Monday, March 11, 2013

Fuh Seram! 100 Kubur Digali Untuk Upacara Voodoo


Fuh Seram! 100 Kubur Digali Untuk Upacara Voodoo | COTONOU (Benin): Lebih 100 kubur di sebuah tanah perkuburan digali sejak 24 November lalu, disyaki ada kaitan dengan perdagangan haram organ manusia untuk sihir atau voodoo. Jurucakap polis berkata, insiden berkenaan adalah paling serius pernah berlaku di Afrika Barat. 

Katanya, pihak berkuasa di Dangbo sebuah kampung terletak kira-kira 10 kilometer dari ibu negara Benin, Porto-Novo - menjalankan siasatan selepas pekerja tanah perkuburan terserempak dengan beberapa lelaki bertopeng menggali kubur.

Pengarah tanah perkuburan itu, Joseph Afaton, berkata pencerobohan kubur berkait dengan wang. “Ia digunakan sebagai korban atau sihir,” katanya. 

Anggota badan manusia dan sesetengah haiwan menjadi buruan beberapa kumpulan penduduk di tengah Afrika kerana dipercayai memiliki kuasa luar biasa. Pedagang haram organ manusia biasanya memperoleh bekalan daripada perompak kubur, tetapi beberapa pembunuhan baru-baru ini turut dikaitkan dengan aktiviti itu. - Reuters

No comments:

Post a Comment