Sunday, March 10, 2013

Fuh Bodoh! Bakar Mercun Kerana Marahkan Banjir!


Fuh Bodoh! Bakar Mercun Kerana Marahkan Banjir! | Polis menyatakan sekumpulan penduduk yang berang telah bertindak dengan membuat satu letupan kuat berhampiran sebuah terusan banjir di sempadan bandar raya ini.

Ia dilakukan untuk meluahkan kekecewaan berhubung penderitaan berterusan yang mereka alami akibat banjir.

Letupan yang mencetuskan bunyi kuat tetapi tidak menyebabkan kecederaan itu berlaku malam kelmarin di sebuah penghadang yang memisahkan bandar raya ini dengan wilayah Pathum Thani.

Seorang pegawai polis, Kolonel Harn Lertthaweesap berkata, polis mengesyaki perbuatan itu dilakukan penduduk Pathum Thani yang kecewa kerana komuniti mereka ditenggelami air bah disebabkan terusan tersebut.

Terusan itu dibina untuk melindungi kota metropolitan ini daripada bencana banjir.

Harn memberitahu, letupan itu berpunca daripada pembakaran mercun dan bukan bahan letupan.

Banjir akibat hujan lebat sejak hujung Julai lalu menenggelami 19 daripada 77 wilayah termasuk ibu kota Thailand di sini.

Sekurang-kurangnya 594 orang terkorban dalam bencana tersebut. – Agensi

No comments:

Post a Comment