Namun, terdapat sesuatu yang berbeza dengan minyak wangi yang satu ini. Sebuah minyak wangi buatan Demeter telah membuat minyak wangi dengan aroma mayat yang di namakan "Zombie Perfume" atau Minyak Wangi Zombie. Khabar baiknya, minyak wangi ini di buat secara berpasangan seperti yang biasa digunakan untuk golongan lelaki dan wanita.
Minyak wangi Zombie ini di bungkus dengan botol yang sangat menarik sehingga anda boleh membawanya ke mana saja. Untuk minyak wangi golongan lelaki, aromanya berasal dari ekstrak daun kering, jamur lumut dan aroma tanah sehingga boleh membuat anda merasakan aroma 'busuk dan reput" badan ketika menggunakannya.
Sementara untuk minyak wangi golongan wanita, aromanya lebih ringan dari minyak wangi lelaki. Mengandungi sedikit aroma wine untuk memberikan kesan feminin. Namun, sesuai dengan namanya, minyak wangiu ini tidak akan jauh dari aroma mayat.
Meskipun ini adalah minyak wangi Zombie, harganya juga tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan minyak wangi jenama lain yang dijual di pasaran. Harga minyak wangi Zombie untuk isipada 29 ml berharga sekitar $20. Sementara minyak wangi isipadu 118 ml harganya sekitar $39.50. Dengan harga seumpama itu, ia mampu bersaing dengan harga minyak wangi lain di pasaran.
Demeter adalah salah satu syarikat perusahaan yang mencipta minyak wangi dengan bau-bau yang aneh. Sekiranya anda tertarik untuk mencari minyak wangi dengan aroma yang luar biasa dari kelainan, anda boleh memeriksa daftar produk minyak wangi keluaran Demeter yang lain dan di sana, anda akan menemui pelbagai jenis aroma minyak wangi yang boleh membuatkan anda geleng kepala. Beberapa contoh minyak wangi yang ada di sana adalah minyak wangi beraroma mesin cuci automatik hinggalah kepada minyak wangi aroma kotoran.
No comments:
Post a Comment