Thursday, March 7, 2013

Semakan Keputusan SPM 2012 (Semak Online Dan SMS)

Semak keputusan SPM 2012 online dan SMS.

Semakan Secara Online Dan SMS Keputusan SPM 2012/2013 | Seperti yang kita ketahui, tarikh keputusan SPM 2012 dikeluarkan telah diumumkan secara rasminya oleh  Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu pada 21 Mac 2013 ini bemula jam 10:00 pagi. Pasti bekas-bekas pelajar yang menduduki peperiksaan SPM tahun 2012 yang lepas agak gementar untuk menantikan tarikh keramat tersebut.

Menurut kajian, keputusan peperiksaan SPM 2012 dijangkakan mencatat peningkatan dari segi pratusan lulus dan juga pratusan pelajar yang mendapat "Straight A". Bagi memudahkan para pelajar, ibu bapa dan juga guru-guru Menyemak Result SPM 2012, kami menyediakan langkah-langkah untuk membuat semakan secara online dan SMS.

Semak Keputusan SPM 2012 Secara Online


  1. Masuk ke laman Sistem Analisis Peperiksaan Sekolahhttp://sapsnkra.moe.gov.my, kemudian tekan pada semakan ibubapa di sebelah kiri laman tersebut. 
  2. Gambar seperti dibawah ini akan keluar dan isikan maklumat yang diperlukan

Semak Keputusan SPM 2012 Secara SMS

  • Anda boleh semak keputusan SPM 2012 secara SMS dengan menaip SPM <Nombor KP> <Nombor Giliran> dan hantar ke 15888.

Dr Fuh mengucapkan selamat maju jaya dan semoga mendapat result yang cemerlang kepada adik-adik. Kepada yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang seperti yang di impikan, tahniah Dr Fuh ucapkan. Bagi yang gagal, jangan sekali-kali berputus asa kerana pasti ada hikmah di sebaliknya. Kuatkan lagi usaha anda!

No comments:

Post a Comment