Tuesday, March 12, 2013

Gambar - Fasha Sandha Dijangka Bersalin Hujung Bulan Mac Ini


Gambar Fasha Sandha Dijangka Bersalin Hujung Bulan Mac Ini | Dijangka bakal melahirkan bayi pertama pada penghujung Mac ini, pelakon Fasha Sandha yang sedang sarat mengandung akui bakal berpantang selama 100 hari selepas bersalin.

Fasha Sandha berkata dia mahu mengikut cara berpantang secara tradisional di rumah ibunya serta sebahagian di rumah ibu mertuanya di Kuala Lumpur.

"InsyaAllah, saya akan bersalin pada penghujung bulan Mac atau selewat-lewatnya awal April. Sekarang kandungan saya baru masuk bulan ke-9.

"Sebenarnya, ramai yang tak faham jangka masa hamil yang normal adalah dalam lingkungan 14 minggu iaitu 10 bulan.

"Selepas bersalin saya akan berpantang separuh di rumah mama saya dan separuh lagi di rumah Mommy iaitu ibu mertua kerana Jejai (suami) nak sangat saya berpantang di rumah Mommy.

"Saya akan berpantang 100 hari supaya dapat kembalikan bentuk badan asal seperti sebelum hamil dan kemudian terus berlakon pada awal Julai," katanya kepada murai.com.my di majlis meraikan peminat Fasha Sandha, Zizan Razak dan Didie Alias di Medan Ikan Bakar Indah, Shah Alam, petang semalam.

Fasha Sandha berkahwin dengan Jejai atau Rizal Ashram Ramli, pada 28 April 2012.

Pasngan ini menerima berita gembira apabila Fasha telah disahkan hamil selepas dua minggu dijabkabulkan, malah berpeluang merasai bunting pelamin ketika majlis resepsinya di kampungnya iaitu Perlis pada 6 Jun tahun lalu.

Apabila ditanya mengenai jantina bayi dalam kandungannya, Fasha memberitahu dia tidak berniat untuk mendedahkannya lagi dan mahu memberikan kejutan kepada peminatnya.

"Sudah tentu saya sudah mengetahui jantian bayi saya tetapi saya rasa biarlah ianya dirahsiakan dahulu.

"Lagipun saya tidak kisah soal jantina asalkan bayi saya dilahirkan dengan sihat," jelasnya lagi.

Fasha yang kini sudah siap sedia menerima kelahiran cahaya mata itu telah pun menyiapkan 95 peratus untuk kelengakapan bayinya.

"Alhamdulilah, saya sudah pun menyiapkan semua kelengakapan yang penting untuk bayi buat tiga bulan pertamanya nanti dan akan membeli kelengkapan lain selepas itu kerana saya tidak mahu membazir," beritahunya.

Selepas berpantang, Fasha bakal terikat sebagai duta kepada produk pelangsing.






SUMBER : Murai & Beatufulnara

No comments:

Post a Comment