Thursday, March 14, 2013

Tergempar!! Helikopter Peninjau Tiba Di Lahad Datu, 12 Kereta Kebal Menyusul


Tergempar!! Helikopter Peninjau Tiba Di Lahad Datu, 12 Kereta Kebal Menyusul | Lahad Datu: Dua helikopter pelbagai guna milik tentera darat, Agusta Westland AW109 tiba di padang markas Operasi Daulat di Felda Sahabat 16, dekat sini, semalam.

Helikopter jenis peninjau dan pengangkut menggunakan enjin berkembar serta mampu memuatkan lapan penumpang itu diperlukan bagi mengukuhkan lagi kekuatan pasukan keselamatan dalam usaha menggempur pengganas Sulu.

Ia susulan pengumuman Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin semalam, bahawa kekuatan dari segi aset dan anggota Operasi Daulat ditambah untuk terus menggempur pengganas khususnya di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk.


Zulkifeli berkata langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut atau di darat.


Selain helikopter itu, 12 kereta kebal jenis Adnan dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga akan ditempatkan di kawasan berkenaan di sini secara berperingkat.

Sejak pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 58 musuh, manakala lapan anggota polis dan dua tentera gugur di pihak Malaysia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment