Showing posts with label Liputan PRU13. Show all posts
Showing posts with label Liputan PRU13. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

Menjelang PRU13 - Tinggal Dua DUN Belum Bubar Dijangka Bubar Hari Ini


Tinggal Dua DUN Belum Bubar Dijangka Bubar Hari Ini | KUALA LUMPUR: Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Semua Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dibubarkan setakat hari ini kecuali dua saja lagi iaitu Pulau Pinang dan Kedah yang dijangka akan siap segala urusan proses pembubarannya pada Jumaat. 

Selangor jadi negeri Pakatan Rakyat pertama membubarkan Dewan Undangan Negeri nya. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menandatangani watikah pembubaran tersebut pada pukul 2.30 petang dalam satu upacara ringkas di Istana Alam Shah, Klang.

Watikah tersebut ditandatangani di hadapan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli-Ahli Dewan Diraja yang hadir. Ia turut disaksikan oleh Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Watikah itu kemudian diserahkan kepada Speaker DUN Selangor bagi membolehkan pembubaran DUN dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan kemudian, Khalid memaklumkan bahawa beliau telah memutuskan supaya semua bekas ADUN dan Exco hanya boleh menggunakan separuh daripada peruntukan masing-masing.

"Ini bagi memastikan peruntukan mencukupi selepas pilihan raya selesai diadakan untuk membolehkan kerajaan baharu melaksanakan tugas dengan berkesan agar kebajikan rakyat tidak terabai," katanya.

Sementara itu di Kuala Terengganu, Speaker DUN Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang menyerahkan notis pembubaran DUN kepada pengarah SPR negeri, Fakhrul Razi Ab Wahab di pejabat Yang Dipertua di Wisma Darul Iman.

Di Pahang pula, pejabat SPR Pahang menerima watikah pembubaran DUN yang ditandatangani Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Watikah disampaikan Setiausaha DUN Pahang, Syed Ahmad Khirulanwar Al-Yahya Syed Abd Rahmad kepada pengarah SPR negeri, Othman Noh.

Di Pulau Pinang, Ketua Menterinya, Lim Guan Eng sudah menghadap Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas di kediaman rasminya di Seri Mutiara bagi memohon perkenan pembubaran.

"Saya juga telah mencadangkan kepada TYT Yang Dipertua Negeri untuk mempertimbangkan (Jumaat) sebagai tarikh pembubaran," kata Guan Eng dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan kemudian.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengesahkan DUN negeri itu akan dibubarkan selewat-lewatnya pada Jumaat. Pembubaran DUN Kedah akan diumum selepas beliau memaklumkan perintah tersebut kepada Jawatankuasa Pemangku Sultan untuk diperkenan.Beliau hadir di perjumpaan majlis pimpinan Pakatan Rakyat di Petaling Jaya.

Bagi Kelantan, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mendapat perkenan Sultan Muhammad Kelima untuk membubarkan DUN dan lewat malam tadi DUN Kelantan secara rasminya telah terbubar.

Kesemua DUN sudah dibubarkan sama ada pada Khamis atau Rabu dan lebih awal Negeri Sembilan yang terbubar secara automatik pada 28 Mac lepas.

PRU13 - Tok Mun Sah Kembali Bertanding Sebagai Calon Bebas [Calon Tertua]


PRU13 - Tok Mun Sah Kembali Bertanding Sebagai Calon Bebas | KUALA TERENGGANU: Maimun Yusof atau lebih dikenali sebagai Tok Mun bakal menjadi calon pilihan raya tertua pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila mengesahkan akan sekali lagi bertanding untuk kerusi parlimen Kuala Terengganu.

Beliau yang berumur 94 tahun hadir ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri kira-kira jam 10 pagi untuk mendapatkan borang pendaftaran calon. Dengan umur itu menjadikan beliau calon tertua bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 kali ini.

Penolong Pengarah SPR Negeri, Nurul Ajleaa Azmi kemudiannya menyerahkan borang kepadanya

Ini adalah cubaan kedua beliau yang tewas pada pilihan raya 2008 lalu kepada dua lagi calon Allahyarham Datuk Razali Ismail (BN) dan Mohamad Sabu (Pas) .

Tok Mun yang bertanding sebagai calon Bebas dengan menggunakan simbol kunci hanya berjaya meraih 685 undi manakala Allahyarham Datuk Razali Ismail (BN) memperoleh 32,562 undi dan Mohamad Sabu (Pas) yang mendapat sebanyak 31,934 undi.

11 Perkara Yang Perlu Dipatuhi Kerajaan Sementara Sebelum Menjelang PRU13


11 Perkara Yang Perlu Dipatuhi Kerajaan Sementara Sebelum Menjelang PRU13 | Setelah rasminya Parlimen dan DUN di seluruh Malaysia dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13), tampuk pimpinan negara sekarang dipegang oleh Kerajaan Sementara yang hanya perlu melaksanakan tanggungjawab wajib melibatkan urusan day to day sesebuah kerajaan.

Sebungan dengan itu, Kerajaan Sementara haruslah mematuhi beberapa perkara dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebelum menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi. Berikut adalah 11 perkara yang perlu dipatuhi oleh Kerajaan Sementara :

i) Memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar bagi Kerajaan Sementara adalah hanya untuk menjalankan tanggungjawab wajib selaku kerajaan yang memerintah yang berkaitan dengan urusan day to day sesebuah kerajaan;

ii) Turun berkempen dalam Pilihanraya kapasiti atau jawatan politik di dalam parti dan bukan sebagai Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar

iii) Tidak menyalahgunakan jentera, peruntukan, kenderaan, kemudahan dan kakitangan kerajaan dengan tujuan untuk berkempen dan meraih undi

iv) Tidak membuat sebarang pengumuman atau pelancaran sebarang projek atau inisiatif kerajaan;

v) Tidak memasuki atau menandantangi sebarang perjanjian baru terutamanya yang melibatkan projek-projek besar serta implikasi kewangan kepada kerajaan.

vi) Tidak membuat sebarang pengumuman atau pemberian apa jua bentuk bantuan atau peruntukan wang kerajaan samada dalam bentuk wang tunai, geran, bonus atau pemberian barangan;

vii) Tidak membuat sebarang pelantikan, pertukaran atau rombakan dalam apa jua organisasi yang kerajaan berkuasa ke atasnya;

viii) Tidak menganjurkan apa jua bentuk himpunan, aktiviti atau apa jua program yang melibatkan kakitangan kerajaan dan orang ramai melalui kementerian, jabatan atau mana-mana agensi-agensi kerajaan yang dilihat sebagai cubaan untuk berkempen dan menanamkan dakyah politik;

ix) Tidak menggunakan jawatan untuk menggugut atau mengindoktrinasi rakyat, khususnya kakitangan kerajaan atau pelajar-pelajarjar IPT bagi mendapatkan undi mereka;

x) Tidak menjadikan premis, pejabat atau bangunan milik kerajaan sebagai markas parti.

xi) Memastikan media massa milik kerajaan memberikan liputan yang seimbang dan adil kepada semua parti-parti yang bertanding.


Semak Tempat Mengundi Secara Online Dan SMS