Friday, March 22, 2013

Fuh Kesian! Lelaki Ini Digelar Lelaki Sotong Kerana.....


Fuh Kesian! Lelaki Ini Digelar Lelaki Sotong Kerana..... | Setiap manusia itu dilahirkan dengan cukup segala sifat dan anggota fizikal sebagaimana ciptaan terbaik dari Tuhan untuk dinikmati dan disyukuri oleh semua manusia.

Namun, berbeza dengan seorang lelaki dari Filipina, Rudy Santos, 55 yang diberi gelaran sebagai ‘Lelaki Sotong’ atau Octoman oleh masyarakat seluruh dunia kerana kecacatan yang dia miliki sejak dari lahir lagi.

Rudy dilahirkan dengan fizikal yang berbeza di mana dia mempunyai empat lengan dan tiga kaki yang melekat kukuh di hadapan badannya dari paras perut hingga ke pinggang.

Meskipun dia mempunyai fizikal yang berbeza dengan orang lain, Rudy langsung tidak berasa itu sebagai kekurangan dirinya.

Sebaliknya, kecacatan kekal itu menjadikan Rudy terkenal khususnya di Filipina apabila dia melibatkan diri dalam pertunjukkan sarkas sejak dari zaman remaja lagi untuk menampung perbelanjaan keluarganya.

Biarpun masyarakat sekeliling memandang pelik dengan fizikal badannya, Rudy tetap berusaha dan gigih untuk berkerja demi mendapatkan kewangan yang tetap untuk menampung kehidupan dan perbelanjaan sekolah adik-adiknya.

Segala jerit perih yang dilalui oleh Rudy akhirnya terbalas apabila dia sekarang ini ditanggung sepenuhnya oleh adik-adiknya termasuklah bantuan kewangan untuk kos perubatan diri sendiri.

Kini, Rudy masih lagi tinggal bersama ahli keluarga dan adik-adiknya dan masanya banyak dihabiskan dengan berkongsi segala kekuatan dan kesusahan yang dia tempuhi.

Bercakap mengenai kesihatannya, Rudy yang pernah mendapatkan rawatan lanjut dengan doktor pakar mengenai kecacatan itu menemui jalan buntu.

Doktor pakar tersebut tidak berani untuk mengambil risiko melakukan pembedahan membuang ketumbuhan atau anggota tambahan di badan Rudy memandangkan anggota-anggota itu bercantum dengan organ-organ dalamannya dan mampu membahayakan nyawa lelaki itu.

Malah, kos pembedahan untuk membuang kecacatan itu juga terlalu tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh Rudy.

Pun begitu, Rudy pasrah dengan nasib yang menimpa dirinya dan terus berusaha untuk meneruskan sisa hidup yang tinggal.

No comments:

Post a Comment