Penceroboh Sulu Guna Taktik Keji Umpan Kubur Tentera Merka Untuk Serang PAgukan Keselamatan Negara | Kuala Lumpur: Kubur pengganas Sulu yang ditembak mati disyaki dijadikan ‘umpan’ oleh saki-baki rakan mereka untuk menyerang hendap anggota pasukan keselamatan yang berusaha mendapatkan mayat itu.
Sumber pasukan keselamatan berkata, pihaknya percaya saki-baki pengganas Sulu yang kini diburu, bersembunyi tidak jauh daripada kubur rakan mereka untuk memudahkan mereka melakukan serang hendap.
“Ini kerana mereka tahu kita akan berusaha mendapatkan mayat rakan mereka sebagai bukti dan untuk kita lakukan bedah siasat. Jadi, mereka akan tanam mayat rakan dan menunggu kehadiran pasukan kita untuk melakukan serang hendap.
“Berdasarkan situasi ketika pertempuran sebelum ini, kita percaya jumlah mereka yang bersembunyi itu tidak ramai. Mungkin dua atau tiga orang saja, tapi mereka lengkap bersenjata dan mampu mengancam nyawa anggota keselamatan kita,” katanya.
Menurutnya, maklumat diperoleh juga menunjukkan saki-baki pengganas terbabit tidak melakukan serang hendap itu serta-merta sebaik saja anggota pasukan keselamatan menghampiri kubur.
No comments:
Post a Comment