Wednesday, March 13, 2013

Permohonan Online Kemasukan Politeknik KPT 2013 (Sesi Jun)

permohonan kemasukan poli KPT online


Permohonan Kemasukan Politeknik KPT Sesi Jun 2013 | Nampaknya tak lama lagi keputusan SPM 2012 akan diumumkan begitu juga dengan keputusan STPM 2012. Pastinya bekas-bekas pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM 2012 tidak sabar untuk menyemak keputusan masing-masing dan membuat permohonan kemasukan ke IPTA dan IPTS.

Kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), anda digalakkan untuk membuat permohonan ke program pengajian peringkat Diploma sesi akademik 2013 di Politeknik KPT yang menawarkan kursus yang sesuai untuk anda.

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Politeknik KPT untuk program Diploma kini telah dibuka untuk sesi ambilan Jun 2013. Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara atas talian (online) dengan membeli nombor PIN di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berharga RM10.60. Permohonan secara atas talian hendaklah dikemukakan di laman web berikut:

Calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
http://upu.mohe.gov.my
Tarikh Permohonan: 7 Januari - 15 April 2013

Calon lepasan Sijil Politeknik / Kolej Komuniti / Kolej Matrikulasi KPM / Institut Pertanian Malaysia / Institut Kemahiran Tinggi PERDA
Tarikh Permohonan: 10 Mac - 15 April 2013

Calon lepasan Diploma Politeknik (Permohonan ke program Diploma Lanjutan)
Tarikh Permohonan: 10 Mac - 31 Mac 2013

Maklumat lanjut permohonan boleh diperolehi di laman web Bahagian Pengambilan Pelajar di www.politeknik.edu.my


Permohonan Kemasukan ke Politeknik Primier

Permohonan kemasukan ke program pengajian di Politeknik Primier bagi lulusan SPM adalah melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar sekali dengan permohonan IPTA.
  • Politeknik Ungku Omar (PUO) 
  • Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) 
  • Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) 

Permohonan Kemasukan ke Politeknik Konvensional / METrO Dan ILKA

Permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melibatkan:
  • Politeknik 
  • Kolej komuniti 

Sila layari http://upu.mohe.gov.my atau baca iklan permohonan Politeknik <-- (tekan sini).


Cara Memohon Politeknk Konvensional / ILKA / Primier

Syarat Kemasukan Ke IPTA & Politeknik Premier
Syarat Kemasukan Ke Politeknik Konvensional / METrO & ILKA


Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 15 April 2013.

Semakan Keputusan Permohonan
  • Hebahan keputusan permohonan ke IPTA/Politeknik Primier bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf pada minggu ke-3 bulan MEI. 
  • Hebahan keputusan permohonan ke ILKA/Politeknik bagi program pengajian lepasan SPM/setaraf & lepasan SKM pada minggu ke-4 bulan MEI.

    No comments:

    Post a Comment