Friday, March 8, 2013

Selangor Vs Johor Darul Takzim 9 Mac 2013 (Live Streaming Liga Super)

live straming selangor jdt 9 mac 2013

Selangor Vs Johor Darul Takzim 9 Mac 2013 (Live Streaming Liga Super Astro Arena) | Pada malam ini, satu perlawanan Liga Super 2013 akan belangsung diantara dua kelab gergasi bola sepak Malaysia iaitu antara Selangor FA menentang Johor Darul Takzim FC.

Pertembungan ini akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor dan sepak mula dijangkakan pada jam 8:45 malam. Perlawanan ini merupakan perlawanan tumpuan untuk minggu ini kerana kedua-dua pasukan ini memiliki ramai pemain berstatus bintang dan juga dikatakan sebagai "anak kesayangan" FAM.

Dalam perlawanan ini, Selangor dilihat memiliki kelebihan walaupun berada di bawah kedudukan JDT dalam carta Liga Super kerana mereka bermain di laman sendiri. Sudah pasti penyokong The Red Giants tidak akan melepaskan peluang untuk menonton secara langsung perlawanan hebat ini.

Walau bagaimana pon, dengan memiliki ramai pemain berstatus bintang seperti Daniel Güiza, Syafiq Rahim dan juga Mat Yo, pasukan JDT di lihat akan memberikan tenteangan sengit dan akan bermain dengan bersungguh-sungguh bagi mengekalkan mereka di takhta liga.

Di antara pemain yang menjadi tumpuan pada perlawanan ini adalah Daniel Güiza  Syafiq Rahim dan juga Ahmad Muslim dari JDT manakala bagi pasukan Selangor pula, watak penting pada malam ini untuk menyusun strategi dan mengekang pihak lawan adalah Norazlan Razali iaitu penjaga gol pasukan Selangor, Syukor Jusoh yang bermain sebagai "wing back" dan juga penyerang berbisa Amri Yahyah.

Bagi sesiapa yang tidak dapat menonton siaran secara langsung di Stadium Shah Alam, bolehlah menonton di link yang kami sediakan di bawah ini. Semoga kedua-dua pasukan menunjukkan kualiti permainan yang baik dan tidak menghampakan para penyokong.

No comments:

Post a Comment