Friday, March 15, 2013

Samsung Galaxy S4 (Review Harga Dan Specs)

Samsung Galaxy S4 (Review Harga Dan Specs)Samsung Galaxy S4 yang dinanti-nantikan selama ini akhirnya telah diperkenalkan secara rasminya pada hari ini. Secara luarannya rekebentuk Samsung Galaxy S4 tidak jauh berbeza dengan Samsung Galaxy S3 sama ada dari segi saiz dan juga shape. Cuma, Samsung Galaxy S4 mempunyai ciri fizikal yang lebih nipis dan ringan berbanding Samsung Galaxy S3.

Harga Dan Specs Samsung Galaxy S4, Review Samsung Galaxy S4 Specification.

Spesifikasi Samsung Galaxy S4

 
GALAXY S4
GALAXY S3
OSAndroid 4.2.2Android 4.0
Dimensions (mm)H136.6 x W69.8 x T7.9H136.6 x W70.6 x T8.6
Weight (grams)130133
Resolution1920×10801280×720
Display Size (inch)4.99 Super AMOLED4.8 Super AMOLED
Processor1.6GHz Octa-Core Exynos 5 / 1.9GHz Quad-Core Snapdragon1.4GHz Quad-Core Cortex-A9
RAM2GB1GB
Battery (mAH)26002100
Storage (GB)16, 32, 6416, 32, 64
Back Camera (Megapixels)138
Front Camera (Megapixels)21.9
Extra FeaturesNFC, IR Blaster, Temperature& Humidity SensorsNFC

Ciri Terbaru Samsung Knox

Kepada yang mengikuti perkembangan Samsung Knox di MWC 2013 yang lepas, kini ianya didatangkan bersama dengan Samsung Galaxy S4 sebagai peranti pertama yang menggunakannya. Samsung Knox digunakan untuk memudahkan pengguna mengasingkan kegunaan telefon pintar antara tugasan peribadi dan juga kerja.


Harga Dan Specs Samsung Galaxy S4, Review Samsung Galaxy S4 Specification.


Samsung Knox juga direka untuk keselamatan data dan juga sekuriti bagi membolehkan data pengguna pada peranti berkenaan lebih selamat berbanding yang lain.

Keupayaan Baru Kamera Samsung Galaxy S4

Nampaknya keupayaan kamera bagi Samsung Galaxy S4 telah dipertingkatkan berbanding Samsung Galaxy S3 dan juga keluaran sebelumnya. Kamera belakang dengan 13 Megapiksel membolehkan pengguna mencetak gambar dalam skala besar seperti banner. Manakala kamera di bahagian depan kembali menggunakan resolusi 2 Megapiksel seperti yang ada pada Samsung Galaxy S2 setelah mengalami downgrade ke 1.9 Megapiksel pada Samsung Galaxy S3.
Dual Camera

Antara ciri baru yang terdapat pada Samsung Galaxy S4 ialah fungsi dual camera yang membolehkan pengguna merakam dengan menggunakan kamera belakang dan juga kamera depan secara serentak. Galaxy S4 juga menyediakan beberapa templat yang boleh digunakan kepada wajah pengguna itu sendiri.
Drama Shot

Drama Shot pula membenarkan pengguna mengambil gambar sebanyak 100 kali dalam masa 4 saat yang kemudiannya boleh digabungkan beberapa gambar dalam satu frame seperti collage. Lebih menarik lagi pengguna juga boleh membuang gambar latarbelakang sekiranya perlu.

Harga bagi Smartphone Samsung Galaxy S4 ini dianggarkan 725 US Dollar (RM 2200)

No comments:

Post a Comment