Friday, March 15, 2013

Kisah Benar Pelacur Degil Cacat Dibaham Jerung


Kisah Benar Pelacur Degil Cacat Dibaham Jerung | PULAU REUNION: Seorang peluncur berpengalaman dibaham seekor jerung di Lautan Hindi selepas dia tidak mengendahkan amaran supaya tidak meluncur pada lewat petang.

Lelaki warga Perancis itu yang dipercayai berusia 40-an cedera parah selepas dibaham pada waktu paling bahaya di kawasan yang banyak ikan jerung.

Dia meluncur di kawasan di pantai barat Pulau Reunion, pulau peranginan Perancis kelmarin apabila jerung membahamnya dua kali menyebabkan sebelah kaki dan sebelah tangannya hilang.

Rakannya mendengar dia menjerit dan melihat dia berenang ke tepi pantai walaupun cedera parah.

Mereka membantunya naik ke darat sebelum menelefon ambulans yang membawanya ke hospital.

Jurucakap pihak berkuasa pulau berkenaan, Xavier Brunetiere berkata, kecederaan peluncur itu bagaimanapun tidak mengancam nyawa dan dia kini semakin pulih.

Ikan jerung yang mempunyai testosteron paling banyak berbanding haiwan lain di dunia, gemar berenang di perairan cetek di kawasan pantai.

Serangan terbaru itu adalah yang kelapan di Pulau Reunion sejak awal 2011. Tiga daripada serangan itu membabitkan peluncur yang mati akibat kecederaan.

Alexandre Rassica, 22, mati selepas kakinya dibaham seekor ikan jerung bulan lalu dan pada September tahun lalu, pengurus sebuah sekolah meluncur dan bekas juara sukan itu, Matthieu Schiller, juga mati akibat serangan haiwan berkenaan.

Rakan mangsa berusia 32 tahun itu berkata, jerung itu mengelilingi Schiller sebelum bertindak pantas membahamnya. Ia berlaku beberapa hari selepas Datuk Bandar Saint Leu, Thierry Robert, mencetuskan bantahan di kalangan pakar ekologi apabila dia membenarkan nelayan membunuh ikan jerung yang sebelum ini menjadi haiwan dilindungi di perairan pulau itu sebagai tindak balas terhadap peningkatan serangan.

Robert bersetuju menarik balik keputusannya selepas memperoleh jaminan kerajaan bahawa tindakan akan dilakukan bagi melindungi pengunjung pantai.

No comments:

Post a Comment