Wednesday, March 13, 2013

Seorang Wanita Dan 2 Lelaki Dipercayai Sniper Pihak Sulu Ditembak Mati VAT69 Malaysia


Seorang Wanita Dan 2 Lelaki Dipercayai Sniper Pihak Sulu Ditembak Mati VAT69 Malaysia | Berita terbaru, komando 69 telah berjaya menjejaki dan telah menembak mati 3 orang pengganas sulu iaitu (2) lelaki dan (1) perempuan di mana ketiga-tiga mereka ini adalah penembak tepat atau sniper bagi kumpulan pengganas sulu yang lengkap bersenjata sniper rifle.

Nampaknya pihak pengganas Sulu sanggup melakukan apa sahaja untuk merampas sabah sehinggakan mempertahkan nyawa seorang wanita. Kejam sungguh puak pengganas sulu ni.

Selain itu dikatakan ilmu kebal yang dipraktikkan oleh pengganas Lahad Datu ini sudah tidak lut lagi kerana kebuluran. Dikatakan bahawa pengganas-pengganas ini sudah terputus bekalan makanan kerana talibarut mereka telah ditahan oleh pihak berkuasa kita.

Hancurkan semua petualang. Hancurkan semua penceroboh. Hancurkan semua pengganas yang tidak berhati perut!! Pastikan Malaysia aman hingga bila-bila.

No comments:

Post a Comment