Tuesday, March 12, 2013

Fuh Sia-Sia! Putus Telinga Gara-Gara Putus Cinta


Fuh Sia-Sia! Putus Telinga Gara-Gara Putus Cinta | BERLIN – Telinga kiri seorang pelajar perempuan di Jerman rabik selepas digigit bekas kekasihnya dalam serangan ala petinju Mike Tyson, lapor sebuah akhbar semalam.

Mangsa, Stephanie, 19, dipercayai baru memutuskan hubungan dengan teman lelakinya, Mike, 29, seorang pekerja pembinaan yang dikenalinya selama hampir dua tahun lalu.

“Mike seorang yang kuat cemburu. Dia berjanji menyintai saya tetapi kemudian memukul dan marah dengan tiba-tiba,” kata Stephanie.

Selepas berbincang dengan tiga lagi rakan sekolah, dia memutuskan untuk menamatkan hubungan dengan Mike.

Namun, pelajar sekolah tinggi di bandar Jessen dekat sini kemudian didatangi Mike pada sebelah malam di rumahnya sebelum tiba-tiba lelaki itu menggigit telinganya.

“Saya menyangka dia mahu berbincang mengenai hubungan kami semula tetapi telinga saya digigit dan ia amat sakit sehingga berdarah,” kata Stephanie.

Doktor gagal menyambung semula bahagian telinga itu menyebabkan sebuah mahkamah daerah pada Rabu lalu menjatuhi hukuman penjara setahun dan denda 1,600 euro (RM8,176) terhadap Mike.

Kes itu mirip serangan Tyson terhadap lawannya Evander Holyfield dalam satu perlawanan tinju di Las Vegas, Amerika Syarikat pada 28 Jun 1987.

No comments:

Post a Comment