Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun ditemui kelaparan setelah polis menerima laporan jiran mengesan bau busuk dari apartmen yang didiaminya. Apabila polis melakukan pemerikasaan, mereka mendapati ibu kepada kanak-kanak ini sudah meninggal dunia selama 5 hari. Ketika diselamatkan anak kecil ini berkata beliau cuba merawat ibu beliau yang tiba-tiba terjatuh dengan menyapu losyen pada kulit ibunya. Tetapi usaha anak kecil ini tidak berjaya dan si ibu kemudian mati. Apabila cuba mendapatkan bantuan sekali lagi dia gagal keluar kerana chain-lock pada pintu terlalu tinggi.
#Satu keadaan yang sedih, ibu mati di depan mata dan budak ni sedaya upaya cuba selamatkan ibunya dengan menyapu losyen.
Laporan asal ABCLocal
Selamat datang ke Poboya Sulawesei Tengah. Disini terdapat sebuah lombong emas yang dijalankan secara haram oleh penduduk setempat. Demi sesuap nasi mereka sanggup berkerja di persekitaran yang berbahaya.



Lain ceritanya di Ampang. Hari ini seorang ustazah dijatuhi hukuman 8 tahun kerana bersubahat membantu suami beliau merogol anak kandung mereka berumur 15 tahun. Ustazah berumur 37 tahun dan suami beliau berumur 38 tahun dikatakan melakukan kesalahan ini pada Julai 2011 di Ampang Permai Prima. Ustazah ini membantu suami memaksa si anak menanggalkan pakaian sebelum menutup mulutnya ketika dirogol suami. Si suami sudahpun mengaku bersalah Oktober tahun lalu dan dijatuhkan hukuman 9 tahun penjara dan 10 kali sebatan.
#This is Malayness
Laporan asal The Star
#Satu masalah bagi mereka yang tinggal di appartment atau condo, macam2 sampah boleh dibuang dari atas rumah.

#Ini yang buat aku emo lebih ni! Naharommmm!
#Sebenarnya gambar-gambar ini telah disiarkan dalam Utusan Malaysia. Mungkin ramai yang tidak tahu, masi sematkan dalam diri anda benci kepada penganas dan penceroboh negara!
Penjaga gol yang disebut-sebut bakal bermain untuk skuad Brazil dalam Piala Dunia 2014 semalam mengaku membunuh bekas teman wanitanya sebelum memberi cebisan mayat itu kepada anjing.
Bruno Fernandes De Souza, 28, sebelum itu dituduh membunuh Eliza Samudio bagi mengelak dipaksa menanggung saraan anak mereka yang dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan. De Souza sebelum ini menafikan terbabit dalam kematian Eliza, 25, tetapi ketika perbicaraan dilangsungkan di mahkamah semalam, bekas pemain kelab Flamengo itu menceritakan bagaimana pasangannya itu dibunuh.
Kata De Souza, kawan baiknya, Luiz Henrique Romao mengupah seseorang untuk membunuh Eliza. Walaupun tidak mampu mengarahkan bekas kekasihnya dibunuh, De Souza mengaku menerima bantuan Romao. De Souza dituduh merancang penculikan Eliza dan membunuh wanita terbabit dengan bantuan lapan orang lain, termasuk isterinya, Dayane, seorang lagi bekas kekasihnya, seorang sepupu dan bekas anggota polis, Marcos Santos.
Pendakwa berkata, De Souza melihat Santos menyeksa Eliza sehingga mati sebelum membantu bekas anggota polis itu memotong mayat mangsa. Sebahagian daripada cebisan mayat Eliza diberi kepada anjing De Souza sebagai makanan, manakala selebihnya ditanam di bawah lapisan simen. Dalam perbicaraan awal, Romao didapati bersalah membunuh Eliza dan dihukum penjara 15 tahun.
Santos pula akan mula dibicarakan bulan depan. Sebelum ditangkap, De Souza disebut-sebut akan berpindah ke kelab AC Milan.
Ketika disoal siasat, dia mendakwa, Eliza masih hidup dan berada di luar negara.
Namun, dia memberitahu mahkamah di Contagem, sepupunya, Jorge Rosa, menyaksikan pembunuhan itu dan menceritakan apa yang berlaku kepadanya. “Selepas diculik, Eliza dibawa ke rumahnya di Belo Horizonte dan Santos yang diupah sebagai pembunuh menunggu di situ,” katanya.
Eliza yang didakwa pernah menjalin hubungan dengan bintang Real Madrid, Cistiano Ronaldo berselisih faham dengan de Souza selepas hamil akibat hubungan sulit mereka.
De Souza dan Eliza bertemu kali pertama pada Mei 2009.



