Wednesday, March 13, 2013

Fuh Info! Hukum Isteri Menggunakan Pendapatan Sendiri


Hukum Isteri Menggunakan Pendapatan Sendiri | Suami wajib memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri. Tetapi tidak bagi isteri. Sebahagian pendapatan suami adalah untuk keperluan nafkah si isteri.

Walaubagaimnapun terdapat pertanyaan daripada seorang isteri bertanyakan bolehkah isteri menggunakan pendapatannya sendiri. Untuk mengetahui tentang lebih lanjut, jom ikuti contoh soal jawab di bawah ini.

Contoh Soalan:

Soalan : 

Assalamualaikum Tuan Mufti,

Saya bekerja dan mempunyai pendapatan yang agak tinngi berbanding dengan suami saya. Namun begitu saya juga mempunyai banyak tanggungan iaitu adik-adik. Adakah saya perlu meminta izin suami saya terlebih dahulu jika saya ingin membelanjakan wang saya? Adakah saya akan berdosa kerana menggunakan wang saya tanpa mendapat persetujuan darinya jika saya rasa apa yang saya buat adalah betul?

Sekian. Terima kasih.


Jawapan :

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah SAW.

Tidak perlu meminta izin daripada suami untuk membelanjakan wang pendapatan tersebut kerena ia adalah milik dan hak anda sendiri. Tetapi adalah lebih baik sekiranya diberitahu kepada suami tentang perkara itu terlebih dahulu bagi megelakkan perselisihan faham dan sebagainya.
Sekian, wassalam.

Secara jelas, pendapatan isteri adalah hak dirinya sendiri. Namun demikian, adalah lebih elok meminta keizinan bukan setakat dalam soal pendapatan, apa jua perkara. Ini bagi mengelakkan salah faham di antara suami dan isteri.

No comments:

Post a Comment