Wednesday, March 6, 2013

Terkini Di Lahad Datu | Serangan Di Teruskan, Lebih Ramai Penceroboh Maut Di Tembak


Terkini Di Lahad Datu | Serangan Di Teruskan, Lebih Ramai Penceroboh Maut Di Tembak | LAHAD DATU: Pasukan keselamatan Malaysia menembak mati lebih ramai lelaki bersenjata apabila mereka memperluaskan pemburuan terhadap kumpulan bersenjata Sulu pada Rabu, selepas operasi ofensif menentang kumpulan itu di Kampung Tanduo pada Selasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, lelaki bersenjata yang dipercayai dari kesultanan sulu terbunuh dalam pertempuran di tiga lokasi berasingan selepas polis dan anggota tentera memperluaskan pencarian mereka ke Kampung Tanjung Batu, kira-kira dua kilometer dari Kampung Tanduo.

“Kami percaya sebahagian musuh (penceroboh dari kesultanan sulu) terbunuh walaupun kami tidak mengesahkan bilangan kematian buat masa ini,” katanya.

Beliau berkata, mereka mempercayai lelaki bersenjata Sulu berjaya melarikan diri ke Kampung Tanjung Batu dari Kampung Tanduo dan polis memburu mereka di sana. – mStar

"Ya Allah Ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkau Maha Besar, Engkau selamatkanlah penduduk-penduduk yang berada di sekitar Sabah dan juga Tentera serta Anggota Polis yang bertugas mempertahankan Negara Malaysia dari ancaman penceroboh kesultanan sulu. Ya Allah. Begitu juga rakyat Malaysia yang berada di Kedutaan Malaysia di Filipina. Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau tempatkan lah mereka yang gugur demi mempertahankan negara Malaysia di kalangan para Syahid Fisabilillah." Aminn Ya Rabbal Alamin

Lagi Berita Kes Pencerobohan Di Lahad Datu

No comments:

Post a Comment