Showing posts with label Fuh Serius. Show all posts
Showing posts with label Fuh Serius. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

Fuh Serius Ngeri Geli! Pokok Tumbuh Dalam Paru-Paru Orang Ini


Fuh Serius Ngeri Geli! Pokok Tumbuh Dalam Paru-Paru Orang Ini | Apabila berusia 28 tahun Artyom Sidorkin menjalani pembedahan untuk membuang tumor yang disyaki kanser menyebabkan dia sakit dada yang melampau, kakitangan perubatan di Izhevsk di Ural, Rusia begitu terkejut melihat pokok kecil yang berkembang di dalam paru-paru Sidorkin. Pokok sepanjang lima sentimeter ditemui oleh pakar bedah, Vladimir Kamashev, 

Kes sebegini pernah berlaku sekitar2007 di mana doktor Cina beroperasi pada seorang gadis berusia sepuluh bulan dengan masalah pernafasan mendapati bilah rumput tumbuh dalam paru-paru kanannya.

Thursday, March 21, 2013

Fuh Serius! Video Budak 4 Tahun Memandu Di Tengah Kesesakan Jalan Raya


Fuh Serius! Video Budak 4 Tahun Memandu Di Tengah Kesesakan Jalan Raya | Setakat yang anda tahu, umur berapa kah yang paling muda bawa kereta di tengah-tengah jalan raya yang sibuk? Mungkin ada yang lagi muda dan mungkin tidak.

Tapi anak Cina yang dipanggil Jia Zheng ni, di Jinal, wilayah Shandong, China, baru berusia 4 tahun, tetapi telah dibiarkan oleh ayahnya memandu kereta. Mungkin ayahnya yang menekan brek dan masukkan gear, wallahu a'lam, tak nampak dalam video.



Steady je kan?

Tuesday, March 12, 2013

Fuh Sia-Sia! Putus Telinga Gara-Gara Putus Cinta


Fuh Sia-Sia! Putus Telinga Gara-Gara Putus Cinta | BERLIN – Telinga kiri seorang pelajar perempuan di Jerman rabik selepas digigit bekas kekasihnya dalam serangan ala petinju Mike Tyson, lapor sebuah akhbar semalam.

Mangsa, Stephanie, 19, dipercayai baru memutuskan hubungan dengan teman lelakinya, Mike, 29, seorang pekerja pembinaan yang dikenalinya selama hampir dua tahun lalu.

“Mike seorang yang kuat cemburu. Dia berjanji menyintai saya tetapi kemudian memukul dan marah dengan tiba-tiba,” kata Stephanie.

Selepas berbincang dengan tiga lagi rakan sekolah, dia memutuskan untuk menamatkan hubungan dengan Mike.

Namun, pelajar sekolah tinggi di bandar Jessen dekat sini kemudian didatangi Mike pada sebelah malam di rumahnya sebelum tiba-tiba lelaki itu menggigit telinganya.

“Saya menyangka dia mahu berbincang mengenai hubungan kami semula tetapi telinga saya digigit dan ia amat sakit sehingga berdarah,” kata Stephanie.

Doktor gagal menyambung semula bahagian telinga itu menyebabkan sebuah mahkamah daerah pada Rabu lalu menjatuhi hukuman penjara setahun dan denda 1,600 euro (RM8,176) terhadap Mike.

Kes itu mirip serangan Tyson terhadap lawannya Evander Holyfield dalam satu perlawanan tinju di Las Vegas, Amerika Syarikat pada 28 Jun 1987.

Friday, March 8, 2013

Eee Yerks!! Hingus Wartawan Meleleh Ketika Membuat Liputan


Eee Yerks!! Hingus Wartawan Meleleh Ketika Membuat Liputan | TORONTO - Seorang wartawan di Kanada, Saphia Khambalia merah padam apabila hingusnya meleleh dari hidungnya semasa dia membuat liputan di depan kamera dan disaksikan oleh penonton, lapor sebuah akhbar semalam.

Insiden yang memalukan itu berlaku baru-baru ini semasa wanita itu yang bekerja untuk stesen televisyen City TV News Toronto membuat laporan langsung di sebuah dewan di sini.

Ketika itu, dia membuat liputan mengenai kehadiran pelakon popular Hollywood, Charlie Sheen di bandar ini.

Semasa kali pertama hingusnya keluar, Khambalia, 23, menyapunya dengan menggunakan rambutnya tetapi sejurus kemudian, hingusnya masih lagi meleleh.

Bagi mengelakkan dirinya daripada terus malu, dia segera menamatkan laporannya apabila melihat hingusnya terus meleleh dan mengenai mikrofon yang dipegangnya. - Agensi

Pekerja Ladang Teh Hanya Untuk Wanita Sunti Dan Ber Payu Dara Besar! LoL!


Pekerja Ladang Teh Hanya Untuk Wanita Sunti Dan Ber Payu Dara Besar! LoL! | GUSHI - Sebuah ladang teh di China hanya akan mengupah perawan untuk mengutip daun teh di ladang mereka kerana mahu mengekalkan kualiti daun itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Gadis-gadis itu juga tidak dibenarkan mengutip daun teh dengan tangan tetapi perlu menggunakan mulut mereka untuk melakukan tugas tersebut.

Daun teh yang sudah dipetik itu perlu dimasukkan ke dalam sebuah bekas yang diikat di leher mereka.

Dalam satu iklan untuk mencari pemungut teh sepenuh masa, pihak pengurusan Ladang Jiuhua yang terletak di sini, wilayah Henan menyatakan, pemohon mesti seorang perawan dengan saiz payu dara yang agak besar.

"Mereka perlu membersihkan diri setiap kali sebelum mula bekerja dan melakukan senaman khas untuk menguatkan leher dan bibir," kata jurucakap ladang berkenaan, Li Yong.

Menurutnya, ladang itu menawarkan gaji £50 (RM249) sehari yang dianggap lumayan di China kepada gadis-gadis terbabit.

Legenda tempatan menyatakan, daun teh itu dipungut oleh pari-pari dengan menggunakan mulutnya dan minuman herba tersebut didakwa dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. - Agensi

Fuh Selamber! Budak 10 Tahun Tangkap Buaya


Fuh Selamber! Budak 10 Tahun Tangkap Buaya | ROCKLEDGE - Seorang budak lelaki berusia 10 tahun terkejut melihat seekor buaya jenis alligator sepanjang lebih 1 meter menyambar jorannya ketika dia memancing di sebuah terusan di sini, negeri Florida, Amerika Syarikat.

Jauh sekali melarikan diri, budak lelaki berkenaan, Michael Dasher sebaliknya bergelut dengan buaya tersebut selepas ia naik ke darat.

Dengan bantuan dua rakannya, Dasher mengikat mulut reptilia tersebut sebelum menyeret haiwan itu ke rumahnya yang terletak berdekatan kerana tidak mahu dituduh hanya mereka-reka cerita.

Dia hanya mengalami beberapa kesan calar dan luka kecil pada badannya dalam pergelutan tersebut.

"Cucu saya tidak takut pada apa-apa pun," kata datuknya yang berusia 57 tahun, Benji Cox.

Reptilia itu kemudian dibebaskan pihak berkuasa hidupan liar kerana ia tergolong dalam spesies yang dilindungi di AS dengan mereka yang menangkapnya berdepan denda AS$500 (RM1,512) dan hukuman penjara hingga 60 hari. - Agensi