Showing posts with label Kes Pencerobohan. Show all posts
Showing posts with label Kes Pencerobohan. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

Berita Lahad Datu! Lapan Suspek Pengganas Sulu Didakwa Di Mahkamah Hari Ini


Berita Lahad Datu! Lapan Suspek Pengganas Sulu Didakwa Di Mahkamah Hari Ini | LAHAD DATU: Seramai lapan warga Filipina bebangsa Sulu didakwa di Mahkamah Majistret sementara di sini pada Rabu kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Dua kes itu di bawah Kanun Keseksaan – Seksyen 21 k kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Seksyen 130 KA kerana kegaganasan, ia dibacakan kepada lapan warga Filipina di ibu pejabat polis daerah, di mana mahkamah tersebut didirikan, pada pukul 1 petang.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar mengetuai pendakwaan.

Keterangan itu dibacakan dalam bahasa Suluk dan Dusun.

Kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau.

Terdahulu, kawalan keselamatan ketat di ibu pejabat polis, di mana mahkamah sementara didirikan untuk mendakwa mereka yang disyaki terlibat dalam insiden pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, kira-kira 135 kilometer dari sini sejak 12 Februari lalu.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail tiba di Lahad Datu pada tengah hari, manakala para pemberita menunggu di mahkamah sementara berhubung dakwaan yang berkaitan dengan siasatan polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Somsa).

Setakat Selasa, sejumlah 107 orang pengganas sulu ditahan di bawah Somsa dan 243 orang lagi ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dan Akta Jabatan Pendaftaran Negara.

Kebanyakan mereka ditahan di Lahad Datu, Semporna, Kunak, Sandakan dan beberapa bahagian di negeri ini.

Sunday, March 17, 2013

Berita Terkini Lahad Datu - Seorang Lagi Pengganas Disahkan Terkorban

berita terkini lahad datu

Berita Terkini Lahad Datu - Seorang Lagi Pengganas Disahkan Terkorban | Berita terkini Lahad Datu 18 Mac 2013 dalam Ops Daulat. Pertempuran yang berlaku di kampung Tanjung Batu awal pagi semalam telah mengorbankan seorang lagi pengganas Sulu. 

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, mayat tersebut telah berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi dan kini sedang dalam proses bedah siasat untuk mengenal identiti mangsa. Operasi masih lagi diteruskan di kawasan Tanjung Batu dan kemungkinan akan diishtiharkan bersih tidak lama lagi.

Setakat ini, proses bedah siasat mayat pengganas masih dalam 80 peratus selesai menurut ahli Forensik. Sementara itu, keadaan di Felda Sahabat masih lagi terjamin dengan kawalan ketat pihak berkuasa di setiap kawasan operasi.

Friday, March 15, 2013

Kes Pencerobohan - KFC Hantar 2500 Set Makanan Ke Lahad Datu


Kes Pencerobohan - KFC Hantar 2500 Set Makanan Ke Lahad Datu | KFC Malaysia akan mengedarkan sebanyak 2,500 makanan KFC kepada anggota pasukan keselamatan dan penduduk Lahad Datu, Sabah yang terjejas berikutan pencerobohan militan bersenjata Sulu dari Filipina.

Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Sdn. Bhd., Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata, makanan KFC bernilai RM30,000 tersebut akan diedarkan kepada anggota polis dan tentera yang sedang bertugas di daerah berkenaan serta sebilangan penduduk Lahad Datu yang kini menginap di tiga pusat pemindahan.

“Pasukan pekerja KFC akan menyerahkan dan mengedarkan makanan tersebut secara terus kepada penghuni dan juga anggota pasukan keselamatan di pusat pemindahan Dewan Cenderawasih. Makanan KFC kepada dua lagi pusat pemindahan akan disalurkan melalui pasukan keselamatan.

“Setiap makanan KFC itu mengandungi dua ketul ayam, kentang putar, roti dan juga air mineral,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Zaki berkata, KFC Malaysia mengambil berat keadaan masyarakat dan anggota pasukan keselamatan di Lahad Datu yang sedang berusaha keras melindungi dan mempertahankan negara ini.

Justeru, katanya, sumbangan berbentuk makanan KFC itu diharap dapat membawa `senyuman’ kepada mereka selain berharap krisis berdarah yang berlaku di daerah itu akan tamat dalam masa terdekat.

Sehubungan itu juga, kata beliau, KFC Malaysia mengucapkan terima kasih kepada pasukan keselamatan negara dan menyanjung tinggi pengorbanan wira negara dalam mempertahankan negara ini. – Mynewshub

Thursday, March 14, 2013

Tergempar!! Gempur Penamat Hapuskan Pengganas Sulu Dalam Tempoh 48 Jam



Gempur Penamat Hapuskan Pengganas Sulu Dalam Tempoh 48 Jam | Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka akan melakukan gempuran terakhir bagi menamatkan terus pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di kawasan Lahad Datu, Sabah.

Penulis menjangkakan gempuran akan dilakukan dalam tempoh 48 jam lagi.

Konflik Lahad Datu perlu dihabiskan segera bagi membuka laluan untuk kerajaan menumpukan pula kepada isu Pilihan Raya Umum Ke-13.

Seperti yang kita tahu, semalam ATM telah pun mengumumkan ia akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh negara di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sejak 12 Feb lepas.

Malah, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memberi gambaran operasi daulat yang memasuki hari kesembilan (semalam), berada di penghujungnya dengan tumpuan menjejaki saki-baki pengganas yang kini bergerak dalam kumpulan kecil.

Beliau berkata 12 kereta kebal perisai berantai, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia akan tiba hari ini di sini secara berperingkat.

Mynewshub difahamkan, helikopter berkenaan yang sedia dimuatkan dengan machine gun sudah pun mula terbang di kawasan Lahad Datu.

Zulkifeli berkata, langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut dan di darat.

Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Radio 24 bahawa Malaysia tidak akan menerima sebarang rundingan buat masa sekarang, termasuk rundingan yang dibuat oleh pihak ketiga seperti kerajaan Filipina.

Ini bererti hanya tindakan ketenteraan sahaja sebagai jalan penyelesaian terhadap krisis pencerobohan di Lahad Datu yang bermula sejak Februari lalu.

Hari ini, Op Daulat memasuki hari kesepuluh. Ketika gempuran pertama dibuat, sebanyak 8 jet pejuang termasuk jenis F18 dan hawak telah digunakan.

Walaupun pengganas Sulu yang merupakan pengikut Jamalul Kiram III ramai yang mati dalam serangan itu, namun sebahagian berjaya melarikan diri.

Kumpulan berkenaan yang sudah berpuluh tahun memiliki kemahiran perang gerila menyebabkan Op Daulat berlanjutan apabila pasukan komando terpaksa digerakan masuk ke zon merah bagi mengesan saki-baki pengganas.

Pada masa ini, Mynewshub difahamkan hanya tinggal kumpulan yang terlalu kecil pada waktu ini tetapi masih berdegil.

Wednesday, March 13, 2013

Video Insiden Tembak Menembak Yang Dirakamkan Oleh Penceroboh Sulu Di Lahad Datu

insiden tembak menembak di lahad datu

Video Insiden Tembak Menembak Yang Dirakamkan Oleh Penceroboh Sulu Di Lahad Datu | Seperti yang kita ketahui, insiden pencerobohan di Lahad Datu masih lagi berlarutan dan tiada berita bila akan berakhirnya kes pencerobohan ini. Seramai 10 anggota keselamatan negara yang gugur semasa operasi menghapuskan penceroboh manakala lebih 50 orang puak pengganas sulu maut.

Hampir 100 orang yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kes pencerobohan di Lahad Datu ini ditahan dan ditangkap. Insiden tembak-menembak masih lagi berlaku. Semalam 3 orang penembak tepat iaitu seorang wanita dan 2 orang lelaki dari "tentera" sulu mati ditembak oleh Komando Polis VAT69.

Berikut merupakan video insiden tembak menembak yang berlaku ketika pencerobohan di Lahad Datu. Sama-sama kita doakan tiada lagi anggota keselamatan negara dan penduduk sabah yang cedrera dan maut. Sama-sama kita doakan insiden ini berakhir dengan cepat dan tiada lagi pencerobohan dimasa akan datang.

Tuesday, March 12, 2013

SMS Terakhir Pejuang Negara Yang Gugur di Lahad Datu - Bapa Redha Pemergian Anak


SMS Terakhir Pejuang Negara Yang Gugur di Lahad Datu - Bapa Redha Pemergian Anak | Berikutan berita sedih yang diterima oleh seluruh rakyat Malaysia petang tadi mengenai gugurnya seorang lagi anggota keselamatan negara, pihak wartawa telah mendapatkan sedikit kata-kata dari ayah kepada pejuang negara yang gugur semasa di serang hendap oleh pengganas bacol sulu.

"Saya reda kerana kematian arwah adalah untuk mempertahankan negara," kata Ismail Husin, bapa Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah, hari ini.

Ismail, 55, berkata beliau menerima berita sedih yang menimpa anaknya itu kira-kira 2.30 petang ini daripada seorang rakan Allahyarham yang menelefon memberitahu anaknya terlibat dalam pertempuran dan terkorban.

"Kali terakhir (Allahyarham) jumpa saya ialah pada hari raya Aidilfitri 2010, selepas itu kami banyak berhubung melalui telefon dan SMS," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bayu Lalang di Pasir Mas hari ini.

Ahmad Hurairah, 24, dari Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Tawau, Sabah, terkorban dan dua penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, berhampiran Kampung Tanjung Batu.

Ismail, seorang petani, berkata Allahyarham anak ketiga daripada 12 beradik dan seorang anak yang sentiasa mengambil berat serta banyak membantu keluarga.

"Kali terakhir arwah menelefon saya pada 1 Mac, masa itu dua anggota polis terkorban. Arwah beritahu suruh doakannya sentiasa selamat sebab dia nak pergi ke Lahad Datu.

"Kali terakhir arwah (menghantar) SMS ialah 10 Mac (Ahad) beritahu dia kena standby untuk ke Lahad Datu," katanya sambil memberitahu Allahyarham telah empat tahun berkhidmat dalam tentera. Pesanannya ringkasnya berbunyi `salam abah,ma doa la orng slmt...era'

Ibu Allahyarham, Rahmah Mamat, 50, berkata beliau memang sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu tetapi demi perjuangan untuk mempertahankan negara, beliau reda dengan ketentuan Allah SWT itu.

Anggota keluarga, kenalan dan penduduk kampung mula berkumpul di rumah keluarga Allahyarham untuk menunggu ketibaan jenazah.

Jenazah Allahyarham dijangka tiba pagi esok dan akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lalang.

Terkini Di Lahad Datu!! Seorang Lagi Anggota Keselamatan Gugur, 3 Pengganas Turut Maut



Terkini Di Lahad Datu!! Seorang Lagi Anggota Keselamatan Gugur, 3 Pengganas Turut Maut | Seorang anggota pasukan tentera terkorban dan tiga penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu di sini hari ini. 

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan itu berlaku pada 10.45 pagi.

"Seorang anggota keselamatan gugur," katanya. Identiti anggota keselamatan tersebut masih belum didedahkan lagi oleh pihak atasan dan pihak media.

Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas pada 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.

Sehingga kini sembilan anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan itu manakala 57 penceroboh militan ditembak mati.

Zulkifeli berkata, Kampung Tanduo kini telah bersih sepenuhnya daripada ancaman penceroboh militan dan operasi pasukan keselamatan kini diperluas ke Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu. - Bernama

  • "Innalillahiwainnailahirajiun..Sama-sama kita doakan agar roh anggota-anggota keselamatan yang Syahid di medan perang demi mempertahankan negara di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para Syahid Fisabilillah.."

Terkini Di Lahad Datu - Kampung Tanduo Bersih, Jumlah Penceroboh Ditahan Meningkat Ke 97 Orang


Terkini Di Lahad Datu - Kampung Tanduo Bersih, Jumlah Penceroboh Ditahan Meningkat Ke 97 Orang | Selepas seminggu Operasi Daulat, polis hari ini mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu. 

Pasukan keselamatan kini memberi tumpuan untuk membanteras penceroboh militan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis

Semalam seorang penceroboh ditembak mati di Kampung Tanjung Batu menjadikan jumlah pengganas militan yang mati setakat ini ialah 54 orang manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib. 

Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat. 

Pada 8 Mac pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh militan itu yang diikuti dengan operasi susulan dan penggeledahan bagi memburu mereka. 

Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di sini, Hamza berkata 22 mayat pengganas militan telah dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat. 

Hamza turut membenarkan wartawan mengambil gambar mayat-mayat pengganas militan itu bagi menepis dakwaan pihak tertentu yang mempersoalkan jumlah pengganas yang terbunuh. 

Ditanya mengenai laporan akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa Azzimuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan itu, berjaya melarikan diri dalam operasi pasukan keselamatan di Semporna, Hamza dengan tegas menolak dakwaan berkenaan. 

"Kalau saya tahu dia di Semporna sudah lama saya tangkap," katanya. 

Beliau turut menafikan laporan bahawa pasukan keselamatan menggunakan kekerasan terhadap masyarakat pendatang dari Sulu. 

"Saya nafikan sekeras-kerasnya. Sehingga kini tiada laporan polis diterima mengenai keganasan yang dilakukan pihak keselamatan," katanya. 

Beliau berkata kejadian semalam yang menyebabkan seorang lelaki cedera dan seorang kanak-kanak lelaki maut berlaku hampir dengan rumah yang menjadi sasaran pasukan keselamatan. 

"Orang kampung biasa semuanya telah dipindahkan," katanya. 

Sejak krisis pencerobohan lapan anggota polis terkorban dalam serangan pengganas iaitu dua di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam di Semporna pada 2 Mac. - BERNAMA

Monday, March 11, 2013

Berita Terkini Pencerobohan Lahad Datu - Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Ditembak Anggota Keselamatan


Berita Terkini Pencerobohan Lahad Datu - Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Ditembak Anggota Keselamatan | LAHAD DATU - Seorang remaja mati manakala seorang lelaki cedera di kaki akibat terkena tembakan yang dilepaskan anggota keselamatan ke arah belukar di Kampung Sungai Bilis dekat sini semalam.

Kedua-dua mangsa yang berusia 12 tahun dan 30-an itu tiada dokumen pengenalan diri. Polis sedang menyiasat status latar belakang kedua-dua mangsa terbabit.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, tembakan pada pukul 9.45 pagi Semalam dilakukan ketika pasukan keselamatan sedang melakukan pemeriksaan ke atas lima orang penduduk kampung tersebut.

"Ketika kelima-lima penduduk di kampung itu sedang disoal siasat, pasukan keselamatan tiba-tiba mendengar pergerakan di kawasan belukar berhampiran menyebabkan anggota keselamatan terus melepaskan tembakan secara spontan ke arah belukar itu.

"Pemeriksaan selepas tembakan itu mendapati seorang kanak-kanak berusia lingkungan 12 tahun mati manakala seorang lelaki berusia 30-an cedera di kaki," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, ekoran kejadian itu, markas taktikal menghantar seorang doktor bersama pasukan perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menaiki kereta perisai masuk ke Kampung Sungai Bilis.

Sumber Asal : Kosmo!


Kisah Benar Saat Cemas Jurugambar The Star Terserempak Penceroboh Di Lahad Datu


Kisah Benar Saat Cemas Jurugambar The Star Terserempak Penceroboh Di Lahad Datu | LAHAD DATU: Perjalanan untuk membuat tinjauan keadaan di Kampung Tanjung Labian ternyata menjadi satu pengembaraan mencabar bagi kumpulan wartawan dan jurugambar yang terserempak dengan lelaki bersenjata berhampiran perkampungan pantai yang terletak kira-kira 160km dari sini.

Pasukan media termasuk jurugambar The Star, Normimie Diun, terlihat lelaki memakai baju-T dan seluar warna gelap berdiri di tepi jalan tidak lama selepas mereka tiba di kampung itu kira-kira pukul 10.00 pagi.

Ketika memandu ke Tanjung Labian, pasukan media tidak melihat sebarang sekatan jalan raya polis, membuatkan mereka percaya bahawa kawasan itu adalah selamat.

Bagaimanapun, ketika meneruskan pemanduan, mereka disambut dengan pemandangan di mana pakaian yang sudah kering namun masih tergantung di sebuah kampung terpencil, menunjukkan penghuni telah meninggalkan kawasan itu dalam keadaan tergesa-gesa.

Tetapi apa yang lebih mengejutkan mereka, mereka juga melihat seorang lelaki sedang berdiri di pokok kelapa sawit berhampiran.

Terdahulu, timbul kebimbangan yang memuncak apabila melihat beberapa sepanduk putih dengan tulisan merah digantung di beberapa pokok.

Kemudian, selepas satu minit, mereka melihat kelibat lelaki berpakaian gelap di tepi jalan dan menyedari bahawa mereka mungkin berdepan dengan salah seorang lelaki bersenjata Sulu yang terlibat dalam pertempuran berterusan dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu, yang terletak kira-kira 2km dan Kampung Tanduo berdekatan.

Mengimbas bagaimana dia terkejut melihat lelaki bersenjata, Normimie berkata lelaki itu mengelak dan hilang dalam semak apabila melihat dua kenderaan pasukan media sedang dalam perjalanan masuk.

"Apabila saya ternampak dia, saya berteriak kepada yang lain di dalam kereta untuk tunduk dan tidak menunjukkan kamera kami. Pemikiran saya serta-merta berkata mereka mungkin menganggap peralatan kami adalah senjata dan akan melepaskan tempakan kepada kami," kata Normimie yang duduk di tempat duduk belakang.

"Kami sangat takut kerana jika dia adalah anggota pasukan keselamatan, dia akan memberitahu kami supaya berpatah balik," katanya.

Pada ketika ini, kumpulan itu memutuskan untuk membuat 'u-turn' dan kembali ke jalan utama Felda.

Ketika pasukan media sampai di jalan utama Felda, mereka terserempak dengan kira-kira 30 penduduk kampung Tanjung Labian yang ketakutan selepas mendengar empat tembakan beberapa minit sebelum itu.

Salah seorang daripada mereka, Achar Jalil berkata mereka telah diberitahu oleh ketua kampung untuk terus berada di kawasan itu walaupun pihak berkuasa Malaysia telah menasihatkan supaya berpindah, pada Isnin.

Menunggang motosikal bersama isteri dan dua anak, Achar berkata dia bimbangkan nasib ibunya yang tua dan uzur yang terpaksa ditinggalkan.

Ketika mereka meninggalkan Tanjung Labian, pasukan media berselisih dengan anggota polis menaiki trak menuju ke kawasan tersebut.

Friday, March 8, 2013

Kronologi Pencerobohan Lahad Datu Dari 9 Februari 2013 Hingga Kini


Kronologi Pencerobohan Lahad Datu Dari 9 Februari 2013 Hingga Kini | Seperti yang kita ketahui, hari ini genap sebulan penceroboh dari kesultanan sulu bikin huru hara di negara kita namun kita masih belum nampak tanda-tanda yang mereka ingin menyerahkan diri lagi. Berikut merupakan kronologi Kes Pencerobohan Di Lahad Datu.

9 Februari: Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Februari: Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Februari: Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Februari: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.

Ismail berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

Beliau juga berkata rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

16 Februari: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.

Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu' antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Februari: Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Februari: Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Februari: Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Februari: Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac: Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera. Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh. 

2 Mac: Jenazah Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud yang terkorban dalam pertempuran dengan sekumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada pukul 12.43 tengahari.

Jenazah Inspektor Zulkifli Mamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Gong Bayor, Jertih manakala jenazah Koperal Sabarudin Daud dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Makmuriah di Kampung Sungai Lias, Sungai Besar.

Pada hari yang sama, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman melawat dua anggota komando yang cedera iaitu anggota komando polis, Kpl Mohd Tarmizi Hashim, 32, dan Kpl Azman Ampong, 39, di Hospital Lahad Datu.

3 Mac: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan kesengitan di Semporna dengan penceroboh 'Kesultanan Sulu' berakhir dengan jumlah sebanyak 12 kematian, termasuk enam anggota polis. Insiden berkenaan berlaku di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah pada 2 Mac, jam 8 malam.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu kerajaan mengambil tindakan keras terhadap pihak penceroboh.

4 Mac: Keenam-enam jenazah dibawa pulang ke kampung halaman masing masing. Jenazah Supt Ibrahim Lebar dari cawangan khas Bukit Aman, ASP Micheal Padel dari cawangan khas IPD Semporna, Sarjan Baharin Hami dari cawangan khas IPK Sabah, Sarjan Aziz Sarikun dari BN 14 PGA Tawau, Koperal Salam Togiran dari IPD Tawau dan Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran dari BN 14 PGA Tawau dibawa ke kampung masing-masing.

Jenazah Allahyarham Supritendan Ibrahim Lebar, 52, dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27 diterbangkan ke pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dari Lapangan Terbang Tawau menggunakan pesawat Charlie. Jenazah mereka tiba pada jam 7 petang.

Semasa sidang media di Manila, Presiden Filipina Benigno Aquino III berkata pentadbiran beliau akan meneruskan membantu menyelesaikan pencerobohan di Sabah melalui jalan keamanan.


5 Mac: Pada jam 7 pagi, pasukan keselamatan melancarkan serangan ke Kampung Tanduo. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan mengumumkan serangan itu adalah "bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara".


Pada 11 pagi, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyifatkan Ops Daulat itu mencapai objektif yang ditetapkan.

Dalam sidang media lebih kurang pukul 2 petang, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada kematian dan kecederaan di pihak pasukan keselamatan.

Pada pukul 4 petang, Ketua Polis Negara mengadakan sidang akhbar mengatakan operasi susulan dan penggeledahan masih diteruskan kerana polis percaya masih ada musuh di kawasan itu.

Sehingga pukul 7 petang, polis belum mengesahkan jumlah kematian, kecederaan atau tangkapan di pihak anggota kumpulan penceroboh bersenjata itu.

6 Mac: Dalam satu sidang media bersama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan tiga belas mayat pengganas dari Selatan Filipina ditemui di Kampung Tanduo susulan operasi menggeledah.

Korban itu termasuk seorang pengganas yang ditembak mati dalam satu pertempuran pada 6.45 pagi Rabu.

Sembilan daripada mayat itu ditemui dalam sebuah kubur.


7 Mac: Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai waris Sultan Sulu, mengumumkan gencatan senjata pada pihak Kesultanan Sulu berkuatkuasa pukul 12.30 tengahari, menurut jurucakapnya, Abraham Idjirani.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang melawat Lahad Datu, menolak gesaan gencatan senjata dan mahu pengganas itu meletakkan senjata tanpa syarat serta serah diri.

Najib juga mengumumkan pembentukan sebuah kawasan keselamatan khas yang meliputi wilayah pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau.

Kawasan itu merangkumi daerah Sandakan, Semporna dan Lahad Datu.

Tan Sri Ismail Omar pula berkata setakat ini 52 orang pengganas Sulu termasuk ketua kumpulan itu yang berpangkat ‘jeneral’, telah terbunuh dalam Ops Daulat.

Rakyat Malaysia telah meluahkan perasaan terkejut serta jijik dengan tindakan tidak berperikemanusiaan penceroboh Sulu di Sabah yang dilaporkan telah mencacatkan anggota pasukan keselamatan negara yang terbunuh dipertempuran di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna.

8 Mac: Tan Sri Ismail Omar berkata lebih 50 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan di Lahad Datu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Ismail berkata kumpulan pengganas dari Selatan Filipina yang menceroboh Sabah dan berkubu di dua kampung dekat Lahad Datu belum menunjukkan tanda-tanda mahu menyerah diri dan meletak senjata.
Beliau berkata, sehubungan itu, gerakan memburu saki-baki anggota kumpulan itu diteruskan.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pihaknya masih menunggu Wisma Putra berkaitan perkembangan kumpulan penceroboh akan menyerah diri dan meletak senjata tanpa syarat.

9 Mac: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon mengadakan pertemuan dengan Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Hussein Haniff bagi membincangkan perkembangan terkini di Sabah, pada Jumaat.

Pada pertemuan itu, Ki-moon mengambil maklum usaha yang sedang dilakukan oleh Malaysia dan Filipina bagi mencari penyelesaian damai kepada krisis pencerobohan di Lahad Datu.

Ki-moon berharap segala usaha diteruskan untuk memastikan hak asasi manusia dihormati serta mengelak lebih banyak korban jiwa.


Berita Terkini Lahad Datu - 50 Lagi Penceroboh Berjaya Ditangkap!


Berita Terkini Lahad Datu - 50 Lagi Penceroboh Berjaya Ditangkap! | Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata lebih 50 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan di Lahad Datu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas).

Beliau berkata mereka, termasuk wanita, ditahan di beberapa tempat di Sabah tetapi di luar kawasan Op Daulat.

"Mereka ditahan mengikut akta baharu itu (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012) dan dibaca bersama (beberapa seksyen) Kanun Keseksaan," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera di sini pada 5 petang Jumaat.

Gerakan Ops Daulat masuk hari keempat hari ini dengan helikopter diguna untuk menghantar anggota keselamatan ke lokasi sekitar bagi operasi menggeledah manakala jet pejuang berlegar di udara membuat tinjauan.

Ismail berkata polis kini mendapatkan maklumat daripada mereka yang ditahan berkaitan pihak penceroboh militan bagi membolehkan pasukan keselamatan mencapai objektif operasi.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran tangkapan itu secara terperinci kerana khuatir akan menjejaskan siasatan.

"Apapun, tangkapan itu perlu dan mesti dilaksana kerana ada tanda-tanda kaitan suspek dengan penceroboh," katanya.

Sementara itu, Zulkifeli berkata sehingga 5 petang ini, pihaknya masih menunggu Wisma Putra berkaitan perkembangan kumpulan penceroboh akan menyerah diri dan meletak senjata tanpa syarat.

"Kami telah hubungi Wisma Putra, dan masih tidak dapat apa-apa berita sejak pagi tadi... tiada isyarat (serah diri dan letak senjata) daripada pihak berkenaan.

"Justeru itu, Op Daulat diteruskan," katanya sambil menjelaskan tiada kejadian pertempuran antara pasukan keselamatan dan musuh hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang meninjau markas Op Daulat di Felda Sahabat semalam, berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata serta menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh ialah letak senjata dan serah diri tanpa bersyarat.

-- BERNAMA

Terkini Di Lahad Datu | Raja Muda Sulu Akhirnya Mati Ditembak?


Terkini Di Lahad Datu - Raja Muda Sulu Akhirnya Mati Ditembak? | LAHAD DATU - Saki-baki kumpulan pengganas Sultan Sulu diyakini berada dalam keadaan lemah ekoran Jeneral Raja Muda Azzumuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan di Sabah terbunuh bersama 31 anggotanya dalam pertempuran di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu di sini.

Sehingga semalam, jumlah musuh yang terbunuh sejak pertempuran bermula pada 1 Mac lalu seramai 52 orang. Bagi pihak pasukan keselamatan pula seramai lapan pejuang negara gugur.

Bagaimanapun, dalam pertempuran terbaharu kelmarin dan semalam, tiada kematian atau kecederaan dialami pihak pasukan keselamatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, 31 daripada pengganas termasuk seorang ketua puak musuh yang berpangkat Jeneral maut dalam pertempuran yang berlaku di Kampung Tanjung Batu petang kelmarin.

Seorang lagi pengganas berjaya ditembak mati pasukan keselamatan dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada pukul 11 pagi semalam.

"Sejak petang semalam (kelmarin) hingga pukul 11 pagi ini (semalam) pasukan keselamatan terlibat dalam beberapa pertempuran di Kampung Tanjung Batu dan sekitar Kampung Tanduo," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Ismail bagaimanapun enggan mengesahkan status seorang Jeneral yang terbunuh ialah Azzumuddie yang merupakan adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III.

"Setakat ini kita belum dapat mengesahkan identiti Jeneral yang terbunuh berikutan keadaan yang berisiko dan membahayakan anggota keselamatan bagi mengeluarkan mayat-mayat pengganas yang terbunuh," kata beliau.

Thursday, March 7, 2013

Tergempar!! Nur Misuari Kata 13 Mayat Yang Ditemui Adalah Komando Polis VAT 69



Tergempar!! Nur Misuari Kata 13 Mayat Yang Ditemui Adalah Komando Polis VAT 69 | Setelah gambar 13 mayat ditemui dalam 1 liang lahad oleh Pasukan Keselamatan Malaysia dipertontonkan oleh Ketua Polis Negara, Zahid Hamidi kepada media, tidak lama selepas itu Nur Misuari iaitu pengasas MNLF menyelar bahawa itu bukan gambar PENGGANAS KESULTANAN SULU. Namun yang mengejutkan adalah beliau berkata mayat yang ditemui itu adalah dari Komando Polis VAT 69.

Nur Misuari atau Nurallaj Misuari yang merupakan pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) melalui laman FaceBook miliknya telah mempertikaikan akan kesahihan gambar-gambar yang didedahkan oleh Zahid Hamidi semalam.


Dengan meletakkan beberapa keping gambar anggota Komando Polis VAT69 yang terlibat dalam ‘Operasi Daulat’ dan juga gambar yang didedahkan oleh Menteri Pertahanan semalam beliau mempersoalkan ‘What is the truth?’..


Malaysian Black Commandos or Tausug Warriors?’ tulisnya lagi.

Beliau turut meminta orang ramai menjadi hakim bagi menentukan adakah kebenaran disembunyikan dari pengetahuan orang awam di Malaysia..


Semalam Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendedahkan gambar-gambar 13 mayat penceroboh? Filipina yang telah ditemui selepas pasukan keselamatan melancarkan serangan udara dikawasan persembunyian kumpulan penceroboh? Sulu di kampung tersebut.

Menteri Pertahanan menunjukkan dua gambar beberapa mayat berpakaian biru tua kepada media, terbaring dan dipenuhi dengan kotoran, sambil berkata salinan gambar tersebut akan diedarkan kepada media kemudiaannya.

Aku lebih percaya bahawa mayat-mayat yang berada di dalam kubur itu ialah Askar Sultan Sulu kerana Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menjelaskan bahawa timbunan mayat ditemui dalam satu lahad di Kampung Tanduo adalah korban dalam pertempuran yang berlaku di antara pasukan keselamatan dan penceroboh Filipina sebelum Ops Daulat dilancarkan.

Katanya, 12 penceroboh berkenaan terbunuh ketika pertempuran pada 1 Mac, namun, pasukan keselamatan hanya menemui sembilan mayat di dalam lahad tersebut, katanya. Pasukan keselamatan percaya terdapat tiga lagi mayat yang kini sedang dikesan, tambahnya ~ Malaysiakini

Bagi aku tindakan Pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro itu hanyalah satu tindakan untuk melemahkan moral anggota keselamatan yang sedang bertugas disana..

Lagipun ada sumber telah mendedahkan bahawa jenis bomb yang dilancar oleh pihak TUDM dari jet pejuang mereka adalah dari jenis ‘Laser Guided Bomb’.. nak tersasar guane kalau sasaran di tandakan dari ground?

Dan hari ini pula.. Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai sultan Sulu mengakui bahawa 10 orang pengikutnya di Lahad Datu maut semasa pertentangan dengan pasukan keselamatan Malaysia manakala 10 lagi ditawan.

SUMBER : SHALEHUDIN

Berita Terkini Lahad Datu: Kiram Guna Gambar Palsu Untuk Propa

gambar palsu pencerobohan di lahad datu

Berita Terkini Lahad Datu: Kiram Guna Gambar Palsu Untuk Propa | Pejabat Presiden Filipina, Benigno Aquino III mendakwa anak Sultan Jamalul Kiram III, Jacel Kiram menunjukkan sekeping gambar palsu yang menunjukkan anggota-anggota keselamatan Malaysia yang terkorban semasa bertempur dengan para pengikut bapanya di Kampung Tanduo, Sabah, lapor portal berita ABS-CBNnews.com kelmarin.

Jamalul Kiram yang mendakwa sebagai Sultan Sulu menghantar adiknya, Raja Muda Azzumuddie dan para pengikutnya ke Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu untuk menuntut hak warisan Kesultanan Sulu.

Pertempuran kemudian berlaku antara anggota pasukan keselamatan Malaysia dengan para pengikut Jamalul Kiram itu.

Jurucakap Pejabat Presiden dalam satu kenyataan media berkata, gambar itu merupakan gambar anggota-anggota tentera Thailand yang terkorban dalam satu kejadian pada tahun 2007 dan tiada langsung mempunyai kaitan dengan krisis di Sabah.

"Percubaan penipuan Kiram melampaui batas dan tersasar ke dalam tindakan menghasut dan tidak bertanggungjawab.

"Ia menyebabkan timbul persoalan tentang kewibawaan keluarga Jamalul Kiram dan pengembaraan mereka yang malang itu," kata pejabat berkenaan.

Pejabat itu mempersoalkan sama ada beberapa dakwaan lain yang dibuat Jamalul Kiram juga palsu.

"Kita semua kini memikirkan adakah terdapat kenyataan-kenyataan lain yang dibuat keluarga Jamalul Kiram juga adalah palsu?" kata pejabat tersebut.

Menurut portal berita GMA News, gambar itu sebelum ini telah diterbitkan di muka hadapan akhbar Philippine Star.

Selepas dimaklum beberapa orang pembaca, pihak GMA News kemudian turut mengesahkan imej tersebut palsu.

Gambar askar-askar Thailand yang terkorban itu pernah disiarkan di internet sebelum ini.

Koleksi Gambar Sekitar Pencerobohan Di Lahad Datu

Koleksi Gambar Sekitar Pencerobohan Di Lahad Datu

Koleksi Gambar Sekitar Pencerobohan Di Lahad Datu | Sepeti yang kita ketahui, negeri Sabah iaitu di daerah Lahad Datu telah dicerobohi oleh kumpulan pengganas dari Kesultanan Sulu. Pencerobohan yang belaku hamipr 1 bulan ini telah meragut 8 nyawa anggota keselamatan negara.

Peristiwa ini pastinya tidak akan di lupakan oleh seluruh rakyat Sabah khususnya dan juga seluruh rakyat Malaysia umumnya. Berikut merupakan gambar-gambar yang menjadi sejarah semasa pencerobohan di Lahad Datu.

Koleksi Gambar Sekitar Pencerobohan Di Lahad Datu

Koleksi Gambar Sekitar Pencerobohan Di Lahad Datu


Koleksi Gambar Sekitar Pencerobohan Di Lahad Datu

Koleksi Gambar Sekitar Pencerobohan Di Lahad Datu

Koleksi Gambar Sekitar Pencerobohan Di Lahad Datu

Koleksi Gambar Sekitar Pencerobohan Di Lahad Datu

Koleksi Gambar Sekitar Pencerobohan Di Lahad Datu

Koleksi Gambar Sekitar Pencerobohan Di Lahad Datu

Koleksi Gambar Sekitar Pencerobohan Di Lahad Datu

Koleksi Gambar Sekitar Pencerobohan Di Lahad Datu

Koleksi Gambar Sekitar Pencerobohan Di Lahad Datu

Koleksi Gambar Sekitar Pencerobohan Di Lahad Datu

Koleksi Gambar Sekitar Pencerobohan Di Lahad Datu

Koleksi Gambar Sekitar Pencerobohan Di Lahad Datu

Koleksi Gambar Sekitar Pencerobohan Di Lahad Datu

Koleksi Gambar Sekitar Pencerobohan Di Lahad Datu

Koleksi Gambar Sekitar Pencerobohan Di Lahad Datu

Koleksi Gambar Sekitar Pencerobohan Di Lahad Datu

Koleksi Gambar Sekitar Pencerobohan Di Lahad Datu

Koleksi Gambar Sekitar Pencerobohan Di Lahad Datu

Koleksi Gambar Sekitar Pencerobohan Di Lahad Datu

Koleksi Gambar Sekitar Pencerobohan Di Lahad Datu

Koleksi Gambar Sekitar Pencerobohan Di Lahad Datu

Koleksi Gambar Sekitar Pencerobohan Di Lahad Datu

Gambar Akan Di Update Dari Masa Ke Semasa

Terkini Di Lahad Datu : Jumlah Pengganas Dari Kesultanan Sulu Yang Maut Cecah 52 Orang


Terkini Pencerobohan Di Lahad Datu : Jumlah Pengganas Dari Kesultanan Sulu Yang Maut Cecah 52 Orang | Pada petang tadi Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan jumlah pengganas Sulu yang terbunuh dalam Ops Daulat sehingga kini ialah seramai 52 orang.

Menerusi sidang media pada petang Khamis, Ismail berkata anggota keselamatan negara berjaya menembak mati seramai 31 lagi pengganas bersenjata dalam operasi mopping-up yang dijalankan pada Khamis.

Menurut Ismail, kesemua 52 musuh yang mati itu adalah termasuk sejak pertempuran pertama setelah pasukan keselamatan Malaysia diserang hendap Jumaat minggu lalu di Kampung Tanduo di sini.

Antara yang terbunuh ialah pemimpin pengganas yang berpangkat jeneral namun belum dipastikan sama ada mangsa ialah adik kepada Sultan Sulu iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengetuai kumpulan itu menceroboh Sabah.

Terkini Kes Lahad Datu! Genjatan Senjata Di Tolak Malaysia!!

malaysia tolak genjatan senjata kesultanan sulu

Terkini Lahad Datu! Malaysia Tolak Genjatan Senjata!! | Baru tadi Sultan Sulu, Jamalul Kiram III mengumumkan bersetuju untuk "Letak Senjata". Namun dikhabarkan pihak Keselamatan Malaysia telah menolak "genjatan senjata" tersebut kerana Malaysia bukan berada dalam situasi berperang dengan penceroboh dari sulu. Pasukan Keselamatan kita hanya mempertahankan kedaulatan Negara Malaysia!

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tawaran gencatan senjata pengganas Sulu tidak diterima kerajaan Malaysia kecuali semua mereka menyerah diri tanpa syarat.

"Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Demi kepentingan rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan," - Dalam tweet terbaru beliau!


Dalam pada itu, Berbagai pihak mendakwa bahawa gencatan senjata penceroboh tajaan Jamalulul Kiram III hanya helah dan tipu muslihat, kumpulan itu, untuk menyusun strategi menyerang balas pasukan keselamatan negara.

Kiram dilaporkan terpukul, kerana tidak dapat menghubungi adiknya Agbimuddin, kononnya berada di Kg Tanduo sejak 12 Febrauari, selepas serangan pasukann keselamatan negara berskala besar pada Selasa.

Walaupun, Ops Daulat mengorbanan lapan nyawa perwira negara dan mencederakan tiga yang lain, pihak penceroboh mengalami kemalangan jiwa yang ramai, meskipun setakat ini 13 penceroboh disahkan maut.

Penceroboh yang diketuai Agbimuddin Kiram adik kepada Jamalul Kiram, menceroboh Kg Tanduo, Felda Sahabat, Tungku lahad Datu sebulan lalu.

Kenapa Malaysia menolak tawaran gencatan senjata? Kerana Malaysia bukan berada dalam situasi berperang dengan pengganas sulu. Pasukan Keselamatan kita hanya mempertahankan kedaulatan Negara Malaysia!