Showing posts with label Fuh Tergempar. Show all posts
Showing posts with label Fuh Tergempar. Show all posts

Sunday, March 31, 2013

Fuh Tergempar! Lubang Misteri Menelan Nyawa Rakyat China Ditemui


Fuh Tergempar! Lubang Misteri Menelan Nyawa Rakyat China Ditemui | Sebuah lubang berkeluasan 30 meter persegi tiba-tiba terbentuk di tengah-tengah lebuh raya di jalan Xiangjiang, wilayah Hunan, China, kejadian itu turut meranapkan sebuah kereta dan meragut nyawa seorang pemandu akibat terjerlus ke dasar lubang berkenaan.

Mangsa yang terjerlus tidak dapat diselamatkan apabila pasukan penyelamat gagal menemui dasar lubang itu. sementara itu pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan untuk menutup lebuh raya berkenaan untuk melakukan siasatan terperinci mengenai kewujudan lubang misteri itu.

Pelbagai pendapat timbul dari kalangan ramai yang mengikuti perkembangan berita dari China ini, ada yang mengatakan lebuh raya berkenaan adalah bekas lombong yang ditimbus malah ada juga pendapat yang mengaitkannya dengan kewujudan yakjuj makjuj. walahualam..

Apapun, kita hanya mampu membuat andaian, hanya Allah sahaja yang maha mengetahui kerana semua yang terjadi adalah atas kehendakNya..

Berita Terkini Lahad Datu! Pengganas Sulu Mengamuk Musnahkan Harta Benda Penduduk [13 Gambar]


Berita Terkini Di Lahad Datu! Pengganas Sulu Mengamuk Musnahkan Harta Benda Penduduk | Kehidupan kira-kira 1,400 penduduk di Kampung Tanjung Labian di sini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila mereka terpaksa menghadapi masa depan suram dan beban hutang gara-gara insiden pencerobohan pengganas Sulu sejak 12 Februari lalu.

Selepas sebulan meninggalkan rumah dan menghuni pusat pemindahan ekoran insiden pencerobohan pengganas Sulu, sebahagian penduduk dibawa memasuki kawasan kampung itu sebelum dikejutkan dengan penemuan banyak harta masing- masing yang musnah terbakar atau dirosakkan.

Tidak cukup dengan rumah, kedai runcit dan bengkel kenderaan, peralatan untuk mencari sesuap nasi seperti bot nelayan turut dimusnahkan.

Sedih dengan apa yang dilihat, beberapa orang penduduk meraung, menangis, menjerit, terduduk dan bertakbir.

Siti Aminah Hiya, 21, berkata, kehidupannya kini sudah tidak bermakna apabila rumah yang dihuni beberapa tahun lalu musnah.

Lebih memburukkan keadaan apabila bot dan enjin yang diguna oleh suami ke laut menangkap ikan turut terbakar.

"Bot dan enjin ini saya dapat hasil pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM1,500 beberapa bulan lalu dan baru sekali saya bayar balik pinjaman.

"Sekarang bot sudah hancur, bagaimana saya dan suami hendak mencari rezeki bayar balik pinjaman? Rumah juga dibakar dan apa yang ada sekarang hanyalah baju yang kami pakai ini," katanya.













Wednesday, March 27, 2013

Hukuman Mati Terhadap Pembantu Pengganas Sulu Di Lahad Datu


Hukuman Mati Menanti Pembantu Pengganas Sulu Di Lahad Datu | LAHAD DATU: Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar menyatakan terdapat beberapa individu dari Semporna dan Sandakan didapati mengirimkan wang ke Jolo bagi membantu aktiviti pengganas.

Beliau mengingatkan bahawa perbuatan tersebut adalah satu bentuk pengkhianatan kepada negara dan pihak polis sedang memantau kegiatan berkenaan. Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu berkenaan.

"Ini merupakan satu kesalahan berat dan perbuatan tersebut bertujuan membantu pengganas," ulas Khalid.

Mereka yang ditahan akan didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan jika mereka didapati bersalah akan berdepan hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati mandatori.

Justeru Khalid meminta individu berkenaan agar tidak meneruskan perbuatan menghantar wang atau memberi bantuan kepada pengganas dengan serta merta.

Mengulas mengenai perkembangan terkini Operasi Daulat yang kini memasuki hari ke-21, Timbalan Ketua Polis itu memberitahu seramai 429 orang telah ditahan, 116 daripada tahanan didakwa di bawah Sosma manakala 42 orang telah dibebaskan.

Tergempar!! Kiram Lantik Paderi Sebagai Penasihat Agama Kesultanan Beliau?


Tergempar!! Kiram Lantik Paderi Sebagai Penasihat Agama Kesultanan Beliau? | Sebelum terjadinya insiden pencerobohan bersenjata di Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu, rakyat Malaysia tidak pernah ambil tahu siapa Pastor 'Boy' Saycon kerana nama itu tidak pun wujud dalam kamus kehidupan rakyat negara ini.

Hanya sekarang baru kita ketahui nama Pastor 'Boy' Saycon itu rupanya milik seorang paderi Kristian warganegara Filipina yang juga adalah penasihat kepada Jamalul Kiram III sejak 12 tahun lalu khususnya melibatkan hubungan asing, ekonomi dan kebudayaan.

Malah paderi ini 'Boy' Saycon juga turut terlibat secara langsung selaku penasihat utama semasa Jamalul Kiram mengemukakan tuntutan ke atas Sabah melalui saluran pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak berapa lama dulu.

Lelaki berbadan gempal bercermin mata dan berkulit putih itu juga dikenali sebagai political strategist dan masih memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Majlis Untuk Hal-Ehwal Filipina (COPA).

Dalam pada itu, ramai rakyat Malaysia sebenarnya tertanya-tanya kenapa Jamalul Kiram sebagai seorang yang beragama Islam boleh mengambil seorang paderi sebagai penasihat? 

Mungkinkah disebabkan kepandaiannya dalam bidang ekonomi dan mahir merencanakan hubungan dengan pihak luar untuk kepentingan Jamalul Kiram misalnya mendapatkan bantuan kewangan untuk pembelian senjata dan sebagainya?

Baru-baru ini Biro Penyiasatan Nasional Filipina (NBI) telah memulakan siasatan terhadap paderi terbabit bagi mengetahui sejauh mana keterlibatannya dengan perancangan Jamalul Kiram dalam menceroboh Sabah.

Sebagai penasihat tentu sahaja wujud peranannya, lagi pun paderi itu sendiri pernah mengakui telah menasihati Jamalul Kiram supaya membatalkan empat perancangan awal untuk menyerang Sabah oleh kumpulan pengganas Sulu yang di ketuai Agbimuddin Kiram, adik kepada Jamalul Kiram.

Tuesday, March 26, 2013

Tergempar!! Kisah Benar Diceritakan Inspektor Polis Di Lahad Datu - 21 Jam Tanggung Azab


Tergempar!! Kisah Benar Diceritakan Inspektor Polis Di Lahad Datu - 21 Jam Tanggung Azab | Putrajaya: "Luka di badan dihurung semut dan lalat, darah di muka dan tangan sudah kering, seluar dan baju jadi keras bila darah mengering, tangan kanan terkulai hampir putus selepas ditetak," kata Inspektor Hasnal Jamil, 31. 

Menceritakan pengalaman bertempur menentang pengganas di Simunul, Semporna, beliau antara anggota barisan hadapan, berkata azab itu terpaksa ditanggung hampir 21 jam sebelum diselamatkan. 

Beliau terkena tiga tembakan, satu menembusi perut selain dua lagi di tangan kiri dan hanya dapat gunakan tiga jari tangan kiri untuk minum air hujan yang ditadah.

Pasukannya, termasuk seorang rakan yang terbunuh dan sembilan anggota lain, terperangkap di sebuah rumah papan selepas diserang hendap sekumpulan pengganas bersenjata di Kampung Sri Jaya pada 2 Mac lalu. 

Mereka hanya diselamatkan pasukan VAT69 pada jam 5.30 petang keesokan harinya berikutan keadaan di kawasan perkampungan air itu belum selamat ketika itu. 

"Selepas ditembak saya jatuh dan cuba lari tetapi dilihat pihak musuh. Kemudian saya ditetak di kepala dan mereka juga cuba menetak leher namun saya tepis menggunakan tangan. 

Tangan hampir putus 

"Akibatnya, parang 'barong' yang mereka hayun terkena tangan kanan dan kiri menyebabkan ia patah dan hampir putus," katanya. 

Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk balu serta waris anggota keselamatan yang terkorban atau cedera dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah. 

Hasnal berkata kejadian tembak menembak selama 15 minit bermula pada jam 7.30 malam itu tidak ubah seperti ditonton di kaca televisyen. 

"Saya terkulai di sebelah mayat rakan saya dan dibantu sembilan lagi anggota pasukan yang lain untuk cuba mendapatkan perlindungan di sebuah rumah papan lebih 15 meter dari tempat kejadian. 

"Saya hanya ditemani dua anggota, selebihnya duduk di luar untuk memantau keadaan, hingga jam 5.30 petang keesokan hari. Kami hanya minum air hujan yang ditadah dalam tong sementara menunggu bantuan. 

"Rumah kami duduk itu memang tidak sesuai untuk berlindung kerana mudah ditembusi peluru, namun kami hanya bertawakal dan berdoa supaya selamat," katanya. 

Hasanal berkata, pada malam kejadian beliau mengarahkan anggota lain menutup telefon bimbit supaya tempat perlindungan mereka tidak dikesan pihak musuh. 

"Malam itu saya menerima banyak panggilan telefon tetapi tidak menjawabnya. Saya hanya buka telefon selepas diselamatkan dan mendapati panggilan daripada isteri yang berada di Semenanjung. Ketika itu, saya buat seperti biasa dengan memberi alasan ada urusan kerja dan akan telefon kembali," katanya. 

Anak kelahiran FELDA Telur Timur, Kedah itu berharap jangan ada lagi pihak memperlekehkan anggota polis mempertahankan negara dan mencabar mereka yang mempertikaikan pengorbanan pasukan keselamatan pergi ke Lahad Datu untuk lihat sendiri apa yang terjadi.

Monday, March 25, 2013

Pencerobohan Lahad Datu! 5 Lagi Maut 2 Cedera


Pencerobohan Lahad Datu! 5 Lagi Maut 2 Cedera | 4 mayat dipercayai rakyat asing ditemui di dalam sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu selepas pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas militan semasa operasi penggeledahan di kampung itu, Ahad.

Pertempuran pada pukul 9.15 pagi itu turut menyebabkan seorang anggota tentera cedera di paha kanan akibat terkena tembakan musuh, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata insiden itu berlaku selepas pasukan keselamatan menjejaki dua musuh yang memasuki sebuah rumah berhampiran dan berlaku tembak menembak sehingga mencederakan anggota itu.

"Berlaku beberapa minit pertempuran di situ, dan semasa pertempuran pasukan keselamatan mendapati seorang musuh telah lari dari rumah itu menghala ke sebuah rumah di sebelah sebelum bertindak membakar rumah berkenaan.

"Pasukan keselamatan kemudiannya melepaskan tembakan bagi membersihkan rumah yang mula-mula dimasuki dua pengganas itu sebelum memasukinya dan menjumpai empat orang mati ditembak," katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16 di sini, Ahad.

Zulkifeli berkata mayat itu terdiri daripada seorang lelaki dan wanita dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Tiada pengenalan diri ditemui.

Beliau berkata hasil penggeledahan, pasukan keselamatan menemui seorang lagi kanak-kanak lelaki yang cedera, juga tiada pengenalan diri dan dia diterbangkan ke Hospital Sandakan untuk rawatan.

Pasukan keselamatan turut menemui sejumlah bekalan makanan yang dipercayai dikumpul di rumah berkenaan, katanya.

Zulkifeli berkata kesemua mayat itu dibawa keluar dari lokasi pertempuran, menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang dikeluarkan sehingga kini 42.

Beliau berkata militan pengganas yang semakin terdesak kini bergerak dalam kumpulan kecil dan mengaplikasikan 'Small Unit Tactic', iaitu cuba mendatangkan seberapa banyak mungkin kecederaan kepada pasukan keselamatan yang menjejaki pergerakan mereka.

"Daripada pertempuran yang dialami, kami dapati Modus Operandi musuh ialah apabila bertempur mereka akan membawa pasukan keselamatan ke satu kawasan di mana penembak tepat mereka dapat melepaskan tembakan.

"Selepas bertempur di situ, mereka kemudiannya berundur dan memasuki kawasan rumah yang telah dikenal pasti untuk bertahan dan bertempur semula sebelum bertindak membakar rumah itu dan rumah berdekatan sekiranya tidak lagi mampu bertahan," katanya.

Beliau berkata taktik melengahkan pergerakan anggota keselamatan itu diteruskan dengan militan berundur ke kawasan paya berdekatan yang telah dikenal pasti sebelum menggempur pasukan keselamatan yang menghampirinya.

Zulkifeli yang yakin semua penembak tepat musuh berjaya ditembak mati dalam pertempuran sebelum 20 Mac, berkata taktik yang diguna musuh sekarang ini memerlukan pasukan keselamatan lebih berhati-hati.

"Sejak pertempuran pada 20 Mac pasukan keselamatan tidak lagi mendapat tentangan daripada penembak tepat musuh dan kami yakin kumpulan 'sniper' pengganas telah dapat ditewaskan kerana kebelakangan ini tidak ada lagi ancaman daripada kumpulan penembak tepat itu," katanya. - BERNAMA

Sunday, March 24, 2013

Lahad Datu - 4 Mayat Warga Asing Termasuk 2 Kanak-Kanak Maut Ketika Pertempuran


Lahad Datu - 4 Mayat Warga Asing Termasuk 2 Kanak-Kanak Maut Ketika Pertempuran | LAHAD DATU – Empat mayat dipercayai rakyat asing ditemui di dalam sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu selepas pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas militan semasa operasi penggeledahan di kampung itu, Ahad.

Pertempuran pada pukul 9.15 pagi itu turut menyebabkan seorang anggota tentera cedera di paha kanan akibat terkena tembakan musuh, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata insiden itu berlaku selepas pasukan keselamatan menjejaki dua musuh yang memasuki sebuah rumah berhampiran dan berlaku tembak menembak sehingga mencederakan anggota itu.

“Berlaku beberapa minit pertempuran di situ, dan semasa pertempuran pasukan keselamatan mendapati seorang musuh telah lari dari rumah itu menghala ke sebuah rumah di sebelah sebelum bertindak membakar rumah berkenaan.

Pasukan keselamatan Negara kemudiannya melepaskan tembakan bagi membersihkan rumah yang mula-mula dimasuki dua pengganas itu sebelum memasukinya dan menjumpai empat orang mati ditembak,” katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16 di sini Ahad.

Zulkifeli berkata mayat itu terdiri daripada seorang lelaki dan wanita dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan. Tiada pengenalan diri ditemui.

Beliau berkata hasil penggeledahan, pasukan keselamatan menemui seorang lagi kanak-kanak lelaki yang cedera, juga tiada pengenalan diri dan dia diterbangkan ke Hospital Sandakan untuk rawatan.

Pasukan keselamatan turut menemui sejumlah bekalan makanan yang dipercayai dikumpul di rumah berkenaan, katanya.

Zulkifeli berkata kesemua mayat itu dibawa keluar dari lokasi pertempuran, menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang dikeluarkan sehingga kini 42.

Beliau berkata militan pengganas yang semakin terdesak kini bergerak dalam kumpulan kecil dan mengaplikasikan ‘Small Unit Tactic’, iaitu cuba mendatangkan seberapa banyak mungkin kecederaan kepada pasukan keselamatan yang menjejaki pergerakan mereka.

“Daripada pertempuran yang dialami, kami dapati Modus Operandi musuh ialah apabila bertempur mereka akan membawa pasukan keselamatan ke satu kawasan di mana penembak tepat mereka dapat melepaskan tembakan.

“Selepas bertempur di situ, mereka kemudiannya berundur dan memasuki kawasan rumah yang telah dikenal pasti untuk bertahan dan bertempur semula sebelum bertindak membakar rumah itu dan rumah berdekatan sekiranya tidak lagi mampu bertahan,” katanya.

Beliau berkata taktik melengahkan pergerakan anggota keselamatan itu diteruskan dengan militan berundur ke kawasan paya berdekatan yang telah dikenal pasti sebelum menggempur pasukan keselamatan yang menghampirinya.

Zulkifeli yang yakin semua penembak tepat musuh berjaya ditembak mati dalam pertempuran sebelum 20 Mac, berkata taktik yang diguna musuh sekarang ini memerlukan pasukan keselamatan lebih berhati-hati.

“Sejak pertempuran pada 20 Mac pasukan keselamatan tidak lagi mendapat tentangan daripada penembak tepat musuh dan kami yakin kumpulan ‘sniper’ pengganas telah dapat ditewaskan kerana kebelakangan ini tidak ada lagi ancaman daripada kumpulan penembak tepat itu,” katanya. - BERNAMA

Thursday, March 21, 2013

Tergempar Di Lahad Datu!! Tertuduh Kes Pencerobohan Akui "Di Suruh Dan Di Upah"


Tergempar Di Lahad Datu!! Tertuduh Kes Pencerobohan Akui "Di Suruh Dan Di Upah"Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Lahad Datu hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya.

Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah.

Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya.

Sejurus kenyataan Hooland diterjemah, Hakim Ravinthran meminta jurubahasa menjelaskan kepada tertuduh bahawa dia tidak perlu berkata demikian dan segala pengakuan akan dibuat selepas diwakili peguam pada 12 April nanti.

Ketika prosiding pagi ini, Hakim Ravinthran memberi peluang kepada setiap tertuduh untuk memberitahu mahkamah berhubung pertuduhan ke atas mereka dan jurubahasa perlu menjelaskan beban hukuman bagi setiap kesalahan.

Tertuduh juga diterangkan tentang pembelaan mereka yang perlu diwakili peguam kerana tuduhan ke atas mereka membabitkan hukuman berat iaitu gantung dan penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Lapan warga Filipina didakwa di Mahkamah Tinggi Tawau hari ini dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Dua tertuduh itu bersama empat yang lain turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas manakala dua lagi didakwa cuba melindungi pengganas.

Ini merupakan kali kedua tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agung dikenakan di negara ini selepas insiden kumpulan pemberontak Al Maunah di Bukit Jenalik Sauk, Perak pada tahun 2000.

Sementara itu Timhar Hadir, yang juga didakwa atas kesalahan sama (menjadi anggota pengganas) memberitahu bahawa dia datang ke Malaysia pada Febuari lepas menggunakan pasport antarabangsa.

Bagaimanapun Hakim Ravinthran meminta dia tidak menyatakan selanjutnya sebelum berbincang dengan pihak peguam.

Seorang lagi tertuduh yang menghadapi tuduhan sama, Habil Suhaili merupakan tertuduh yang mengambil masa agak lama untuk memahami pertuduhan.

Dia yang kelihatan berusia lebih daripada 60 tahun tidak dipakaikan 'straight jacket' seperti tertuduh lain dan jurubahasa membacakan pertuduhan berulang kali dalam bahasa Suluk.

Habil sempat menyatakan bahawa dia tidak melakukannya namun hakim menjelaskan pengakuan itu tidak akan direkod.

Tertuduh pertama Atik Hussin Abu Bakar yang didakwa atas tuduhan melancarkan perang dan menjadi anggota pengganas hanya memohon penjelasan hukuman yang akan dihadapinya.

Atik Hussin yang berbahasa Bajau kelihatan bersahaja seperti tertuduh lain.

Empat tertuduh lagi, Lin Mad Salleh, Basad Manuel, Kadir Uyung dan Lating Tiong hanya menyatakan 'nothing to say' (tiada apa yang hendak dicakapkan).

Basad menghadapi dua pertuduhan yang sama seperti Atik Hussin manakala Lin hanya didakwa menjadi anggota pengganas dan Kadir serta Lating menghadapi tuduhan melindungi kumpulan pengganas.

Kesemua terduduh hanya menundukkan kepala ketika berada di kerusi sebelum dibawa ke kandang tertuduh untuk dibaca pertuduhan.

Kesemua mereka tidak dibenarkan jamin.

Sementara itu, wartawan dan jurugambar yang membuat liputan di Mahkamah Tinggi Tawau hari ini dikawal ketat oleh anggota polis lengkap bersenjata dan hanya seorang wartawan daripada setiap organisasi yang dibenar masuk.

Kesemua wartawan yang dibenar memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi hanya dibolehkan membawa buku nota dan pen manakala semua alat komunikasi dan peralatan lain tidak dibenarkan.

Tiada wartawan asing hadir membuat liputan prosiding hari ini.

Lapan tertuduh yang ditutup bahagian kepala dibawa menaiki lori polis kira-kira 10.10 pagi.

-Bernama

Wednesday, March 20, 2013

Lahad Datu: Saya Sanggup Gadai Nyawa Demi Negara - Konstabel Mohammad Qaiyum


Lahad Datu: Saya Sanggup Gadai Nyawa Demi Negara - Konstabel Mohammad Qaiyum | BATU PAHAT: "Walaupun dihujani dengan beribu-ribu butir peluru dan nyawa kami terancam ketika itu, namun demi tugas dan kedaulatan negara kami teruskan bertempur."

Demikian diungkapkan Konstabel Mohammad Qaiyum Aiqal Zolkifli, 22, anggota komando VAT 69 yang cedera ketika pertempuran menentang pengganas Sulu di Ladang Tandou, Lahad Datu, Sabah pada 1 Mac lepas.

"Pada saya nyawa tidak penting, yang penting bagi kami pengganas Sulu yang menceroboh negara kita dihapuskan," katanya lagi.

Mohammad Qaiyum Aiqal yang ditemui di majlis menyambut kepulangannya di rumah keluarganya di Kampung Bukit Kelicap, Senggarang ternyata masih trauma dan sebak apabila diminta menceritakan kembali detik peristiwa berdarah itu yang turut mengorbankan dua rakan sepasukannya.

Beliau tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir apabila mengenang dua rakan sepasukannya yang terkorban dalam pertempuran itu.

Mengimbas kembali kejadian, anak kelima daripada tujuh beradik itu berkata beliau terjatuh sebaik terkena tembakan di bahu kanan.

"Walaupun telah cedera dan terjatuh, pihak musuh masih tetap menembak ke arah saya termasuk menggunakan senjata berat. Nasib baik ketika itu, seorang rakan iaitu Koperal Hairi menarik saya ke belakang sebatang pokok kelapa sawit untuk berlindung," katanya.

Ketika itu beliau hanya berserah kepada Allah SWT dan reda jika umurnya tidak panjang, namun beliau bersyukur kerana Tuhan masih mengizinkannya untuk terus hidup.

Ekoran tembakan peluru musuh yang menembusi dadanya, tiga tulang bahunya patah dan beliau dikejarkan ke Hospital Lahad Datu dan kemudiannya Hospital Sandakan sebelum dibawa ke Hospital Tentera di Lumut, Perak, untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ditanya sama beliau serik dengan kejadian itu, dengan penuh bersemangat Mohammad Qaiyyum Aiqal berkata perkataan serik dan putus asa tidak ada dalam dirinya.

"Selagi saya bernyawa dan selagi saya boleh melangkah, saya akan terus mempertahankan kedaulatan negara.

"Apabila saya sembuh dan jika diizinkan saya akan kembali ke Lahad Datu demi memastikan keamanan negara pulih seperti sediakala," katanya.

Dalam kejadian pada 1 Mac lepas, dua anggota komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban, manakala 12 penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina maut dalam kejadian tembakan membabitkan kedua-dua pihak di Kampung Tanduo.

Dua anggota komando VAT 69 yang terbunuh dalam pertempuran itu ialah ASP Zulkifli Mamat dari Besut, Terengganu dan Sarjan Sabaruddin Daud dari Sabak Bernam, Selangor.

Selain Mohammad Qaiyum Aiqal, dua lagi anggota yang cedera ialah Koperal Azman Ampong dan Koperal Mohd Tarmizi Hashim.

Sementara itu lebih 500 penduduk Kampung Kelicap dan kawasan sekitar berkumpul di rumah Mohammad Qaiyum Aiqal sejak pukul 2 petang sebaik mengetahui beliau akan pulang ke rumah.
Mereka sabar menanti sehingga pukul 6.30 petang dan ramai di kalangan penduduk kelihatan mengalirkan air mata apabila melihat kecederaan yang dialaminya.


Turut menyambut wira negara itu ialah Anggota Parlimen Batu Pahat Dr Mohd Puad Zarkashi dan Anggota Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad yang menyampaikan sumbangan kepada beliau. 

-BERNAMA

Berita Lahad Datu! Lapan Suspek Pengganas Sulu Didakwa Di Mahkamah Hari Ini


Berita Lahad Datu! Lapan Suspek Pengganas Sulu Didakwa Di Mahkamah Hari Ini | LAHAD DATU: Seramai lapan warga Filipina bebangsa Sulu didakwa di Mahkamah Majistret sementara di sini pada Rabu kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Dua kes itu di bawah Kanun Keseksaan – Seksyen 21 k kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Seksyen 130 KA kerana kegaganasan, ia dibacakan kepada lapan warga Filipina di ibu pejabat polis daerah, di mana mahkamah tersebut didirikan, pada pukul 1 petang.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar mengetuai pendakwaan.

Keterangan itu dibacakan dalam bahasa Suluk dan Dusun.

Kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau.

Terdahulu, kawalan keselamatan ketat di ibu pejabat polis, di mana mahkamah sementara didirikan untuk mendakwa mereka yang disyaki terlibat dalam insiden pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, kira-kira 135 kilometer dari sini sejak 12 Februari lalu.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail tiba di Lahad Datu pada tengah hari, manakala para pemberita menunggu di mahkamah sementara berhubung dakwaan yang berkaitan dengan siasatan polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Somsa).

Setakat Selasa, sejumlah 107 orang pengganas sulu ditahan di bawah Somsa dan 243 orang lagi ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dan Akta Jabatan Pendaftaran Negara.

Kebanyakan mereka ditahan di Lahad Datu, Semporna, Kunak, Sandakan dan beberapa bahagian di negeri ini.

Tuesday, March 19, 2013

Ekslusif Dari Lahad Datu!! Kisah Ngeri Penduduk Kampung Kutip Mayat Pengganas Sulu


Ekslusif Dari Lahad Datu!! Kisah Ngeri Penduduk Kampung Kutip Mayat Pengganas Sulu.

Ekslusif Dari Lahad Datu!! Kisah Ngeri Penduduk Kampung Angkat Mayat Pengganas Sulu | Peristiwa enam pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia dibunuh dan diseksa di Kampung Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Mac lalu  tidak mungkin dapat dilupakan oleh seluruh rakyat di negara ini.

Dalam kejadian itu, tiga pengganas militan Sulu juga berjaya ditembak mati.

Namun, disebabkan faktor keselamatan, tiga mayat pengganas tersebut tidak dapat dikeluarkan dalam insiden tersebut.

Memandangkan ia terbiar agak lama, mayat-mayat ketiga-tiga pengganas itu mula membusuk hingga meresahkan penduduk di kampung berkenaan.

Perkara tersebut kemudian disampaikan kepada ketua kampung, Ramlee Saraman.

Ekslusif Dari Lahad Datu!! Kisah Ngeri Penduduk Kampung Kutip Mayat Pengganas Sulu.

Walaupun marah dengan pengganas yang terbunuh itu, namun Ramlee sedar sebagai orang Islam, mayat itu harus disempurnakan seperti yang dituntut syarak.

” Memang saya marah dengan yang mati itu, tetapi saya kena rasional dan tak boleh terikut-ikut dengan emosi…yang mati itu seagama dengan saya, saya tak boleh biarkan ia terus di situ, mayat mereka mesti diuruskan, bab dosa dan pahala mereka adalah urusan Allah.

” Lagipun saya faham benar keluh resah penduduk, bayangkan anak-anak mereka menggunakan laluan yang sama untuk ke sekolah, trauma mereka jadinya nanti.

Bab bau jangan ceritalah, bukan seorang, tetapi tiga!,” katanya.

Ramlee bersyukur kerana pihak keselamatan memahami keresahan beliau dan penduduk kampung.

Malah, katanya, Ketua Polis Daerah sendiri bersedia menawarkan perlindungan keselamatan kepada beliau dan penduduk kampung sekiranya mereka mengambil keputusan untuk menguruskan mayat-mayat itu.

Menurut Ramlee, beliau kemudiannya bermesyuarat dengan penduduk kampung terutama pihak surau untuk mengangkat mayat-mayat itu dari lokasi kejadian.

Tetapi, katanya, seperti mana pasukan keselamatan, beliau dan penduduk kampung juga merasai kebimbangan yang sama, terutama memikirkan ‘perangkap’ yang mungkin dibuat oleh pengganas -pengganas Sulu yang lain ketika kerja mengangkat mayat itu dilakukan.

Apatah lagi, katanya, bila mengenangkan kemungkinan ada ‘pengkhianat’ di situ yang mungkin hendak membalas dendam terhadap kematian rakan-rakan mereka.

” Saya akhirnya nekad, dengan airmata yang berlinang, saya merayu kepada mereka yang ada di situ agar memberikan kerjasama dan tidak melakukan apa-apa kepada kami yang hendak mengangkat mayat yang terbujur kaku itu.

” Saya kata pada mereka, sebagai orang Islam, adalah menjadi tuntutan kita semua untuk menyelesaikan urusan kematian pengganas-pengganas Sulu ini, kita tidak boleh membiarkan kehadiran mayat-mayat itu menganggu kehidupan kita di kampung ini, ” katanya.

Ketika diminta menceritakan proses mengeluarkan mayat-mayat itu, Ramlee berkata, hanya Allah yang tahu betapa sukarnya mereka untuk berbuat demikian.

Menurutnya, kerja-kerja itu mungkin nampak mudah tetapi keadaan mayat yang mula membusuk telah merumitkan keadaan.

Tambahnya, mereka bimbang sekiranya ia tidak dilakukan secara berhati-hati, akan ada anggota tubuh pengganas ini yang akan ‘lerai’ kerana ia sudah membengkak.

” Selepas mayat itu kami angkat, kami letakkannya di simpang jalan…lalu saya hubungi pihak berkuasa yang kemudiannya membawa mayat-mayat itu ke hospital.

” Saya sempat melihat wajah-wajah mereka, ternyata ia bukan penduduk kampung ini, malah tiada siapa pun mengenali mereka kecuali mayat yang dalam sampan itu, ada penduduk mendakwa pernah melihat dia solat Jumaat di kawasan berhampiran, entah betul entahkan tidak,” katanya.

Dalam pertemuan kami itu, Ramlee turut meminta semua pihak agar tidak terus melabelkan kampungnya sebagai ‘kawasan hitam’ hanya kerana berlakunya insiden tersebut.

Katanya, beliau sedih kerana banyak pihak mula melabelkan kampung mereka sebagai sarang pengganas dan sebagainya.

Jelasnya, insiden tersebut adalah satu perbuatan yang tidak dapat dimaafkan tetapi tidak adil untuk menghukum semua yang ada di situ.

” Kampung ini banyak sejarahnya, ia telah mula dibuka sejak tahun 1939 dan sejak itu, kami semua hidup dalam aman dan harmoni.

”  Benar, ada penduduk yang datang secara haram tetapi perkara begini bukan hanya berlaku di kampung ini…tetapi apa boleh buat, hidup mesti diteruskan.

” Mengenai pandangan banyak pihak yang mahu kampung kami dirobohkan, saya harap kalau ia benar-benar dilaksanakan, kebajikan penghuni perlu diambil kira, kami ini kebanyakannya nelayan, sebab itu rumah kami dibuat di tepi laut…kalau ia dibuat di lokasi yang terlalu jauh, ia sudah tentu menyukarkan keadaan,” jelasnya.

Monday, March 18, 2013

Pembongkaran Anggota Keselamatan Alami Kejadian Aneh Di Lahad Datu Angkara Ilmu Hitam Puak Pengganas Sulu


Pembongkaran Anggota Keselamatan Alami Kejadian Aneh Di Lahad Datu Angkara Ilmu Hitam Puak Pengganas Sulu | LAHAD DATU - Pengamalan dan penggunaan ilmu hitam oleh pengganas Sulu bukan cerita rekaan atau dakwaan semata-mata. Tetapi itulah antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh anggota keselamatan yang bertugas di barisan hadapan 'Ops Daulat'.

Meskipun tidak dapat diterima dalam kehidupan realiti, tetapi penggunaan ilmu hitam oleh pengganas berkenaan termasuk menggunakan pelbagai tangkal tidak boleh terus ditolak.

Ini dibuktikan apabila sebahagian besar mayat pengganas yang ditemui memakai tangkal sama ada di diikat di pinggang ataupun di celah kelangkang.

Walau bagaimanapun, dengan menaruh keyakinan kepada Allah dan berjuang dengan ikhlas pasukan keselamatan tetap berjaya menewaskan musuh-musuh berkenaan meskipun mereka (pengganas Sulu) menggunakan ilmu syaitan.

Menuruh sumber, usaha gempur pengganas Sulu dalam 'Op Daulat' sebenarnya amat mencabar memandangkan terdapat dalam kalangan mereka mengamalkan kepercayaan karut itu.

"Pengganas seakan-akan kebal apabila pasukan keselamatan terpaksa menembak bertalu-talu bagi menumbangkan mereka. Setakat sekali tembak tidak akan membuatkan pengganas itu tewas," katanya.

Menurut sumber itu, usaha menjejaki pengganas berkenaan juga pada mulanya agak buntu kerana pasukan keselamtan tidak dapat mengesan tempat persembunyian musuh.

Dalam pada itu, katanya, pasukan keselamatan juga pernah dikejutkan dengan kelibat dua pengganas Sulu berpakaian hitam dan putih mara ke arah pasukan keselamatan yang melepaskan tembakan tetapi tidak mengenai mereka.

"Apabila dilaungkan azan barulah kelibat itu hilang dan pasukan keselamatan dapat mara," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan berbangsa Suluk yang hanya ingin dikenali sebagi Pak Amril berkata, antara tangkal yang dipakai pengganas Sulu tersebut dikenali 'al-Quran Istanbul' yang kononnya akan membuatkan seseorang menjadi kebal.

Namun demikian, anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) sentiasa menasihati anggota keselamatan untuk berhadapan dengan situasi itu.

Anggota keselamatan sentiasa dinasihatkan untuk memohon pertolongan Allah sebelum memasuki kawasan operasi untuk memburu pengganas Sulu.

Ustaz Azhar Idrus Jawab Kes Individu Hina Anggota Keselamatan Negara Di Lahad Datu

Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Jawab Kes Individu Hina Anggota Keselamatan Negara Di Lahad Datu | Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus memberi respon berkenaan isu sesetengah individu yang menghina anggota keselamatan negara yang berjuang di Lahad Datu untuk mempertahankan Sabah daripada ancaman pengganas Sulu.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya oleh pengikut laman Facebook beliau yang bertanya berkenaan hukum individu yang tidak bertanggungjawab menghina anggota keselamatan negara di Lahad Datu 

Beliau juga menukilkan sebuah Hadis yang lebih kurang maknanya "Antara mata yang tidak akan masuk neraka ialah mata orang-orang yg berjaga(tidak tidur) di sempadan atau di medan kerana mengawal atau menjaga keselamtan negara".


Sunday, March 17, 2013

Tergempar!! Sultan Sulu Tarik Balik Genjatan Senjata, Arah Pengikutnya 'Serang Dan Lari'


Tergempar!! Sultan Sulu Tarik Balik Genjatan Senjata, Arah Pengikutnya 'Serang Dan Lari' | Jamalul Kiram III yang mengakui dirinya Sultan Sulu telah menarik balik gencatan senjata bagi pihaknya dan mengarahkan pengikutnya di Sabah menjalankan perang gerila keatas pasukan keselamatan Malaysia, menurut laporan media Filipina.

The Philippine Star memetik Sultan Sulu tersebut berkata bahawa penarikan balik tenteranya yang diketuai oleh adiknya Agbimuddin di Sabah bukan suatu pilihan.

Mereka sudahpun berada di tanahair mereka, mengapa perlu pulang semula?” kata Kiram kepada wartawan di kediamannya di Bandar Taguig.

Abraham Idjirani yang merupakan jurucakap kesultanan berkata penentangan di Sabah akan diteruskan.

Beliau berkata arahan gencatan senjatan yang ditawarkan oleh kesultanan telah ditarik balik dan tentera sultan telah diarahkan untuk menjalankan operasi “serang dan lari” keatas Malaysia.

Jamalul juga mengakui adiknya tersebut masih lagi di Sabah berbeza dengan laporan daripada pihak berkuasa Malaysia yang mengatakan Agbimuddin telah melarikan diri ke Selatan Filipina.

Idjirani dilaporkan telah bercakap dengan Agbimuddin malam Sabtu dan diberitahu bahawa kumpulan mereka masih kuat.

Menurut akhbar Filipina, Idjirani berkata pengikut kesultanan yang berjumlah 170 orang berpecah kepada tiga kumpulan untuk mengelak daripada dijejaki pesawat pengintip Malaysia yang berlegar-legar di udara sekitar Lahad Datu.

Namun, Philippine Star melaporkan Agbimuddin telah kembali ke wilayah asalnya di Sulu bersama-sama dengan pengiring, termasuk beberapa individu daripada Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), ia menurut sumber daripada pegawai keselamatan yang dirahsiakan.

Menurut akhbar itu lagi, pegawai keselamatan tersebut berkata Agbimuddin mungkin telah melepaskan diri dari Lahad Datu semasa perjalanan ke Sandakan dan menyusup sama ada ke Sibutu atau Sitangkai.

"Ia mugkin orang lain yang mereka sekat, kemungkinan umpan atau untuk mengalih perhatian bagi memberikan mereka laluan masuk," kata sumber tersebut yang merujuk kepada penahanan oleh Tentera Laut Filipina minggu lepas.

Pihak berkuasa Filipina telah memintas dua bot membawa 35 pengikut Sulu bersenjata berhampiran di Kepulauan Taganak dan menempatkan mereka di pengkalan tentera laut di Bato-bato, Panglima Sugala.

Agensi berita negara melaporkan pasukan keselamatan Malaysia baru-baru ini telah dua kali bertempur dengan penceroboh bersenjata Sulu pagi semalam, 36 hari selepas 200 pengikut Sulu yang diketuai Agbimuddin mendarat di Tanduo, yang mendakwa diri mereka Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

Pasukan keselamatan telah hilang 10 anggota - lapan anggota polis dan dua tentera.
Seorang remaja yang tidak dikenali juga telah ditembak mati pada hari keenam Ops Daulat.
Pertempuran bersenjata semalam memecah tempoh aman selama lima hari sepanjang pasukan keselamatan memburu baki penceroboh Sulu dalam operasi Ops Daulat yang semakin berakhir.

Semalam Bernama melaporkan, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Beliau berkata operasi membanteras pengganas tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah sejak 12 Feb lepas, kerana polis turut menjejaki kaum keluarga anggota militan lain yang dipercayai terlibat insiden pencerobohan itu.

Malaysia melancarkan Ops Daulat tiga minggu selepas kira-kira 200 lelaki bersenjata mendarat pada 9 Februari, memulakan serangan dengan pengeboman udara dan tembakan meriam berat sebelum menghantar tentera darat untuk menjalan operasi pembersihan dikawasan perkampungan dimana Agbimuddin dan pengikutnya bersembunyi.

Namun, Agbimuddin dan pengikutnya berjaya menyusup keluar dan dipercayai menerima bantuan daripada penduduk tempatan sekitar, malahan terdapat antaranya yang ditahan untuk disoal siasat.

Kaum keluarganya di Filipina juga mendakwa dalam media bahawaAgbimuddin telah menghubungi mereka beberapa kali sepanjang minggu lalu untuk memberitahu mereka masih selamat.

Khamis lepas, puak Kiram menawarkan gencatan senjata tetapi enggan mengeluarkan tentera mereka dari Lahad Datu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak permintaan itu, mengarahkan kumpulan bersenjata menyerah diri tanpa syarat dan atau berhadapan dengan kematian

Berita Terkini Lahad Datu - Seorang Lagi Pengganas Disahkan Terkorban

berita terkini lahad datu

Berita Terkini Lahad Datu - Seorang Lagi Pengganas Disahkan Terkorban | Berita terkini Lahad Datu 18 Mac 2013 dalam Ops Daulat. Pertempuran yang berlaku di kampung Tanjung Batu awal pagi semalam telah mengorbankan seorang lagi pengganas Sulu. 

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, mayat tersebut telah berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi dan kini sedang dalam proses bedah siasat untuk mengenal identiti mangsa. Operasi masih lagi diteruskan di kawasan Tanjung Batu dan kemungkinan akan diishtiharkan bersih tidak lama lagi.

Setakat ini, proses bedah siasat mayat pengganas masih dalam 80 peratus selesai menurut ahli Forensik. Sementara itu, keadaan di Felda Sahabat masih lagi terjamin dengan kawalan ketat pihak berkuasa di setiap kawasan operasi.

Terkini Di Lahad Datu - Keluarga Sultan Sulu Kiram Ditahan Pihak Berkuasa


Terkini Di Lahad Datu - Keluarga Sultan Sulu Kiram Ditahan Pihak Berkuasa | Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan anggota keluarga Jamalul Kiram III antara 104 orang yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Anggota keluarga Jamalul Kiram III antara 104 orang yang ditahan mengikut SOSMA,” katanya pada sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim di Felda Sahabat 16, di sini, semalam.

Hamza berkata, pihaknya sedang menyiasat identiti dan latar belakang individu terbabit kerana percaya ada di antara mereka ahli keluarga Jamalul Kiram III yang menabalkan dirinya sendiri sebagai Sultan Sulu dan mengarahkan pencerobohan ke atas kedaulatan Malaysia.

“Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan nama lain...di sini mereka guna nama lain, di Filipina mereka guna nama lain.

Ini kita sedang siasat,” katanya sambil menjelaskan bahawa operasi membanteras pengganas yang menceroboh pantai timur Sabah sejak 12 Februari lalu, bukan hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram.

Friday, March 15, 2013

Kes Pencerobohan - KFC Hantar 2500 Set Makanan Ke Lahad Datu


Kes Pencerobohan - KFC Hantar 2500 Set Makanan Ke Lahad Datu | KFC Malaysia akan mengedarkan sebanyak 2,500 makanan KFC kepada anggota pasukan keselamatan dan penduduk Lahad Datu, Sabah yang terjejas berikutan pencerobohan militan bersenjata Sulu dari Filipina.

Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Sdn. Bhd., Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata, makanan KFC bernilai RM30,000 tersebut akan diedarkan kepada anggota polis dan tentera yang sedang bertugas di daerah berkenaan serta sebilangan penduduk Lahad Datu yang kini menginap di tiga pusat pemindahan.

“Pasukan pekerja KFC akan menyerahkan dan mengedarkan makanan tersebut secara terus kepada penghuni dan juga anggota pasukan keselamatan di pusat pemindahan Dewan Cenderawasih. Makanan KFC kepada dua lagi pusat pemindahan akan disalurkan melalui pasukan keselamatan.

“Setiap makanan KFC itu mengandungi dua ketul ayam, kentang putar, roti dan juga air mineral,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Zaki berkata, KFC Malaysia mengambil berat keadaan masyarakat dan anggota pasukan keselamatan di Lahad Datu yang sedang berusaha keras melindungi dan mempertahankan negara ini.

Justeru, katanya, sumbangan berbentuk makanan KFC itu diharap dapat membawa `senyuman’ kepada mereka selain berharap krisis berdarah yang berlaku di daerah itu akan tamat dalam masa terdekat.

Sehubungan itu juga, kata beliau, KFC Malaysia mengucapkan terima kasih kepada pasukan keselamatan negara dan menyanjung tinggi pengorbanan wira negara dalam mempertahankan negara ini. – Mynewshub

Penceroboh Di Lahad Datu Terpaksa Keluar Untuk Minta Air Kepada Penduduk Kerana Kehausan


Penceroboh Di Lahad Datu Terpaksa Keluar Untuk Minta Air Kepada Penduduk Kerana Kehausan | Penganas Sulu di Lahad Datu semakin tertekan apabila mereka semakin kekurangan sumber makanan dan minuman. Memang mereka biasa hidup di hutan tapi sampai bila mereka mampu meminum air yang tidak bersih.

**PERHATIAN!! Jangan terlepas Cerita Hangat, tips blogging, Teknik SEO dan buat duit di SINI - Hot!!

Kerana kekurangan Air bersih, Segelintir mereka keluar dari tempat persembunyian mencari penduduk kampung untuk mendapatkan air.

Dalam laporan akbar, seorang wanita muda berumur 25 tahun mengatakan bahawa pada hari dia berkerja mengutip buah kelapa sawit di Felda Sahabat, buah kelapa sawit dilempar dua kali sebelum kedatangan penganas Sulu seramai tiga orang.

“Seorang daripada mereka berkata kepada saya, jangan takut...saya cuma jalan-jalan cari air,” katanya. Hmetro

Thursday, March 14, 2013

Tergempar!! Helikopter Peninjau Tiba Di Lahad Datu, 12 Kereta Kebal Menyusul


Tergempar!! Helikopter Peninjau Tiba Di Lahad Datu, 12 Kereta Kebal Menyusul | Lahad Datu: Dua helikopter pelbagai guna milik tentera darat, Agusta Westland AW109 tiba di padang markas Operasi Daulat di Felda Sahabat 16, dekat sini, semalam.

Helikopter jenis peninjau dan pengangkut menggunakan enjin berkembar serta mampu memuatkan lapan penumpang itu diperlukan bagi mengukuhkan lagi kekuatan pasukan keselamatan dalam usaha menggempur pengganas Sulu.

Ia susulan pengumuman Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin semalam, bahawa kekuatan dari segi aset dan anggota Operasi Daulat ditambah untuk terus menggempur pengganas khususnya di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk.


Zulkifeli berkata langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut atau di darat.


Selain helikopter itu, 12 kereta kebal jenis Adnan dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga akan ditempatkan di kawasan berkenaan di sini secara berperingkat.

Sejak pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 58 musuh, manakala lapan anggota polis dan dua tentera gugur di pihak Malaysia. - BERNAMA

Fuh Tergempar! Kanak-Kanak 9 Tahun Lahirkan Anak


Fuh Tergempar! Kanak-Kanak 9 Tahun Lahirkan Anak | Zapopan (Mexico): Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dilapor melahirkan anak.

Pihak berkuasa Mexico berkata semalam, kanak-kanak itu melahirkan bayi perempuan seberat 2.6 kilogram pada 27 Januari lalu di Hospital Zoquipan, di negeri Jalisco, barat negara itu. Ibu kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Dafne memberitahu pihak berkuasa tempatan: “Anak saya sangat gemuk ketika hamil. 

Bapa bayi itu ialah remaja berusia 17 tahun, tetapi kami belum lagi bertemunya kerana dia melarikan diri.” Jorge Villasenor dari pejabat pendakwa raya berkata: “Kami masih memburu remaja lelaki itu untuk mendapatkan maklumat daripadanya kerana kanak-kanak perempuan terbabit tidak faham apa yang berlaku.

“Ini adalah kes pemerkosaan atau penderaan seks kanak-kanak,” katanya. Kanak-kanak itu dan anaknya yang dalam keadaan sihat keluar dari hospital hujung minggu lalu.