Monday, March 11, 2013

Tiga Generasi Gegarkan UITM Shah Alam


SHAH ALAM: Pada 11 mac 2013 telah berlangsungnya sesi sidang media untuk Konsert Dihatiku dimana konsert ini telah di anjurkan oleh fakuliti Filem Teater & Animasi bertempat di Dewan Sri budiman UITM shah Alam. 

Konsert ini di anjurkan berdasarkan pelajaran & pembelajaran bagi pelajar jurusan Filem Teater Dan Animasi tersebut. Konsert ini di uruskan 100% oleh pelajarar jurusan itu sendiri. 


Ditanya oleh media mengenai konsep rock, Encik Zack Pensyarah fakuliti itu menjawab bahawa rock mempuyai elemen muzik tersendiri dan beliau percaya dengan adanya konsert Dihatiku ini dapat mengembalikan semula tradisi rock di tanah air kita. Menurut beliau lagi, konsert ini bertujuan untuk mengajar pelajar jurusan itu mengenai cara-cara untuk mengembangkan industri muzik dengan cara membahagi kerja seperti pengurusan penaja, pengurusan promosi, menguruskan pentas dan lain-lain.


Ditanya oleh media kenapa memilih artis seperti SYJ Jinbara & Bunkface. Menurut Ali Bakar, sebenarnya banyak band-band rock yang disenarai pendek untuk menjayakan konsert ini akan tetapi masa dan tarikh tersebut menghalang para kumpulan ini untuk menghadiri konsert tersubut, maka hanya kumpulan SYJ Jinbara & Bunkface kumpulan terbaik untuk membuat persembahan pada malam itu

Pada malam tersebut Kumpulan SYJ Jinbara & Bunkface akan mempersembahkan lagu-lagu hits kumpulan mereka. Hasil kutipan harga tiket akan diusumbangkan pada Tabung Yayasan dimana tabung ini membantu para pelajar yang susah & tidak berkemampuan


Konsert ini akan berlangsung pada 13 mac 2013 pada hari rabu jam 8.30 malam di dewan sri budiman Uitm Shah Alam sek 7. Tiket berharga RM 25 & VVIP berharga RM 50 tiket boleh didapti di Fakuliti Filem Teater & Animasi atau Radio Online Fuh FM

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert tersebut boleh diperolehi dengan menghubungi Bahagian Publisiti, Konsert Di Hatiku di talian 013-7089805 atau hantar pesanan anda di fanpage fuhfm http://www.facebook.com/messages/fuhfm

No comments:

Post a Comment