Tips Susu Botol Untuk Anak Kucing Baru Lahir | Ada sesetengah ibu kucing tidak menyusukan anaknya atas sebab-sebab tetentu. Ini mungkin boleh menyebabkan ank kucing tersebut mati. Oleh itu, ada sesetengah inisiatif yang boleh diambil termasuklah menyusukan sendiri anak kucing tersebut dengan menggunakan botol.
Masa yang diperlukan: 10 hingga 20 minit beberapa kali dalam sehari
Apa yang Anda Perlukan:
1. Susu untuk anak kucing
2. Botol susu untuk kucing
3. Tuala lembut
Cara-caranya adalah seperti berikut:
1) Rendam botol susu tersebut didalam air panas kira-kira selama 5 minit. Kemudian, sejukkan semula botol tersebut.
2) Masukkan serbuk susu tersebut dengan jumlah yang betul. Kemudian, masukkan air panas. Pastikan air panas tersebut tidak terlalu panas. Ia haruslah 95 ° ke 100 ° fahrenheit ataupun bersamaan dengan suhu badan.
3) Ambil tuala dan bungkus anak kucing tersebut seperti bayi. cuba susukan anak kucing tersebut secara perlahan-lahan.
Tips: Jangan dongakkan kepala anak kucing tersebut, kerana susu mungkin akan masuk ke dalam paru-paru anak kucing tersebut dan boleh menyebabkan kematian.
No comments:
Post a Comment