Showing posts with label Fuh Artis. Show all posts
Showing posts with label Fuh Artis. Show all posts

Friday, April 5, 2013

Gambar Anak Irma Hasmie Dan Redza Syah Azmeer Ketika Majlis Cukur Jambul Dan Akikah


Gambar Anak Irma Hasmie Dan Redza Syah Azmeer Ketika Majlis Cukur Jambul Dan Akikah | Seperti yang kita semua ketahui, pada 29 Mac 2013 yang lepas, pasangan kepada Redza Syah Azmeer iaitu Irma Hasmie telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat hampir 4 Kg.

Semalam telah berlangsungnya majlis akikah dan cukur jambul buat cahaya mata pertama pasangan Irma Hasmie dan Redza, bertempat di rumah Irma sendiri iaitu di Sungai Buloh.

Bayi comel ini telah diberi nama sebagai Redza Syah Irfhan dan nampaknya sewaktu majlis berlangsung terdapat beberapa rakan artis turut hadir bagi memberkati lagi perjalanan majlis.

Antara rakan artis yang turut hadir adalah Yatt Hamzah dan Diana Amir.

Berikut kami lampirkan beberapa foto comel Redza Syah Irfhan untuk tatapan anda semua :








Saturday, March 30, 2013

Fear Factor Selebriti Malaysia Akhir - Hairul Dan Dazrin Juara

Fear Factor Selebriti Malaysia Akhir Hairul Dan Dazrin Juara.

Seperti yang kita ketahui, sebentar tadi (30 Mac 2013) berakirnya rancangan realiti TV Fear Factor Selebriti Malaysia Musim Pertama 2012. Rancangan realiti ini sememangnya sangat mencabar. Namun itu bukanlah halangan buat selebriti-selebriti tanah air untk menyertainya.

Pada peringkat akhir tadi, juara telah disandang oleh beregu Hairul Azreen dan Dazrin Kamaruddin.  Tahniah diucapkan kepada Juara Fear Factor Selebriti Malaysia 2013, Hairul dan Dazrin. Dengan kejayaan itu, mereka berjaya membawa pulang hadiah RM200,000. Tempat kedua pula dimenanangi oleh pasangan On Air iaitu Hafizul dan Hefny.

Tidak lupa kepada pasangan Zoey dan Dafi serta Ajak dan Elfira, syabas kerana anda berjaya layak ke final namun nasib tidak menyebelahi anda kerana tersingkir sebelum ke segmen terakhir.

Friday, March 29, 2013

Gambar Anak Ayu Raudah Dan Zaquan Adha

Gambar anak Ayu Raudah dan Zaquan Adha, Ayu Raudah lahirkan anak lelaki.


Gambar Anak Ayu Raudah Dan Zaquan Adha | Seperti yang kita ketahui, pada hari ini 2 orang artis tanah air telah melahirkan anak pada tarikh yang sama iaitu pasangan Irma Hasmie dengan Redza Syah Azmeer dan petang tadi Ayu Raudah pula melahirkan anak sulung hasil perkahwinan dengan Zaquan Adha.

Khabar gembira itu dikongsi oleh Zaquan, 26, di laman Twitter Zaquan Adha dengan menulis, “Alhamdullillah..isteri saya sudah selamat melahirkan putera sulung kami jam 2.17 petang tadi”.

Berikut adalah gambar comel anak Ayu Raudah dan Zaquan Adha!


Gambar anak Ayu Raudah dan Zaquan Adha, Ayu Raudah lahirkan anak lelaki.
Gambar bayi ini di post melalui twitter milik Zaquan Adha dengan caption "alhamdulillah...lahirnye hero mummy n daddy..."

Gambar cute anak Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer

Tahniah kepada kedua-dua pasangan. Semoga anak anda menjadi anak yang soleh, patu pada perintah Allah dan juga ibu bapa. Amin..

Ayu Raudah Selamat Melahirkan Anak Sulung


Ayu Raudah Selamat Melahirkan Anak Sulung | Selain Irma Hasmie yang baru lahirkan anak sulungnya hasil perkahwinan dengan Redza Syah Azmeer pagi tadi, pelakon Ayu Raudhah dan suaminya, pemain bola kebangsaan Zaquan Adha turut menerima khabar gembira apabila pasangan romantis itu telah dikurniakan putera sulung pada jam 2.17 petang tadi.



Khabar gembira itu dikongsi oleh Zaquan, 26, di laman Twitter Zaquan Adha dengan menulis, “Alhamdullillah..isteri saya sudah selamat melahirkan putera sulung kami jam 2.17 petang tadi”.

Tahniah diucapkan buat Ayu dan Zaquan di atas kelahiran anak mereka itu.

Pasangan romantis itu diijabkabulkan pada 21 Januari 2011 di kampung halaman Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan, 28 tahun di Alor Setar, Kedah.

Nampaknya sebaya lah anak pasangan Ayu Raudah dengan Zaquan Adha dan pasangan Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer. Nanti boleh celebrate bithday sama-sama.

Thursday, March 28, 2013

Gambar Cute Anak Irma Hasmie Dan Redza Syah Azmeer

gambar anak irma hasmie

Gambar Anak Irma Hasmie Dan Redza Syah Azmeer | Seperti yang telah digembar gemburkan, pagi tadi artis wanita cantik negara Irma Hasmie selamat lahirkan anak lelaki seberat 3.93 KG pada jam 8.51 Pagi tadi.

Berita ini telah dikongsikan oleh suami Irma Hasmie tercinta iaitu Redza Syah Azmeer melalui laman twitternya. Lihat tweet beliau disini.

Berikut merupakan gambar anak Irma Hasmie dan Redza Syah yang telah dimuat naik oleh Redza Syah sendiri melalui laman instagram @redzasyahazmeer dengan caption "Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar... Doakan baby kami jadi anak yg soleh... :)"

gambar anak irma hasmie dan redza syah azmeer



Irma Hasmie Selamat Lahirkan Bayi Anak Pertama (Breaking News)

Gambar Anak Irma Hasmie dan Redza Syah, Irma Hasmie Selamat Lahirkan Bayi Anak Pertama.

Irma Hasmie Selamat Lahirkan Bayi Anak Pertama | Tahniah diucapkan kepada Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah Azmeer kerana telah bergelar ibu dan ayah. Wah berat tu bayi mereka hampir 4kg, mesti comel kan.

Lihat Gambar Cute Anak Irma Hasmie Di Sini

Irma Hasmie telah selamat melahirkan anak pertamanya pada pukul 8.51 pagi tadi disambut oleh suami tercinta Redza Syah Azmeer.

Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh suami Irma sendiri menerumi laman Twitter Redza Syah Azmeer beberapa minit yang lalu. Berikut adalah gambar print screen dari laman Twitter suami Isma Hasmie

Gambar Anak Irma Hasmie dan Redza Syah, Irma Hasmie Selamat Lahirkan Bayi Anak Pertama.

Gambar Anak Irma Hasmie dan Redza Syah, Irma Hasmie Selamat Lahirkan Bayi Anak Pertama.


Tuesday, March 26, 2013

Kisah Percintaan Selebriti Yang Tidak Pernah Disangka-Sangka



Kisah Percintaan Selebrita Yang Tidak Pernah Disangka-Sangka | Percaya tak kalau kami kata Ted Danson (CSI) pernah bercinta dengan Whoopi Goldberg pada tahun 1993? Justin Timberlake pernah memikat Fergie dua tahun sebelum bercinta dengan Britney Spears? Atau pada tahun 2010, 50 Cent pernah menunjukkan hubungan cintanya dengan pengacara lucu, Chelsea Handler? Atau Simon Cowell yang pernah dikatakan mempunyai hubungan lebih daripada seorang rakan dengan Carmen Elektra?

Ya, mereka semua pernah dilaporkan bercinta, selain daripada pasangan-pasangan mengejutkan di bawah


Dennis Rodman & Madonna


Apa persamaan seorang pemain bola keranjang dan seorang bintang seksi ini? Kedua-duanya sukakan fesyen yang aneh dan gila-gila. Desas-desus mengatakan bahawa Madonna yang terkejar-kejarkan Rodman ketika pemain tersebut berada di ambang populariti, malah pernah mengunci biliknya ketika mereka sedang bersama kerana tidak mahu Rodman pergi. Tiada siapa yang tahu bagaimana hubungan itu bermula (sekalipun ia tercetus pada tahun 1994) dan ke mana arahnya. Malah Rodman sendiri pernah menulis dalam autobiografinya, "Saya tak tahu apa yang bintang hebat ini mahukan daripada saya."

Kami juga tertanya-tanya hal yang sama.


Geri Halliwell & Russell Brand


Sekitar Ogos atau September 2012, ketika nama Spice Girls kembali menjadi sebutan selepas persembahan mereka di Sukan Olimpik, Gerri Halliwell (atau pernah dikenali dengan gelaran Ginger Spice) juga turut menjadi perhatian umum, termasuk perhatian seorang pelawak rocker bernama Russell Brand. Ya, pelawak yang sama yang pernah mengahwini Katy Perry dan bercerai tidak lama kemudian, yang muda tiga tahun dari Gerri dan jelas sekali lebih pandai berkomunikasi berbanding penyanyi tersebut.

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana mereka boleh bersama tapi belum sempat persoalan itu berjawab, hubungan tersebut pula terlerai di tengah jalan.


Tyra Banks & Will Smith


Ketika mereka mula bercinta, Tyra merupakan model yang sedang meningkat naik sementara Will Smith merupakan bintang hip-hop yang sedang meluaskan sayapnya ke bidang lakonan. Sekiranya mereka terus bersama, mereka boleh menjadi pasangan yang sangat berkuasa, bagaikan "Jay-Z dan Beyonce" lewat abad ke-20.

Namun begitu, hubungan itu tidak kekal lama. Selepas setahun bersama, mereka berpisah pada tahun 1994. Will Smith jatuh cinta kepada seorang pelakon bernama Jada Pinkett, berkahwin dan memiliki beberapa orang anak sementara Tyra terus mara dengan kerjaya peragaannya dan meluaskan sayapnya sebagai ahli perniagaan.


Ashton Kutcher & January Jones


Dia pernah mengahwini Demi Moore, bercinta dengan mendiang Brittany Murphy dan menyimpan perasaan terhadap Mila Kunis, tetapi sebelum semua itu pernah berlaku, Ashton Kutcher juga pernah dikhabarkan bercinta dengan bintang "Mad Men", January Jones yang pada ketika itu masih sedang tercari-cari arahnya.

Dikatakan Kutcher tidak percaya Jones akan menjadi pelakon yang berjaya dan tidak menyokong usaha kekasihnya, menyebabkan mereka berpisah. Mujur mereka berpisah, kerana dengan itu January dapat meneruskan cita-citanya dan menjadi seorang daripada bintang filem dan televisyen terkenal di kala ini.


Brody Jenner & Avril Lavigne


Hairan sekali apabila ada mengaitkan puteri pop rock ini dan bintang realiti yang juga anak kepada bekas bintang olahraga/bintang realiti ini. Namun begitu, setahun selepas dia berpisah dengan suaminya Deryck Whibley dari kumpulan Sum41, Avril tidak membujang lama dan anak kepada Bruce Jenner dan Linda Thompson yang bernama Brody itu yang menjadi penemannya selama dua tahun. Namun begitu, hubungan mereka akhirnya putus pada Januari 2012 dan kini Avril Lavigne telah pun bertunang dengan vokalis Nickelback, Chad Kroeger.

Pengajaran? Avril Lavigne mungkin sukakan anda, tapi jika anda bukan pemuzik, dia tidak akan mengahwini anda.


Robert Downey Jr. & Sarah Jessica Parker


Sebelum Sarah Jessica Parker menjadi terkenal melalui watak Carrie Bradshaw dalam "Sex and the City", dia jatuh cinta dengan Robert Downey Jr. selepas berganding dalam filem "Firstborn". Namun begitu, hubungan mereka terhenti selepas tujuh tahun bersama kerana dia tidak tahan dengan keengganan Robert untuk menghentikan tabiat dadahnya sementara Robert pula berasa jengkel dengan Sarah yang cuba memperbaikinya. Malah jelas Sarah, dia terasa seperti dia yang sedang mengawal dan mengurus hubungan mereka.

Dia mungkin telah memilih 'bad boy' sebagai kekasihnya, tetapi Sarah akhirnya mengahwini Matthew Broderick pada tahun 1997, epitome seorang 'lelaki baik'.


Mila Kunis & Macaulay Culkin


Mila Kunis merupakan seorang bintang yang seksi, dengan matanya yang bundar, bibirnya yang mungil dan darah Eropah Timur (siapa yang tidak jatuh cinta dengan kecantikan wanita Eropah Timur kan?). Jadi agak aneh apabila dia memilih untuk bersama Macaulay Culkin, bekas bintang kanak-kanak yang nampak seperti dia tidak pernah membesar.

Tapi mereka pernah bersama selama sembilan tahun! Itu lebih lama berbanding perkahwinan Macaulay sebelum itu!


Alanis Morissette & Ryan Reynolds


Ryan Reynolds pernah mengahwini Scarlett Johanssen dan kini beristerikan Blake Lively – dua wanita berambut perang yang menjadi rebutan ramai jejaka. Namun begitu, suatu masa dahulu Ryan juga pernah menjadi lelaki yang berpuas hati dengan hubungan dengan seorang wanita yang biasa sahaja, sekalipun dari sudut bakat muziknya, mungkin melebihi kedua-dua wanita yang disebutkan tadi.

Mungkin agak aneh apabila melihat Ryan dengan Alanis Morissette, apatah lagi anda pasti membayangkan Alanis dengan seorang lelaki yang lebih berbakat dalam bidang muzik, tidak menghabiskan masa di gim atau berlakon filem-filem yang boleh dipertikaikan kualitinya.

Mungkin kerana itu selepas lima tahun bersama, mereka memutuskan pertunangan pada tahun 2007, dan pelantun "Head over Feet" ini mengahwini suaminya, Mario Treadway, seorang penyanyi rap.

Hmm... Alanis juga pernah bercinta dengan bintang "Full House" Dave Coulier, jadi mungkin dia yang patut dipersoalkan dalam hal ini.


Sandra Bullock & Ryan Gosling


Sebelum perkahwinannya dengan Jesse James, seorang lelaki yang disahkan 'tak berguna' oleh persatuan feminisme seluruh dunia, bintang kesayangan Amerika ini pernah bercinta dengan seorang lagi bintang kesayangan Amerika, Ryan Gosling.

Mereka bertemu dalam filem "Murder by Numbers" pada tahun 2002, dan memutuskan untuk menjalinkan hubungan sekalipun Sandra tua lebih 16 tahun daripada Ryan. Namun hubungan itu akhirnya putus di tengah jalan, selepas setahun mereka bersama.


Danny Boyle & Rosario Dawson


Bintang "Seven Pounds", Rosario Dawson merupakan seorang aktres jelita manakala pengarah "Slumdog Millionaire" ini merupakan lelaki yang biasa sahaja (jika semuanya perlu diklasifikasikan melalui mutu standard paras rupa). Namun sekalipun perbezaan yang ketara dari usia (jauh usia 23 tahun), kedua-duanya masih bersama sehingga ke hari ini, sejak mereka bertemu Ogos tahun lalu. Tapi pengarah filem mana pula yang tidak memiliki teman yang jelita, kan?

Monday, March 25, 2013

Raja Azmi Labur RM1 Juta Untuk "Anak Ikan"??


Raja Azmi Labur RM1 Juta Untuk "Anak Ikan"?? | Penerbit filem sensasi, Raja Azmi bakal muncul dengan filem terbarunya yang diberi judul "Anak Ikan".

Filem yang menelan belanja sebanyak RM1 juta ini akan diterbitkan oleh JAS Productions dan akan memulakan penggambaran selepas April depan.

Untuk filem terbaru ini, Raja Azmi bakal menampilkan pelakon baru iaitu Davin Singh sebagai pelakon utama.

"Setelah berbincang dengan pengarah filem, kami mengambil keputusan bahawa Davin Singh, anak jati Kuala Lumpur merupakan orang yang sesuai untuk mendukung watak utama dalam "Anak Ikan"," katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelas penerbit filem "…..Dalam Botol", walaupun Davin tidak mempunyai pengalaman dalam bidang lakonan, namun dia telah menyerahkan tanggungjawab untuk mengasah bakat lakonan Davin di tangan Khir Rahman.

Raja Azmi turut memberitahu bahawa dia bakal mengadakan sesi pemilihan pelakon wanita untuk digandingkan bersama Davin dalam masa terdekat ini.

Filem "Anak Ikan" adalah sebuah filem puaka yang diadaptasi daripada naskah cerpen dan diolah untuk ke layar perak.

Dr.Harlina Halizah Siraj Tegur Ikhlas Kenyataan Rozita Che Wan Tentang Seksi Itu Hak Dirinya


Dr.Harlina Halizah Siraj Tegur Ikhlas Kenyataan Rozita Che Wan Tentang Seksi Itu Hak Dirinya | Kenyataan Rozita Che Wan yang seksi itu hak dirinya mengundang pelbagai reaksi dari peminat dunia hiburan. Ada yang mempertahankan, ada yang berdiri atas pagar dan yang mencemuh juga lebih lagi.

Semuanya bermula apabila Rozita dikritik oleh orang ramai kerana berpakaian singkat sehingga menampakkan paha dalam gambar yang dimuat naik ke akaun Instagram bakal suaminya iaitu pelakon Zain Saidin. Cara berpakaian Rozita dianggap tidak sesuai dengan usianya yang sudah mencecah 40-an itu walaupun untuk wanita seusia dirinya, Rozita bolehlah dikatakan cantik.

Susulan dari kontroversi itu, Zain Saidin telahpun menyahaktifkan akaun Instagramnya. Dakwanya, dia ingin menjaga maruah Rozita sebagai bakal isterinya, namun di sini kami tampilkan satu teguran ikhlas dari Dr.Harlina Halizah Siraj tentang kenyataan Rozita. Adalah diharap perkongsian artikel ini akan memberi manfaat bukan saja kepada Rozita, malah kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Salam ukhuwah.

Atas dasar tanggungjawab dan a
manah, Dr Har memberanikan diri mengajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan – di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah dengan teguran orang lain di sekeliling. Apa yang lebih menyedihkan – apabila alasan yg diberikan berlandaskan hujah hak asasi peribadi, yang dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang itu. 

Terbaru, hari ini (21 Mac 2013) terdapat laporan akhbar harian mengenai komen seorang yang dikenali ramai mengenai `hak peribadi’nya utk berpakaian seksi. Beliau juga memberi amaran agar orang ramai jangan terlalu menjaga `tepi kainnya’. Sedih dan sayu rasa hati membaca komen tersebut. Masakan boleh Dr Har buat tak kisah dan membiarkan golongan ini begitu sahaja. Kalau ada yang mahu mengatakan : `Who cares?’, Dr Har jawab 

`I do care! A lot!‘
Dalam konteks ini, perlu sangat diperjelaskan bila nak bercakap pasal hak, ada beberapa noktah yang mesti diperhatikan :
Jangan lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT yang Maha Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk disembah, dipatuhi dan diagungkan. Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia. Larangan yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia itu sendiri, maka jauhilah sejauh-jauhnya. Membelakangkan hak Allah, tidak memperdulikan suruhan-Nya – adalah satu manifestasi kesombongan yang luarbiasa!
Janganlah pula terlupa, tubuh badan kita sebenarnya bukan hak milik kita, yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Ianya hanya pinjaman sementara, dari Empunya yang tidak pernah terleka. Keindahan tubuh badan ini boleh hilang sekelip mata, semua terpulang kepada yang Empunya. Bukankah kita mengimani adanya Hari Pembalasan di Padang Mahsyar? Khabarnya, itulah saat segala anggota tubuh badan kita akan mengadu perihal penyalahgunaan dan pengkhianatan kita. Mulut yg begitu lantang bersuara semasa di dunia, terkunci rapat semasa ditimbangtara. Tentu sekali kita takkan boleh berkata kepada Tuhan yang Empunya segalanya, `Jangan jaga tepi kainku!’ 

Jangan lupa, selain hak adanya pula tanggungjawab dan rasa hormat. Tiga aspek ini :Responsibilities, Rights & Respect – 3R, tak boleh dipisahkan. Hak hanya boleh diberikan kpd mereka yg sudah menjalankan tgjwb & peranan mereka dengan baik dan sempurna. Peruntukan hak mestilah pula dihormati. Jangan asyik berhujah dengan hak kita yang itu dan yang ini. Tanyakan pada diri, sudahkah tanggungjawab dan peranan asasi kita sebagai hamba Allah dan khalifah terlaksana? Kalau belum, hak apa sebenarnya yang ada pada dirimu? 

Jangan lupa, kita manusia makhluk Allah yg perlu hidup secara berkelompok dan bersosial. Kita manusia lemah, amat saling bergantungan dan perlu-memerlukan. Selain hak individu, ada di sana hak kolektif (jamaí) yang menjadi milik komuniti di sekelilingmu. Bila bertembung antara hak individu kita dengan hak kolektif massa – ketahuilah, hak kolektiflah yang harus didahulu dan diutamakan. Demi sebuah ketenangan hidup yang penuh rasa hormat-menghormati, ayuh kita belajar dari kelompok manusia dulu – mendahulukan hak kolektif dibandingkan hak individu. 

Mungkin yang paling mendapat manfaat dari nukilan ini, bukanlah kelompok sasaran yang diajukan teguran. 

Tak mengapalah, Dr Har yakin, ada kelompok yang pasti mendapat sedikit peringatan dan tazkirah. 

Fazakkir, innafa’atiz zikra : Dr Har akan terus memberi peringatan, sesungguhnya peringatan yang berulang-ulang itu banyak manfaatnya!

Salam ukhuwah :

Dr.Harlina Halizah Siraj ( Dr.Har)

Untuk makluman anda, Dr. Har ialah seorang Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Naib Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM). Jika anda ingin membaca blog Dr. Har, sila ke sini.

Sumber - Beautifulnara

Sunday, March 24, 2013

Gambar Cantik Puteri Sarah Pakai Tudung Litup

Gambar Comel Puteri Sarah Pakai Tudung Litup

Gambar Cantik Puteri Sarah Pakai Tudung Litup | Sebelum ini, Puteri Sarah Liyana atau lebih dikenali dengan nama Puteri Sarah dilihat memuat naik beberapa foto dia memakai tudung ke laman sosial, Twitter. Ekoran itu, para peminatnya bertanya adakah dia sudah mula berhijab. Namun Puteri Sarah memberi jawapan yang tidak pasti dan minta didoakan agar hatinya terbuka ke arah itu.

Berkali-kali memuat naik gambar berhijab ke Twitter, akhirnya Puteri Sarah mengakui yang dia kini sudah bertudung sepenuhnya dan bukan lagi dalam fasa percubaan. Maksudnya, Puteri Sarah telah terbuka hatinya untuk bertudung penuh. Alhamdulillah, seorang lagi artis mula berubah ke arah perkara yang sepatutnya dilakukan dari dulu lagi.

Kata Puteri Sarah kepada Media Hiburan:-

Alhamdulillah, niat saya untuk berhijab penuh telah dimakbulkan. Jika sebelum ini saya hanya berselendang, tapi sejak tiga hari lalu saya telah mengenakan tudung sepenuhnya.

Di bawah ini beberapa gambar Puteri Sarah bertudung yang kami ambil dari laman Twitter’nya. Serius cakap, memang lawa dan sedap je mata ini memandangnya. Semoga Puteri Sarah istiqamah dalam perubahannya ini. InsyaAllah. Sebelum terlupa, Puteri Sarah juga telah dipilih menjadi model tudung jenama Najjah. Tahniah diucapkan.

Gambar Comel Puteri Sarah Pakai Tudung Litup

Gambar Comel Puteri Sarah Pakai Tudung Litup

Gambar Comel Puteri Sarah Pakai Tudung Litup


Thursday, March 21, 2013

Keputusan SPM 2012 Najwa Latif

keputusan spm 2012 najwa latif

Keputusan SPM 2012 Najwa Latif | Umum mengetahui bahawa keputusan SPM 2012 telah pon diumumkan pada pagi tadi iaitu bermula jam 10 pagi dan para pelajar lepasan SPM 2012 boleh mengambil keputusan SPM 2012 di sekolah masing-masing atau membuat semakan SPM 2012 secara online dan SMS.

Berbagai-bagai perasaan yang dialami oleh bekas pelajar SPM 2012 setelah mendapat keputusan bergantung kepada pencapaian dan juga target masing-masing. Pasti ada yang gembira, terkejut, sedih dah bermacam-macam lagi.

Hal ini juga tidak dapat di elak oleh artis yang naik melalui YouTube iaitu Najwa Latif yang turut menduduki peperiksaan SPM pada tahun lepas. Pelajar alisan Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim ini telahpon mewakilkan kakaknya, Syafikah Latif untuk mengambil keputusan SPM 2012.

Dalam kesibukannya menceburi bidang nyayian, Imratul Najwa Abdul Latif yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku bijak membahagikan masa untuk mengulang kaji pelajaran. Buktinya, beliau berjaya mendapat keputusan 4A daripada 10 Subjek yang diambil olehnya. 

Beliau yang sangat berminat dalam pengajian Bahasa Inggeris menanam cita-cita untuk menyambung pengajian di peringkat Universiti dalam bidang Teaching English as Second Language (TESL).

Dr Fuh dan pihak admin lain mengucapkan tahniah kepada adik Najwa Latif atas pencapaian yang membanggakan itu walaupun sudah bergelar artis beberapa tahun lepas. Semoga adik Najwa Latif terus maju dan berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang yang diceburi.

Saturday, March 16, 2013

Muka Artis Korea Sebelum Dan Selepas Make-Up


Muka Artis Korea Sebelum Dan Selepas Make-Up | Ramai yang tahu kuasa mekap mampu mengubah seseorang wanita menjadi cantik, pernah satu kesah nenek menggunakan mekap untuk dan mengubah wajahnya menjadi wanita muda. Ramai yang memikat dia bila berjalan-jalan di tempat awan tetapi dorang tidak mengetahui sebenarnya itu nenek tua.

Ini lain lagi ceritanya, Artis Wanita Korea terkenal yang cantik comel juga sebenarnya menggunakan mekap untuk tampak berseri-seri dan cantik. Wanita memang tidak lari dari bermekap terutama sekali wanita dari Korea memang terkenal dengan mekap, dorang mesti bermekap jika keluar rumah sebab jika tidak bermekap muka macam hantu Ju-on.

Jom kita lihat muka Artis wanita Korea sebelum da selepas bermekap.


Friday, March 15, 2013

Aeril Zafril Sah Berlakon Hollywood Dengan Christina Ricci Dan Sharon Stone


Aeril Zafril Sah Berlakon Hollywood Dengan Christina Ricci Dan Sharon Stone | Aktor Aeril Zafrel mengesahkan desas-desus pembabitannya sebagai pelakon utama dalam sebuah filem Hollywood di samping aktres handalan, Christina Ricci dan Sharon Stone.

Akhbar Harian Metro melaporkan, Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari, 25, berkata, pembikinan filem itu masih berlangsung di London namun dia tidak dapat mendedahkan butiran lanjut mengenai filem itu kerana terikat dengan perjanjian dengan pihak produser.

"Seorang kenalan saya di London meminta saya menghantar profil kerjaya saya pada tahun lalu dan tidak lama kemudian pihak produser terus menghubungi saya kerana mendapati saya menepati kriteria lelaki Asia yang mereka cari untuk watak itu.

“Pembikinan filem itu masih berlangsung di London namun tidak banyak boleh saya perkatakan di sini kerana saya terikat dengan perjanjian dengan pihak produser,” katanya.

Dalam pada itu, Aeril turut mengakui gambar seorang lelaki di samping Christina adalah dirinya dan ia dipetik daripada satu video muzik lagu tema filem berkenaan.

Mengulas lanjut, Aeril berkata, muzik video itu akan ditayangkan di saluran MTV tidak lama lagi sebagai promosi awal filem romantik itu yang menjalani penggambaran di London, England.

“Saya akui memang benar pelakon lelaki di samping Christina (Ricci) dalam gambar itu diri saya. Ia satu babak daripada video muzik lagu tema untuk filem terbabit yang masih belum ada judul rasmi. Penggambaran video muzik itu dirakamkan pada awal tahun ini.

"Saya rasa macam bermimpi apabila dapat berlakon dengan produksi Hollywood selain pelakon besar seperti Christina dan Sharon," katanya.

**PERHATIAN!! Jangan terlepas Cerita Hangat, tips blogging, SEO optimize dan buat duit di SINI - HOT!!

Biodata Dan Gambar Terkini Aeril Zafrel


Biodata Dan Gambar Terkini Aeril Zafrel | Siapa yang tidak kenal pelakon tampan idaman gadis-gadis malaya ni. Aeril Zafrel merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan terutamanya dalam bidang lakonan. 

Aeril Zafrel mula dikenali menerusi filem Aku Tak Bodoh dan baru-baru ini banyak mencuri perhatian dengan drama bersiri Ramadan Terakhir, jejaka kelahiran Rengit, Johor ini semakin laris diulit tawaran.

Ditanya mengenai sampai bila Aeril hendak berlakon, beliau menyatakan "Saya hanya benar-benar aktif berlakon sejak 2010, masih baru. Tapi saya percaya, masa depan ada untuk saya dalam bidang ini. Jika saya fokus, tidak lupa diri dan usaha bersungguh-sungguh, saya juga boleh berjaya."


Watak Di Awal Pembabitan Dalam Dunia Lakonan


Khalayak yang banyak menyuarakan pandangan, bertanya kenapa saya asyik dapat watak remaja atau pelajar sekolah. Padahal, saya sudah berusia 20-an. Mungkin sebab badan saya tidak begitu besar dan wajah nampak macam remaja. Dalam drama Klik yang akan datang, saya menjadi pelakon paling berusia di kalangan pelakon-pelakon lain. Bagaimanapun, saya okey, bagi saya itu semua rezeki. Dalam Ramadan Terakhir, kiranya watak saya yang paling berbeza, lebih matang berbanding watak lain.

Berikut Adalah Serba Sedikit Latar Belakang Beliau

NAMA SEBENAR: Suhairil Suhari
PANGGILAN KOMERSIAL: Aeril Zafrel
ASAL: Batu Pahat, Johor
TARIKH LAHIR: 2 Disember 1988
ZODIAK: Sagittarius
KARIER: Pelakon
KELUARGA: Anak ke-4 daripada 5 beradik

DRAMA: Kisah Kaisara, Kasut Tumit Tinggi, Kita, Senja Permai, Durja Ningsun, Klik,Pelarian,Ramadan Terakhir,Putri Kayangan, Iqra dan Samson & Delaila

FILEM: Aku Tak Bodoh,7 Petala Cinta, Cinta Kura-Kura ,Hantu Dalam Botol Kicap,Hanya Aku Cinta Kamu Seorang (H.A.C.K.S),Pailang,99X Rindu

MULA BERLAKON: 2008

PENCAPAIAN: Finalis kategori Artis Baru Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)2011

**PERHATIAN!! Jangan terlepas Cerita Hangat, tips blogging, SEO optimize dan buat duit di SINI - HOT!!

Gambar-gambar terkini Aeril Zafrel