Showing posts with label Fuh Gila. Show all posts
Showing posts with label Fuh Gila. Show all posts

Saturday, April 6, 2013

Fuh Gila Bapak Besar!! Tikus Gergasi Di Temui Dalam Kedai Kasut


Fuh Gila Bapak Besar!! Tikus Gergasi Di Temui Dalam Kedai Kasut | Satu gambar yang menunjukkan seekor tikus gergasi didakwa dijumpai dalam sebuah kedai kasut di bandar raya New York, Amerika Syarikat telah tersebar luas dalam internet.

Imej tersebut dikatakan menunjukkan seorang pekerja kedai Foot Locker di The Bronx sedang memegang tikus mati sebesar 3 kaki di atas penyeduk.

Satu tikus gergasi yang lebih kurang sama besar, telah dijumpai di kawasan Brooklyn, New York pada tahun lepas, dikatakan tikus spesis Gambian Pouched.

Dr. Robert S Voss, kurator mamalia di American Museum of Natural History di New York, berkata: “Tidak mungkin tikus itu adalah tikus biasa yang terdapat dalam pembetungan. Saya pasti 90 peratus yang tikus itu adalah dari spesis Gambian Pouched.”

Dr. Voss berkata yang ada kemungkinan bahawa tikus tersebut adalah binatang peliharaan yang melarikan diri. Beliau juga berkata yang binatang jenis ini kelihatan garang tetapi sebenarnya mereka sangat suka bermain dan jinak. (Orange UK)

Friday, April 5, 2013

Fuh Kebodohan Manusia! Dera Diri Sendiri Atas Nama Seni?


Fuh Kebodohan Manusia! Dera Diri Sendiri Atas Nama Seni? | David Nebreda adalah seorang jurugambar sepanyol yang suka menyisihkan dirinya dari masyrakat semenjak dari umurnya 19 tahun lagi . 

Lebih menyedihkan beliau menghidap sejenis penyakit yang memudaratkan , lantaran itu beliau mengasingkan diri dari kelompok manusia dan terputus komunikasi dengan semua orang. Beliau mengunci dirinya didalam apartment dan tidak siapa pun tahu apa yang berlaku kepadanya.

Sebagai jurugambar yang mempunyai ijazah seni , beliau merancang untuk melakukan penderaan keatas dirinya sendiri . Dengan melukakan tubuh badannya dengan peralatan2 tajam dan beliau merasa puas dengan ukiran 'SENI' yang dilakukan.




Tuesday, April 2, 2013

Fuh Gila! Inilah Cincin Perkahwinan Paling Mahal Di Dunia

Cincin Perkahwinan Paling Mahal Di Dunia 

Fuh Gila! Cincin Perkahwinan Paling Mahal Di Dunia | Mula-mula admin tengok cincin ini memang jatuh hati tetapi bila tengok harganya membuat admin terjatuh dari kerusi. Admin paparkan Top 3 Cincin Termahal Di Dunia. Nice To See But Not To Buy.



1. De Beers Platinum
Nampak simple tetapi mempunyai kilauan berlian yang sangat sempurna dan mewah, Sebuah berlian 9 karat menjadikan cincin ini paling mahal didunia dengan harga hampir RM 1.83 Million.





2. Tiffany Oval Diamond
Cincin ini sangat sesuai kepada golongan yang sukakan glamour. Cincin yang disebelah kiri ini terpasang sebuah berlian oval 14, 79 karat dengan harga RM 1.46 Million dan cincin kanan pula dengan berlian 12, 3 karat bernilai RM800.000.



3. Internally Flawless
Cincin jenis berlian platinum ini adalah koleksi dari rumah perhiasan Elizabeth Taylor, Los Angeles. Di bahagian tengah cincin ini terdapat berlian oval 5, 98 karat dan dikelilingi berlian 3, 96 karat sebanyak sepuluh buah sehingga terbentuk seperti bunga. Cincin ini bernilai RM 1.3 Million.

Pssttt...Cincin Kak Mah 24 Million mana? :p

Monday, April 1, 2013

Fuh Pelik Dan Bangang! Lelaki Ini Ketagih Makan Bangkai Sejak 60 Tahun Dahulu


Fuh Pelik Dan Bangang! Lelaki Ini Ketagih Makan Bangkai Sejak 60 Tahun Dahulu | Bangkai haiwan yang mati akibat dilanggar kenderaan dan terbiar di tepi jalan seringkali menimbulkan perasaan yang tidak menyenangkan. Namun, seorang pesara kerajaan di Britain, Arthur Boyt, 75, menganggap bangkai seperti itu merupakan hidangan paling enak untuk dimakan dan ia percuma.

Selera pelik lelaki dari Cornwall, England itu bermula sejak lebih 60 tahun dahulu.

“Semasa berumur 13 tahun, saya terjumpa burung kuang yang mati dilanggar kereta di tepi jalan.

“Saya terus membawanya pulang dan meminta ibu memasaknya. Rasanya sungguh lazat,” cerita Boyt.

Lelaki kulit putih itu mengaku dirinya seorang pencinta haiwan tetapi kandungan peti sejuknya membuatkan dakwaan itu boleh dipersoalkan. Ini kerana peti sejuknya yang bersaiz besar dipenuhi bangkai haiwan seperti burung kuang, kancil, rubah, angsa, burung hantu dan tupai. Dalam masa yang sama, saiz peti sejuk terus menjadikan dia gelisah.

“Rasanya saya perlu memikirkan ruang penyimpanan lain di dalam rumah untuk mengisi stok makanan,” tutur Boyt.

Walaupun perbuatannya itu bersifat eksentrik, Boyt sebenarnya memiliki ijazah dalam bidang sains biologi, yang membolehkan dia mengenal pasti bahagian daging bangkai haiwan yang masih baik untuk dimakan.

Boyt yang gemar memakai topi bulat berwarna biru dan kaca mata bersaiz besar memberitahu, daging haiwan tersebut perlu dimasak dalam suhu yang tinggi serta tempoh yang lama.

“Saya meneruskan kehidupan dengan makan bangkai haiwan selain memakan sayur-sayuran yang ditanam sendiri di rumah.”

“Kelebihannya, saya sudah lama tidak membeli barangan basah seperti daging, ikan dan sayur-sayuran di pasar raya,” katanya.

Boyt akan memastikan keseluruhan bulu haiwan, darah, jantung, buah pinggang dan bahagian kulit dibuang terlebih dahulu.

Bagaimanapun, kepala haiwan dan isinya tidak dibuang kerana baginya otak haiwan mempunyai rasa yang mengagumkan.

“Saya juga akan melabel setiap stok makanan, menyimpannya di dalam beg plastik bersaiz besar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk,” terang Boyt.

Walaupun terdapat bangkai haiwan yang disimpan Boyt merupakan spesies haiwan yang terancam, ia tidak menjadi satu kesalahan di Britain. Antara makanan eksotik kegemarannya ialah kelawar dan memerang.

“Secara jujur daging haiwan yang telah busuk lebih enak dan rangup. Saya lebih mengetahuinya berbanding orang lain,” ujarnya yang tidak pernah mengalami sebarang keracunan.

Boyt menggelar dirinya freegan iaitu gabungan dua perkataan bahasa Inggeris, free dan vegetarian yang bermaksud percuma dan pemakan sayur-sayuran.

Individu freegan akan mencari pelbagai jenis makanan terbuang sama ada untuk disimpan atau dimakan terus.

Isteri Boyt, Sue yang telah menjadi pasangan hidupnya selama lebih 20 tahun tidak menggemari tabiat pemakanan suaminya itu.

“Sue sanggup makan seorang diri di dalam bilik tidur berbanding duduk semeja dengan saya,” kata Boyt.

Pasangan suami isteri itu masih tidak mempunyai zuriat dan memelihara dua ekor anak kucing betina yang salah seekor diberi nama Pie.

Boyt turut dilontarkan pertanyaan andai Pie dilanggar kereta adakah ia akan menjadi pengisi perutnya juga?

“Tidak sama sekali. Isteri saya pasti tidak akan menyukainya,” kata Boyt yang mengakui dia sering dimarahi si isteri kerana terlupa mengeluarkan bangkai haiwan dari but kereta hinggakan kereta sering berbau busuk.

Sunday, March 31, 2013

Lagi Kebodohan Ditemui - Wanita Ini Jual Kentut Di eBay


Lagi Kebodohan Ditemui - Wanita Ini Jual Kentut Di eBay | Ramai orang yang memanfaatkan eBay untuk berdagang barangan koleksi dan keperluan hinggalah ke barang yang sukar ditemui tapi yang peliknya, seorang wanita dengan nama akaun kbug1978, menjual kentutnya di dalam balang kaca yang tertutup rapi di dalam eBay..

Mungkin anda tertanya-tanya apa kebaikan atau manfaat kentut wanita ini sehingga dijual di eBay. Namun yang pasti, benda ini memang benar-benar dijual oleh seorang wanita.

Dia menjual produk yang sangat unik.

"ini adalah kentut yang amat segar yang ditulis pada sebuah bekas, sangat mungil dan menawan.. saya yakin kentut ini cukup murni dan tidak tercemar oleh udara atmosfera.. anda boleh mendapatkan kentut dalam botol ini dengan hanya $2-$50"

Dr Fuh - Bodoh lagi siapa yang membeli kentut perempuan ini!

Saturday, March 30, 2013

Fuh!! Kebodohan Apakah Ini? Wanita Ini Rela Kahwini Babi Hutan


Fuh!! Kebodohan Apakah Ini? Wanita Ini Rela Kahwini Babi Hutan | Seorang wanita yang dikenali sebagai Mary Cooper, 29, telah bertindak pelik apabila saya membuat babi hitam sebagai suami untuk membenarkan babi untuk tidur di atas katilnya. Babi telah dinamakan Dinky.

Mary bekerja sebagai guru muzik di sekolah, kata dia jatuh cinta dengan babi hitam pada pandangan pertama, sebelum bertindak untuk mengahwininya.

“Saya membeli babi tahun lepas. Dinky babi adalah lucu dan menghiburkan,” katanya.


Di samping babi hitam, Maria juga mempunyai 16 lain haiwan peliharaanya. Dinky adalah haiwan yang paling disayangi apa begitu bersedia untuk tidur dengan katil.

Fuh Ngeri! Simpan Mayat Ibu Selama Tiga Tahun. Motif?


Fuh Ngeri! Simpan Mayat Ibu Selama Tiga Tahun. Motif? | Menurut pihak berkuasa, pasangan adik-beradik itu mendakwa tidak melakukan sebarang kesalahan atas kematian ibu mereka.

Sumber berkata, wanita terbabit sudah meninggal dunia selama tiga tahun.

“Mayat wanita itu disimpan anak-anaknya kerana mereka percaya si mati bertukar menjadi tuhan,” katanya. Ekoran penemuan rangka itu, pihak berkuasa menahan dan mendakwa seorang lelaki berusia 65, dua wanita berusia 59 dan 52 tahun kerana bersubahat mengabaikan mayat.

Sumber polis berkata, adik-beradik itu ditahan di rumah mereka di Usa di wilayah Oita.

Terdahulu, pihak berkuasa melawat rumah mereka bagi menyiasat kemungkinan ada wanita tua didera.

Sumber berkata, pada awalnya penyiasat tidak dibenarkan masuk, malah dihalau dari situ.

“Apabila berjaya masuk, penyiasat menemui rangka wanita terbabit di atas katil,” katanya. Pegawai forensik berkata, jika wanita itu masih hidup, dia berusia 88 tahun ketika ini.

Sementara itu, jiran berkata, satu ketika dulu, keluarga terbabit dihormati penduduk setempat, tetapi menimbulkan kecurigaan apabila melakukan amalan aneh.

Keluarga itu juga enggan bercampur dengan masyarakat setempat.

Friday, March 29, 2013

Fuh Gila Bangang! Makan Daging Wanita Untuk Menyucikan Jiwa


Fuh Gila Bangang! Makan Daging Wanita Untuk Menyucikan Jiwa | BRASILIA: Tiga warga Brazil didakwa membunuh tiga wanita dan memakan daging mereka sebagai sebahagian upacara pemujaan yang bertujuan mensucikan jiwa mereka dan mengawal pertumbuhan populasi, kata polis.

Pihak berkuasa semalam mengenakan tuduhan itu ke atas tiga suspek berkenaan - pasangan suami isteri dan seorang wanita, menuduh mereka membunuh tiga mangsa terbabit yang berusia antara 17 dan 31 tahun antara 2008 dan tahun ini di timur laut Pernambuco. “Tertuduh mengakui memakan daging mangsa mereka,” kata jurucakap polis, Paulo Berenguer kepada wartawan sambil menambah polis masih menyiasat sama ada mereka terbabit dengan kematian empat orang lagi.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek masing-masing berdepan hukuman maksimum 30 tahun penjara.

Thursday, March 28, 2013

Fuh Gila! Rebus Telur Ayam Guna Air Kencing?


Fuh Gila! Rebus Telur Ayam Guna Air Kencing? | Di China memang terkenal dengan pelbagai keunikan dan kepelikan. Sanggupkah anda memakan telur yang di rebus menggunakan air kencing budak sekolah berusia lingkungan sepuluh tahun. Kononnya, berkhasiat dan mampu mengubati penyakit.

RATUSAN telur direbus dengan menggunakan air kencing di wilayah Zhejiang, China dengan menggunakan resipi berusia ribuan tahun lalu.

BEIJING – Sebuah kedai di wilayah Zhejiang, timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Chef makanan tradisonal, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan semula makanan tradisional itu sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yang berumur 10 tahun, mereka kencing di dalam sebuah tong dan kami mengambil air itu pada setiap hari.

“Telur-telur itu akan direbus dalam air kencing tersebut dengan kulitnya,” katanya.


Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk.

Fuh Bangang! LElaki Ini Ditangkap Ketika Cuba Jual Kemaluan


Fuh Bangang! LElaki Ini Ditangkap Ketika Cuba Jual Kemaluan | SALIMA (Malawi) – Polis di negara ini menahan seorang lelaki berusia 24 tahun selepas dia cuba menjual kemaluan seorang lelaki berusia 45 tahun yang baru dipotong.

Polis di Lakeshore, di daerah Salima berkata, mereka menerima panggilan mengenai seorang lelaki yang terlantar berlumuran darah dan tidak sedarkan diri bersebelahan landasan kereta api hujung minggu lalu. Namun, ketika lelaki itu dimasukkan ke hospital, doktor terkejut apabila mendapat tahu kemaluannya sudah hilang, lapor media tempatan.

Ketua polis Salima, Foster Mangani berkata, polis dihubungi supaya ke sebuah motel di mana pemiliknya melaporkan seorang tetamu cuba menjual kemaluan kepadanya dengan harga AS$360 (RM1,080).


“Kami segera bergegas ke motel berkenaan dan menahan suspek. Kami turut menemui organ sulit itu,” katanya kepada akhbar Nyasa Times. Polis mengenali identiti suspek sebagai Samuel Banda.

Fuh Maca-Macam! Bagi Hadiah Sperma Tanda Cinta


Fuh Maca-Macam! Bagi Hadiah Sperma Tanda Cinta | Malu tapi mahu. Akibat sukar menyatakan cinta kepada gadis idaman menyebabkan seorang pemuda di China menghadiahkan sebotol sperma kepada gadis tersebut.

Zeng Lin yang menyangka bahawa botol berkenaan adalah pelembap telah menggunakannya seperti biasa. Namun bau yang berbeza membuatnya mengesyaki pelembap tersebut. Menurut kawannya cecair itu adalah air mani.

Atas tindakan pemuda itu, Gou Wen telah meminta maaf dan dikenakan denda oleh mahkamah di sana.

Menurut Gou, dia terlau mencintainya namun tidak pandai hendak menyatakannya.

Wednesday, March 27, 2013

Fuh Gila! Tahukah Anda Darah Belangkas Di Jual Dengan Harga RM17500 Seliter?


Fuh Gila! Tahukah Anda Darah Belangkas Di Jual Dengan Harga RM17500 Seliter? | Darah berwarna biru dari belangkas berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat. Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia. Tapi hanya 45 ekor jika belangkas di perairan Sabah kerana saiz lebih besar.Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut.

Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988.

Daging dan telur belangkas boleh dimakan oleh orang Islam. Masyarakat Melayu di Kota Tinggi, Johor menyediakan maasakan asam pedas dan sambal tumis belangkas. Ia juga boleh dimakan dengan hanya memanggang / membakar sahaja. Namun begitu untuk ia bukan sesuatu yang mudah kerana belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada deria (pening) atau biasanya dikenali sebagai MABUK.

Hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan dan hanya seseorang yang benar-benar tahu sahaja tahu cara menyediakan makanan laut dari belangkas ini.

Eee Yerkk! [Video] Tahukah Anda Apakah Bahan Utama Untuk Membuat Daging Burger Ini?


Eee Yerkk! [Video] Tahukah Anda Apakah Bahan Utama Untuk Membuat Daging Burger Ini? | Nampak macam best je daging burger dalam gambar tu kan? Tapi sanggupkah anda memakan daging burger yang sebenarnya dibuat dari 'najis manusia' itu?

Seorang saintis Jepun telah mencipta 'daging' burger yang diperbuat daripada najis manusia. Boleh dipanggil dengan nama 'Burger tahik'.

Mitsuyuki Ikeda, penyelidik dari Makmal Okayama, tampil dengan pendekatan baru selepas Tokyo Sewage (Kumbahan Tokyo) memintanya untuk mencipta sesuatu dengan menggunakan sisa buangan bandar tersebut.

Encik Ikeda mendapati bahawa najis yang memenuhi sistem penuh sesak dengan protein kerana semua bakteria.

Pasukan penyelidikannya yang mengekstrakkan protein untuk membuat stik buatan, yang bertukar menjadi warna merah dengan pewarna makanan dan berperisa soya.

Dalam video YouTube baru-baru ini beliau menjelaskan: "Kami menambah reaksi penambah dan memasukkannya ke dalam bahan letupan bagi menghasilkan daging buatan."

Ia terdiri daripada 63 peratus protein, 25 peratus karbohidrat, tiga peratus lipid dan sembilan peratus mineral.

'Daging' ini kini 10 hingga 20 kali lebih mahal dari burger daging lembu purata anda disebabkan kos penyelidikannya, namun Profesor Ikeda berharap untuk merendahkan harganya nanti.

Fuh Gila! Sudah 42 Tahun Orang Tua Ini Minum Minyak Tanah



Fuh Gila! Sudah 42 Tahun Orang Tua Ini Minum Minyak Tanah | Minyak gas atau gasolin memberi kuasa kepada kenderaan di seluruh dunia, tetapi seorang lelaki China yang sakit telah minum cecair melekit itu selama 42 tahun di bawah ilusi bahawa ia boleh melegakan kesakitan fizikal.

Chen Dejun, 71, hidup sendirian dalam kotej beratap jerami lusuh di atas bukit di Shuijiang, Nanchuan daerah perbandaran Chongqing di barat daya China. Lelaki yang pendek dan bertulang itu berkata beliau meminum 3 hingga 3.5 kilogram petrol setiap bulan, yang dia beli dari stesen di kaki bukit.

Chen dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Pemahat batu dan pakar menganyam buluh dengan deria perniagaan yang baik. Tetapi dia juga dikenali kerana ketagihannya meminum gasolin.

Chen Dejun mengamalkan tabiat peliknya bermula pada tahun 1969 apabila dia tiba-tiba mula batuk dan merasakan sakit di dadanya. Melihat tidak ada apa-apa perubahan selepas cuba makan beberapa jenis ubat, dia telah mengambil ubat tradisional dengan minum minyak tanah. Rupa-rupanya dia menjadi ketagih minum minyak tanah. Kemudian dia beralih minum petrol @ gasolin pula.

Chen berkata, adalah sukar untuk mengira dengan tepat berapa banyak petrol yang dia telah minum sepanjang hidupnya, tetapi akhbar Chongqing Evening News melaporkan Chen telah menggunakannya kira-kira 1.5 tan dalam tempoh 42 tahun yang lalu.

Chen Yuan Huibi isteri dan ketiga-tiga anak mereka cuba banyak kali untuk menghentikan ketagihan Chen meminum gasolin, tetapi usaha mereka membuat hubungan keluarga tegang. Lapan tahun yang lalu Chen berpindah ke desa untuk hidup bersendirian.

Sumber dari Honglou Hospital di Chongqing berkata kesihatan Chen baik walaupun mempunyai tanda-tanda emphysema. Chen enggan menerima pemeriksaan bebas daripada hospital.

Feng Fu, seorang profesor di Hospital Kedua Affiliated Chongqing Medical University berkata, Chen mungkin telah membangunkan beberapa rintangan terhadap gasolin.

Jika tidak, Feng berkata, adalah mustahil bagi Chen untuk hidup. Feng juga berkata gasolin hanya boleh berfungsi sebagai anestetik untuk Chen tetapi tidak boleh menyembuhkan sakit.

Fuh Gila! Sudah 3 Tahun Suami Minum Darah Isteri Sendiri. Motif?


Fuh Gila! Sudah 3 Tahun Suami Minum Darah Isteri Sendiri | Seorang wanita yang berusia 22 tahun di Damoh daerah Madhya Pradesh, India telah memberitahu polis bahawa suaminya meminum darahnya sudah tiga tahun. "Dia menggunakan picagari dan menyedut darah dari tangan saya," kata Deepa Ahirwar.

"Beliau kemudiannya akan isi dalam gelas dan minum. Selama tiga tahun beliau melakukan ini secara tetap, mengancam saya tentang akibat buruk jika saya mendedahkan ini kepada sesiapa pun."

Deepa telah berkahwin dengan buruh pertanian, Mahesh Ahirwar, di perkampungan Shikarpura pada tahun 2007. Beberapa bulan selepas perkahwinan itu, Mahesh mula mengambil darah dari urat isterinya dan meminumnya. Beliau berkata ia menjadikan dia kuat dan tidak berhenti walaupun Deepa telah mengandung.

Selepas dia melahirkan seorang anak lelaki tujuh bulan yang lalu, dia mula membantah. Dia memberitahu polis bahawa dia akan berasa lemah tenaga dan mual selepas pengekstrakan darah. Apabila dia menolak, suami memukulnya.

Awal bulan ini, Deepa, dengan bayi di tangannya, melarikan diri ke rumah ibu bapanya di bawah kawasan balai polis Patera. Apabila dia menyampaikan cerita kepada bapa petani itu, dia membawanya ke balai polis tempatan untuk mendaftar kes terhadap Mahesh.

Tetapi pihak polis berkata bahawa kes itu tidak berada di bawah bidang kuasa mereka dan perkara itu perlu dilaporkan kepada balai polis Hindoriya kerana mangsa tinggal bersama suaminya di kawasan itu.

Deepa dan ibu bapanya telah membawa kes itu ke Hindoriya, di mana mereka diarahkan ke bahagian kaunseling wanita. Polis Hindoriya kini telah mencatatkan laporan bahawa dia telah diseksa secara fizikal oleh suaminya.

Tuesday, March 26, 2013

Fuh Bangang! Bekas Ahli Bina Badan Lelaki Kini Menjadi Ahli Bina Badan Wanita?


Fuh Bangang! Bekas Ahli Bina Badan Lelaki Kini Menjadi Ahli Bina Badan Wanita? | Berusia 42 tahun, Chris Tina Foxx Bruce hujung minggu ini akan bersaing dalam pertandingan Border States Classic Bodybuilding.

Pelatih peribadi dari San Diego itu telah datang jauh sejak kali terakhir memasuki pertandingan bina badan hampir 20 tahun yang lalu. Beliau memulakan terapi hormon pada tahun 2008, melengkapkan transformasi dari lelaki kepada wanita transgender dengan implan payudara dan pembedahan muka pada tahun 2009.

Bruce bercerai dengan isterinya pada tahun 2007. Bekas isterinya (kedua-duanya adalah kekasih di sekolah tinggi) - tidak mengetahui bahawa bekas suaminya telah transgender sehingga tahun ini.

Kini, Bruce memasuki dunia semula bina badan yang kompetitif untuk kali pertama sejak tahun 1993, dan kali ini sebagai pesaing wanita - walaupun, secara anatominya dia masih lelaki.

Menurunkan berat badan daripada 230 paun kepada 190 paun untuk melayakkan diri, sirambut perang yang berketinggian 6 kaki 1 inci ini menjelaskan sukar berlatih sebagai seorang wanita.

Monday, March 25, 2013

Fuh Terkejut! Isteri Rupanya-Rupanya Seorang Lelaki


Fuh Terkejut! Isteri Rupanya-Rupanya Seorang Lelaki | ANTWERP: Seorang lelaki Belgium kecewa selepas menyedari bahawa isteri yang dikahwininya selama 19 tahun pada asalnya dilahirkan sebagai seorang lelaki.

Lelaki dari Antwerp yang dikenali sebagai Jan itu berkata beliau berasakan seluruh dunianya hancur selepas mendapat tahu perkara sebenar mengenai ‘isterinya’ yang dikenali sebagai Monica. Jan, 43 berkata beliau bertemu Monica apabila beliau yang berasal dari Indonesia tiba di Belgium untuk menjadi pengasuh kepada anak adik suaminya dan Jan menyifatkan bahawa ‘isterinya’ itu sebagai amat cantik dan bersifat kewanitaan, lapor Daily Mail. 

Beliau kini mula memahami mengapa isterinya itu tidak bagus apabila melakukan kerja rumah termasuk menggosok pakaian. “Saya menyangkakan dia seorang wanita yang menarik dan saya adalah wanita sejati kerana dia langsung memperlihatkan ciri lelaki seorang lelaki,” katanya kepada akhbar Belgium, Nieuwsblad. “Saya tidak mengesyaki apa-apa sehingga seorang sepupunya datang melawat dan semuanya terbongkar. 
“Saya katakan ini kepada anak lelaki saya dan beliau berkata pernah mendengar khabar angin bahawa Monica dulunya adalah seorang lelaki.” “Satu petang saya bersemuka dengannya dan beliau akhirnya mengaku bahawa dia dilahirkan sebagai seorang lelaki dan melakukan pembedahan menukar jantina.” 

“Dunia saya gelap beberapa saat. Saya rasa tertipu selama hampir 20 tahun,” katanya yang ternyata begitu kecewa. – Agensi

Sunday, March 24, 2013

Fuh Gila! Anak Potong Kemaluan Bapa Sebelum Potong Kemaluan Sendiri. Motif?!


Fuh Gila! Anak Potong Kemaluan Bapa Sebelum Potong Kemaluan Sendiri | DUNGUN - Akibat terpengaruh dengan ajaran sesat yang dipelajari menerusi internet, seorang anak sanggup memotong kemaluan bapanya sebelum bertindak memotong kemaluannya sendiri di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya, di sini awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, suspek yang bekerja sebagai penyelia sebuah kilang di ibu negara turut bertindak memaksa abang iparnya memotong kemaluan sendiri namun lelaki tersebut berjaya melarikan diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata, suspek yang menetap di Balakong, Selangor pada mulanya pulang untuk bercuti bersama keluarganya di kampung sejak minggu lepas.

Namun selepas lima hari bercuti di kampung, suspek mengambil keputusan menghubungi ahli keluarganya yang lain untuk berkumpul di rumah tersebut bagi menyampaikan 'amanat' yang mustahak.

"Ketika sebahagian ahli keluarga berkumpul sejak petang semalam, suspek mula berkongsi dan berceramah mengenai ajaran sesat yang dipelajarinya dengan mengatakan dunia akan kiamat pada Jumaat.

Bagaimanapun suspek tidak memberikan tarikh sebenar hari kiamat seperti yang didakwa berlaku.

"Suspek kemudiannya secara tiba-tiba bertindak agresif dengan merotan dan memukul bapanya bagi membuatkan warga emas itu menangis untuk 'mengeluarkan semangat Imam Nawawi' daripada badan bapanya, namun gagal," kata Manoharan ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Manoharan berkata setelah gagal membuatkan bapa menangis, suspek meminta sebilah pisau dari abang iparnya sebelum meluru masuk ke bilik tidur bapanya dan bertindak memotong kemaluan bapanya sebelum memotong kemaluannya sendiri.

Akibat kejadian itu, suspek dan mangsa yang berusia 67 tahun terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini akibat mengalami pendarahan yang banyak.

Beliau berkata suspek dan mangsa kini masih berada dalam keadaan kritikal dan pihak hospital sedang berusaha untuk menyambung semula kemaluan dua beranak itu yang terputus.

"Justeru, kita percaya suspek terpengaruh dengan ilmu sesat yang dipelajari menerusi internet hasil siasatan yang dijalankan," katanya.

Kes disiasat di bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Sementara itu, isteri suspek yang hanya mahu dikenali sebagai Suzi, 33, berkata suaminya mula menunjukkan perubahan sejak dua bulan lalu.

Namun beliau tidak mengsyaki sesuatu yang pelik dan hanya menyangka suaminya ingin berubah dan mendekatkan diri kepada Tuhan.

"Suami telah balik ke kampung sejak lima hari lalu dan dia ada mengajak saya pulang namun saya kata tidak dapat pulang bersamanya kerana anak masih bersekolah.

"Saya tiba di kampung suami kira-kira pukul 5 pagi tadi dan terkejut ketika sampai ahli keluarga menyuruh segera ke Hospital Dungun sebelum mendapati suami dan ayah mertua saya cedera," katanya ketika ditemui di hospital. - Bernama

Saturday, March 23, 2013

Cinta Gila! Wanita Catik Ini Sembunyikan Mayat Suaminya Kerana Terlalu Cinta


Cinta Gila! Wanita Catik Ini Sembunyikan Mayat Suaminya Kerana Terlalu Cinta | Wanita Muda Seludup mayat Suami Dalam Kapal Terbang kerana cinta sayang atau tidak mahu berhabis duit?Semua ini berlaku apabila dia ditangkap ketika cuba mengaburi pemeriksaan dilapangan terbang.

Gitta Jarant dan anak perempuannya Anke Anusic dibawa kepenjara pada setelah mereka cuba untuk membawa mayat suami Jarant's, 91 tahun, Kurt Willi Jarant didalam pesawat ke Berlin. Mereka membawa orang tua itu ke Lapangan Terbang John Lennon di Liverpool menggunakan kerusi roda.

Bagaimanapun wanita itu membantah bahawa suaminya sudah mati dan mengatakan kurt sedang tidur walaupun bedah siasat terbukti Kurt sudah meninggal kira-kira dua belas jam.Wanita ini dipercayai cuba untuk mengatasi undang-undang dengan cuba membuat penghantaran tubuh manusia tersebut kembali ke rumahnya di Jerman. Jarant dan Anusic yangdibebaskan sementara menanti perbicaraan di atas kegagalannya melaporkan kematian.

Friday, March 22, 2013

Fuh Gila! Wanita Ini Mampu Makan Bati 1.3 KG Sehari


Fuh Gila! Wanita Ini Mampu Makan Bati 1.3 KG Sehari | Teresa mula menyedari nafsu makan pelik beliau itu ketika sebuah gelas kaca terhempas, dan beliau merasa sangat berselera apabila melihat serpihan kaca-kaca tersebut. Sejurus selepas itu Teresa mula memakan benda-benda pelik dan mendapati memakan batu adalah yang paling sedap sekali. Katanya lagi

” Batu adalah hidangan yang paling sedap buat masa ini, dalam seminggu sy makan hampir 1.3 kg batu. Namun begitu kuantiti batu yang dimakan bergantung pada mood saya. Saya akan merasa sangat selesa jika dapat makan batu, saya akan merasa gusar dan susah hati jika tiada batu di rumah saya untuk dimakan ”Setiap petang beliau akan berjalan-jalan sambil mencari batu untuk dimakan, katanya, Teresa hanya memilih batu yang lembut dan rapuh untuk dimakan. Beliau menjadi bertambah berselera jika batu-batu yang dikutipnya itu bewarna-warni. Beliau pernah memakan lumpur disebabkan tiada batu yang dijumpai pada ketika itu.

Kadangkala beliau mengunyah batu-batu kecil seperti mengunyah chewing gum. Namun begiu kehadiran teman lelaki (kini telah menjadi suami) di dalam hidupnya telah merubah segala-galanya. Beliau kini sedang menjalani rawatan psikologi bagi mengubati penyakit yang dialami.” Jim buat saya rasa gembira dan tidak sunyi lagi, jadi saya sedang berkira-kira untuk menghentikan memakan batu”

Teresa mengaku tidak pernah jatuh sakit kerana memakan batu, namun begitu beliau amat jarang membuang air besar dan selalu merasa sakit di bahagian perutnya.