah menunggu ketibaan Perdana Menteri.

Pembubaran Parlimen pada hari ini bermakna penamaan calon akan diadakan pada hujung minggu hadapan sementara hari membuang undi juga akan diadakan selewat-lewatnya 27 April ini.

Dr Fuh - Kalau bubar hari ni elok sangat lah tu, kami pon dah tak sabar nak 'tukar'..hehe!

Monday, April 1, 2013

Pembubaran Parlimen 2013 Pilihan Raya Umum 13


Pembubaran Parlimen 2013 Pilihanraya Umum 13 | KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat dan  Parlimen dijangka akan dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi memberikan laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurut laporan Berita Harian hari ini, jangkaan itu berikutan edaran surat dari Jabatan Perdana Menteri yang meminta semua Ahli Jemaah Menteri mengenakan lounge suit berwarna gelap serta bertali leher merah untuk sesi bergambar pada mesyuarat Kabinet.

Mesyuarat tersebut merupakan mesyuarat yang terakhir untuk penggal ini.

“Jika Parlimen dibubar esok, SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi,” kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Mengikut amalan tradisi, Ahli Jemaah Menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum mesyuarat terakhir Kabinet itu.

Setelah mesyuarat, pembubaran Parlimen akan diumumkan oleh Perdana Menteri dalam satu sidang media.

Perdana Menteri juga akan menghadap Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum mesyuarat bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen.

Menurut laporan Berita Harian lagi, beberapa Menteri yang telah dihubungi mengesahkan menerima surat itu.

Mereka juga dilaporkan tidak menolak kemungkinan Najib akan mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat tersebut seperti yang dilakukan sebelum ini.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memperjelaskan bahawa tarikh sebenar pembubaran Parlimen secara automatik ialah pada 30 April dan bukan 28 April seperti yang banyak dilaporkan sebelum ini.

Pembubaran automatic bererti ia akan terbubar secara sendiri jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu.

Setelah pembubaran, SPR mempunyai tempoh 60 hari untuk mengadakan PRU-13 bagi membentuk kerajaan baru.

Pembubaran Parlimen pada esok juga bermakna penamaan calon akan diadakan pada hujung minggu hadapan sementara hari membuang undi juga akan diadakan selewat-lewatnya 27 April ini.

Live Streaming Ucapan Najib 11.30AM (3 April 2013)

UPDATE

Sunday, March 31, 2013

Akibat Ketagih Minum Air Berkarbonat, Remaja Ini Hilang Kesemua Gigi


Akibat Ketagih Minum Air Berkarbonat, Remaja Ini Hilang Kesemua Gigi | Australia – Baru berusia 25 tahun, namun seorang lelaki hilang semua giginya. Ia gara-gara ketagihannya kepada minuman berkarbonat.


Boleh dikatakan hampir setiap hari William Kennewell minum enam hingga lapan liter air berkarbonat terutama Coke.


Biarpun diberikan amaran oleh doktor gigi, namun pekerja hotel itu tidak mempedulikannya hinggalah giginya mulai reput satu demi satu.


Ketagihannya kepada minuman berkarbonat itu juga menyebabkan dia hampir mengalami keracunan darah akibat gigi yang reput.


“Saya adalah lelaki normal yang mempunyai gigi namun kini semuanya terpaksa dibuang dan terpaksa memakai gigi palsu.


“Saya mula ketagih kepada minuman bergula ini selepas bekerja dalam industri perhotelan. Ia memudahkan akses saya kepada Coke,” katanya.


Masalah ketagihan kepada minuman berkarbonat itu telah menyebabkan pakar kesihatan Australia melakukan kajian terhadapnya bagi memberikan kesedaran kepada golongan muda supaya mengelakkan minuman tersebut.


Menurut penyelidik kanan, Dr Jason Armfield, beliau sudah menjalankan kajian terhadap 16,800 kanak-kanak di Australia.


Tinjauan itu mendapati 56 peratus daripada mereka yang berusia lima hingga 16 tahun minum minuman manis dan berkarbonat setiap hari.

Wednesday, March 27, 2013

Hukuman Mati Terhadap Pembantu Pengganas Sulu Di Lahad Datu


Hukuman Mati Menanti Pembantu Pengganas Sulu Di Lahad Datu | LAHAD DATU: Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar menyatakan terdapat beberapa individu dari Semporna dan Sandakan didapati mengirimkan wang ke Jolo bagi membantu aktiviti pengganas.

Beliau mengingatkan bahawa perbuatan tersebut adalah satu bentuk pengkhianatan kepada negara dan pihak polis sedang memantau kegiatan berkenaan. Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu berkenaan.

"Ini merupakan satu kesalahan berat dan perbuatan tersebut bertujuan membantu pengganas," ulas Khalid.

Mereka yang ditahan akan didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan jika mereka didapati bersalah akan berdepan hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati mandatori.

Justeru Khalid meminta individu berkenaan agar tidak meneruskan perbuatan menghantar wang atau memberi bantuan kepada pengganas dengan serta merta.

Mengulas mengenai perkembangan terkini Operasi Daulat yang kini memasuki hari ke-21, Timbalan Ketua Polis itu memberitahu seramai 429 orang telah ditahan, 116 daripada tahanan didakwa di bawah Sosma manakala 42 orang telah dibebaskan.

Tuesday, March 26, 2013

Pencerobohan Sulu Bangkitkan Kemarahan Penduduk Sabah Terhadap Projek IC, BN


Pencerobohan Sulu Bangkitkan Kemarahan Penduduk Sabah Terhadap Projek IC, BN | KUALA LUMPUR, 26 Mac — Kekuasaan Barisan Nasional (BN) di Sabah mungkin berakhir kerana kemarahan penduduk tempatan berhubung pencerobohan Sulu di Lahad Datu, yang mereka kata disebabkan oleh pemberian kewarganegaraan sebagai pertukaran kepada undi di bawah “Projek IC” dan menyalahkan beberapa ahli politik gabungan pemerintah itu.

Bagi komuniti Kadazandusun dan Murut (KDM), kategori etnik terbesar di “negeri deposit tetap” BN, pemberontak bersenjata Sulu mudah masuk ke Sabah kerana kebanjiran warga asing telah berlaku berdekad lalu di bawah inisiatif pada tahun 1980an.

Mereka percaya kumpulan militan dari Sulu di selatan Filipina berjaya menyusun serangan kerana ramai simpatisan kumpulan itu dan ahli keluarga sememangnya menetap di negeri Borneo tersebut, disebabkan oleh “Projek IC”.

“Ini adalah ibu kepada semua masalah di Sabah. Ia telah lama menjadi ibu kepada segala masalah. Rakyat tahu tentang itu. Semua orang tahu tentang itu,” kata pemimpin KDM Denis Gimpah kepadaThe Malaysian Insider semalam.

“Akan tetapi disebabkan oleh kuasa dan wang, dan survival politik, pendatang ini diterima. Sekarang, kita pelajari dengan jalan susah mengapa ini tidak seharusnya dibenarkan, mengapa ianya seharusnya dihentikan.”

Sekumpulan 200 militan bersenjata yang mendakwa diri mereka “tentera Di Raja” Kesultanan Sulu mendarat tanpa sebarang masalah di Lahad Datu pada 9 Febuari untuk menuntut Sabah, melalui 40 minit jalan laut yang tidak dikawal ketat di antara selatan Filipina dan utara Sabah.

Kehadiran mereka telah menyebabkan 80 kematian, termasuk lapan anggota polis dan dua anggota tentera, memaksa penduduk kampung keluar dari rumah mereka di kawasan pendalaman tersebut. Putrajaya telah mengisytiharkan kawasanitu sebagai kawasan keselamatan khas dan akan meletakkan pasukan keselamatan untuk mengawal kawasan tersebut.

Gimpah, bekas orang BN mengatakan orang yang tinggal, kemusnahan alam sekitar dan kehilangan rumah akibat daripada pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan militan di Lahad Datu telah mengecewakan penduduk asal Sabah.

“Kami takut. Kami kecewa. Apa lagi yang kami patut rasakan? Keselamatan kami, kedaulatan kami musnah. Tanya mana-mana KDM.. mereka akan berutahu kamu perkara sama,” kata Gimpah.

Beliau meramalkan kemarahan ini akan memberi kesan kepada corak pengundian dalam Pilihan Raya 2013, terutamanya kerana pencerobohan bermula dikala rakyat Sabah menunggu keputusan penyiasatan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan pendatang haram negeri tersebut.

Datuk Jeffrey Kitingan, ahli politik veteran dan pemimpin KDM yang dikenali di Sabah mempunyai pandangan sama.

Beliau mengatakan komuniti KDM terus berada dalam ketakutan, marah dan kecewa, kerana merasakan kerajaan pusat gagal untuk melindungi keselamatan meraka.

“Secara asasnya, kami ketakutan. Kami rasa.. ini adalah ancaman keselamatan dan ini adalah sebenarnya berlaku. Ia berada dikalangan kami. Dan kami tidak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. Sudah tentu… kami marah,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Kami lihat pencerobohan ini mempunyai kaitan dengan tindakan kerajaan memberikan kad pengenalan kepada pendatang semata-mata untuk menjaga kepentingan politik tertentu.

“Ini, anda tahu, ini telah memakan diri sendiri … kita telah dibangkitkan ini selama 20 tahun dan kita berkata ini akan berlaku satu hari nanti ... dan cuba teka? Ianya berlaku.”

Pengarah Merdeka Center for Opinion Research Ibrahim Suffian (gambar) bersetuju dikalangan penduduk asal Sabah sedang menyalahkan kehilangan kehidupan dan mata pencarian kepada “Projek IC” dan pesalah-pesalah yang mendalangi kontroversi tersebut.

Menurut beliau, adalah normal untuk mengaitkan pencerobohan militan Sulu dengan pemberian IC kepada orang asing, yang dikatakan berlaku di bawah projek tersebut.

“Ia berjalan seiring. Dan sudah tentu, penduduk tempatan mempunyai pengetahuan luas tentang apa yang berlaku di bawah,” kata Ibrahim.

“KDM akan menjadi amat marah kerana melihat ini sebagai pencerobohan ke dalam wilayah mereka.

“Mereka akan menyalahkan kerajaan persekutuan kerana peranan mereka, mempercayai peningkatan penduduk di Sabah disebabkan oleh projek itu.”

Tetapi komuniti Bumiputera Muslim mempunyai pandangan berbeza, katanya, menjelaskan mereka yang mendapat manfaat secara langsung dari “Projek IC” mungkin tidak akan menghukum kerajaan diatas pencerobohan tersebut, walaupun apabila pilihan raya sedang berlangsung.

Bagi masyarakat Suluk yang dianggarkan 300,000 orang di Sabah walau bagaimanapun, kehidupan aman mereka telah bertukar menjadi mimpi ngeri.

Komuniti Suluk Malaysia adalah berasal dari Kesultanan Sulu di selatan Filipina, dimana pemberontak bersenjata berasal. Akan tetapi komuniti di Sabah, sekarang sudah generasi ketiga, setia kepada Yang Di Pertuan Agong dan kerajaan dan bukannya kepada Kesultanan.

Mereka adalah generasi lahir daripada mereka yang megambil bahagian dalam referendum Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962 di Sabah dan Sarawak, dimana dua pertiga daripada mereka mengundi untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia, memberi laluan kepada penubuhan Malaysia pada 1963.

Akan tetapi sekarang, mereka dalam ketakutan di rumah mereka kerana seringkali disalah anggap sebagai pemberontak Sulu dari Filipina.

“Kami adalah rakyat Malaysia dan menyokong kerajaan di sini 100 peratus. Apa yang kami takut hari ini adalah kami disalah anggap, disalah anggap sebagai orang asing tidak bertamadun dari Filipina,” kata Setiausaha Agung Persatuan Rumpun Etnik Suluk Sabah (PRESS) Mohd Zaki Harry Susanto.

Bekas anggota polis berumur 39 tahun itu memberitahu The Malaysian Insider masyarakat Suluk marah dengan pencerobohan tersebut dan yang lebih memalukan, ianya diketuai oleh Suluk dari Filipina.

“Kami merasakan tindakan mereka bodoh … tidak bermakna dan tidak bertamadun. Bodoh sebab mereka menuntut sesuatu yang bukan milik mereka. Tidak bertamadun kerana sebenarnya, budaya Suluk adalah merendah diri dan Muslim yang baik,” katanya.

Menurut jawapan Parlimen pada 2011, populasi Sabah berjumlah 651,304 pada 1970 bertambah ke 929,299 sedekad selepas itu. Akan tetapi dua dekat selepas 1980, populasi negeri meningkat sebanyak 1.5 juta orang, mencecah 2,468,246 pada 2000.

Mengikut laporan media, pada 2010, jumlah telah meningkat ke 3.12 juta, dengan orang asing sebanyak 889,799 atau 27 peratus daripada populasi.

Peningkatan populasi itu dikatakan disebabkan oleh “Projek IC” yang dikatakan dirancang oleh perdana menteri berkhidmat paling lama Tun Dr Mahathir Mohamad.

Di bawah projek tersebut, kerajaan BN telah dituduh memberikan IC kepada orang asing sebagai pertukaran kepada undi mereka menyebabkan mereka terus berkuasa di negeri tersebut.

Pentadbiran Najib telah menubuhkan RCI untuk melihat kepada kewujudan projek tersebut akan tetapi terganggu akibat daripada pencerobohan Sulu.

Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) telah berjanji untuk membawa mereka yang terlibat dalam “Projek IC” ke mahkamah, jika mereka berkuasa selepas pilihan raya akan datang.


Sunday, March 17, 2013

Inilah Akibat "On The Spot" Gara-Gara Mahu Mencuri



Inilah Akibat "On The Spot" Gara-Gara Mahu Mencuri | Seorang remaja berusia 17 tahun tersepit tangannya di mesin layan diri ketika cuba mencuri air botol.

Pelajar Sekolah Tinggi Sweetwater dari National City, California terpaksa menunggu kira-kira sejam dengan tangannya di dalam mesin layan diri Coca Cola kerana dia cuba mencuri air botol melalui lubang penerima tanpa membayar.

Anggota bomba menggunakan kapak, tuil besi, gergaji dan pelbagai alat hidraulik untuk membebaskan tangan remaja itu.

Pihak berkuasa tidak mendedahkan identiti pelajar sekolah tinggi itu.

Remaja itu yang membawa bersamanya papan luncur, membuat keputusan untuk menyeluk tangannya ke dalam lubang penerima, tempat di mana botol akan jatuh untuk diambil oleh pembeli selepas membayar harganya.

ANGGOTA bomba terpaksa menggunakan pelbagai peralatan untuk melepaskan tangan remaja itu.

Namun begitu, tangannya tersepit di dalam. Dia cuba beberapa kali untuk menarik tangannya keluar dari situ. Seorang penduduk terlihat remaja itu dan terus menelefon polis.

Anggota bomba, polis, paramedik dan keselamatan segera ke tempat kejadian.

Apabila kru kecemasan tidak menemui kunci yang dapat membuka pintu mesin itu, mereka membuat keputusan untuk menggunakan peralatan berasingan untuk melepaskan remaja itu.

Anggota bomba pada mulanya menggunakan kapak untuk memotong bahagian tepi mesin itu.
 Mereka kemudian menggunakan tuil besi dengan harapan dapat membantu melepaskan remaja itu.

Tetapi, kedua-dua cara yang digunakan tidak berhasil dan anggota bomba menyelimuti remaja itu dengan selimut dan mula menggunakan alat hidraulik.

Anggota bomba juga menggunakan gergaji elektrik dan akhirnya berjaya membebaskan remaja itu. Pelajar sekolah tinggi itu dirawat kerana cedera ringan dan rasa kebas. - Daily Mail

Friday, March 15, 2013

No Plat Pendaftaran 1M4U - Syarat, Harga Dan Cara Membeli, Tempah Dan Bida

cara daftar no plat 1m4u, tempah, bida.

No Plat Pendaftaran 1M4U - Syarat, Harga Dan Cara Membeli, Tempah Dan Bida | Seperti yang kita ketahui, no plat IM4U telah dibuka tander oleh pihak JPJ kepada seluruh rakyat malaysia. Macam biasa kalau dah nombor plat special ni harga dia pon mesti lah special ye dak? kepada yang berminat bolehlah download dan isi borang di pautan yang kami sediakak di bawah ini.


Tender akan dibuka dari 12 Mac sehingga 29 Mac 2013 sebelum jam 5 petang. Siapa yang teringin nak ada plat nombor IM4U tersebut bolehlah cepat-cepat isi borang dan bayar mengikut harga yang ditetapkan.

Syarat-syarat pembelian adalah seperti berikut: 
  • Setiap permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Tawaran Nombor Pendaftaran Kenderaan yang boleh
  • dimuat turun DISINI
  • Setiap tawaran hendaklah disertakan dengan deposit , iaitu 50% daripada harga tawaran yang dibuat tetapitidak
  • kurang daripada RM 500.00 sebagai deposit minimum. Sekiranya deposit tawaran tidak disertakan atau deposit
  • tawaran yang disertakan adalah kurang daripada 50% maka permohonan adalah terbatal dengan sendirinya. 
  • Borang permohonan ini hendaklah ditandatangani oleh pemohon sendiri. Sekiranya syarikat, ianya hendaklah
  • ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa dan cop rasmi Syarikat. 
  • Borang permohonan bersama-sama dengan deposit tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat
  • yang bertutup dan berperekat rapi. 
  • Semua tawaran untuk nombor pendaftaran hendaklah dipos atau dihantar terus ke alamat berikut:
  • Urusetia Plat 1M4U
  • SW-03A-06, Cova Square, Jalan Teknologi,
  • Kota Damansara, PJU 5, 47810, Petaling Jaya,
  • Selangor Darul Ehsan.
  • Tarikh tutup permohonan pada hari Jumaat 29 Mac 2013 jam 5.00 petang. Semua permohonan yang diterima
  • melebihi tarikh dan masa yang telah ditetapkan, akan ditolak permohonannya 
  • Pemohon yang berjaya mendapatkan nombor pendaftaran melalui sistem tawaran ini hendaklah
  • mendaftarkan nombor tersebut pada sebuah kenderaan atas nama pemohon sendiri atau boleh dipindah milik 
  • Bayaran penuh tawaran nombor pendaftaran yang berjaya hendaklah dibuat dalam tempoh 2 minggu. Sekiranya pemohon gagal menjelaskan baki tersebut maka deposit tawaran sebanyak 50% yang telah dikemukakan 
  • Bagi pemohon-pemohon yang tidak berjaya, deposit akan dikembalikan secepat mungkin. 
  • Nombor yang sudah dibayar tetapi gagal didaftar dalam tempoh yang ditetapkan akan ditarik balik dan sebarang
  • bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan dan bagi kes-kes tertentu yang menghalang pendaftaran dalam tempoh 6 bulan, perlanjutan tempoh boleh dibenarkan tetapi tertakluk kepada bukti-bukti kukuh yang boleh menyokong permohonan tersebut. 
  • Permohonan yang tidak lengkap atau lewat akan di TOLAK. 
  • Pihak 1M4U tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran tertinggi atau mana-mana permohonan tawaran. 
  • Keputusan Jawatankuasa Tawaran adalah muktamad 
Harga pembelian adalah seperti berikut: 



Contact info

Plat 1M4U Secretariat
SW-03A-06,
Cova Square,
Jalan Teknologi,
Kota Damansara PJU 5,
47180, Petaling Jaya,
Selangor

Khizanif – 0133140188
Zulaikha – 0169035130
Ismail – 0193645538


info via platim4u.com

Wednesday, March 13, 2013

Inilah Cara Terbaik Hendak Mengajar "Kaki Rasuah"


Inilah Cara Terbaik Hendak Mengajar "Kaki Rasuah" | MUMBAI: Dua petani yang bosan dengan tuntutan rasuah pegawai kerajaan, meletakkan tiga guni ular di pejabat cukai yang sibuk dengan orang ramai di utara India, kata pegawai keselamatan, semalam.

Ada kira-kira 40 ular pelbagai saiz dan spesies termasuk sekurang-kurangnya empat ular tedung menyebabkan kerani dan orang kampung kelam-kabut memanjat meja atau keluar dari pejabat sebaik menyedari insiden itu.

Jurucakap kerajaan tempatan, Ramsukh Sharma, berkata kejadian berlaku di Basti, kira-kira 300 kilometer di tenggara Lucknow.

Kata Ramsukh, sebaik dituang dari guni, ular itu menjalar ke meja dan kerusi.

“Keadaan sangat kelam-kabut dan sejurus kemudian ratusan orang berhimpun di luar bilik itu dengan sesetengahnya membawa kayu untuk membunuh ular berkenaan,”katanya.Bagaimanapun, tiada sesiapa dipatuk ular berkenaan.

Menurut Ramsukh, petani terbabit meminta rekod cukai bagi tanah mereka di sebuah kampung di Narharpur.

“Masalahnya, mereka gagal mendapat rekod berkenaan kerana kakitangan di pejabat percukaian memeramnya selama dua minggu bagi mendesak petani terbabit membayar sedikit wang sebagai upah,” katanya.

Mengenai insiden itu, Ramsukh berkata, cara petani terbabit memprotes amalan rasuah itu tidak boleh diterima.

“Polis kini mencari dua suspek yang dikenali sebagai Hukkul Khan and Ramkul Ram,” katanya.
Sementara itu, sumber berkata, Hukkul memang dikenali di kalangan penduduk setempat sebagai penjinak ular. - DM

Monday, March 11, 2013

Isu Kenaikan Gaji Kakitangan Kerajaan - 87 Elaun Penjawat Awam Dikaji Semula


Isu Kenaikan Gaji Kakitangan Kerajaan - 87 Elaun Penjawat Awam Dikaji Semula | Putrajaya: Nasib kakitangan awam akan lebih terbela berikutan keputusan kerajaan mengkaji semula 87 elaun termasuk elaun bantuan sara hidup (COLA) serentak dengan penambahbaikan 22 skim perkhidmatan awam.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata penambahbaikan itu dijangka siap sebelum hujung tahun ini dan diumumkan sama ada pada akhir November atau awal Disember ini. 

Syor skim perumahan khas

Selain itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuat cadangan kepada kerajaan mewujudkan skim perumahan khas kakitangan awam, terutama generasi muda.

Ramai penjawat awam yang mahu memiliki rumah di bandar besar tapi tidak kesampaian kerana kenaikan mendadak harga rumah. Kita akan lihat sama ada skim yang disyorkan ini boleh digabungkan dengan skim perumahan PR1MA. Kita juga akan tambah unit kuarters di tempat yang diperlukan, katanya.

Ali turut menolak tanggapan negatif bahawa insentif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah buah tangan pilihan raya kerana pelarasan gaji dan jawatan serta penambahbaikan perkhidmatan awam diumumkan setiap tahun.

Tarik minat jadi tentera 

Sementara itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, percaya keserataan pangkat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan perkhidmatan awam am akan menarik minat lebih ramai menyertai pasukan keselamatan.

Keserataan gred jawatan dan gaji ini adalah satu lonjakan drastik untuk ATM serta PDRM dan kita amat menghormati peranan mereka.

Saya percaya, inisiatif untuk kakitangan awam am lain juga berupaya menggerakkan mereka supaya lebih produktif, katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada kerajaan kerana 22 isu berhubung kakitangan awam berjaya diselesaikan sejak lima tahun lalu.

Fuh Bahaya!! Hati-Hati Dengan Blackberry


Fuh Bahaya!! Hati-Hati Dengan Blackberry | LONDON: Seorang budak lelaki terpaksa menanggung parut pada kaki seumur hidup apabila telefon Blackberry baru milik abangnya meletup ketika dia tidur. Kian McCreath, 11, menjerit kesakitan di awal pagi apabila kepingan plastik cair dari telefon itu melekat pada kakinya. 


Katil McCreath juga terbakar akibat letupan itu. Budak sekolah dari Coventry itu berkata, dia berlari keluar dari bilik tidur sambil menjerit sekuat hati kerana terkejut serta sakit.


“Nasib baik ibu saya cepat sedar dan segera memadamkan api di katil,” katanya. Ibu McCreath, Sarah, 39, berkata dia terjaga kira-kira jam 2.30 pagi kelmarin apabila terdengar jeritan anaknya. Budak itu kemudian dikejarkan ke Hospital Universiti Coventry dan dirawat kerana kesan melecur pada kedua-dua kakinya. 


Blackberry itu kepunyaan abang McCreath, Mason, 13, dan baru saja dicabut dari pengecasnya sejurus sebelum meletup. Sementara itu, jurucakap pengeluar Blackberry berkata, kes itu diberi perhatian serius. “Kami menjadikan siasatan insiden itu sebagai keutamaan,” katanya. - TS

Sunday, March 10, 2013

Update Kenaikan Gaji Dan Elaun Kakitangan Awam 2013


Pengumuman Kenaikan Gaji Dan Elaun Kakitangan Awam (Kerajaan) 2013 | Seperti yang dijanjikan pada bulan lepas untuntu mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam 2013 (sektor kerajaan), pada pagi tadi Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam bagi tahun 2013.

Antaranya kenaikan yang disebut-sebut adalah membabitkan kadar kenaikan elaun tetap dan elaun perumahan, semakan kenaikan gaji maksimum, kenaikan gred dan penambahbaikan sistem perkhidmatan sekarang berikutan pembatalan SBPA.

Berikut merupakan 10 "berita baik" yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi:
  • Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM & PDRM dari gred 27 kepada gred 29; Kapten ATM dan Pen Penguasa Polis dari gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari gred 48 kepada 52 
  • 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontraknya pada 31 Disember 2013, akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian 
  • Skim perkhidmatan dari gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat itu 
  • Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak 
  • Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi 
  • Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan berkuat kuasa 1 Januari 2013. 
  • Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum 
  • Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca" 
  • Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion 
  • Semua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST)
Untunglaaaaaaa kakitangan awam!

Inilah Cara Hidup Orang Suluk Di Lahad Datu [Video]


Inilah Cara Hidup Orang Suluk Di Lahad Datu [Video] | LAHAD DATU: Sejak sekian lama, etnik Suluk yang berasal dari Selatan Filipina melintasi Laut Sulu untuk berhijrah ke Sabah bagi mencari kehidupan yang lebih.

Walaupun berhijrah sejak sebelum merdeka lagi, etnik ini masih mengekalkan kebudayaan suku, baik dari segi makanan, tempat tinggal dan pertuturan.

Menurut maklumat terkini, ia dianggarkan seramai 500,000 warga berketurunan Suluk berada di Sabah berbanding 178,029 Melayu, 555,647, Kadazan Dusun, 436,672 Bajau dan 100,631 Murut.

Ia juga dianggarkan seramai 16-peratus penduduk di Sabah adalah daripada etnik Sulu.

Kebanyakan mereka masih tinggal di perkampungan air di Lahad Datu. Lebih 3000 orang yang mendiami perkampungan air ini, hampir kesemuanya berketurunan Suluk.

Shafizan Johari, melawat perkampungan air tersebut, bagi melihat sendiri cara hidup orang Suluk di Lahad Datu.

Fuh!! Wanita Bongok Pijak Anak Itik Sampai Mati Di Buang Kerja


Fuh!! Wanita Bongok Pijak Anak Itik Sampai Mati Di Buang Kerja | Wanita tersebut berasal dari sebuah wilayah di Cina yang bekerja sebagai seorang jururawat. Dia sedang dalam keadaan tertekan . Videonya kemudian tersebar di internet. Bahkan ada sebuah website yang menjual video tersebut sebesar 15 Yuan per disc.

Setelah videonya tersebar, peristiwa ini dilaporkan kepada pihak yang berwajib oleh para pecinta binatang dari seluruh dunia. Wanita dan kru yang ikut serta dalam pembuatan video ini amat dikendaki Cina dan akhirnya ditangkap di sebuah wilayah di Cina Utara.

Wanita, Produser dan Jurukamera yang bekerja di sebuah syarikat television di Cina meminta maaf atas kejadian ini. Wanita tersebut juga meminta maaf sedalam-dalamnya keatas perbuatan yang dia lakukan dan seluruh akibat yang harus ditanggung oleh orang lain yang mengetahui/melihatnya. 

Dia menjelaskan bahwa dia sudah bercerai, stress dan mempunyai masalah untuk menentukan jalan hidupnya. Dia mengatakan bahwa semua masalahnya ini menyebabkan tindakan sadisnya terhadap anak itik. Dia juga menyebutkan bahwa perbuatannya sangat menyakiti dan mengecewakan keluarganya, khususnya anak perempuannya.

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 - PM Umum Hari Ini


Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013, Kenaikan Gaji Kerajaan 2013, Pengumuman Kenaikan Gaji 2013, Semakan Online Kenaikan Gaji.

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 - PM Umum Hari Ini | Hari ini Perdana Menteri Malaysia dijangkakan akan mengumumkan berita gembira kenaikan gaji dan elaun buat kakitangan awam. Kakitangan  awam sedang menanti berita gembira yang telah beberapa kali dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum ini..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan hadir pada Sesi Amanat Perdana Menteri kepada kakitangan kerajaan di Putrajaya hari ini. Desas desus mengatakan Perdana Menteri akan mengumumkan berita gembira untuk semua kakitangan awam dalam perjumpaan ini.

Perdana Menteri sudah tentunya mengambil peluang ini untuk mengumumkan sesuatu kepada kakitangan awam sebelum PRU13.  Kakitangan awam adalah merupakan jumlah pengundi yang besar dan menjadi penentu kemenangan kepada mana-mana parti.

Datuk Omar Osman berkata, pengumuman Perdana Menteri itu diharap akan menceriakan hampir 1.4 juta kakitangan awam termasuk 15,000 kakitangan awam yang dijadual menghadiri pertemuan tersebut.

''Apa sahaja keputusan Perdana Menteri biarlah menjadi penyuntik semangat dan melegakan kakitangan awam.

''Saya percaya mereka juga telah lama menanti khabar selepas pembatalan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) September lalu," katanya kepada Utusan Malaysia pada Persidangan Kebangsaan Anggota Badan Berkanun di sini hari ini.Omar mengulas harapan CUEPACS terhadap pengumuman yang dinanti-nantikan oleh kakitangan awam melibatkan tuntutan yang dikemukakan oleh kesatuan itu sepanjang tahun lalu.

Antaranya membabitkan kadar kenaikan elaun tetap dan elaun perumahan, semakan kenaikan gaji maksimum, kenaikan gred dan penambahbaikan sistem perkhidmatan sekarang berikutan pembatalan SBPA.

''Adalah penting tuntutan-tuntutan itu dipenuhi kerana perkara tersebut merupakan antara pemangkin dalam memastikan kakitangan awam menjalankan tugas secara lebih gigih dan berintegriti," katanya.

Update Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013

LIVE STREAMING PENGUMUMAN KENAIKAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2013

Wednesday, March 6, 2013

Kes Buli Pelajar UiTM Sabah - Video Sudah Tersebar Luas!

buli pelajar uitm sabah

Kes Buli Pelajar UiTM Sabah - Video Sudah Tersebar Luas! | Nampaknya rakyat Malaysia makin hari makin tidak matang. Kes buli masih wujud bukan sahaja di kalangan budak sekolah, bahkan di kalangan pelajar bertaraf Universiti. Ini sangat memalukan dan menjatuhkan maruah apabila perkara ini berlaku di UiTM di mana semua pelajar adalah rakyat Bumiputra.

Terkini, sebuah rakaman yang menunjukkan beberapa orang pelajar lelaki dan perempuan sedang melakukan ‘ragging’ pelajar lain telah tersebar secara meluas sejak semalam. Difahamkan kes ini melibatkan pelajar-pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Sabah. Walaupun pada mulanya video yang dimuatnaik itu telah dipadam, namun seseorang sempat memuat-turun video berkenaan dan memuat-naik semula.


Berdasarkan rujukan saya, pihak universiti telahpun mengetahui tentang video berkenaan dan siasatan telahpun dijalankan. Tindakan yang bersesuaian bakal dikenakan ke atas pelajar yang melakukan perbuatan tersebut. Berikut adalah kenyataan daripada pihak terbabit.