Fuh Kesian! Air Campur Berudu Jadi Hidangan Keluarga Penoreh Getah | JEMPOL: Seramai 50 keluarga yang kebanyakannya penoreh getah di Ladang Sebaling terpaksa menerima hakikat kemungkinan terminum dan termakan telur katak atau berudu.
Ini disebabkan mereka dibekalkan dengan air dari satu kawasan paya yang terletak di pinggir hutan tidak jauh dari kawasan penempatan ladang itu, yang pemprosesan airnya dilakukan pekerja Indonesia yang bertugas menjaga alat pam dan rumah rawatan air yang sudah usang.
M Kalimmah, 52, berkata mereka dibekalkan air percuma tetapi kualitinya tidak dijamin bersih.
Ia kotor dan kadang kala berwarna coklat dan jika musim hujan, ia berlumpur dan pernah keluar anak berudu dari paip rumah saya, katanya kepada BERNAMA.
Beliau yang berpendapatan RM600, kurang senang dengan bekalan air di situ walaupun rumah yang disediakan kepada mereka oleh pihak ladang agak selesa.
Rakannya, K Sivakolunthu, 62, sanggup menunggang motosikal setiap hari ke Ladang Geddes berhampiran bagi mendapatkan bekalan air lebih bersih.
Setiap hari, saya bawa balik air paip dari Ladang Geddes dalam tiga bekas botol besar kerana saya tidak boleh minum air di rumah ini yang berbau dan ada banyak mendapan, katanya.
Beliau sudah lapan tahun tidak menggunakan air di rumahnya untuk minum tetapi isterinya terpaksa menggunakan air itu untuk memasak, mandi dan mencuci.
Tinjauan BERNAMA di kawasan paya yang dijadikan bekalan air untuk penduduk ladang itu mendapati, semua proses rawatan air dibuat menggunakan tenaga manusia dengan setiap hari pekerja akan memasukkan klorin.
Difahamkan, ladang itu diambil alih pengurusan baru dan mereka berjanji membekalkan air lebih bersih kepada penduduk tetapi projek itu belum dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment