Showing posts with label Permohonan Online. Show all posts
Showing posts with label Permohonan Online. Show all posts

Wednesday, March 27, 2013

Permohonan Biasiswa 2013 (Senarai Biasiswa Dan Pinjaman Terkini)

Senarai Permohonan Biasiswa 2013 Dan Pinjaman Untuk Melanjutkan Pelajaran Diploma Ijazah Sarjana, Master, Biasiswa 2013 Yang Masih Terbuka.

Senarai Permohonan Biasiswa 2013 Dan Pinjaman Untuk Melanjutkan Pelajaran | Seperti yang kita sedia maklum, para pelajar lepasan STPM 2012 dan juga lepasan SPM 2012 telah pon mendapat keputusan masing-masing. Sudah semestinya para pelajar mahu melanjutkan pelajaran ke pringkat lebih tinggi. So adik-adik dah buat permohonan ke IPTA/IPTS ke belum?

Kepada yang belum membuat permohonan, segeralah berbuat demikian kerana hanya tinggal beberapa IPTA/IPTS sahaja yang masih menerima permohonan kemasukan IPTA/IPTS sesi 2013/2014.

Bagi yang dah buat permohonan dan mungkin ada yang dah dapat tawaran mahupun belum, anda boleh mencuba peluang untuk mendapatkan biasiswa daripada kerajaan Malaysia mahupun mana-mana badan berkanun atau syarikat lain. Untuk melihat lebih lanjut mengenai syarat kelayakan, cara memohon dan sebagainya adik-adik boleh menekan pautan yang kami sediakan di bawah ini.

Biasiswa ini terbuka kepada para pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat A-Level, Pra-U, Diploma, Ijazah mahupun peringkat Master. Pelajar lepasan SPM, STPM, Diploma, Ijazah dan Master layak memohon bergantung kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Jom kita tengok senarai-senarai biasiswa yang ditawarkan untuk pelajar seluruh Malaysia:
Selamat maju jaya kepada semua pelajar, semoga anda terus maju melangkah ke hadapan. Yang mana tak berjaya untuk mendapat biasiswa jangan putus asa, terus mintak dan berdoa kepada-Nya.

Mutiara Kata, Kata-Kata Hikmah dan Motivasi untuk menaikkan semangat adik-adik.

Monday, March 18, 2013

Permohonan Online UPU (IPTA) Sesi 2013/2014

Permohonan Online Kemasukan UPU IPTA 2013/2014

Permohonan Online kemasukan UPU atau IPTA sesi akademik 2013/ 2014 | Seperti yang kita ketahui, pada 18 Mac lalu baru sahaja Keputusan STPM 2012 diumukan dan pada hari Khamis iaitu 21 Mac 2013 ini pula keputusan SPM 2012 pula bakal diumumkan.

Kepada semua pelajar lepasan SPM, STPM, Diploma, Matrikulasi atau setaraf dengannya, anda boleh mengemukakan permohon IPTA untuk sesi 2013. Borang permohonan boleh didapatkan secara online dengan melayari laman sesawang portal rasmi UPU. Selain itu, para pelajar SPM 2012 juga digalakkan untuk membuat Permohonan Online Kemasukan Ke Politeknik KPT.

Jualan No. Unik ID di BSN akan mula dibuka mulai 7 Januari 2013 hingga 15 April 2013. Berikut adalah langkah permohonan yang perlu dibuat untuk memohon IPTA.

Cara Permohonan ke IPTA Sesi 2013/ 2014
  1. Pelajar perlu membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional Yang Terdekat Mulai 7 Januari 2013.
  2. Di kaunter berkenaan,pastikan anda membeli nombor pin berdasarkan taraf pengajian anda.
  3. Sila layari laman web rasmi http://upu.mohe.gov.my/

Berikut adalah prosedur pekeliling permohonan ke UPU. Oleh itu, pelajar digalakkan membaca prosedur terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan.

Tarikh Pendaftaran Atau Kemasukan UPU 2013

Kemasukan adalah pada :
Lepasan SPM/Setaraf – Jun 2013
Lepasan STPM/Setaraf – September 2013

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohnan adalah pada 15 April 2013