Tuesday, March 12, 2013

Fuh Terbaik!! Tukang Sapu Menjadi Terkenal Kerana Lagak Gayanya


Fuh Terbaik!! Tukang Sapu Menjadi Terkenal Kerana Lagak Gayanya | BEIJING - Seorang tukang sapu sampah menjadi terkenal di daerah Chaoyang di sini selepas seorang lelaki merakamkan video yang menunjukkan dia melakukan pelbagai aksi senaman gimnastik semasa menyapu sampah, lapor sebuah akhbar semalam.

Ekoran klip video tersebut menjadi popular di YouTube, tukang sapu sampah itu, Zhang Xiufang diundang untuk muncul dalam satu program televisyen.

Menurut Xiufang, dia bekerja sebagai tukang sapu sampah bagi menyara seorang anak perempuannya yang masih bersekolah semasa suaminya sakit.

Dia berkata, senaman gimnastik itu dilakukan semasa menyampu sampah bagi mengubati kerinduan senaman Taichi yang dilakukannya pada waktu pagi sebelum dia mendapat pekerjaan sebagai tukang sapu sampah. - Agensi

No comments:

Post a Comment