Tuesday, March 12, 2013

Terkini Di Lahad Datu!! Seorang Lagi Anggota Keselamatan Gugur, 3 Pengganas Turut Maut



Terkini Di Lahad Datu!! Seorang Lagi Anggota Keselamatan Gugur, 3 Pengganas Turut Maut | Seorang anggota pasukan tentera terkorban dan tiga penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu di sini hari ini. 

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan itu berlaku pada 10.45 pagi.

"Seorang anggota keselamatan gugur," katanya. Identiti anggota keselamatan tersebut masih belum didedahkan lagi oleh pihak atasan dan pihak media.

Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas pada 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.

Sehingga kini sembilan anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan itu manakala 57 penceroboh militan ditembak mati.

Zulkifeli berkata, Kampung Tanduo kini telah bersih sepenuhnya daripada ancaman penceroboh militan dan operasi pasukan keselamatan kini diperluas ke Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu. - Bernama

  • "Innalillahiwainnailahirajiun..Sama-sama kita doakan agar roh anggota-anggota keselamatan yang Syahid di medan perang demi mempertahankan negara di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para Syahid Fisabilillah.."

No comments:

Post a Comment