Fuh Kejam! 20 Mayat Dengan Kesan Tembakan Di Kepala Di Temui | ALEPPO - Sekurang-kurangnya 20 mayat lelaki dengan kesan tembakan di kepala ditemui dalam keadaan terapung-apung di sebatang sungai utama bandar Aleppo, Syria, kelmarin.
Menurut aktivis, penemuan yang mengejutkan itu adalah insiden kedua terbesar selepas orang awam menemui 65 mayat di lokasi sama pada penghujung Januari lalu.
"Kebanyakan mayat ditemui terapung di Sungai Quwaiq yang menghala ke kejiranan pembangkang, Bustan al-Qasr. "Kita juga percaya mangsa dicampakkan dari hulu sungai dalam daerah Aleppo yang menempatkan kem-kem pasukan keselamatan Syria," katanya.
Katanya, beberapa mayat dalam keadaan kaki dan tangan diikat selain mempunyai kesan tembakan di bahagian kepala dan leher. Setakat ini, pihak kerajaan Syria masih belum memberi sebarang komen mengenai penemuan tersebut.
Sementara itu, pihak berkuasa Syria juga dilaporkan menyekat media bebas sekali gus menyukarkan penyebaran berita. - Al-Jaeera
No comments:
Post a Comment