Monday, March 18, 2013

Pembongkaran Anggota Keselamatan Alami Kejadian Aneh Di Lahad Datu Angkara Ilmu Hitam Puak Pengganas Sulu


Pembongkaran Anggota Keselamatan Alami Kejadian Aneh Di Lahad Datu Angkara Ilmu Hitam Puak Pengganas Sulu | LAHAD DATU - Pengamalan dan penggunaan ilmu hitam oleh pengganas Sulu bukan cerita rekaan atau dakwaan semata-mata. Tetapi itulah antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh anggota keselamatan yang bertugas di barisan hadapan 'Ops Daulat'.

Meskipun tidak dapat diterima dalam kehidupan realiti, tetapi penggunaan ilmu hitam oleh pengganas berkenaan termasuk menggunakan pelbagai tangkal tidak boleh terus ditolak.

Ini dibuktikan apabila sebahagian besar mayat pengganas yang ditemui memakai tangkal sama ada di diikat di pinggang ataupun di celah kelangkang.

Walau bagaimanapun, dengan menaruh keyakinan kepada Allah dan berjuang dengan ikhlas pasukan keselamatan tetap berjaya menewaskan musuh-musuh berkenaan meskipun mereka (pengganas Sulu) menggunakan ilmu syaitan.

Menuruh sumber, usaha gempur pengganas Sulu dalam 'Op Daulat' sebenarnya amat mencabar memandangkan terdapat dalam kalangan mereka mengamalkan kepercayaan karut itu.

"Pengganas seakan-akan kebal apabila pasukan keselamatan terpaksa menembak bertalu-talu bagi menumbangkan mereka. Setakat sekali tembak tidak akan membuatkan pengganas itu tewas," katanya.

Menurut sumber itu, usaha menjejaki pengganas berkenaan juga pada mulanya agak buntu kerana pasukan keselamtan tidak dapat mengesan tempat persembunyian musuh.

Dalam pada itu, katanya, pasukan keselamatan juga pernah dikejutkan dengan kelibat dua pengganas Sulu berpakaian hitam dan putih mara ke arah pasukan keselamatan yang melepaskan tembakan tetapi tidak mengenai mereka.

"Apabila dilaungkan azan barulah kelibat itu hilang dan pasukan keselamatan dapat mara," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan berbangsa Suluk yang hanya ingin dikenali sebagi Pak Amril berkata, antara tangkal yang dipakai pengganas Sulu tersebut dikenali 'al-Quran Istanbul' yang kononnya akan membuatkan seseorang menjadi kebal.

Namun demikian, anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) sentiasa menasihati anggota keselamatan untuk berhadapan dengan situasi itu.

Anggota keselamatan sentiasa dinasihatkan untuk memohon pertolongan Allah sebelum memasuki kawasan operasi untuk memburu pengganas Sulu.

No comments:

Post a Comment