Showing posts with label SPM 2012. Show all posts
Showing posts with label SPM 2012. Show all posts

Wednesday, March 27, 2013

Permohonan Biasiswa 2013 (Senarai Biasiswa Dan Pinjaman Terkini)

Senarai Permohonan Biasiswa 2013 Dan Pinjaman Untuk Melanjutkan Pelajaran Diploma Ijazah Sarjana, Master, Biasiswa 2013 Yang Masih Terbuka.

Senarai Permohonan Biasiswa 2013 Dan Pinjaman Untuk Melanjutkan Pelajaran | Seperti yang kita sedia maklum, para pelajar lepasan STPM 2012 dan juga lepasan SPM 2012 telah pon mendapat keputusan masing-masing. Sudah semestinya para pelajar mahu melanjutkan pelajaran ke pringkat lebih tinggi. So adik-adik dah buat permohonan ke IPTA/IPTS ke belum?

Kepada yang belum membuat permohonan, segeralah berbuat demikian kerana hanya tinggal beberapa IPTA/IPTS sahaja yang masih menerima permohonan kemasukan IPTA/IPTS sesi 2013/2014.

Bagi yang dah buat permohonan dan mungkin ada yang dah dapat tawaran mahupun belum, anda boleh mencuba peluang untuk mendapatkan biasiswa daripada kerajaan Malaysia mahupun mana-mana badan berkanun atau syarikat lain. Untuk melihat lebih lanjut mengenai syarat kelayakan, cara memohon dan sebagainya adik-adik boleh menekan pautan yang kami sediakan di bawah ini.

Biasiswa ini terbuka kepada para pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat A-Level, Pra-U, Diploma, Ijazah mahupun peringkat Master. Pelajar lepasan SPM, STPM, Diploma, Ijazah dan Master layak memohon bergantung kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Jom kita tengok senarai-senarai biasiswa yang ditawarkan untuk pelajar seluruh Malaysia:
Selamat maju jaya kepada semua pelajar, semoga anda terus maju melangkah ke hadapan. Yang mana tak berjaya untuk mendapat biasiswa jangan putus asa, terus mintak dan berdoa kepada-Nya.

Mutiara Kata, Kata-Kata Hikmah dan Motivasi untuk menaikkan semangat adik-adik.

Thursday, March 21, 2013

Keputusan SPM 2012 Najwa Latif

keputusan spm 2012 najwa latif

Keputusan SPM 2012 Najwa Latif | Umum mengetahui bahawa keputusan SPM 2012 telah pon diumumkan pada pagi tadi iaitu bermula jam 10 pagi dan para pelajar lepasan SPM 2012 boleh mengambil keputusan SPM 2012 di sekolah masing-masing atau membuat semakan SPM 2012 secara online dan SMS.

Berbagai-bagai perasaan yang dialami oleh bekas pelajar SPM 2012 setelah mendapat keputusan bergantung kepada pencapaian dan juga target masing-masing. Pasti ada yang gembira, terkejut, sedih dah bermacam-macam lagi.

Hal ini juga tidak dapat di elak oleh artis yang naik melalui YouTube iaitu Najwa Latif yang turut menduduki peperiksaan SPM pada tahun lepas. Pelajar alisan Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim ini telahpon mewakilkan kakaknya, Syafikah Latif untuk mengambil keputusan SPM 2012.

Dalam kesibukannya menceburi bidang nyayian, Imratul Najwa Abdul Latif yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku bijak membahagikan masa untuk mengulang kaji pelajaran. Buktinya, beliau berjaya mendapat keputusan 4A daripada 10 Subjek yang diambil olehnya. 

Beliau yang sangat berminat dalam pengajian Bahasa Inggeris menanam cita-cita untuk menyambung pengajian di peringkat Universiti dalam bidang Teaching English as Second Language (TESL).

Dr Fuh dan pihak admin lain mengucapkan tahniah kepada adik Najwa Latif atas pencapaian yang membanggakan itu walaupun sudah bergelar artis beberapa tahun lepas. Semoga adik Najwa Latif terus maju dan berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang yang diceburi.

Wednesday, March 20, 2013

Keputusan SPM 2012 Meningkat - 15793 Calon Dapat Straight A

Keputusan SPM 2012 Meningkat - 15793 Calon Dapat Straight A

Keputusan SPM 2012 Meningkat - 15793 Calon Dapat Straight A | PUTRAJAYA - Seramai 15,793 calon Sijil Pelajaran Malaysia 2012 tahun lalu memperoleh Keputusan gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki, peningkatan 0.13 peratus berbanding 15,079 calon pada 2011.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud berkata seramai 13,721 daripada calon itu merupakan calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)yang meningkat daripada 12,970 calon tahun sebelumnya, dan 2,072 calon lagi ialah calon sekolah bukan KPM, yang mengalami penurunan berbanding 2,109 tahun sebelumnya.

"Di samping itu, seramai 481 calon iaitu 438 calon sekolah KPM dan 43 calon sekolah bukan KPM berjaya memperoleh gred A+ iaitu Cemerlang Tertinggi bagi semua mata pelajaran yang diduduki," katanya semasa mengumumkan Analisis Keputusan SPM 2012 di sini hari ini.

Abd Ghafar berkata seramai 844 calon berkeperluan khas menduduki peperiksaan SPM 2012 tahun lalu berbanding 662 calon pada tahun sebelumnya, iaitu pertambahan sebanyak 27.5 peratus.

Beliau berkata daripada jumlah itu tiga calon rabun dan dua calon lain-lain jenis kecacatan (Attention Deficit Disorder dan High Spectrum Autism) mendapat sekurang-kurangnya gred A- (Cemerlang) dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

"Kejayaan lima calon berkeperluan khas ini menunjukkan bahawa semua calon, tanpa mengira kekurangan mereka, berpeluang untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM," katanya.

Bagaimanapun katanya, pencapaian keseluruhan calon turun sebanyak 0.04 mata berdasarkan indeks Gred Purata Nasional (GPN) yang mencatatkan 5.08 mata berbanding 5.04 mata tahun sebelumnya.

Beliau berkata penurunan itu disebabkan bilangan mata pelajaran yang prestasinya menurun melebihi bilangan mata pelajaran yang prestasinya meningkat.

"Penurunan ini tidak begitu signifikan, kerana ia masih di bawah 0.05 mata. Bagaimanapun saya sudah mengarahkan dibuat kajian mengenainya dan penambahbaikan dibuat pada masa akan datang," katanya.

Abd Ghafar berkata berdasarkan GPN juga, pencapaian calon bandar menurun sebanyak 0.16 mata kepada 4.83 mata berbanding 4.67 mata tahun sebelumnya, manakala pencapaian calon luar bandar juga menurun 0.05 mata kepada 5.44 mata berbanding 5.39 mata tahun sebelumnya.

Penurunan pencapaian calon luar bandar yang lebih kecil menyebabkan jurang pencapaian calon bandar dan luar bandar mengecil kepada 0.61 mata, berbanding 0.72 mata tahun sebelumnya, katanya.

Abd Ghafar berkata berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), prestasi 51 mata pelajaran meningkat, 54 mata pelajaran menurun dan tiga mata pelajaran kekal berbanding tahun sebelumnya.

Beliau berkata dua daripada mata pelajaran yang meningkat ialah mata pelajaran teras iaitu Matematik yang meningkat 0.30 mata dan Pendidikan Moral yang meningkat 0.21 mata.

"Prestasi mata pelajaran teras lain iaitu Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains dan Bahasa Inggeris pula menurun. Bagaimanapun seramai 229,009 atau 51.1 peratus calon yang menduduki Bahasa Inggeris (1119) SPM berjaya memperoleh Sijil GCE O-Level," katanya.

Abd Ghafar berkata bagi mata pelajaran elektif, 49 daripada 101 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi termasuk mata pelajaran elektif sains seperti Matematik Tambahan dan Kimia serta Biologi yang mencatat peningkatan signifikan sebanyak 0.33 mata, juga beberapa mata pelajaran elektif teknikal seperti Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Reka Cipta, Teknologi Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Mata pelajaran Prinsip Perakaunan juga menunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 0.10 mata, dan daripada 78,612 calon yang menduduki Prinsip Perakaunan, seramai 48,193 atau 61.3 peratus layak menerima Sijil LCCI daripada Education Development International (EDI), United Kingdom," katanya.

Seramai 472,541 calon mendaftar untuk menduduki SPM 2012, pertambahan 0.8 peratus berbanding 468,808 calon tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, 415,530 merupakan calon sekolah KPM.

Peperiksaan bertulis SPM 2012 dijalankan dari 5 Nov hingga 6 Dis tahun lalu, di 3,590 pusat peperiksaan, melibatkan 30,239 petugas dan 22,930 pemeriksa.

KPM turut menggunakan khidmat pakar pentaksiran dari luar negara termasuk daripada Cambridge International Examinations (CIE), United Kingdom, National Institute for Educational Measurement (Cito), Belanda dan Education Development International (EDI), United Kingdom, bagi memastikan peperiksaan itu mendapat pengiktirafan antarabangsa. - Bernama

Monday, March 18, 2013

Check SPM 2012 Result Via Online And SMS


SPM 2012 Result Check Online And SMS

Check SPM 2012 Result Via Online And SMS | As we know, the date of keputusan SPM 2012  were announced officially released by the Ministry of Education on March 21, 2013 is commenced at 10:00 am. Definitely the former students who took the SPM 2012 examination last year quite nervous to look forward to that auspicious date, right?

According to the study, the results of SPM 2012 is expected to register an increase in the pass and also pratusan pratusan students get "Straight A". To facilitate the students, parents and teachers to check SPM Result 2012, we put in place measures to check online and SMS.


Check SPM 2012 Result Online

  1. Go to page "Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah", http://sapsnkra.moe.gov.my, then click on the "semakan ibubapa" on the left page.
  2. Pictures like this would come out and fill in the required notice
SPM 2012 Result, Check Online SPM 2012 Result,

Check SPM 2012 Result By SMS
  • You can check the SPM 2012 result by typing SPM <space> IC NUMBER <space> NOMBOR GILIRAN SPM and send to 15888
SPM 2012 Result, Check SMS SPM 2012 Result,

Dr Fuh wish and hope to get excellent result to my brothers and sisters. For those that successful to get good results as in dream, congratulations!! For those who fail, do not ever give up because there's wisdom behind. Strengthen your efforts!


Tarikh Terkini Keputusan SPM 2012 Diumumkan (Kenyataan Akhbar)


Kenyataan Akhbar Tarikh Terkini Keputusan SPM 2012 Diumumkan | Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diadakan pada hari Khamis, 21 Mac 2013 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Peperiksaan bertulis SPM 2012 telah diadakan dari 5 November hingga 6 Disember 2012. Seramai 472,541 orang calon telah menduduki SPM di 3,590 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Seramai 30,239 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan keputusan dapat diumumkan seperti dijadualkan.

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama, manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2012 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2013 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 27 Mac 2013. Untuk semakan secara online, boleh rujuk pautan di bawah ini.


Thursday, March 14, 2013

KEPUTUSAN SPM 2012 - SEMAKAN SECARA ONLINE DAN SMS

Semakan Keputusan SPM 2012 Secara Online Dan SMS, Semak Result SPM 2012.

Seperti yang kita ketahui, tarikh Keputusan SPM 2012 dikeluarkan telah diumumkan secara rasminya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu pada 21 Mac 2013 ini bemula jam 10:00 pagi. Pasti bekas-bekas pelajar yang menduduki Peperiksaan SPM 2012 yang lepas agak gementar untuk menantikan tarikh keramat tersebut.

Menurut kajian, result peperiksaan SPM 2012 dijangkakan mencatat peningkatan dari segi pratusan lulus dan juga pratusan pelajar yang mendapat "Straight A". Bagi memudahkan para pelajar, ibu bapa dan juga guru-guru membuat semakan, kami menyediakan langkah-langkah untuk membuat semakan secara online dan SMS.

Semak Keputusan SPM 2012 Secara Online
  1. Masuk ke laman Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, kemudian tekan pada semakan ibubapa di sebelah kiri laman tersebut. 
  2. Gambar seperti dibawah ini akan keluar dan isikan maklumat yang diperlukan
Semakan Keputusan SPM 2012 Secara Online Dan SMS. Semak Result SPM 2012.


Semak Keputusan SPM 2012 Secara SMS
  • Anda boleh semak keputusan SPM 2012 secara SMS dengan menaip SPM <Nombor KP> <Nombor Giliran> dan hantar ke 15888.
Semakan Keputusan SPM 2012 Secara Online Dan SMS. Semak Result SPM 2012.


Dr Fuh mengucapkan selamat maju jaya dan semoga mendapat result yang cemerlang kepada adik-adik. Kepada yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang seperti yang di impikan, tahniah Dr Fuh ucapkan. Bagi yang gagal, jangan sekali-kali berputus asa kerana pasti ada hikmah di sebaliknya. Kuatkan lagi usaha anda!

Thursday, March 7, 2013

Semakan Keputusan SPM 2012 (Semak Online Dan SMS)

Semak keputusan SPM 2012 online dan SMS.

Semakan Secara Online Dan SMS Keputusan SPM 2012/2013 | Seperti yang kita ketahui, tarikh keputusan SPM 2012 dikeluarkan telah diumumkan secara rasminya oleh  Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu pada 21 Mac 2013 ini bemula jam 10:00 pagi. Pasti bekas-bekas pelajar yang menduduki peperiksaan SPM tahun 2012 yang lepas agak gementar untuk menantikan tarikh keramat tersebut.

Menurut kajian, keputusan peperiksaan SPM 2012 dijangkakan mencatat peningkatan dari segi pratusan lulus dan juga pratusan pelajar yang mendapat "Straight A". Bagi memudahkan para pelajar, ibu bapa dan juga guru-guru Menyemak Result SPM 2012, kami menyediakan langkah-langkah untuk membuat semakan secara online dan SMS.

Semak Keputusan SPM 2012 Secara Online


  1. Masuk ke laman Sistem Analisis Peperiksaan Sekolahhttp://sapsnkra.moe.gov.my, kemudian tekan pada semakan ibubapa di sebelah kiri laman tersebut. 
  2. Gambar seperti dibawah ini akan keluar dan isikan maklumat yang diperlukan

Semak Keputusan SPM 2012 Secara SMS

  • Anda boleh semak keputusan SPM 2012 secara SMS dengan menaip SPM <Nombor KP> <Nombor Giliran> dan hantar ke 15888.

Dr Fuh mengucapkan selamat maju jaya dan semoga mendapat result yang cemerlang kepada adik-adik. Kepada yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang seperti yang di impikan, tahniah Dr Fuh ucapkan. Bagi yang gagal, jangan sekali-kali berputus asa kerana pasti ada hikmah di sebaliknya. Kuatkan lagi usaha anda!