Showing posts with label serius. Show all posts
Showing posts with label serius. Show all posts

Friday, April 5, 2013

SERIUS : Pedang Damascus, Pedang Paling Tajam Di Dunia (7 Gambar)

Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar pembuatan pedang barat. Ketajamannya mampu menembus baju besi crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya.

Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik King Arthur.





Pedang ini diperbuat besi baja "damascus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat. Kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.

Setelah sekian lama pedang ini menjadi rahsia akan kehebatannya, akhirnya pengkaji barat telah berjaya membongkar rahsia pedang ini.



Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman mengakui kehebatan pedang ini


Rod "Damascus" bersaiz Nano didalam pedang Salahuddin Al-Ayyubi

Rupa-rupanya didalam pedang ini terdapat sebatang tiub rod "Damascus" yang bersaiz nano yang mudah lentur,tidak mudah patah dan sentiasa tajam sehinggakan mampu membelah apa saja.



Rod "Damascus" berupa rantaian atom karbon yang sangat hebat

CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.

Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur.



Salahuddin Al-Ayyubi
Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "damascus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.

Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.



Teks kajian barat tentang Pedang "Damascus"

SERIUS - JIHAD TANPA BAJU FEMEN DIDEPAN MASJID (9 GAMBAR)

Semalam adalah Hari Jihad Tanpa Baju Sedunia yang dianjurkan oleh kumpulan demo jalanan FEMEN. Di serata Eropah demo tanpa baju dianjurkan di hadapan kedutaan Tunisia dan masjid bagi membantah hukuman yang akan dijatuhkan keatas warga Tunisia Amina Tyler kerana memuat naik gambar beliau tidak berbaju ke internet. Amina Tyler memuat naik gambar topless beliau sebagai tanda protes terhadap polis moral yang mahukan mengawal apa yang harus dipakai oleh wanita Tunisia. Warga Islam Tunisia rata-rata terkejut dan malu dengan tindakan beliau dan mahu beliau dihukum dengan berat. FEMEN yang terkenal dengan protes tanpa baju mereka bangkit menyokong apa yang dilakukan Amina Tyler.




Laporan asal TempsReel

SERIUS - KUIH KHAS UNTUK AHLI PAS

#Ada siapa nak? Ok, makan la...

SERIUS : Anda Tahu Anak Lelaki Siapa Ini? (6 Gambar)

Yang pasti ibu bapa dia sangat femes. Jawapannya di bawah sekali.






Dia adalah anak kepada David Beckham. Tetapi rupanya taklah sekacak bapanya.

Thursday, April 4, 2013

SERIUS : Teknologi Komputer Dalam Filem Iron Man Kini Menjadi Kenyataan (3 Gambar)

Dalam filem, memanipulasi data digital sering kelihatan hebat berbanding dalam kehidupan sebenar, di mana terdapat paparan interaktif graphik dan bentuk 3D yang kelihatan terapung-apung dan boleh disentuh dengan tangan.

Dengan projek komputer seperti komputer desktop SpaceTop 3D ini mungkin akan merealisasikan kehidupan di dalam filem ke kehidupan sebenar. Sistem komputer ini akan membenarkan manusia untuk berinteraksi dengan kandungan digital dalam cara yang intuitif yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Ssitem ini akan mempunyai paparan LED yang telus dan beberapa jenis kamera yang akan mengikut pergerakan mata dan tangan. Pengguna hanya perlu menggunakan tangan seperti biasa untuk menggunakan papan kekunci. Namun, terima kasih pada kamera, pengguna juga boleh mencapai tahap di mana tangan boleh "memegang dan menyentuh" model graphik 3D yang ingin diperbetulkan.

Komputer yang dikenali sebagai The SpaceTop 3D ini telah dibangunkan oleh Lee Jinha, seorang penyelidik interaksi dan juga seorang calon PhD di MIT. Interaksi adalah novel tetapi intuitif, membenarkan pengguna untuk "mengambil" dan mengerakkan objek digital di udara.

Walaupun terdapat beberapa kesan ketara yang akan menimbulkan masalah pada pengguna, Lee dan penaja projek ini berharap akan menyelesaikan masalah tersebut sebelum komputer ini boleh dijual kepada umum.





Serius : "Fairy Circles", Misteri Bulatan Aneh Di Namibia (9 Gambar)

Di kawasan padang di selatan Afrika, terdapat beribu-ribu bulatan aneh yang dikenali sebagai Fairy Circles. Bulatan yang bersaiz dari 2 meter sehingga 15 meter itu muncul di kawasan rumput Namibia, Angola dan Afrika Selatan.

Bulatan tersebut ditemui pada 1971, namun sejak itu, kajian gagal membuktikan apakah yang membuatkan fenomena itu terjadi. Menurut kepercayaan penduduk Himba, bulatan tersebut terjadi disebabkan oleh naga yang tinggal di bawah permukaan bumi dan menghembus udara panas dari bawah hinggalah ke permukaan. Selain dari itu, terdapat juga teori yang mengatakan bulatan itu telah dihasilkan oleh semut, anai-anai, radioaktif dan juga sisa toksik dan tumbuhan beracun iaitu Damara Euphorbia.









Wednesday, April 3, 2013

Serius : Popeye The Sailor Man Dalam Dunia Realiti (10 Gambar)

Mustafa Ismail seorang lelaki berusia 24 dari Egypt telah diberi nama Popeye kerana tubuhnya yang sasar. Perimeter biceps miliknya adalah 78 cm. The master of fap fap fap fap...









SERIUS : Lisa Dan Yusri Bercuti Di Los Angeles (10 Gambar)

Pasangan romantis, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim sempat meluangkan masa bersama dengan bercuti ke Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Lisa yang dikenali sebagai ‘Malaysian Sweetheart’ ini sempat berkongsi gambar mereka di sana di laman Instagramnya.

Antara tempat menarik yang dilawati di sana ialah Universal Studios, muzium lilin terkenal, Madame Tussauds Hollywood dan Hollywood Walk of Fame.



















source

Tuesday, April 2, 2013

SERIUS : Kucing Yang Sangat Melucukan (5 Gambar)

#Tak tahu kenapa aku gelak tengok gambar ni.