Showing posts with label Fuh Sedih. Show all posts
Showing posts with label Fuh Sedih. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

Menyayat Hati - Anak Maut Digilis Pacuan Empat Roda Depan Rumah


Menyayat Hati - Anak Mati Digilis Pacuan Empat Roda Depan Rumah | KUALA KRAI - “Pok Od, esok hantar Adik pergi Paloh,” kata seorang kanak-kanak berusia tiga tahun ketika meminta bapanya menghantar dia ke Paloh, Gua Musang untuk bertemu bapa saudara kesayangannya, kelmarin.

Namun, hasrat kanak-kanak itu, Khairul Nahar Mohd Firdaus tercapai dengan cara menyedihkan apabila jenazahnya dihantar ke Paloh untuk dikebumikan selepas dia maut akibat digilis kenderaan pacuan empat roda, pagi semalam.

Pada kejadian jam 9.30 pagi di Jalan Markas, Kampung Sungai Durian, dekat sini, kanak-kanak itu mati selepas digilis kenderaan yang dipandu seorang warga Thailand.

Bapa mangsa, Mohd Firdaus Mohd Noor, 26, berkata, dia berjanji membawa anaknya itu ke Paloh 3, Gua Musang, semalam, seperti diminta untuk bertemu adiknya, Mohd Fairuz Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Poyo.

“Itu kali pertama dia panggil nama gelaran saya (Pok Od) kerana selalunya dia panggil saya, Abah. Dua tiga hari lepas, Poyo minta saya hantar Khairul Nahar ke Paloh tetapi anak saya tidak mahu pergi lagi tetapi kelmarin, dia sendiri minta,” katanya, semalam.


Kemalangan depan rumah


Mohd Firdaus berkata, kejadian berlaku di hadapan rumah ketika isterinya, Norhidayu Alias, 18, sedang menyusukan anak bongsu mereka berusia tiga bulan.

Katanya, dia mengetahui kejadian menimpa anak sulungnya itu ketika sedang bekerja di ladang limau madu, dekat Chenulang, selepas dimaklumkan bapa mentuanya.

“Saya terus ke hospital tetapi dia sudah tiada (meninggal dunia). Saya reda kerana sudah sampai masa (ajal) dia,” katanya yang berasal dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 3, Gua Musang.

Jenazah Khairul Nahar dibawa keluar dari Hospital Kuala Krai (HKK) kira-kira jam 2.30 petang untuk dihantar ke kampung halaman bapanya bagi urusan pengkebumian.

Hadir sama melawat jenazah kanak-kanak itu di HKK, Adun Mengkebang, juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Tidak sedar mangsa depan kenderaan

Pemandu warga Thailand terbabit, Abdullah Ibrahim, 50, pula berkata, dia berhenti di kedai bahan binaan bersebelahan rumah mangsa untuk menempah bata bersama isterinya.

“Selepas selesai buat tempahan dan berbual sekejap dengan pemilik kedai, kami terus naik kenderaan untuk balik ke rumah.

“Belum pun masuk gear dua, saya terasa melanggar sesuatu dan bila berhenti untuk tengok, saya nampak dia (Khairul Nahar) berada bawah kenderaan,” katanya.

Menurutnya, dia melalui jalan itu hampir setiap hari dan sentiasa berhati-hati kerana menyedari ramai kanak-kanak bermain di kawasan berkenaan.

Cedera kepala, patah rahang kanan

Sementara itu, Pegawai Penyiasat Trafik IPD Kuala Krai, Inspektor Low Johan berkata, mangsa mati akibat kecederaan di kepala termasuk patah rahang kanan dipercayai digilis pacuan empat roda terbabit.

“Siasatan awal mendapati mangsa digilis kerana ada kesan darah pada bahagian tengah kenderaan terbabit dan kesan tayar pada pipi mangsa. Kenderaan didaftarkan di Thailand, ada insurans dan pemandunya juga ada lesen memandu,” katanya.

Menurutnya, sebelum kejadian, pemandu warga Thailand terbabit bersama isterinya warga tempatan meletakkan kenderaannya di hadapan sebuah kedai menjual bahan binaan bersebelahan rumah mangsa.

“Kejadian berlaku ketika pemandu terbabit hendak keluar ke jalan utama dan tidak menyedari kehadiran mangsa di hadapan kenderaannya,” katanya.

Friday, March 29, 2013

Kisah Ketabahan Seorang Lelaki Tanpa Tangan Mampu Mengendalikan Motosikal


Kisah Ketabahan Seorang Lelaki Tanpa Tangan Mampu Mengendalikan Motosikal | Meski tidak memiliki tangan, seorang pemuda dari Shandong, China mempu mengemudikan motor. Namun keriangan pemuda yang bernama Piu itu untuk terus bermotor harus terhenti.

Ceritanya, seorang polis di Jimo Shandong menghentikan kendaraan Piu (27) kerana kelebihan jumlah penumpang. Namun polisi itu langsung terkejut setelah mengetahui Piu itu ternyata tidak mempunyai lengan. Ia dibantu oleh pegangan besi yang diikatkan pada pangkal lengannya.

Seperti yang dilansir Qilu Evening Post, Liu kehilangan kedua tangannya sejak berusia tujuh tahun kerana terkena aliran lelektrik bervoltan tinggi. Semasa remaja, Piu mulai belajar naik motor dengan bantuan tongkat besi.

"Saya melihat dari jauh sebuah motor melintasi jalan raya. Semula nampak tidak ada yang aneh dengan motor tersebut kecuali penumpangnya yang berisi 3 orang dewasa. Saya dan rakan kerja saya begitu terkejut ketika melihat dari dekat si penunggang motor, ternyata pengemudinya tidak memiliki tangan,"papar XHang Jie, polis yang menahan Piu.

Kerana kesalahannya tersebut, Piu mendapatkan hukuman tidak boleh membawa motor lagi sampai bila pun

Fuh Kesian! Lelaki Ini Menderita Akibat Ketumbuhan Besar Di Leher. Apahak Puncanya?



Fuh Kesian! Lelaki Ini Menderita Akibat Ketumbuhan Besar Di Leher. Apahak Puncanya? | Seorang lelaki di China telah mengalami ketumbuhan besar di lehernya sehingga menyukarkan pergerakan dan menimbulkan rasa sakit.Keadaan ini bermula sejak 17 tahun yang lalu.

Huang Liqian 58 kali pertama menyedari tentang ketumbuhan di tengkuknya tetapi dia tidak memperdulikannya. Semakin lama saiznya semakin membesar dan mengembang sehingga berat ketumbuhannya mencecah 15 kilogram.

Bila keadaan semakin teruk sehingga sukar bergerak dan kesakitan, barulah dia pergi kehospital. Melalui pemeriksaan barulah dia mengetahui dirinya mengalami ketumbuhan di leher dan dia telah membuang ketumbuhan itu di sebuah hospital di barat daya China.

Monday, March 25, 2013

Kisah Benar Di Myanmar - Didera Dan Dibunuh Jika Mengaku Allah Sebagai Tuhan


Kisah Benar Di Myanmar - Didera Dan Dibunuh Jika Mengaku Allah Sebagai Tuhan | Sekiranya kita melakukan tinjauan di kalangan umat islam hari ini dan bertanya mengenai umat Islam yang tertindas, nescaya kita akan mendapat jawapan Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan sebagainya. Namun tidak ramai di kalangan kita yang menginsafi terhadap permasalahan umat Islam Rohingya. Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik dan meluas di tangan junta tentera Myanmar (Burma).

Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah Barat Myammar mungkin merupakan antara jenayah terhebat terhadap kemanusiaan di abad ini.

Permasalahan mereka telah telah diabaikan selama bertahun-tahun dan tiada sebarang tindakan yang sistematik telah dilakukan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan sebagai masyarakat manusia yang normal.


Siapakah umat Islam Rohingya?

Umat Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.

Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese. Apakah nasib mereka? Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.

Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :

a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.

b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan

c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.

d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran

e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan

f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar

g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.

h) Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.


Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 ribu di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka

Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan besar, mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan harapan untuk mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi dan agama.Ada di kalangan mereka yang mendarat di Thailand, Malaysia, Indonesia dan sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah ditolak mentah-mentah oleh semua negara ini.

Bahkan ramai di kalangan ‘orang bot’ yang mendarat di Thailand telah dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju. Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau kebuluran di tengah laut.Tiada siapa yang mahukan mereka ! Bahkan negara-negara yang mendakwa mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka.

Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status ‘Pelarian Sementara Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga negara-negara lain bersetuju untuk mengambil mereka buat sementara. Indonesia dikatakan akan mempertimbangkan permohonan mereka untuk tinggal di Acheh buat sementara.


Kalau bukan kita, siapa lagi ?

Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat sekian lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di Malaysia bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada saudara seaqidah mereka.

Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabdaan Rasulullah saw yang bermaksud,

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

Beberapa saranan :

1-Kerajaan Malaysia seharusnya mengambil inisiatif untuk menjuarai isu umat Islam Rohingya samada di peringkat antarabangsa dengan menyuarakan permasalahan kronik ini di persidangan OIC, PBB, WHO, ASEAN dan sebagainya.

2-Badan-badan kerajaan di peringkat nasional dan negeri seharusnya mengambil tanggung-jawab kerana semakin ramai di kalangan umat Islam Rohingya yang telah mendarat bagi mendapatkan perlindungan di Malaysia. Mereka adalah pendatang yang jauh lebih baik untuk dibantu jika dibandingkan daripada kebanyakan pendatang Afrika yang kerap melakukan kekacauan di sana sini terhadap masyarakat temnpatan mahupun sebahagian daripada pelancung dari beberapa Negara yang terlibat dengan aktiviti pelacuran.

3-NGO dan badan kebajikan yang ada di Malaysia harus mengambil bahagian bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh pelarian Rohingya yang sangat memerlukan bantuan di sudut sosial, ekonomi, kesihatan, pendidikan terutamanya di kalangan anak-anak mereka.

4-Kalau rakyat Malaysia begitu perihatin dan pelbagai NGO telah ditubuh bagi menangani masalah umat antarabangsa seperti Palestin dan lain-lainnya, kenapa kita kita mengagihkan sedikit tenaga dan bantuan kepada saudara seaqidah yang kini terdampar di negara kita sendiri.

Orang ramai di Malaysia seharusnya mengambil peluang menunjukkan keperihatinan terhadap isu kemanusiaan yang kronik ini dengan membantu meringankan bebanan kehidupan demi masa depan mereka.5-Kita juga boleh membantu dengan mendoakan keselamatan dan masa depan mereka serta mengambil tahu perkembangan semasa terhadap keperitan umat yang berpanjangan ini.

Friday, March 22, 2013

Kisah Seorang Anak Tinggalkan Sesuatu Kepada Ibubapanya Sebelum Mati


Kisah Seorang Anak Tinggalkan Sesuatu Kepada Ibubapanya Sebelum Mati | Apakah perasaan ketika membayangkan bila kita menjadi orang tua dari gadis cilik yang baru berusia 6 tahun bernama Elena Desserich, yang telah disahkan terkena kanser otak sejak usia 5 tahun.


Doktor yang menangani kes sudah memberitahu Elena hanya boleh bertahan hidup mungkin dalam beberapa bulan. Namun di balik ini semua gadis ini tetap saja ceria dan menghabiskan sisa-sisa harinya dengan menulis dan menggambar corat-coret seperti anak yang seusia Elena.

Elena, sebuah ketulusan cinta anak yang harus meninggalkan orang-orang yang mencintainya selamanya.
Sebenarnya Elena sudah meninggal bulan Ogos tahun 2007. Namun baru-baru ini kedua orang tuanya Keith 34 tahun dan Brooke 35 tahun serta adiknya Gracie yang ketika ini berusia 5 tahun menemukan beberapa catatan dan gambar dari Elena yang pernah dibuatnya semasa menanti ajal menjemputnya.


Sejak disahkan doktor Elena mempunyai penyakit kanser otak pada tahun 2006 Elena hanya boleh hidup hanya selama 135 hari saja.Keluarga kecil ini sangat ingin menghabiskan sisa-sisa waktu bagi sang buah hati mereka dengan penuh kasih sayang Saya benar-benar sangat tersentuh lagi lagi setelah melihat gambar-gambar dan tulisan “saya mencintai mu ayah dan mama”. Hal itu sangat menyentuh kalbu yang terdalam dari perasaan orang tua yang ditinggal pergi oleh buah hati yang mereka sayangi,lebih -lebih lagi anak itu seorang yang lucu dan periang. Elena yang sepatutnya masih punya masa depan yang sangat panjang, namun Tuhan punya kehendak lain.

Fuh Kesian! Lelaki Ini Digelar Lelaki Sotong Kerana.....


Fuh Kesian! Lelaki Ini Digelar Lelaki Sotong Kerana..... | Setiap manusia itu dilahirkan dengan cukup segala sifat dan anggota fizikal sebagaimana ciptaan terbaik dari Tuhan untuk dinikmati dan disyukuri oleh semua manusia.

Namun, berbeza dengan seorang lelaki dari Filipina, Rudy Santos, 55 yang diberi gelaran sebagai ‘Lelaki Sotong’ atau Octoman oleh masyarakat seluruh dunia kerana kecacatan yang dia miliki sejak dari lahir lagi.

Rudy dilahirkan dengan fizikal yang berbeza di mana dia mempunyai empat lengan dan tiga kaki yang melekat kukuh di hadapan badannya dari paras perut hingga ke pinggang.

Meskipun dia mempunyai fizikal yang berbeza dengan orang lain, Rudy langsung tidak berasa itu sebagai kekurangan dirinya.

Sebaliknya, kecacatan kekal itu menjadikan Rudy terkenal khususnya di Filipina apabila dia melibatkan diri dalam pertunjukkan sarkas sejak dari zaman remaja lagi untuk menampung perbelanjaan keluarganya.

Biarpun masyarakat sekeliling memandang pelik dengan fizikal badannya, Rudy tetap berusaha dan gigih untuk berkerja demi mendapatkan kewangan yang tetap untuk menampung kehidupan dan perbelanjaan sekolah adik-adiknya.

Segala jerit perih yang dilalui oleh Rudy akhirnya terbalas apabila dia sekarang ini ditanggung sepenuhnya oleh adik-adiknya termasuklah bantuan kewangan untuk kos perubatan diri sendiri.

Kini, Rudy masih lagi tinggal bersama ahli keluarga dan adik-adiknya dan masanya banyak dihabiskan dengan berkongsi segala kekuatan dan kesusahan yang dia tempuhi.

Bercakap mengenai kesihatannya, Rudy yang pernah mendapatkan rawatan lanjut dengan doktor pakar mengenai kecacatan itu menemui jalan buntu.

Doktor pakar tersebut tidak berani untuk mengambil risiko melakukan pembedahan membuang ketumbuhan atau anggota tambahan di badan Rudy memandangkan anggota-anggota itu bercantum dengan organ-organ dalamannya dan mampu membahayakan nyawa lelaki itu.

Malah, kos pembedahan untuk membuang kecacatan itu juga terlalu tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh Rudy.

Pun begitu, Rudy pasrah dengan nasib yang menimpa dirinya dan terus berusaha untuk meneruskan sisa hidup yang tinggal.

Thursday, March 21, 2013

Innalillah - Bayi Maut Terkena Helikopter Kawalan Jauh


Innalillah - Bayi Maut Terkena Helikopter Kawalan Jauh | SEREMBAN: Seorang bayi berusia 18 bulan maut akibat kepalanya terkena helikopter kawalan jauh yang terhempas di majlis pelancaran padang bola sepak sintetik Kompleks Belia dan Sukan Paroi di sini malam Rabu.

Nurdamia Husnina Banee Yamin meninggal sejurus tiba untuk rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar, dalam kejadian kira-kira 10 malam itu.

Alat mainan itu turut mengenai bapanya Banee Yamin Idris, 35, di kepala dan dia turut menerima rawatan di hospital yang sama.

Seorang saksi, Abdul Latif Salim berkata helikopter mainan itu hilang kawalan sebelum menjunam ke arah orang ramai.

Dia juga sempat mengelak sebelum pesawat mainan itu terkena bayi tersebut yang sedang dipangku bapanya.

"Saya lihat kepala bayi itu berdarah yang kemudiannya dia dikejarkan bapanya ke ambulans di situ untuk dibawa ke hospital," katanya.


Pertunjukkan helikopter kawalan jauh itu merupakan sebahagian daripada acara di majlis tersebut yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. 

Mohamad ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa di hospital melahirkan rasa sedih dan dukacita dengan kejadian itu yang disifatkannya sebagai di luar jangka.

Katanya kerajaan negeri akan menubuhkan lembaga siasatan bagi menyiasat bagaimana kejadian berlaku dan memastikan ia tidak berulang di masa depan.

Beliau berkata kerajaan negeri akan memastikan keluarga mangsa akan mendapat bantuan sewajarnya terutama bagi urusan pengkebumian bayi tersebut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata pengendali alat terbabit yang berusia 40 tahun telah membuat laporan polis dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan. - BERNAMA <

Tuesday, March 19, 2013

Kisah Sedih Seorang Anak Didera Dengan Teruk Sekali Oleh Ayahnya


Kisah Sedih Seorang Anak Didera Dengan Teruk Sekali Oleh Ayahnya | China : Sememangnya sukar untuk dipercayai di zaman serba moden ini masih wujud bapa yang tidak berperikemanusiaan dan bersifat kejam. Alhamdulillah kini kanak-kanak ini telah berjaya diselamatkan dan telah dihantar ke rumah kebajikan, sementara bapanya telah dipenjarakan. Saban hari, jeritan inilah yang selalu kami penduduk di sekitar ini akan dengar. Kisah ini luahan seorang penduduk yang melihat sendiri kanak2 ini didera ..

Ayah, tolong jangan pukul saya lagi!

Tiada siapa yan berani membantu, kami semua hidup dalam kesusahan dan masalah masing-masing. Tiada siapa dapat menyembuhkan luka dan ketakutan yang menyelubungi hidup kanak-kanak ini. Sehingga kini mereka masih trauma dan sering meracau di setiap malam. Siapa yang boleh bertahan jka seumur hidup dari lahir didera dan diperlakukan macam haiwan.

Cuba anda bayangkan jika anak-anak anda diperlakukan sedemikian. Siapa yang dapat bertahan jika diperlakukan begini setiap hari? Pada siapa mereka mahu meminta pertolongan? Sedangkan anak-anak dilanggar di tengah jalanraya pun tidak dipedulikan, inikan pula tangisan kanak-kanak ini..siapa yang mahu membantu? Inilah situasi di negara China, dimana kemanusiaan telah dibuang jauh dari kamus hidup mereka.

Saya mahu membantu kedua-dua anak-anak, tetapi saya tidak dapat berbuat demikian. Bagaimana untuk membantu? Dengan apa? Saya masih dibawah tanggungan ibu-bapa. Saya hanya boleh mendoakan yang terbaik. Tetapi kekuatan dari saya seorang adalah terlalu terhad. Jadi saya ingin meminta bantuan. Jika anda mahu membantu, atau jika anda mempunyai sebarang cadangan bagaimana untuk memperbaiki masalah ini, sila berhubung dengan saya.

Nombor telefon: 1%736@0#217

November 10

Oleh kerana tahap kecederaan kanak-kanak itu amat kritikal, pihak berkuasa yang berkaitan telah menghubungi pusat kebajikan tempatan, dan kanak-kanak ini telah dihantar ke sana buat sementara waktu. Jurucakap bagi pihak berkuasa yang berkaitan menunjukkan bahawa mereka akan dijaga, dan buat masa ini, hak penjagaan mereka telah ditarik dari si bapa oleh pihak mahkamah bagi melindungi kanak-kanak itu.Sehingga kini saya tidak dapat melupakan wajah kanak-kanak ini yang berlumuran darah dan luka yang masih baru lagi. Mungkin mereka baru sahaja dipukul oleh ayah mereka. Dari riak matanya seolah-olah memohon pertolongan supaya mereka dikeluarkan dari neraka ciptaan ayah mereka itu.

Zaman kanak-kanak adalah masa yang paling menggembirakan, ia sepatutnya penuh dengan kebahagiaan, bermain, riang, dan penuh harapan untuk masa depan. Tetapi dalam mata kanak-kanak berusia 5 tahun ini, zaman kanak-kanaknya tidak begitu indah. Setiap hari dia dipukul oleh bapanya, kanak-kanak ini kelihatan kelaparan, mukanya yang tidak tidak berani menatap mata orang lain, air muka yang melihat orang lain mempunyai keseronokan dan bermain, manakala dia sendiri dikunci di dalam sepanjang hari .Apabila saya pecah masuk ke dalam bilik itu, saya tidak boleh percaya dengan apa yang saya lihat, bilik ini seolah-olah satu bilik penyeksaan. Darah ada di merata-rata, ada yang masih baru dan ada yang sudah kering.Kanak-kanak ini telah berulang kali dipukul hingga seluruh badanya dipenuhi dengan luka lama dan luka baru.

Kaki kanak-kanak ini telah dipotong oleh bapanya menggunakan jarum dan gunting. Apabila melihat mereka pada waktu itu, saya memarahi dir sendiri kenrana saya tidak dapat membantu Mengapa?! Mengapa?! Mengapa saya perlu melihat sesuatu yang sangat kejam!Hidup kanak-kanak ini sangat sengsara, sedangkan pakaian tidak diberikan kepada mereka, inikan pula makanan. sudah beberpaa hari mereka tidak menjamah sebarang makanan dan minuman. Hidup mereka hanyalah ditemani darah!

Saya bertanya kepadanya: Mengapa kamu memukul mereka setiap hari?, berapa umur anak-anak awak?

Bapa: Saya tidak tahu
saya bertanya lagi : Saya menjadi marah lalau memukulya, lalu saya bertanya lagi, Adakah kamu tidak suka kepada anak kamu?
Bapa: Saya sayangkan anak saya, kerana itulah saya memukul mereka!

Cerita mengenai Pengalaman dan ketabahan kanak-kanak itu tersebar ke seluruh hospital, semau prang yang hadir menitiskan air mata. Seorang makcik membantu kanak-kanak ini berpakain, dan membawa beberapa keping roti dan susu untuk kanak-kanak untuk makan. Seorang nenek tua itu berkata sambil menangis: “Kanak-kanak yang baru berusia lima tahun telah bmenghadapi kesusahan ini, dan menjalani pembedahan tanpa bius adalah sesuatu yang juga orang dewasa tidak dapat bertahan tanpa menjerit Namun, kanak-kanak ini tidak pun menitiskan air mata Bagaimana boleh dia.. menjadi bapa seperti ini? kanak-kanak hidup lebih teruk daripada anjing. ”Dalam kurang dari lima minit, sebungkus roti telah habis dimakan, si kakak berkata kepada saya: Mereka tidak makan selama dua hari. Mereka tidak pernah makan roti ini sebelum ini. Ia benar-benar lazat. Kemudia saya dapat tahu seumur hidup mereka hanya pernah makan mee segera sahaja!

Friday, March 15, 2013

Kisah Sedih Ketabahan Seorang Pelajar Di China Terpaksa Bawa Adik Kecil Ke Sekolah


Kisah Sedih Ketabahan Seorang Pelajar Di China Terpaksa Bawa Adik Kecil Ke Sekolah | Pada 21 Oktober 2011 Yang Lepas, Beberapa Gambar Mengenai Seorang Pelajar Sekolah Rendah Di Hunan Mendukung Adik Lelakinya Di Kelas Telah Tersebar Luas. Ramai Yang Menangis Apabila Mendengar Kesusahan Yang Dihadapi Oleh Pelajar Ini. Ramai Rakyat China Menderma Untuk Membantunya.

Menurut Jurugambar Sebenar Gambar Ini, Lu Qixing.. Gambar Yang Diambil Bertarikh 29 Julai 2011 Berlokasi Di Kelas Sekolah Rendah Shanjiang Town, Hunan, China. Pelajar Tersebut Terpaksa Menjaga Adiknya Kerana Ibu Bapa Mereka Bekerja Di Luar Hunan. Manakala Datuk Dan Neneknya Pula Terlalu Sibuk Menguruskan Ladang Mereka. Oleh Yang Demikian, Si Kakak Tersebut Membuat Keputusan Untuk Membawa Adik Tercinta Ke Sekolah Agar Dia Dapat Menjaganya. Si Adik Dilaporkan Mengalami Kekurangan Zat Berkhasiat Yang Menyebabkan Kepalanya Begitu Besar.

**PERHATIAN!! Jangan terlepas Cerita Hangat, tips blogging, SEO optimize dan buat duit di SINI - HOT!!

Alangkah Mulianya Hati Anak Kecil Ini. Demi Tanggungjawabnya Terhadap Pelajaran Juga Terhadap Keluarga.. Dia Sanggup Memikul Bebanan Yang Sepatutnya Digalas Oleh Kedua Orang Tuanya. Betapa Kita Di Malaysia.. Ramai Bahkan Berlambak Pelajar-Pelajar Yang Mengabaikan Pelajaran, Tidak Mahu Ke Sekolah Biarpun Tidak Dibebani Sebarang Bebanan. 

Sesungguhnya, Manusia Akan Alpa Dan Lalai Sekiranya Mudah Untuk Memperolehi Sesuatu Ni'mat.. Mereka Akan Mula Menghargai N'mat Tersebut Apabila Ia Hilang Ditarik Tuhan.. Semoga Kita Sentiasa Digolongkan Dalam Golongan As-Syaakirin.. Golongan Yang Sentiasa Berterima Kasih Dan Mensyukuri Ni'mat Kurniaan Pemilik Sekalian Alam.

Tuesday, March 12, 2013

SMS Terakhir Pejuang Negara Yang Gugur di Lahad Datu - Bapa Redha Pemergian Anak


SMS Terakhir Pejuang Negara Yang Gugur di Lahad Datu - Bapa Redha Pemergian Anak | Berikutan berita sedih yang diterima oleh seluruh rakyat Malaysia petang tadi mengenai gugurnya seorang lagi anggota keselamatan negara, pihak wartawa telah mendapatkan sedikit kata-kata dari ayah kepada pejuang negara yang gugur semasa di serang hendap oleh pengganas bacol sulu.

"Saya reda kerana kematian arwah adalah untuk mempertahankan negara," kata Ismail Husin, bapa Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah, hari ini.

Ismail, 55, berkata beliau menerima berita sedih yang menimpa anaknya itu kira-kira 2.30 petang ini daripada seorang rakan Allahyarham yang menelefon memberitahu anaknya terlibat dalam pertempuran dan terkorban.

"Kali terakhir (Allahyarham) jumpa saya ialah pada hari raya Aidilfitri 2010, selepas itu kami banyak berhubung melalui telefon dan SMS," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bayu Lalang di Pasir Mas hari ini.

Ahmad Hurairah, 24, dari Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Tawau, Sabah, terkorban dan dua penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, berhampiran Kampung Tanjung Batu.

Ismail, seorang petani, berkata Allahyarham anak ketiga daripada 12 beradik dan seorang anak yang sentiasa mengambil berat serta banyak membantu keluarga.

"Kali terakhir arwah menelefon saya pada 1 Mac, masa itu dua anggota polis terkorban. Arwah beritahu suruh doakannya sentiasa selamat sebab dia nak pergi ke Lahad Datu.

"Kali terakhir arwah (menghantar) SMS ialah 10 Mac (Ahad) beritahu dia kena standby untuk ke Lahad Datu," katanya sambil memberitahu Allahyarham telah empat tahun berkhidmat dalam tentera. Pesanannya ringkasnya berbunyi `salam abah,ma doa la orng slmt...era'

Ibu Allahyarham, Rahmah Mamat, 50, berkata beliau memang sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu tetapi demi perjuangan untuk mempertahankan negara, beliau reda dengan ketentuan Allah SWT itu.

Anggota keluarga, kenalan dan penduduk kampung mula berkumpul di rumah keluarga Allahyarham untuk menunggu ketibaan jenazah.

Jenazah Allahyarham dijangka tiba pagi esok dan akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lalang.